You are on page 1of 5

2.

2) Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran


dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

Dalam bilik darjah, terdapat beberapa papan notis. Guru telah mempamerkan
bahan dan sumber pengajaran pembelajaran di atas papan notis tersebut supaya
pelajar boleh belajar dengan mudah terutamanya pada waktu rehat, pelajar boleh
belajar nota-nota yang terdapat di atas papan notis secara bersendirian atau bersama
kawan. Guru juga menggunakan alat bantu mengajar seperti OHB dan LED untuk
mempamerkan nota-nota pengajaran semasa guru menjalankan proses PdP.
2.3) Catatkan bahan dan sumber pengajaran yang mudah digunakan oleh murid.

Terdapat beberapa bahan dan sumber pengajaran yang mudah digunakan


oleh murid, iaitu papan putih, papan notis, kertas, dan buku latihan. Bahan dan sumber
pengajaran ini mudah didapati dan mudah disediakan. Contohnya, pelajar diberi
peluang untuk keluar membuat latihan di depan papan putih supaya guru dan pelajar
lain dapat melihat sama ada pelajar tersebut memahami ilmu yang telah diajar oleh
guru. Semasa pelajar tersebut membuat latihan di depan, pelajar lain perlulah
mengeluarkan kertas untuk mencuba latihan tersebut. Pelajar juga boleh membaca
nota-nota yang terdapat di papan notis semasa waktu rehat.
2.4) Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang
berasaskan ICT?

Pelajar di sekolah ini mempunyai peluang untuk menggunakan sumber


pembelajaran yang berasaskan ICT. Setiap minggu, pelajar akan mempunyai 1 kelas
komputer yang dijalankan selama 1 jam. Dalam kelas komputer ini, guru akan
mengajar pelajar cara menggunakan komputer, cara-cara menaip dan penggunaan
‘software’ yang terdapat dalam komputer. Dalam setiap kelas juga mempunyai OHB
dan LED dan pelajar juga diberi peluang untuk menggunakan sumebr pembelajaran
ini.
2.5) Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti pembelajaran?

Malalui permerhatian saya, saya perasan pelajar kelas mentor saya sangat
aktif dalam proses PdP. Mereka akan berebut-rebut untuk menjawab soalan yang
diberi oleh guru. Guru akan menanya pelajar soalan yang mudah dahulu dan
kemudiannya menanya soalan yang KBAT. Guru akan memberi galakan kepada
pelajar yang membuat salah dan memberi pujian kepada pelajar yang membuat betul.
Kadang-kadang, beliau juga akan memberi hadiah kepada pelajar yang menjawab
soalan dengan betul. Dengan cara ini, beliau dapat menggalakkan dan menarik
perhatian pelajar untuk rajin belajar. Guru juga menyuruh pelajar datang ke depan
untuk membuat latihan di atas papan putih. Selepas itu, guru akan pilih salah seorang
pelajar untuk datang ke depan bagi menyemak cara-cara yang digunakan dan
jawapan pelajar tadi.
2.6) Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan tertentu.

Guru membahagikan pelajar dalam kumpulan mengikut kedudukan mereka di


dalam kelas. Contohnya, pelajar yang duduk di baris pertama akan berpusing ke
belakang dan membentuk satu kumpulan dengan pelajar baris kedua. Bagi pelajar
yang duduk di baris ketiga pula akan pusing ke belakang dan membentuk kumpulan
dengan pelajar baris keempatDengan menggunakan cara ini, guru boleh
membahagikan pelajar dalam kumpulan dengan cepat kerana pelajar tidak perlu
bergerak ke sana dan sini. . Merujuk pelan bilik darjah di depan, pelajar dalam kelas
ini akan dibentukkan dalam 4 kumpulan dan guru akan menyuruh mereka
menjalankan perbincangan. Contohnya, guru akan menyuruh mereka mereka soalan
yang baru yang berkaitan dengan apa yang telah baru belajar. Guru akan memberi
kerja yang berbeza kepada setiap kumpulan. Contohnya, kumpulan 1 dimninta mereka
soalan yang berkaitan dengan pertambahan, kumpulan 2 mereka soalan yang
berkaitan dengan penolakan, kumpulan 3 mereka soalan yang berkaitan dengan
pendaraban dan kumpulan 4 mereka soalan yang berkaitan dengan pembahagian.
Selepas pembincangan, mereka diminta untuk membuat persembahan di depan kelas.
Dengan cara ini, pelajar dapat belajar empat operasi asas matematik pada masa yang
sama.

Pelajar Dibahagi Kepada 4 Kumpulan

You might also like