You are on page 1of 3

Permerhatian

Saya telah belajar banyak ilmu baru semasa saya menjalankan pemerhatian
di sekolah ini. Gambar-gambar yang dilampirkan telah menunjukkan apa yang telah
saya pelajari daripada sekolah ini.

Selain itu, semasa saya masuk ke kelas unutk melihat guru mengajar, saya
juga telah belajar cara untuk mengawal satu kelas, dan saya juga telah memahami
pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Senarai Semak

Semasa saya menyediakan senarai semak saya, saya dapati penyediaan


satu senarai semak bukan semudah yang saya sangkakan. Saya perlu merancang
apa yang ingin yang semak di sekolah ini. Contohnya, saya telah memilih untuk
menyemak kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini. Maka saya perlulah
memikirkan sebanyak mungkin kemudahan-kemudahan yang dapat saya fikirkan
dan menyenaraikan mereka dalam senarai semak saya. Selepas saya menjalankan
senarai semakan, saya dapati sekolah ini mempunyai kebanyakan kemudahan-
kemudahan yang telah saya menyenarai. Hal ini membuktikan bahawa kemudahan-
kemudahan di sekolah ini adalah sempurna dan lengkap.
Temu bual

Untuk menjalankan sesi temu bual dengan guru di sekolah ini, saya telah
memikirkan beberapa soalan yang ingin saya tanyakan semasa menjalankan temu
bual. Saya dapati bukan senang untuk memikirkan soalan-soalan ini dan ia telah
mengambil masa yang agak penjang untuk saya memikirkan soalan-soalan tersebut.
Saya telah belajar banyak ilmu baru daripada kawan-kawan saya semasa saya
menyediakan soalan-soalan ini. Semasa dan selepas saya menjalankan temu bual,
saya juga telah belajar banyak ilmu baru daripada guru-guru sekolah ini. Saya juga
tahu cabaran-cabaran yang akan saya hadapi apabila saya menjadi seorang guru.
Dengan ini, saya dapat membuat satu persediaan awal sebelum saya menghadapi
cabaran ini.

You might also like