You are on page 1of 1

Soalan EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa

2) Huraikan tingkah laku positif yang boleh dilakukan oleh seseorang


guru dalam memelihara dan memartabatkan profesion keguruan dengan
memberikan contoh.
Pertama sekali, guru hendaklah sentiasa menjadi teladan yang baik
ataupun “role model” kepada murid-murid sekolah. Guru hendaklah
mengamalkan nilai-nilai murni seperti bertutur dengan kata-kata yang sopan
dan menunjukkan penampilan diri yang bertepatan dengan profesion keguruan.
Segala tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru akan mempengaruhi murid-
murid secara langsung kerana murid-murid mempelajari sesuatu perlakuan
melalui peniruan daripada orang yang terdekat. Oleh hal yang demikian, guru
hendaklah sentiasa mengekalkan imej yang positif dalam pandangan murid.
Seterusnya, guru juga perlu peka terhadap setiap keperluan murid.
Setiap murid merupakan individu yang istimewa dan berbeza serta mempunyai
potensi yang terpendam dalam diri mereka. Oleh hal yang demikian, guru
hendaklah bijak dalam mengesan bakat setiap murid dan sentiasa merancang
kaedah pengajaran yang bersesuaian mengikut tahap setiap murid. Dorongan
dan kata-kata yang positif haruslah diberikan kepada murid-murid agar mereka
lebih bersemangat untuk meneruskan pembelajaran mereka dan mencapai
perkembangan yang positif.
Selain itu, guru turut perlu memberikan layanan yang adil kepada setiap
murid tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama mereka. Fenomena
yang sering kali dapat dilihat ialah guru lebih menitikberatkan murid-murid yang
pandai sahaja dan mengabaikan murid-murid lain yang tidak begitu menyerlah
dalam akademik mereka. Sesungguhnya, guru perlu menyingkirkan sikap bias
terhadap murid-murid yang cemerlang sahaja dan cuba untuk melibatkan
semua murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas agar
murid-murid tidak berasa tersisih dalam kelas. Rasa kepunyaan murid-murid
akan mendorong mereka untuk berani menyuarakan pandangan mereka
semasa guru bertanyakan soalan dalam kelas.

You might also like