You are on page 1of 39

ISI KANDUNGAN

Bilangan Tajuk Muka surat

1.0 Penghargaan 4

2.0 Objektif Kajian 6

3.0 Kaedah Kajian 8

4.0 Hasil Kajian

o 4.1 Salasilah Keluarga

 4.1 a) Salasilah Keluarga Bapa

 4.1 b) Salasilah Keluarga Ibu

 4.1 c) Salasilah Keluarga Saya

o 4.2 Biodata Keluarga

 4.2 a) Biodata Bapa 10-26

 4.2 b) Biodata Ibu

 4.2 d) Biodata Abang Pertama

 4.2 e) Biodata Abang Kedua

 4.2 f) Biodata Saya


o Tokoh Keluarga

o Peristiwa Bersejarah

5.0 Rumusan 28

6.0 Lampiran

7.0 Rujukan
PENGHARGAAN
1.0 Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga

saya atas sokongan dan tunjuk ajar. Terutamanya kepada ibu saya, Saraswathy A/L Arumugam,

yang telah banyak memberi bantuan kepada saya sepanjang jalan untuk menyiapkan kerja

kursus ini.

Terima kasih juga saya ingin mengucapkan kepada pengetua SMKBPJ(A) kerana

memberi peluang kepada saya untuk menjalankan Kerja Kursus Sejarah 2009.

Saya juga ingin merakamkan ribu-ribuan terima kasih kepada guru sejarah saya, Puan

Yong See See atas segala bimbingan dan dorongan yang beliau telah berikan.
Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang turut membantu

saya melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2009.


2.0 Objektif Kajian
Bagi menyiapkan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan Satu ini, terdapat empat objektif yang

telah ditetapkan, iaitu:

 untuk mengenali dan memahami dengan lebih lanjut tentang asal usul keluarga saya.

 dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu kejayaan

sebagai pedoman dan panduan untuk meneruskan kesinambungan kejayaan yang

dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang dengan begitu sahaja.

 dapat menanam rasa bangga terhadap keluarga saya.

 dapat menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan

nenek sehinggalah kepada generasi saya.


KAEDAH KAJIAN
3.0 Kaedah Kajian

Bagi mendapatkan maklumat bagi menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini daripada

keluarga saya, saya telah pun menggunakan beberapa kaedah iaitu ;

 Kaedah Pemerhatian.

 Saya telah melihat dan mengkaji perkembangan ahli keluarga saya dari segi aktiviti yang

mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.

 Kaedah Lisan.

 Saya telah menemu bual ibu saya, Saraswathy dan bapa saya, Ramadass. Dengan ini,

saya telah mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal usul keluarga saya.
 Kaedah Rujukan.

 Saya telah melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan ibu bapa saya dan

mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.


HASIL
KAJIAN

4.1

S
A
L
A
S
I
L
A
H

K
E
L
U
A
R
G
A

4.1 a) Salasilah keluarga bapa


]
4.1 b) Salasilah keluarga ibu
4.1 c) Salasilah keluarga saya
4.2
B
I
O
D
A
T
A

K
E
L
U
A
R
G
A
4.2 a) Biodata bapa
4.2 b) Biodata ibu
4.2 C) Biodata kakak

.
4.2 D) Biodata abang pertama
4.2 e) Biodata abang kedua
4.2 f) Biodata saya
TOKOH KELUARGA SAYA

Pak cik saya,Thiruselvam A/L Arumugam boleh dijadikan tokoh dalam keluarga saya.
Bapa saudara saya boleh dikatakan seorang yang serba boleh, banyak sungguh
kelebihan dan pencapaiannya. Menurutnya, tiada apa yang mustahil dilakukan di dunia
ini asalkan kita lakukan adalah terarah kepada perkara kebaikan dan kejayaan. Beliau
juga percaya bahawa kejayaan bagi sesuatu kerja yang dilakukan adalah hasil kerja
keras dan semangat yang tidak mudah mengaku kalah.

Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang tidak berada, kecemerlangan bapa saudara
saya dalam bidang akademik sudah terserlah sejak di bangku sekolah lagi. Di samping
cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga merupakan pelajar yang aktif dalam
bidang kokurikulum dan kepimpinan baik di peringkat sekolah mahupun universiti. Beliau
aktif dalam sukan bola sepak semasa sekolah menengah dan mewakili pasukan bola
sepak sekolah. Beliau merupakan pengawas sekolah dan dilantik menjadi Ketua
Pengawas apabila beliau berumur 17 tahun. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan
Matematik dan Sains pada tahun 1985. Setelah mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM, beliau telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang ‘Real Estate Management,UKM’. Walau pun pak cik aktif menyertai
persatuan, tetapi beliau tidak pernah melupakan pelajaran kerana mempunyai jadual
sendiri selain bertanya kepada pensyarah jika tidak faham. Ini terbukti di mana beliau
adalah salah seorang pelajar pengajian tinggi yang telah diberi ganjaran biasiswa
sepenuhnya.

Disebabkan pak cik saya suka membantu orang lain, beliau juga melibatkan diri dalam
banyak aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak universiti seperti menderma
darah dan bergotong-royong membersihkan kawasan universiti. Pada keseluruhannya,
bolehlah dikatakan bahawa sikap beliau yang sentiasa merendahkan diri dan berfikiran
positif menjadikan beliau seorang yang berjaya di dalam akademik dan kepimpinannya.
Kini, pak cik diamanahkan untuk menjadi salah seorang pengarah di Syarikat PPC.
Sejak anak-anak beliau kecil lagi pak cik saya telah menanamkan minat untuk membaca
dalam diri anak-anak beliau yang berumur 5 tahun dan 2 tahun disebabkan beliau
sendiri suka membaca. Beliau selalu berkata bahawa membaca adalah jambatan ilmu.
Memang benar, kemahiran membaca membantu meningkatkan proses perkembangan
mental dan sosial mereka dengan lebih baik . Sehingga sekarang, anak-anak beliau
sentiasa membaca buku cerita pada waktu lapang dan juga sebelum mereka tidur pada
waktu malam.

Kebanyakan ibu bapa hanya tahu menyuruh atau memerintah tanpa mempedulikan
perasaan atau pendapat anak mereka. Tetapi, walaupun sibuk dengan tugas hariannya,
pak cik saya cuba sedaya upaya meluang dan memperuntukkan masa yang berkualiti
bersama saya dan abang-abang saya untuk berbincang, menyelesaikan masalah,
memberi nasihat dan teguran yang membina.

Selain daripada itu, satu kelebihan istimewa pada bapa saudara saya ialah beliau
sangat kreatif. Apa sahaja projek yang saya lakukan, beliau akan memastikan bahawa
ia adalah kreatif iaitu lain dari yang biasa dibuat oleh orang lain. Maka, ini menyebabkan
saya sentiasa mencari idea baru untuk melakukan sesuatu.

Banyak yang saya pelajari dari pak cik kesayangan saya. Saya amat bersyukur
mendapat pak cik yang cemerlang sepertinya, sememangnya beliau dipilih menjadi
tokoh keluarga saya.
5.0 Rumusan

Sesungguhnya, dengan melakukan Kerja Kursus Sejarah ini, saya telah


mendapat banyak maklumat mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini
belum saya ketahui sebelum ini. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk
terhadap keluraga saya setelah melakukan kajian ini.

Selepas melakukan Kerja Kursus Sejarah ini, saya juga telah mengenal dengan
lebih rapat lagi ahli keluarga saya. Dengan itu, hubungan kekeluargaan dan hubungan
silaturrahim dapat dirapatkan lagi.

Terakhir, kajian ini juga telah membuat saya menguasai kemahiran yang sangat
berguna. Antara kemahiran tersebut ialah, kemahiran mencari, mengumpul dan
menganalisis maklumat dan data tentang salasilah keluarga saya.
7.0 Rujukan

*Buku

Ahmad Fauzi Bin. Mohd. Basri, 2002, Sejarah Tingkatan Satu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

*Internet

http://www.scribd.com/doc/15429736/Vurmila-Folio-Sejarah-Salasilah-Keluarga

http://www.scribd.com/doc/4674701/Salasilah-Keluarga

*Folio

Folio Salasilah Keluarga Tingkatan Satu, Putri Nur Dayana Binti Kamaruzaman, Sekolah
Menengah Sri Hartamas, 2002
*Temubual

Ramadass A/L Subramaniam. No.13,Jalan Helang 9,Bandar Puchong Jaya,47170


Puchong,Selangor. 10 April 2010. 3.30 p.m.

Saraswathy A/P Arumugam. No.13,Jalan Helang 9,Bandar Puchong Jaya,47170


Puchong,Selangor. 12 April 2010. 8.25 p.m.

You might also like