You are on page 1of 3

ikat dan celup 

menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-


bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain
hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki

Ikatan dan celupan


-Jenis-jenis ikatan
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisi dengan pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan

5. Lukisan –pentingnya unsur garisan


-atas kertas media kering

Jwp - Lukisan adalah proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan
gosokan menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan.
- Komponen alat dan media yang digunakan ialah pensel, arang, pen, pensel warna, kertas dan
kanvas.
- Lukisan boleh dihasilkan dgn 2 cara iaitu Lukisan tanpa warna dan Lukisan berwarna.
Corak terancang dan tidak terancang

a. Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan
tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk
penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik resis, corak teknik
anyaman dan corak menggunakan garisan grid

b. Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh
dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan sebagainya.Contoh
Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak teknik cerminan

c. Jenis-jenis susunan m/s 9


a. Susunan ulang sekata
b. Susunan berselang seli
c. Susunan batu-bata
d. Susunan bertimbal
e. Susunan bertindih
f. Susunan beralun
g. Susunan berpusat

d. Persepsi (6 persepsi) m/s 14


1. Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian
2. Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian
,kesatuan, kontras dalam penghasilan corak
3. Memahami dan menyedari corak dialam sekitar
4. Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak
5. Menyedari adanya perkaitan warna dan rekaan corak
6. Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan

e. Nilai budaya yang dapat diterapkan dalam PSV m/s 15


1. Mengenal dan membuat corak-corak tradisonal yang mudah
2. Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsure tradisional pada alat kegunaan
harian.
3. Mengenal dan mebuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisonal
4. Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsure-unsur kebudayaan kebangsaan,

3. Penghasilan corak ikatan dan celupan m/s 63

Langkah 1 Penyediaan kain


• Sediakan beberapa helai kain putih yang dapat menyerap warna dengan baik.
• Ikatkan kain tersebut dengan kemas mengikut kreativiti bagi mendapatkan corak yang menarik
• Gunakan tali/benang atau gelang getah untuk mengikat
• Gunakan juga objek seperti batu, duit syiling dan sebagainya yang diletakkan dibahagian dalam
kain trsebut bagi mendapatkan corak yang pelbagai
• Lipatan dan simpulan juga boleh digunakan bagi memperolehi corak yang menarik

Langkah 2.Penyediaan warna


• Bancuh serbuk pewarna dengan air panas
• Masukkan sesudu garam bagi membantu proses penyerapan
• Tuangkan warna ke dalam bekas tertentu dan tambah air sejuk
• Kacau cermat dengan pengacau
• Pastika tidak terlalu cair

Langkah 3 Proses mencelup kain


• Kain yang telah siap diikat haruslah dilembabkan dahulu bagi membantu memudahkan proses
penyerapan warna
• Celupkan kain kedalam pewarna
• Keringkan kain tersebut
• Ulangi mencelup dengan warna yang lebih gelap

Langkah 4 Membuka ikatan kain
• Setelah proses pengeringan kain selesai, buka ikatan kain tersebut
• Keluarkan semua objek yang digunakan
• Cuci kain tadi dengan washing soda dan pemati warna
• Jemurkan kain sehingga kering

You might also like