You are on page 1of 6

Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-37

SMK Tengku Idris Shah, 42200 Kapar


Tarikh : 28 Februari 2013

Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Mutiara, SMK Tengku Idris Shah
Kehadiran : Ibu Bapa : 220 orang
Guru : 117 orang
Jumlah : 337 orang

1.0 Kata-kata Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan
kepada Tn. Hj. Najib, Pengetua, barisan para pentadbir sekolah ,guru-guru juga para ibu
bapa kerana dapat sama-sama berkumpul untuk berbincang dan mencapai kata sepakat
dalam melaksanakan program kecemerlangan anak-anak.
1.2 Beliau juga mengucapkan syukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan kerjasama semua pihak,
PIBG telah Berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2012 dan harapan
agar ibu bapa memberikan komitmen yang tinggi, saranan dan sokongan kepada pihak
sekolah untuk mencapai ke satu tanda aras yang lebih baik pada masa akan datang.
1.3 Beliau juga mengumumkan kehadiran ibu bapa seramai 220 orang, semoga kehadiran ini
dapat memberikan motivasi kepada guru-guru untuk mendidik pelajar kea rah
kecemerlangan pada masa akan datang.

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG kali Ke-36

2.1 Minit mesyuarat disahkan secara sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

3.0 Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2012/2013

3.1 En. Zamri b. Marham, Setiausaha PIBG sesi 2012/2013 membentangkan laporan tahunan
aktiviti PIBG pada muka surat 13 dan 14.
3.2 Laporan Aktiviti Tahunan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

4.0 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG sesi 2012/2013

4.1 Pn. Tamyizah bt. Reman, Bendahari PIBG sesi 2012/2013 membentangkan laporan
kewangan tahunan PIBG sesi 2012/2013 pada muka surat 15 – 21.
4.2 Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa SMK Tengku Idris Shah
merupakan satu-satunya sekolah , guru-gurunya sama-sama menyumbang kepada
tabung PIBG sebanyak RM35 seorang, seharusnya ibu bapa lebih proaktif dan menjadi
motivasi kepada ibu bapa untuk menyumbang ke arah kecemerlangan pelajar.
4.3 Encik Zamri b. Salleh membetulkan kiraan penerimaan kutipan derma PIBG guru dalam
muka surat 15. Terdapat lebihan bayaran sebanyak RM15. Pengerusi memaklumkan
bahawa kiraan itu bukan kesilapan tetapi terdapat guru yang membayar lebih RM15.
4.4 Laporan Kewangan Tahunan diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

1
5.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2012/2013

5.1 Pengerusi mengingatkan kembali bahawa PIBG ini ditubuhkan untuk membantu dan
melaksanakan aktiviti, membina prasarana, menambah dan menyelenggara prasarana
untuk kegunaan pelajar dan warga sekolah. Semua keputusan dan proses tertakluk
kepada Pekeliling Kerajaan Malaysia. Sekiranya terdapat komen atau kejadian yang
menimpa anak-anak hendaklah merujuk kepada pentadbir sekolah atau AJK PIBG agar
masalah dapat diselesaikan bersama. Pengerusi juga berharap agar tiada lagi aduan-
aduan yang sampai ke meja wartawan yang menambah beban dan imej buruk kepada
pihak sekolah dan komuniti setempat.
5.2 Pengerusi bagi pihak Jawatankuasa PIBG sesi 2012/2013 memohon kemaafan sepanjang
menjalankan tugas pada sesi yang lepas.
5.3 Pengerusi dengan rasminya membubarkan AJK PIBG sesi 2012/2013.

6.0 Lantikan Pengerusi Sementara

6.1 Cadangan daripada ibu bapa agar Pengerusi Majlis, Pn. Aznilawati bt. Abdul Rahman
sebagai Pengerusi Sementara disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

7.0 Pemilihan AJK PIBG 2013/2014

7.1 Encik Mohd Adam b. Muda mencadangkan Encik Mohd Fauzi b. Ariffin sebagai calon YDP.
7.2 Encik Mohd Fauzi b. Ariffin menyatakan bahawa lantikan pengerusi /YDP seharusnya
daripada kalangan ibu bapa yang mempunyai anak yang belajar di sekolah ini.
7.3 Encik Mohd Nor b. Hj. Ibrahim mencadangkan Koperal Adam b. Muda.
7.4 Pn. Annora menyokong cadangan tersebut dan merayu agar Encik Mohd Fauzi menerima
pencalonan sebagai YDP PIBG bagi sesi 2013/2014 memandangkan beliau menunjukkan
komitmen yang sangat tinggi sepanjang menjawat jawatan tersebut.
7.5 Tuan Pengetua selaku Penasihat memaklumkan bahawa calon yang tiada anak di sekolah
boleh dilantik menjadi YDP PIBG melalui persetujuan mesyuarat dan mendapat
kelulusan daripada Pejabat Pelajaran Daerah.
7.6 Cadangan ditutup oleh Encik Sidek b. Liwan.
7.7 Encik Mohd Adam mendapat 57 undi , manakala Encik Mohd Fauzi b. Ariffin mendapat
112 undi.
7.8 Encik Mohd Fauzi b. Ariffin kekal sebagai YDP PIBG bagi sesi 2013/2014.
7.9 Encik Shrmugam mencadangkan Encik Mohd Adam sebagai Naib YDP PIBG. Encik Mohd
Nor b. Hj. Ibrahim menyokong cadangan.
7.10 Encik Zaini b. Talib mencadangkan cadangan ditutup. Pn. Habsah bt. Ariffin menyokong
cadangan ditutup.
7.11 Encik Zamri b. Zainal mencadangkan agar AJK PIBG dilantik melibatkan kaum Melayu,
India dan Cina.
7.12 Encik Mohd Adam mencadangkan Encik Mansur b. Baharom. Encik Musa menyokong.
7.13 Encik Ponnusamy mencadangkan Encik Ramesh a/l Ramalingam. Encik Periyalvar
menyokong.
7.14 Pn. Siti Hadariah Baharom mencadangkan Encik Bakhtiar. Pn. Mariani menyokong.
7.15 Encik Periyalvar mencadangkan Encik Shrmugam. Encik Ponnu dan Encik Periyalvar
menyokong.

2
7.16 Pn. Zarina bt. Johari mencadangkan Pn. Annora. Pn. Annora menolak cadangan.
7.17 Pn. Norizan bt. Baharin mencadangkan agar mengekalkan 2 orang AJK PIBG yang lalu
iaitu Pn. Mariani bt. Hussin dan Pn. Siti Supikah bt. Mohd Nor sebagai AJK. Encik Mohd
Nor b. Hj. Ibrahim menyokong cadangan tersebut.
7.18 Pn. Noor Aziah bt. Ahmad mencadangkan Pn. Thilagawathy a/p Pandiyan. Pn. Sarala Devi
menyokong.
7.19 Pn. Rohaya bt. Hussin mencadangkan Pn. Khalizah bt. Khalid. Pn. Lili Mariani menyokong.
7.20 Encik Zamri mencadangkan En. Sidek b. Liwan dan Encik Palany. En. Palany menolak. En.
Mansur menyokong.
7.21 En Mansur mencadangkan En.Zaini b. Talib. En. Ponnusamy menyokong.
7.22 Pn. Siti Supikah mencadangkan Encik Jeffri b. Mohamad. Tn Hj Ahmad Fuad menyokong.
7.23 Pn. Mok Hei Lam mencadangkan En. Ti Thong Siew . Tn. Hj. Ahmad Fuad menyokong.
7.24 Pengetua memaklumkan walaupun En. Ti Thong Siew tidak hadir mesyuarat Encik Ti
Thong Siew boleh dilantik secara automatik ( tidak perlu undian ) sebagai mewakili kaum
Cina. Beliau sudah pun bersetuju dilantik melalui panggilan telefon.
7.25 Tn. Hj. Ahmad Fuad mencadangkan En. Ramesh a/l Ramalingam sebagai Pemeriksa Kira-
kira.
7.26 Pn. Mariani mencadangkan En. Bakhtiar. Pn. Norsiah menyokong.
7.27 Pn. Habsah mencadangkan cadangan ditutup. En. Musa menyokong.
7.28 En. Ramesh mendapat 96 undian, manakala En Bakhtiar mendapat 76 undian.
7.29 AJK PIBG sesi 2013/2014 adalah seperti berikut :
Penasihat : Tn Hj. Najib b. Ayob
YDP : En. Mohd Fauzi b. Ariffin
Naib YDP : En. Mohd Adam b. Muda
Setiausaha : En. Zamri b. Marham
Bendahari : Pn. Tamyizah bt. Reman
AJK Ibu bapa : 1. En. Ti Thong Siew
2. Pn. Mariani bt. Hussin
3. Pn. Siti Supikah bt. Mohd Nor
4. Pn. Khalizah bt. Khalid
5. Pn. Thilagawathy a/p Pandiyan
6. Encik Jeffri b. Mohamad
7. Encik Mansur b. Baharom
AJK Guru : 8. En. Azman b. Sahlan
9. Pn. Norlatifah bt. Mohamed@Ibrahim
10. Pn. Salwani bt. Mohamed Nor
11. Pn. Norhaizan bt. Zakaria
Pemeriksa Kira-kira :
1. Encik Ramesh a/l Ramalingam ( ibu bapa )
2. Pn. Rohani bt. Abdul Rahman ( Guru )

8.0 Membahaskan Usul-usul

8.1 Usul mengadakan Program Dermathon untuk membina padang serbaguna ( Gelanggang )
berharga RM80,000.00. Encik Musa Mohamad Shari, PK Kokurikulum mencadangkan
program dermathon diadakan untuk membina padang serbaguna untuk latihan kawad

3
kaki, permainan bola tampar, hoki, aktiviti PJK dan lain-lain aktiviti membabitkan pelajar.
Pn. Aminah Mahmud menyokong usul ini. Usul ini diterima sebulat suara.

8.2 Pn. Noraida bt. Abu Shahim mencadangkan agar pintu pagar B dibuka bagi memudahkan
dan memendekkan waktu perjalanan pulang pelajar ke sekolah.
Ulasan pengetua bahawa pintu pagar A dan B dibuka pada waktu pagi. Pintu A ditutup
selepas jam 7.30 pagi untuk membolehkan pihak sekolah mengambil rekod pelajar yang
lewat di pintu B. Pada waktu tengah hari pula, pintu B ditutup untuk pelajar sesi pagi
tetapi hanya boleh digunakan oleh pelajar sesi petang. Semua pelajar sesi pagi keluar
melalui pintu A sahaja untuk mengelak pertembungan pelajar sesi pagi dan pelajar sesi
petang atas faktor keselamatan.

8.3 Encik Zaini b. Talib mencadangkan agar pihak sekolah dapat mengadakan lawatan sambil
belajar untuk pelajar ke IPTA. Pihak sekolah juga diharapkan dapat mengadakan program
motivasi dengan lebih kerap.
Tuan Pengetua memberitahu ahli mesyuarat bahawa dengan bantuan Unit Bimbingan
dan Kaunseling , beberapa siri lawatan ke IPTA telah dijalankan pada tahun lepas.
Lawatan ke IPTA juga akan dijalankan pada tahun ini. Pengetua juga memberitahu
bahawa program motivasi kerap dijalankan untuk perkembangan pelajar oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling , Unit Kukikulum juga Unit Kokurikulum sekolah.

8.4 Encik Mansor b. Baharom mencadangkan agar pemantauan perlu dijalankan untuk
penghisap rokok tegar di kawasan belakang dewan atau di belakang tandas. Pengetua
menegaskan bahawa guru-guru disiplin dan guru bertugas, juga pengawas bertugas
ditempatkan di kawasan tersebut untuk mengelakkan pelajar merokok di kedua-dua
kawasan tersebut. Juga menegaskan bahawa seluruh kawasan sekolah adalah kawasan
larangan merokok. Walau bagaimanapun, tuan pengetua mengucapkan terima kasih atas
ingatan ibu bapa berhubung perkara ini.

9.0 Hal-hal lain

9.1 Tuan Pengetua mengingatkan ibu bapa supaya memastikan kehadiran anak-anak ke
sekolah pada setiap hari kerana SPBS dilaksanakan sepanjang tahun. Bagi pelajar PAV,
kehadiran mestilah 95% setahun untuk membolehkan mereka menduduki peperiksaan
dan seterusnya mendapat sijil.
9.2 Tuan Pengetua juga mengingatkan bahawa sumbangan PIBG sebanyak RM35 bagi
sebuah keluarga masih terpakai sehingga 2013. Bayaran majalah pula RM12 bagi setiap
keluarga.
9.3 Pn. Annora mencadangkan :
9.3.1 pihak sekolah bekerjasama dengan pihak polis dan bekas pesalah untuk
membanteras gejala sosial dalam kalangan pelajar seperti memberi ceramah
kesedaran kepada pelajar.
9.3.2 Pihak sekolah juga memberi kelas tambahan kepada murid yang lemah untuk
menghadapi PMR.
9.3.3 Peluang menyertai lawatan ke IPTA diberikan kepada semua pelajar bukan
kepada pelajar yang pandai sahaja.

4
9.3.4 Mengingatkan guru-guru yang terlibat secara langsung dengan politik agar tidak
mengabaikan pengajaran dalam kelas.
9.4 Pn. Aminah bt. Mahmud bertanyakan majalah sekolah yang belum diterima oleh pelajar
sehingga masa kini, juga berkaitan guru yang tidak masuk ke kelas.
9.5 Pn. Suziliana bt. Zainal Abidin bertanyakan berkenaan pelajar yang memiliki lesen
memandu tetapi tidak dibenarkan meletak kenderaan/motorsikal dalam kawasan
sekolah.
9.6 Encik Zamri bertanyakan laluan zebra yang telah diusulkan pada mesyuarat agung PIBG
yang lepas tetapi tidak diambil tindakan.
9.7 Encik Bakhtiar b. Mohd Nor mencadangkan selain lawatan ke IPTA, pelajar dibawa
melawat ke penjara kerana akan lebih menginsafkan pelajar. Juga beliau mencadangkan
agar sekolah mengadakan kelas tambahan Bahasa Arab bagi pelajar tingkatan 4 yang
ingin mengambil mata pelajaran Bahasa Arab dalam SPM.
9.8 Pn. Hamidah bt. Harun bertanyakan kelas tambahan untuk pelajar kelas KRK.
9.9 Ulasan Tuan Pengetua :
9.9.1 Lawatan ke IPTA dikendalikan oleh UBK dan Kelab dan Persatuan ,semua pelajar
ditawarkan mengikut keinginan dan kemampuan kewangan pelajar.
9.9.2 Pihak sekolah mendapat kerjasama daripada polis , polis akan memantau dengan
membuat rondaan pada setiap pagi dan waktu-waktu tertentu. Kerjasama
dengan Jabatan Penjara akan dibincangkan kemudian.
9.9.3 Kelas Tambahan PMR dan SPM sedang dirancang dan akan bermula pada hujung
bulan Februari dan semasa cuti persekolahan ( Program Menuju Puncak
)
9.9.4 Memaklumkan bahawa sekolah kekurangan 2 orang guru dan ketidakhadiran
guru ke sekolah kerana cuti sakit atau aktiviti luar seperti kursus dan membawa
pelajar keluar . Masalah ini akan diatasi dengan menggunakan jadual guru ganti
dan jadual waktu baru.
9.9.5 Pihak sekolah masih tidak membenarkan pelajar yang mempunyai lesen
memandu meletak kenderaan/motorsikal dalam kawasan sekolah kerana akan
menimbulkan masalah. Pengetua juga telah memohon senarai nama pelajar
yang mempunyai lesen dan cukai jalan, sekiranya lengkap 30 orang, pihak
sekolah akan meneliti semula permohonan tersebut. Tetapi sehingga kini tiada
senarai diserahkan kepada pihak sekolah.
9.9.6 Kebanyakan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab PMR
sudah berpindah sekolah, pihak sekolah kekurangan pelajar untuk membuka
kelas Bahasa Arab untuk SPM.
9.9.7 Menegaskan bahawa tiada guru yang terlibat secara aktif dalam politik dan guru-
guru tidak mencampur-adukkan politik dengan pembelajaran dalam kelas. Para
pentadbir sentiasa mengingatkan guru agar member keutamaan kepada
Pengajaran dan Pembelajaran.
9.9.8 Majalah dalam proses akhir untuk diagihkan. Kelewatan adalah kerana
kelewatan mesyuarat hendak memulakan penerbitan majalah pada tahun lalu.
Pengetua juga memaklumkan tempahan kurang daripada 1000 naskhah
menyebabkan kosnya meningkat.
9.10 Ulasan YDP :
9.10.1 Guru-guru banyak terlibat dengan aktiviti luar untuk pertandingan-pertandingan
di luar seperti aktiviti koakademik, jadual guru ganti dibuat pada setiap hari
untuk mengganti guru yang keluar.

5
9.10.2 Kelas-kelas bimbingan diberi sama rata kepada semua pelajar. Ibu bapa diminta
memahami.
9.10.3 Laman web sekolah akan dikemaskini sentiasa. Ibu bapa diminta menyemak info-
info terkini dalam laman web berkenaan.
9.10.4 Borang kumpulan sokongan Ibu bapa hendaklah dikembalikan semula.
9.10.5 Laluan zebra , surat telah dihantar kepada JKR, memandangkan kedudukan
sekolah yang berdekatan dengan lampu isyarat, permohonan belum diluluskan.

10.0 Ucapan Penangguhan

10.1 Pengerusi mengharapkan jalinan baik antara guru-guru dan ibu bapa terus terjalin dan
merayu ibu bapa terus memberikan komitmen dan kerjasama dalam program-program
yang dijalankan. Kemaafan juga dipohon sekiranya berlaku kesalahan sepanjang
mempengerusikan mesyuarat ini.
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengah hari.

Dicatat oleh :
1. Pn. Noraziyan bt. Yatim
2. Pn. Hjh. Ummini bt. Dalimun
3. Pn. Norafizah bt. Mohammad Som
4. Pn. Nurulhuda Hayati bt. Ahmad Tulani

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………………………… …………………………………………
(ZAMRI BIN MARHAM ) ( MOHD FAUZI BIN ARIFFIN )
Setiausaha PIBG YDP PIBG
SMK Tengku Idris Shah SMK Tengku Idris Shah

You might also like