You are on page 1of 6

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup.

Ianya
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim
sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak
berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya.
Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep
yang saling bergantung dan sama.

Adat seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan
sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran
berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat
perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu
sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang
mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.

Kerana dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan
budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya
yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh
berubah, Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini
menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah.
Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu bolehlah kita katakan
adat sebagai budaya yang asal.

Seperti juga kaum Cina, kaum India juga bukanlah penduduk asal Malaysia. Kemasukan
masyarakat India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Samada kemasukan
itu suatu bentuk penghijrahan atau sekadar merantau untuk mencari rezeki, hakikatnya
kemasukan ini sudah berlaku sejak sekian lama. Apabila Melaka muncul sebagai pusat
perdagangan serantau menjelang abad ke 15, masyarakat India yang terdiri daripada
golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu, tukang dan sebagainya tidak terlepas
pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Kemasukan mereka
ini juga sudah pasti membawa bentuk adat istiadat mereka yang tersendiri.

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia,dan juga salah satu kaum
yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara
kita.separti masyarakat lain,masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka
dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.Adat resam yang di amalkan
oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat
melayu.Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.Seperti juga masyarakat
lain,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum,justeru itu maklumat berikut
hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
Orang india Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka
yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang india
telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu.Kedatangan mereka secara
berkumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak semasa kesultanan
Melaka dan semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda.

Tujuan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu ialah mensasarkan tujuan perniagaan atau
perdagangan.Pada tahun 2005,orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah
penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta rakyat.

Perkahwinan masyarakat India

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara


pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.Terdapat tiga jenis perkahwinan
dalam masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam,tamil thirumanam, dan diya thirumanam
yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.Antara adat
yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa
yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya,memberi sireh,
mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa
mertua) serta sari (ibu mertua)dan wang.Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar
kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di
dalam sebiji gelas.Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami
isteri.

Kematian.

Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula,iaitu kematian


adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur.Sarjana India juga menyatakan
kematian adalah perpisahan roh dan jasad,dimana jasad akan hancur ,tetapi kembali ke
alam barzakh.Dalam masyarakat India,mayat akan dibakar atau di kebumikan.Untuk
melaksanakan upacara ini pelbagai adat di tentukan.

Upacara menanggalkan thaali.

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah


kematian dalam sesebuah keluarga.Thaali iaitu rantai suci perkahwunan hanya boleh
ditanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia.

Upacara vaikkarasi
Setelah dimandi dan dihias cantik,mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.Pada masa
yang sama lagu-lagu suci dimainkan.Saudara mara akan member penghormatan yang
terakhir kepada si mati dan mendoakan agar roh si mati akan tenang.Pada masa yang
sama,ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan
upacara tersebut telah direstui oleh tuhan.Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat
mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

Kollic catti.

Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengadungi api.Periuk tersebut di angkat
dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada
periuk.Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.Anak sulung
melakukan untuk bapa apa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk
ibu.seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat.Sebelum itu kollic catti.Sebelum
itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut.Ini menunjukkan bahawa mereka
akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh.

Perayaan bagi kaum india

Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum
mereka tersendiri.Bagi kaum india mereka merayakan perayaan mereka seperti
deepavali,thaipusam,dan ponggal bagi setiap tahun.Bagi perayaan Deepavali,penganut
hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan
semangat.Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,penganut
hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan
bunga. Bagi thaipusam pula,merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah
dilakukan di atas muka bumi.Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar.Nazar yang
membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika permohonan
dikabulkan,maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.Bagi ponggal
pula,perayaan ini diraikan secara beramai-ramai.Iaitu dengan memasak menggunakan
periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat,bertujuan untuk menandakan
masa mereka menuai hasil tanaman.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada
mereka yang lama terpisah.Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari
masyarakat hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.

Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu
meskipun ramai orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia,
mereka juga mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut
bersedia menerima kunjungan dari jiran tetangga. Di dalam masyarakat India, jika kita ingin
berkunjung ke rumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda
terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah ke dalam rumah dengan
kaki kanan dahulu.

Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa
dengan sebutan ‘vanakam’ dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan
atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke
rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti
sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Di dalam
masyarakat India juga, jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan
sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

Keluarga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan peranan
utama tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, ‘Ibu adalah
umpama Tuhan’ dan anak perempuan juga dipanggil ‘amma’ seperti seorang ibu di dalam
tradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika
mereka masih dara.

Seorang suami pula di dalam masyarakat India adalah ‘Tuhan bagi isterinya’ dan mesti
sentiasa dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti ditentukan oleh seorang
ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian pasangan yang akan
berkahwin. Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah penting bagi menjalankan
segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk.
Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu
tengah malam atau waktu matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah
pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat
segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan
perkahwinan itu.

Seperti juga adat kaum-kaum lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang penting
kepada keluarga dan masyarakat India. Semua saudara mara akan dimaklumkan apabila
lahirnya seorang bayi. Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh
melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 kelahiran, upacara penting diadakan
untuk menamakan anak. Ketika ini rumah dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran
dijemput bersama meraikan upacara tersebut.

Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi dari almanak Hindu
mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan dirujuk untuk mencari
nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketika menamakan itu, bayi dipangku oleh
orang tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh kaum wanita mereka.

Dari aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di kalangan masyarakat India. Di


sepanjang tahun, mengikut kalendar Hindu mereka akan mengadakan pelbagai upacara
sembahyang berkaitan musim dan perubahan tahun seperti di negeri India. Masyarakat
Hindu akan bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan
petang di tempat tertentu di rumah. Mereka juga pergi ke kuil untuk bersembahyang ataupun
mengadakan upacara agama.

Perayaan kaum India diadakan dengan mengikuti peredaran bulan dan setiap bulan
ditandakan oleh bulan mengembang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan
didalam adat masyarakat India. Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam
dan Thaiponggal.

Deepavali ialah ‘perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’ atau
‘ilmu’ ke atas ‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ mengatasi ‘kezaliman’. Inilah perayaan paling
utama bagi masyarakat India. Pada hari ini sembahyang akan diadakan terutama untuk
mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia.

Thaipusam pula adalah perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan
menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa
Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu
dan akan dibawa pelbagai persembahan.

Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta ‘memuja
semangat padi’. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan
upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan dimasak di dalam
periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada
jiran tetangga.

Melanjutkan perbicaraan terdahulu berkaitan adat atau disebut juga budaya masyarakat-
masyarakat utama Malaysia, apa yang cuba digambarkan bukanlah bagaimana bentuk adat-
adat tradisi masyarakat di Malaysia semata-mata, tetapi kita berusaha untuk melihat
bagaimana setiap kaum itu mempunyai adat dan kepercayaanya yang membentuk identiti
dan keperibadian mereka yang tersendiri. Secara tidak langsung juga didalam bahagian itu
kita telah membicarakan kepentingan adat kepada kaum-kaum tersebut. Walaupun tidak
dinyatakan dengan jelas, namun jika diteliti, kita pasti akan memahami akan kepentingan
adat-adat itu sekurang-kurangnya sebagai perlambangan identiti dan peribadi masyarakat
mereka.

You might also like