You are on page 1of 3

LAMPIRAN 1

Borang Temubual Kerja Kursus Sejarah

Tajuk:
Sejarah Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu Di Kampung Sijangkang, Telok
Panglima Garang, Selangor Dari Tahun 1990-an Hingga 2000

RESPONDEN 1
Maklumat Am
Nama Penyelidik Mohamad Hazieq bin Mohamad Sagir
Nama Responden Haji Basir bin Napiah
Umur Responden 72 tahun
Pengalaman Peniaga
Tarikh Temu Bual 10/2/2016
Tempat Temu Bual Lot 1306, Jalan Sandora, Kampung
Sijangkang, 42500, Telok Panglima
Garang, Selangor

Soalan 1: Adakah Tuan Haji merupakan penduduk asal kampung ini dan sudah berapa lama
Tuan Haji menetap di kampung ini?
Jawapan: Ya, saya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Sijangkang sejak tahun 1944 dan
sudah 72 tahun saya menetap di kampung ini.

Soalan 2: Bolehkah Tuan Haji menceritakan serba sedikit tentang asal-usul kampung ini dan
bagaimanakah nama Kampung ini tercipta?
Jawapan: Asal usul kampung ini diberi nama Kampung Sijangkang kerana terdapat sejenis
pokok yang seakan pokok getah. Nama pokok itu adalah Jangkang. Pokok ini daripada
pengetahuan saya, ianya berasal dari Indonesia. Namun, pokok itu mati di sebatang anak iaitu
Sungai Langat berdekatan dengan kampung ini. Yang saya tahu, nama Sijangkang tercipta
kerana apabila pokok itu mati, dan dalam Bahasa Cina ‘si’ bermaksud mati. Oleh itu, nama
Sijangkang tercipta hasil gabungan nama pokok dan perkataan dalam Bahasa Cina.

Soalan 3: Apakah pendapat Tuan Haji mengenai adat perkahwinan masyarakat Melayu di
kampung ini?
Jawapan: Sebenarnya, adat resam perkahwinan masyarakat Melayu di kampung ini masih lagi
diamalkan dan pendapat saya adat-adat resam perkahwinan masyarakat Melayu di kampung
ini perlu dikekalkan.

21
LAMPIRAN 2
Borang Temubual Kerja Kursus Sejarah

Tajuk:
Sejarah Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu Di Kampung Sijangkang, Telok
Panglima Garang, Selangor Dari Tahun 1990-an Hingga 2000

RESPONDEN 2
Maklumat Am
Nama Penyelidik Mohamad Hazieq bin Mohamad Sagir
Nama Responden Hajah Tumiah binti Bidin
Umur Responden 68 tahun
Pengalaman Pesara Kerajaan
Tarikh Temu Bual 10/2/2016
Tempat Temu Bual Lot 1306, Jalan Sandora, Kampung
Sijangkang, 42500, Telok Panglima
Garang, Selangor

Soalan 1: Adakah Puan Hajah berasal dari Kampung ini?


Jawapan: Ya, saya berasal dari Kampung Sijangkang. Saya dilahirkan dan dibesarkan di
kampung ini sejak dari tahun 1948.

Soalan 2: Bolehkan Puan Hajah terangkan serba sedikit tentang adat perkahwinan masyarakat
Melayu di Kampung ini?
Jawapan: Adat resam perkahwinan masyarakat Melayu di Kampung Sijangkang ini sama
sahaja dengan adat-adat resam perkahwinan masyarakat Melayu di kampung lain. Terdapat
tiga peringkat iaitu peringkat pertama ialah adat merisik ataupun menengok, meminang dan
bertunang dan adat menghantar belanja dan akad nikah. Pada peringkat kedua, ialah adat
berinai. Adat berinai dipecahkan kepada tiga kategori iaitu berinai curi, kecil dan besar. Pada
peringkat yang terakhir, ialah adat persandingan atau bersanding.

22
LAMPIRAN 3

Borang Temubual Kerja Kursus Sejarah

Tajuk:
Sejarah Adat Resam Perkahwinan Masyarakat Melayu Di Kampung Sijangkang, Telok
Panglima Garang, Selangor Dari Tahun 1990-an Hingga 2000

RESPONDEN 3
Maklumat Am
Nama Penyelidik Mohamad Hazieq bin Mohamad Sagir
Nama Responden Puan Anita binti Othman
Umur Responden 48 tahun
Pengalaman Kakitangan Awam
Tarikh Temu Bual 7/2/2016
Tempat Temu Bual Lot 1307, Jalan Sandora, Kampung
Sijangkang, 42500, Telok Panglima
Garang, Selangor

Soalan 1: Adakah Puan berasal dari Kampung ini?


Jawapan: Ya, saya dilahirkan dan dibesarkan di kampung ini sejak tahun 1968. Kemudian,
selepas saya berkahwin, saya berpindah ke Perlis kerana mengikut suami.

Soalan 2: Semasa Puan berkahwin, adakah Puan masih mengamalkan adat-adat resam dalam
majlis perkahwinan Puan?
Jawapan: Sebenarnya, semasa majlis perkahwinan saya, saya masih lagi mengamalkan adat
resam perkahwinan contoh seperti adat merasi.

23

You might also like