You are on page 1of 2

Cara-Cara Menjaga Alam Sekitar

Kita sepatutnya menjaga keindahan dan kebersihan alam sekitar agar sentiasa bersih dan
terpelihara.Kita hendaklah membuang sampah di tempat yang disediakan.Perbuatan
membuang sampah kedalam sungai akan mencemarkan sungai dan member kesan terhadap
hidupan air seperti ikan.

Kita seharusnya mengurangkan pembakaran terbuka kerana asap daripada pembakaran


tersebut akan mencemarkan udara.

Selain itu,orang ramai juga boleh berkongsi kenderaan untuk ketempat kerja .Dengan cara
ini kita dapat mengurangkan asap kenderaan yang boleh menambahkan lagi pencemaran
udara.

Disamping itu kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran kepada setiap ahli

masyarakat agar mereka sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar kita.

Kita juga boleh menanam banyak pokok-pokok dipersekitar tempat tinggal kita. Dengan
cara ini kita akan mendapat udara yang lebih bersih.

Kesimpulannya,kita boleh menjaga keindahan dan kebersihan alam sekitar, sekiranya


rakyat sedar dan memberi kerjasama terhadap langkah-langkah menjaga alam sekitar.

Isi-isi penting.

1.membuang sampah ditempat yang disediakan

2.pembakaran

3.kongsi kenderaan

4.kempen kesedaran

5.tanam pokok.

You might also like