You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAD DATU III

PETI SURAT 61087

91120 LAHAD DATU, SABAH.

LAPORAN

PROGRAM SEMINAR SAINS 2017

(KBAT/MENTOR MENTEE/GEMPUR SAINS)

4 OGOS 2017

(PUSAT SUMBER SEKOLAH S.K. LAHAD DATU III)

Anjuran:
Unit Kurikulum
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Panitia Sains
1.0 TAJUK PROGRAM

Program Seminar Sains 2017 (KBAT/MENTOR MENTEE/GEMPUR SAINS)

2.0 OBJEKTIF

Setelah melaksanakan program ini, diharapkan agar program ini dapat :

2.1 Memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi bersama secara akrab melalui mentor
mentee dibimbing oleh guru ikut agihan kumpulan yang telah ditentukan.

2.2 Murid lebih yakin untuk menjawab soalan KBAT dengan pendedahan pelbagai jenis soalan KBAT

2.3 Murid seronok menjawab soalan persediaan akhir secara berkumpulan dan berpasangan dengan
modul yang disediakan.

2.3 Murid menggunakan bahan rujukan sains dengan lebih baik secara berkumpulan dan berkongsi
idea serta teknik mudah untuk menjawab soalan wajib betul (aras mudah).

2.4 Guru lebih mengenali murid dengan lebih dekat dalam mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
murid menjawab soalan sains disamping berkongsi permasalahan pembelajaran.

3.0 PENGELOLA

Unit Kurikulum, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Panitia Sains.

4.0 TARIKH/HARI

4 Ogos 2017 (Jumaat)

5.0 BILANGAN WARGA PENDIDIK TERLIBAT

20 orang guru / 145 orang murid (kelas tahun 6 Amanah, Bersih, Cekap, Dedikasi)
6.0 ULASAN / IMPAK PROGRAM

Program ini merupakan inisiatif panitia sains dalam meningkatkan prestasi sains susulan dari
aktiviti buddy system (Pembimbing Rakan Sains). Disamping itu, agihan mentor mentee
memberi kesan yang baik dalam membantu murid dengan lebih berfokus. Modul yang
disediakan oleh panitia dapat diberikan oleh setiap murid dengan baik melalui berperingkat
dari aras senang, mudah dan sukar serta modul ulangkaji cepat dan nota pada juga
disediakan membantu murid untuk lebih cepat mengingat fakta sains.

Adalah diharapkan agar program ini dapat diteruskan di masa akan datang seterusnya
bantuan serta sokongan dari pentadbiran sekolah dan PIBG sangat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL. PERKARA HARGA CATATAN


1. MODUL SAINS (RM 3.00) RM 453.00
(151 orang murid)

JUMLAH KESELURUHAN RM 453.00

8.0 PENGESAHAN, TANDATANGAN DAN COP SEKOLAH

Disediakan oleh,

(MOHD MUSTAKIM BIN KAMARUDIN)


Ketua Panitia Sains
SK Lahad Datu III
Lahad Datu.

Disemak oleh,

(CIK ELIZABETH QUIRINUS MAJONTAH)


PK Kurikulum
SK Lahad Datu III
Lahad Datu.

You might also like