You are on page 1of 7

3756/1

SULIT
Prinsip Perakaunan
Kertas 1
Mac 2018
1 ¼ Jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

UJIAN MAC
TINGKATAN 4

PRINSIP PERAKAUNAN
KERTAS 1
1 JAM 15 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan :
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
4. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif
yang disediakan.
5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan
jawapan yang baru.
6. Anda dibenarkan untuk menggunakan kalkulator saintifik.

Kertas soalan ini mengandungi halaman bercetak.


[Lihat Halaman Sebelah
SULIT
3756/1

1. Luca Pacioli diberikan gelaran "Bapa Perakaunan" kerana beliau telah

A Mencipta kaedah Venice


B Memulakan sistem Catatan Bergu
C Menerbitkan pelbagai karya perakaunan
D Memperkenalkan Sistem Catatan Bergu secara bertulis

2. Badan penggubal perakaunan di Malaysia adalah

A C

B D

3. Pernyataan berikut menerangkan suatu badan profesional perakaunan di Malaysia.

 Memberikan khidmat sokongan kepada ahli-ahli dan para pelajarnya sepanjang kerjaya
perakaunan mereka
 Memberikan pendedahan tentang peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan
amalan perakaunan, kod amalan perakaunan dan etika

Berpandukan penyataan di atas, apakah badan profesional perakaunan yang dimaksudkan?


A MIA - Malaysian Institute of Accountants
B MICPA - Malaysian Institute of Certified Public Accountants
C MASB - Malaysian Accounting Standard Board
D ACCA - Association of Certified Chartered Accountants

4. Pasangan yang manakah menerangkan simpan kira dan perakaunan dengan tepat ?

Simpan kira Perakaunan


A Meliputi kerja mengumpul dokumen, Merangkumi skop kerja yang lebih luas.
merekod, melapor, mentafsir, merancang
dan menilai.
B Hanya melibatkan kerja mengumpul Meliputi kerja mengumpul dokumen, merekod,
dokumen, merekod dan melapor. melapor, mentafsir, merancang, menilai dan
merumus.
C Meliputi kerja mengumpul dokumen, Hanya melibatkan kerja mengumpul dokumen,
merekod, melapor, mentafsir, merancang, merekod dan melapor.
menilai dan merumus.
D Merangkumi skop kerja yang lebih luas. Meliputi kerja mengumpul dokumen, merekod,
melapor, mentafsir, merancang dan menilai.

[Lihat Halaman Sebelah


SULIT
3756/1

5. Berikut merupakan sebahagian daripada sebuah Kitaran Perakaunan.

Buku Catatan Pertama Lejar M

Sekiranya peringkat kerja M tidak dilakukan dengan betul, apakah kesannya terhadap perakaunan
perniagaan pada akhir tempoh perakaunan?
A Ketepatan catatan bergu dalam lejar tidak dapat dipastikan.
B Baki akhir bagi semua akaun tidak dapat dihitung dengan tepat.
C Tiada apa-apa kesan yang signifikan terhadap Penyata Kewangan.
D Jurnal Am dan Jurnal Khas tidak dapat disediakan dengan sistematik.

6. Pernyataan berikut menerangkan suatu subbidang perakaunan :

 Menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman.


 Skop kerja termasuk kawalan, perancangan dan pengurusan pengeluaran.

Berpandukan pernyataan di atas, apakah subbidang perakaunan yang dimaksudkan?


A Perakaunan kewangan
B Perakaunan pengurusan
C Pengauditan
D Percukaian

7. Yang manakah antara berikut merupakan kesan pelanggaran kod etika perakaunan ketika Penyata
Kewangan disediakan terhadap pelabur?
A Pelabur akan berasa yakin terhadap kemampuan perniagaan untuk menjana dividen.
B Pelabur akan menambahkan modal mereka ke dalam perniagaan untuk memperoleh
keuntungan yang lebih banyak.
C Pelabur akan membuat keputusan yang kurang tepat kerana Penyata Kewangan tidak
menggambarkan prestasi sebenar perniagaan.
D Pelabur tidak akan berasa curiga terhadap Penyata Kewangan kerana semua perkara dalam
perniagaan dilaporkan dalam keadaan baik.

8. Apakah kepentingan sistem maklumat perakaunan pada sesebuah perniagaan?

A Mengurangkan kebergantungan pada sumber tenaga kerja manusia dalam perakaunan.


B Membolehkan pemantauan proses perakaunan berjalan lancar dalam perakaunan.
C Menjamin peluang pekerjaan yang lebih baik dalam bidang perakaunan.
D Meningkatkan kod etika pada akauntan dalam perniagaan.

9. Pengguna dalaman Penyata Kewangan ialah

A Ahli lembaga pengarah C Lembaga Hasil Dalam Negeri


B Firma pengauditan D Bank Negara

[Lihat Halaman Sebelah


SULIT
3756/1

10. Pernyataan berikut menerangkan suatu ciri kualitatif Penyata Kewangan :

Maklumat dalam Penyata Kewangan mestilah bebas daripada kesilapan material dan tiada
unsur berat sebelah serta pelaporannya tidak mengelirukan.

Berpandukan penyataan di atas, apakah ciri kualitatif Penyata Kewangan yang dimaksudkan?
A Kebolehbandingan C Perwakilan benar
B Kebolehsahan D Kebolehfahaman

11. Ciri kualitatif Penyata Kewangan termasuk


I Kebolehbandingan III Keseragaman
II Kebolehfahaman IV Pemasaan

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

12. Situasi berikut berkaitan dengan suatu andaian perakaunan :

Encik Harry memiliki sebuah kedai alat tulis. Setiap kali beliau mengambil inventori alat tulis
untuk kegunaan anaknya, beliau tidak merekodkan ambilan itu sebagai belanja kedai.
Sebaliknya, beliau merekodkannya ke dalam Akaun Ambilan.

Berpandukan situasi di atas, apakah andaian perakaunan yang dipatuhi oleh Encik Harry?
A Wang sebagai ukuran C Usaha berterusan
B Entiti berasingan D Tempoh perakaunan

13. Apakah yang dimaksudkan dengan "liabiliti tidak terhad"?


A Perniagaan mempunyai kapasiti hutang yang besar.
B Perniagaan mempunyai pembiayaan bank tanpa had.
C Pemilik diberikan kepercayaan untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak ketiga.
D Pemilik membayar hutang perniagaan dengan harta peribadi jika aset perniagaan tidak
mencukupi.

14. Situasi berikut berkaitan dengan suatu prinsip perakaunan :

Komisen yang masih belum diterima pada akhir tempoh perakaunan perlu diselaraskan dalam
Akaun Komisen sebelum untung bersih dapat ditentukan.

Berpandukan situasi di atas, apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?


A Prinsip kos C Entiti berasingan
B Pengiktirafan hasil dan belanja D Ketekalan

[Lihat Halaman Sebelah


SULIT
3756/1

15. Berikut merupakan ciri-ciri sebuah perniagaan :

 Liabiliti tidak terhad


 Cukai pendapatan individu dikenakan atas pemilik
 Untung atau rugi perniagaan diagihkan kepada semua pemilik

Berdasarkan pernyataan di atas, perniagaan manakah menepati semua ciri di atas?


A Kedai Dobi Titcy C Klinik Umairah dan Hana
B Bestmart Sdn. Bhd. D Nini Penang Prawn Mee

16. Rajah 1 menunjukkan kitaran perakaunan yang tidak lengkap.

Apakah Q?
A Pelarasan C Penyata kewangan
B Imbagan Duga D Imbagan Duga terselaras

17. Dalam sebuah organisasi, akauntan boleh berfungsi sebagai seorang pemimpin kerana akauntan
mempunyai kepakaran dalam pelbagai skop tugas. Antara yang berikut, ciri-ciri yang manakah perlu
dimiliki oleh seseorang akauntan sebagai pemimpin?
I Integriti III Kredibiliti
II Akauntabiliti IV Mobiliti

A I, II dan III C II, III dan IV


B I , II dan IV D I, II, III dan IV

18. Pilih pernyataan yang menerangkan maksud profesional dengan tepat.


A Individu yang memiliki kepakaran dalam bidang sains dan teknologi.
B Individu yang berjawatan tinggi dan melaksanakan tugas-tugas penting.
C Individu yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu dan menunjukkan komitmen dan
minat yang mendalam terhadap kerjayanya.
D Individu yang menjalankan perniagaan dengan cekap dan sistematik.
[Lihat Halaman Sebelah
SULIT
3756/1

19. Antara yang berikut, butiran yang manakah akan ditunjukkan sebagai Komponen Kos Jualan dalam
Akaun Perdagangan Klinik Mata Elfa dan Ira?
A Belian ubat C Yuran rawatan
B Pulangan Jualan D Jualan

20. Dalam Penyata Kedudukan Kewangan Kedai Runcit Azrin, butiran Overdraf Bank akan diletakkan
sebagai komponen...
A Aset Semasa C Liabiliti Bukan Semasa
B Liabiliti Semasa D Ekuiti Pemilik

21. Berikut merupakan ciri-ciri bagi suatu akaun :

 Tahap kecairan tinggi.


 Digunakan untuk menjana pendapatan kepada perniagaan.

Yang manakah antara berikut menepati ciri-ciri di atas?


A Alat tulis dan Akaun Belum Terima C Tunai di tangan dan overdraf bank
B Inventori dan Akaun Belum Bayar D Simpanan tetap dan deposit telefon

22. Pasangan yang manakah benar tentang Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa?

Aset Semasa Aset bukan Semasa


A Inventori Tanah
B Akaun Belum Terima Akaun Belum Bayar
C Kelengkapan Akaun Belum Terima
D Tunai di bank Premis

23. Semua yang berikut adalah benar tentang Aset Bukan Semasa kecuali
A Aset Bukan Semasa dimiliki untuk dijual semula.
B Aset Bukan Semasa digunakan untuk jangka masa panjang.
C Aset Bukan Semasa sukar untuk ditukar menjadi tunai.
D Hampir semua Aset Bukan Semasa mengalami susut nilai.

24. Semua yang berikut merupakan Liabiliti Semasa bagi sebuah pasar raya kecuali
A Akaun Belum Bayar C Overdraf Bank
B Akaun Belum Terima D Pinjaman

25. Pilih pernyataan yang benar tentang Ekuiti Pemilik.


A Tuntutan pihak luar terhadap aset perniagaan.
B Tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan.
C Harta yang digunakan untuk menjana pendapatan.
D Hutang perniagaan terhadap pihak ketiga.

[Lihat Halaman Sebelah


SULIT
3756/1

26. Yang manakah antara berikut bukan belanja operasi bagi sebuah kedai elektrik?
A Kadar bayaran C Alat tulis
B Belanja runcit D Rugi pelupusan aset

27. Pernyataan manakah merupakan ciri bagi sebuah milikan tunggal?


A Liabiliti pemilik terhad.
B Modal disumbangkan oleh pemilik.
C Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pemilik dan ahlinya.
D Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan.

28. Pilih pernyataan yang betul.


I Perniagaan jenis perkongsian dikenakan cukai pendapatan syarikat.
II Kedai Roti Asmah menanggung liabiliti tidak terhad.
III Koperasi mengagihkan keuntungan dalam bentuk dividen kepada anggotanya.
IV Bilangan anggota koperasi adalah sekurang-kurangnya dua orang dan tiada had maksimum.

A I, II dan III C II, III dan IV


B I, II dan IV D I, III dan IV

29. Pernyataan di bawah berkaitan dengan satu ciri kualitatif Penyata Kewangan :

Penyata Kewangan Syarikat Dayang disediakan mengikut format pelaporan yang disyorkan
oleh MASB agar semua pengguna dapat membaca dan memahaminya dengan mudah.
Apakah ciri kualitatif yang menepati pernyataan di atas?
A Pemasaan C Kebolehfahaman
B Kebolehsahan D Kebolehbandingan

30. Kategorikan setiap akaun berikut ke dalam komponen yang berkaitan :


Komponen ( Jualan Bersih / Kos Jualan / Hasil / Belanja / Aset Semasa / Aset
Butiran
Bukan Semasa / Liabiliti Semasa / Liabiliti Bukan Semasa / Ekuiti Pemilik)
(a) Tunai
(b) Jualan
(c) Pulangan belian
(d) Upah atas belian
(e) Pinjaman
(f) Angkutan masuk
(g) Angkutan keluar
(h) Inventori Akhir
(i) Ambilan
(j) Premis
(k) Modal

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat Halaman Sebelah


SULIT

You might also like