You are on page 1of 1

Tupai yang Jujur

Ibu tupai adalah seorang yang meleter, tetapi ia sangat menjaga anak-anaknya.
Ia sangat sibuk membuat kerja rumah sepanjang hari untuk anaknya seperti mencuci
baju, memasak dan mencari buah-buahan untuk anaknya.
Pada suatu hari, ibu tupai perlu keluar dari rumah. Sebelum keluar, dia menyuruh
Si Tupai jangan keluar dari rumah dan membaca buku di rumah.
Apabila ibu tupai keluar, Si tupai segera meletakkan bukunya dan mencari
kawannya iaitu Si Landak dan Si Pangolin untuk bermain.
Sebelum Ibu tupai balik dari luar, Si Tupai segera balik ke rumah dan membaca
buku. Ia juga membuka buku tersebut sehingga halaman 20 walaupun ia belum
membaca.
Ibu Tupai sangat gembira dan menciumnya apabila Si Tupai telah membaca 20
halaman. Ibu Tupai mencari nenek Tupai untuk berkongsi perkara tentang Si Tupai yang
sangat rajin membaca.
Selepas ibu Tupai keluar, Si Tupai sangat sakit hati kerana ia teringat ibunya
menjaganya dengan sepenuh hati dan ia tidak patut bercakap bohong.
Si Tupai segera mencari ibunya untuk mengaku kesalahannya dengan jujur.
Ibu Tupai sangat gembira kerana si tupai mengaku kesalahannya dengan jujur

You might also like