You are on page 1of 3

Istilah-istilah Headcount

Di dalam melaksanakan headcount di sekolah, para guru akan menemui

beberapa istilah yang agak pelik yang digunakan sebagai rujukan dan sasaran.
berikut disenaraikan istilah-istilah tersebut dan maknanya:

1. TOV - Take Off Value(Markah rujukan bagi setiap pelajar)

2. OTI - Operational Target Increment(Markah sasaran bagi setiap pelajar


mengikut peperiksaan)

3. AR - Actual Result(Markah sebenar yang diperolehi pelajar mengikut


peperiksaan)

4. ETR - Expected Target Result(Markah sasaran yang akan diperolehi pelajar


untuk UPSR/ PT3 / SPM / peperiksaan akhir tahun)

Penting sangat ke TOV, ETR dan OTI tu?

Apakah TOV ( take-off value ) ?

TOV adalah asas untuk pengiraan headcount. Apa itu headcount?

Headcount adalah sasaran secara terancang dan tersusun pada suatu masa. Bagi
murid tahun 6, sasaran mereka ialah UPSR.
TOV bagi murid tahun 6 pula adalah markah peperiksaan akhir tahun semasa

mereka di tahun 5. Markah tersebut (TOV) menjadi tapak permulaan mereka


meningkatkan markah dari masa ke semasa.

Jika markah TOV seorang murid ialah 70, maka dari markah permulaan 70 itulah

murid sepatutnya berada dan terus meningkatkan markahnya hingga mencapai


sasaran markah upsr (atau gred).

TOV adalah nilai letak kerja seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada

seperti pencapaian akademik. Pencapaian ini merujuk kepada pencapaian di


dalam setiap mata pelajaran.

Bagaimana mengenal pasti TOV ?

TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 1, 2, 3, 4

dan 5 bagi calon UPSR. Berasaskan markah TOV, murid-murid dengan bimbingan
guru akan menetapkan ETR masing-masing.

Apakah ETR ( expected targeted result ) ?

ETR boleh didefinasikan sebagai sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan


merujuk kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir.

Bagaimana menentukan ETR ?

Setelah ETR telah diputuskan kemudahan ini juga berupaya mengatur markah

sasaran Ujian OTI (Operasional Targeted Incrementalisme). Setiap murid akan

belajar untuk mencapai sasaran Ujian OTI 1, OTI 2, OTI 3 dan seterusnya. Selepas

guru-guru memasukkan markah Ujian OTI 1 iaitu Actual Result (AR) markah AR

dibandingkan dengan markah sasaran OTI. Perbandingan ini bertujuan untuk


memastikan markah diperoleh murid melangkau, tepat atau defisit.
Sekiranya hasil perbezaan perbandingan OTI dan AR bernilai positif, ia

menunjukkan pembelajaran murid melepasi target. Sekiranya bernilai 0,

bermakna mencapai target dan bernilai negatif menunjukkan tidak mencapai


target.

Kemudahan ini berupaya menyenaraikan murid-murid berdefisit besar untuk

memudahkan guru-guru membuat analisis item untuk mengenalpasti kelemahan


supaya tindakan susulan yang bersesuaian diambil dengan segera.

Guru-guru biasanya akan berusaha mengatur strategi agar murid-murid defisit

ini dapat dibimbing supaya dapat berubah ke arah peningkatan dalam ujian-
ujian OTI akan datang.

Apakah OTI ( operational targeted increment ) ?

OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang


diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.

Bagaimana menentukan OTI ?

OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada
jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.

Apakah AR?AR ialah Actual Result iaitu markah sebenar murid hasil dari ujian

yang telah dijalankan.

You might also like