You are on page 1of 11

Kelemahan Penambahbaikan

Salutuasi 1) Pengarah dan Wakil Pengarah Politeknik 1) Yang Berusaha,


Malaysia Pengarah dan Wakil Pengarah Politeknik
Malaysia

Penanda Wacana

Laras Bahasa 1) Jutaan tahniah dan syabas kepada kepada 1) Jutaan tahniah dan syabas diucapkan kepada
semua tenaga penggerak yang komited semua tenaga penggerak yang komited dalam
menjayakan majlis ini dan diharapkan usaha menjayakan majlis ini. Diharapkan usaha anda
anda menjadi agen penggerak kepada ini menjadi agen penggerak kepada
pelaksanaan Program Transformasi pelaksanaan Program Transformasi
Perkhidmatan Awam. Perkhidmatan Awam.

2) Penggunaan pendekatan baharu dalam 2) Penggunaan pendekatan baharu dalam


mengurus modal insan seperti penerapan membina modal insan seperti penerapan
aplikasi psikologi dan pelaksanaan Akrab aplikasi psikologi dan pelaksanaan Akrab Siswa
Siswa merupakan satu langkah yang tepat merupakan satu langkah yang efektif dalam
dalam menjana modal insan pelajar politeknik menjana modal insan pelajar politeknik secara
secara lebih menyeluruh dan seterusnya lebih menyeluruh dan seterusnya menjadi
menjadi pemangkin kepada kejayaan Program pemangkin kepada kejayaan Program
Transformasi Politeknik Malaysia. Transformasi Politeknik Malaysia.

3) Semua ini merupakan ciri-ciri penting yang 3) Semua ini merupakan ciri penting yang perlu
perlu ada pada seorang rakan pembimbing. ada pada seseorang rakan pembimbing.

4) Tanpa ciri-ciri tersebut peranan seseorang 4) Tanpa ciri-ciri tersebut peranan seseorang
dalam menjalankan fungsi rakan pembimbing dalam menjalankan fungsi rakan pembimbing
menjadi janggal dan tidak berkesan. tidak berkesan.

5) Ciri-ciri tersebut seharusnya sentiasa 5) Ciri-ciri tersebut seharusnya sentiasa


diamalkan kerana warga pelajar politeknik diamalkan kerana warga pelajar politeknik
bukan sahaja akan melihat Akrab Siswa bukan sahaja akan melihat Akrab Siswa
sebagai individu yang mempunyai ilmu sebagai individu yang mempunyai ilmu
psikologi dan kaunseling bahkan sebagai role psikologi dan kaunseling bahkan sebagai suri
model yang boleh dicontohi. teladan yang boleh dicontohi.

6) Sudah nyata bahawa Akrab Siswa memainkan 6) Sudah ternyata bahawa Akrab Siswa
peranan yang penting dalam membantu pihak memainkan peranan yang penting dalam
politeknik masing-masing untuk membentuk membantu pihak politeknik masing-masing
sahsiah diri pelajar agar sentiasa memberi untuk membentuk sahsiah diri pelajar agar
komitmen yang tinggi terhadap pencapaian sentiasa memberi iltizam yang tinggi terhadap
akademik, penerapan nilai-nilai murni dan pencapaian akademik, penerapan nilai-nilai
seterusnya menggilap potensi kerjaya rakan murni dan seterusnya menggilap potensi
sebaya agar alumni Politeknik Malaysia yang kerjaya rakan sebaya agar alumni Politeknik
disegani. Malaysia yang disegani.

7) Senario ini penting dalam memastikan 7) Senario ini penting dalam memastikan
pencapaian objektif kemahiran generik pelajar pencapaian objektif kemahiran generik pelajar
dan penyampaian perkhidmatan kompeten dan penyampaian perkhidmatan kompeten
Politeknik Malaysia dipertingkatkan ke tahap Politeknik Malaysia dipertingkatkan ke tahap
yang dikehendaki oleh pihak Kerjaan serta yang dikehendaki oleh pihak Kerjaan serta
stakeholders. individu-individu yang berkepentingan.

8) Walaupun bilangan ahli Akrab Siswa yang telah 8) Walaupun bilangan ahli Akrab Siswa yang telah
ditauliahkan sejak tahun 2015 agak kecil ditauliahkan sejak tahun 2015 agak kecil
berbanding jumlah keseluruhan pelajar di berbanding dengan jumlah keseluruhan pelajar
Politeknik Malaysia, namun saya berharap jika di Politeknik Malaysia, namun saya berharap
peranan Akrab Siswa dapat dioptimumkan agar peranan Akrab Siswa dapat dioptimumkan
sudah pasti mampu menjadi nadi kepada untuk menjadi nadi kepada pelaksanaan
pelaksanaan transformasi dalam pemerkasaan transformasi dalam pemerkasaan kemahiran
kemahiran generic dalam kalangan pelajar generic dalam kalangan pelajar politeknik.
politeknik.

9) Hasrat ini sangat bertepatan dengan objektif 9) Hasrat ini sangat bertepatan dengan objektif
penubuhan Akrab Siswa sendiri iaitu sebagai penubuhan Akrab Siswa sendiri iaitu sebagai
medium perantaraan untuk memberi dorongan medium perantaraan untuk memberi dorongan
kepada rakan sebaya di politeknik masing- kepada rakan sebaya di politeknik masing-
masing agar dapat menjadi pelajar cemerlang masing. Akrab Siswa juga dapat menjadikan
sahsiah peribadi dan menjadi contoh output pelajar cemerlang dalam sahsiah peribadi dan
produk keluaran Politeknik Malaysia yang menjadikan contoh output produk keluaran
bernilai tinggi dalam pasaran kerjaya. Politeknik Malaysia yang bernilai tinggi dalam
pasaran kerjaya.

10) Para hadirin sekalian, 10) Hadirin sekalian,

11) Pelaksanaan Akrab Siswa telah berbukti 11) Pelaksanaan Akrab Siswa telah berbukti
berupaya meningkatkan khidmat tolong bantu, berupaya meningkatkan khidmat sokongan,
kepuasan peribadi, kerjasama dalam kepuasan peribadi, kerjasama dalam
pengukuhan pasukan dan pembangunan pengukuhan pasukan dan pembangunan
kepimpinan. kepimpinan.

12) Justeru, ahli-ahli Akrab Siswa diharapkan dapat 12) Justeru, ahli-ahli Akrab Siswa diharapkan dapat
berperanan membimbing rakan sebaya di membimbing rakan sebaya di politeknik
politeknik masing-masing dari peringkat akar masing-masing dari peringkat akar umbi bagi
umbi bagi membantu mereka berdepan dengan membantu mereka berdepan dengan masalah
masalah atau isu sebelum menjadi parah. atau isu sebelum menjadi parah.
13) Kepada semua Akrab Siswa, saya memohon 13) Kepada semua Akrab Siswa, saya memohon
agar memberi tumpuan dan komitmen yang agar memberi tumpuan dan iltizam yang tinggi
tinggi dalam menjayakan transformasi ilmu dan dalam menjayakan transformasi ilmu dan
seterusnya kepimpinan. seterusnya kepimpinan.

14) Inilah masanya untuk kita memberi sumbang 14) Inilah masanya untuk kita memberi sumbang
bakti, mencurah ilmu dan pengalaman dengan bakti, mencurahkan ilmu dan pengalaman
harapan suatu hari nanti perkhidmatan dengan harapan suatu hari nanti perkhidmatan
membimbing rakan sebaya di negara ini berada membimbing rakan sebaya di negara ini berada
di tahap yang terbaik tau dalam kelasnya yang pada tahap yang terbaik tau dalam kelasnya
tersendiri. yang tersendiri.

15) Saya juga mengharapkan agar pertauliahan 15) Saya juga berharap agar pertauliahan Akrab
Akrab Siswa akan menjadi satu medium dalam Siswa akan menjadi satu medium dalam
peningkatan prestasi pencapaian akademik peningkatan prestasi pencapaian akademik
pelajar, penyaluran kepakaran perkhidmatan pelajar, penyaluran kepakaran perkhidmatan
menolongbantu, juga menjadi satu kaedah sokongan, juga menjadi satu kaedah latihan
latihan pemantapan sahsiah diri yang diberi pemantapan sahsiah diri yang diberi keutamaan
keutamaan dan pengiktirafan tinggi oleh dan pengiktirafan tinggi oleh Politeknik
Politeknik Malaysia. Malaysia.

16) Harapan saya agar Bahagian Pengurusan 16) Saya berharap agar Bahagian Pengurusan
Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia dan Bahagian Pembangunan Pelajar, Malaysia dan Bahagian Pembangunan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Politeknik boleh turut Jabatan Pendidikan Politeknik boleh
memperkasakan peranan Akrab Siswa melalui memperkasakan peranan Akrab Siswa melalui
kerjasama strategik meningkatkan kepakaran kerjasama strategik untuk meningkatkan
perkhidmatan Akrab Siswa Politeknik Malaysia kepakaran perkhidmatan Akrab Siswa
melalui kolaborasi dengan pertubuhan- Politeknik Malaysia melalui kolaborasi dengan
pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan- pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
badan yang lain seperti IM4U, Majlis Belia dan badan-badan yang lain seperti IM4U, Majlis
Malaysia, Aman Palestin dan sebagainya. Belia Malaysia, Aman Palestin dan sebagainya.

17) Melalui pendekatan kolaboratif yang 17) Melalui pendekatan kolaboratif yang
dimantapkan dengan berdekatan Strategi dimantapkan dengan berdekatan Strategi
Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),saya percaya Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),saya percaya
dan amat yakin semua pihak yang terlibat akan dan amat yakin bahawa semua pihak yang
dapat memainkan peranan yang lebih terlibat akan dapat memainkan peranan yang
bermakna serta mendatangkan hasil yang lebih bermakna serta mendatangkan hasil yang
benar-benar memberi manfaat kepada kita dapat memberi manfaat kepada kita
semua. semua,seperti kata Benjamin Franklin:
“If passion drives you, let reason hold the reins.”
Seperti kata Benjamin Franklin: Benjamin Franklin ( kurang sesuai dengan isi
“If passion drives you, let reason hold the reins.” yang dihuraikan )
Benjamin Franklin
18) Besarlah harapan saya semoga semua pelajar 18) Saya berharap semoga semua pelajar dan
dan Pegawai Psikologi yang menerima tauliah Pegawai Psikologi yang menerima tauliah pada
pada hari ini beroleh manfaat hasil daripada siri hari ini memperoleh manfaat hasil daripada siri
latihan yang telah diikuti bagi setiap zon latihan yang telah diikuti bagi setiap zon
Politeknik masing-masing. Politeknik masing-masing.

19) Sesuai dengan pernana sebagai rakan 19) Bersesuaian dengan peranan sebagai rakan
pembimbing, Akrab Siswa semestinya menjadi pembimbing, Akrab Siswa semestinya menjadi
contoh terbaik sama ada dari segi cara kerja contoh terbaik sama ada dari segi cara kerja
atau pun etos dan pembudayaan nilai murni. ataupun etos dan pembudayaan nilai murni.

20) Syabas dan tahniah kepada barisan urus setia 20) Syabas dan tahniah kepada barisan urus setia
dan para peserta program AKrab Siswa dari dan para peserta program AKrab Siswa dari
seluruh negara yang dapat hadir pada hari ini, seluruh negara yang dapat hadir pada hari ini,
terutama kepada para Pegawai Psikologi yang terutamanya kepada para Pegawai Psikologi
telah bertungkus-lumus berpadu tenaga bagi yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan
menjayakan program Akrab Siswa di politeknik program Akrab Siswa di politeknik masing-
masing-masing. masing.

Isi 1) Peranan Akrab Siswa dapat dioptimumkan untuk menjadi nadi kepada pelaksanaan transformasi dalam
pemarkasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar politeknik.

2) Pelaksanaan Akrab Siswa telah terbukti berupaya meningkatkan khidmat sokongan.


3) Peranan Akrab Siswa dalam menjayakan transformasi ilmu dan seterusnya kepimpinan.

Penutup 1) Akhir kata, marilah kita bersama-sama 1) Akhir kata, marilah kita bersama-sama
berganding bahu menjadi agen perubahan, berganding bahu menjadi agen perubahan,
berdiri teguh dengan Kerajaan, berdiri teguh dengan kerajaan,
memperkasakan Agenda Transformasi Negara memperkasakan agenda Transformasi Negara
demi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah demi merealisasikan hasrat Malaysia sebagai
negara maju disegani di persada antarabangsa. sebuah negara maju yang disegani di persada
antarabangsa.

2) Maka, dengan rasa syukur kepada Tuhan maka 2) Dengan rasa syukur kepada Tuhan, maka saya
saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis dengan sukacitanya merasmikan Majlis
Pertauliahan Akrab Siswa Politeknik Pertauliahan Akrab Siswa Politeknik
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi
tahun 2016. tahun 2016.

3) Sekian terima kasih. 3) Sekian, terima kasih.


Analisis teks
1.0 Pengenalan
Teks ucapan yang kami memperoleh adalah Teks Ucapan Perasmian Sempena Majlis Pentauliahan Akrab Siswa Politeknik
Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2016. Kami dikehendaki untuk memberikan ulasan terhadap teks ucapan tersebut. Ulasan kami
terhadap teks ucapan ini akan fokus kepada wacana penulisan teks yang merangkumi: kesesuaian isi, gaya bahasa, pemilihan kata
dan aspek pemerenganan.
2.0 Kesesuaian isi
Terdapat tiga isi utama yang diutarakan dalam ucapan ini. Isi pertama adalah peranan Akrab Siswa dapat dioptimumkan untuk menjadi
nadi kepada pelaksanaan transformasi dalam pemarkasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar politeknik. Isi kedua adalah
pelaksanaan Akrab Siswa telah terbukti berupaya meningkatkan khidmat sokongan. Isi ketiga adalah Peranan Akrab Siswa dalam
menjayakan transformasi ilmu dan seterusnya kepimpinan. Ketiga-tiga isi ini amat sesuai dengan tajuk dan tema majlis semasa iaitu
pertauliahan Akrab Siswa. Dengan ini, siswazah yang menerima tauliah sebagai Akrab Siswa akan mengingati tanggungjawabnya dan
sentiasa bersedia untuk membantu. Selain itu, Akrab Siswa juga akan menjadi diri sendiri sebagai suri teladan kepada siswazah yang
lain. Akrab Siswa akan sedar bahawa sendiri memainkan peranan yang penting dalam membantu pihak politeknik untuk membentuk
sahsiah diri pelajar. Mereka juga akan sentiasa bersedia untuk memberi dorongan dan sokongan kepada rakan sebaya yang
menghadapi masalah.
Selain itu, isi pengucapan bersesuaian dengan taraf sosial, pendidikan pendengar. Isi ucapan ini adalah berkaitan dengan Akrab Siswa
politeknik. Manakala audien ialah pelajar politeknik. Oleh itu, mereka akan memahami apa yang diucapkan sedangkan ucapan ini
mempunyai perkaitan dengan kehidupan mereka di pusat pengajian mereka. Melalui ucapan ini,siswazah-siswazah tersebut dapat
memahami konsep Akrab Siswa serta peranannya. Dengan ini, mereka akan mengenal ahli-ahli Akrab Siswa di politeknik dan dapat
meminta pertolongan daripada ahli-ahli tersebut sekiranya mereka menghadapi masalah.

3.0 Gaya Bahasa


Bahasa ucapan ditujukan untuk telinga, berbanding bahasa rencana, jurnal dan buku lebih ditujukan untuk mata. Oleh itu, bahasa yang
digunakan oleh penulis teks ucapan ini adalah mudah difahami oleh sasaran dan penggunaan bahasa adalah lebih santai. Bahasa yang
digunakan berbentuk padat, ringkas dan sesuai laras bahasa dan tatabahasa mengikut situasi pendengar. Oleh sebab audien ucapan ini ialah
siswazah, bahasa yang digunakan adalah setaraf dengan tahap mereka.
Walau bagaimanapun, penulis telah melakukan beberapa kesilapan gaya seperti ayat yang panjang dan berbelit-belit dan gagal menggunakan
penanda wacana sebagai panduan kepada khalayak. Kebanyakkan ayat yang digunakan oleh penulis adalah terlalu panjang dan ini akan
menyukarkan pemahaman serta menyebabkan pendengar cepat bosan dan tidak tertarik dengan pengucapan tersebut. Pola dan struktur ayat
yang pelbagai, ayat panjang yang diselang-selikan dengan ayat pendek dan ayat pancangan diselang-selikan dengan ayat mudah tentu akan
menyebabkan tulisan lebih berseri. Contohnya, ayat “Hasrat ini sangat bertepatan dengan objektif penubuhan Akrab Siswa sendiri iaitu
sebagai medium perantaraan untuk memberi dorongan kepada rakan sebaya di politeknik masing-masing agar dapat menjadi pelajar
cemerlang sahsiah peribadi dan menjadi contoh output produk keluaran Politeknik Malaysia yang bernilai tinggi dalam pasaran kerjaya.” terlalu
panjang dan tidak lancar semasa berucap. Oleh itu, kami membuat penambahbaikan untuk menjadikan ayat tersebut kepada dua ayat. “Hasrat
ini sangat bertepatan dengan objektif penubuhan Akrab Siswa sendiri iaitu sebagai medium perantaraan untuk memberi dorongan kepada
rakan sebaya di politeknik masing-masing.” dan “Akrab Siswa juga dapat menjadikan pelajar cemerlang dalam sahsiah peribadi dan
menjadikan contoh output produk keluaran Politeknik Malaysia yang bernilai tinggi dalam pasaran kerjaya”
Selain itu, hubungan sesuatu ayat dengan ayat-ayat yang berikutnya dalam perenggan ataupun wacana juga telah diabaikan oleh penulis.
Kesatuan adalah penting dipelihara dalam membentuk ayat dan perenggan. Bagi memastikan kejelasan, penulis sepatutnya menambahkan
penanda wacana ke dalam teks ucapan. Contohnya, semasa menulis perenggan untuk isi kedua, penulis boleh menggunakan penada wacana
seperti “Selain itu”, “Di samping itu” atau “Justeru itu” untuk memulakan perenggan.

4.0 Pemilihan kata


Terdapat beberapa kesilapan dalam pemilihan kata dalam teks ucapan tersebut. Yang pertama, kesilapan dalam salutasi. Dalam teks ucapan
ini tidak meletakkan sebarang sapaan kepada Pengarah dan Wakil Pengarah Politeknik Malaysia. Oleh itu, kita membetulkannya dengan
menambah sapaan “Yang Berusaha” kepada Pengarah dan Wakil Pengarah Polikteknik Malaysia. Yang kedua, contoh kesilapan pemilihan
kata dalam ayat ialah “mengurus modal insan”. Adalah lebih tepat sekiranya kita menggunakan “membina modal insan” dalam ayat tersebut. Di
samping itu, “satu langkah yang efektif” adalah lebih tepat daripada “satu langkah yang tepat”. Penggunaan bahasa pinjaman juga salah satu
kelemahan dalam teks ucapan tersebut. Sebagai contoh, untuk istilah “role model” dalam teks tersebut, Kita boleh menggantikannya dengan
istilah “suri teladan”. Istilah “stateholders” digantikan dengan istilah “individu-individu yang berkepentingan”.
Selain itu, kesilapan laras bahasa juga wujud dalam teks ucapan tersebut. Contohnya, ayat “Para hadirin sekalian”. Sedangkan perkataaan
“para” sudah mewakili bilangan yang banyak, kita tidak perlu menggunakan perkataan “sekalian” yang juga sama erti dengannya. Oleh itu,
penambahbaikan dapat dibuat dengan hanya menggunakan salah satu perkataan daripadanya. Contohnya, “Para hadiran” atau “Hadirin
sekalian” merupakan jawapan yang betul. Di samping itu, terdapat banyak kesilapan pemilihan kata yang mempunyai sama erti dan maksud
dalam satu ayat. Contohnya, “janggal” dan “tidak berkesan”, “boleh” dan “turut”, “manfaat” dan “hasil” serta “bertungkus lumus” dan “berpadu
tenaga”
Di samping itu, terdapat beberapa kesalahan tatabahasa dalam teks ucapan tersebut. Pertama, kesalahan menggunakan kata gandaan.
Contohnya, dalam ayat “Semua ini merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing.”, semua sudah mewakili
bilangan yang banyak. Oleh itu, tidak boleh menggunakan kata gandaan “ciri-ciri” dalam ayat tersebut. Kedua, kesalahan menggunakan kata
nama khas. Contohnya, perkataan “Kerajaan” harus ditulis sebagai “kerajaan”, manakala perkataan “Agenda Transformasi Negara” harus
ditulis sebagai “agenda Transformasi Negara”. Ketiga, kesalahan tatabahasa seperti contoh berikut, “……berbanding jumlah……” yang
seharusnya ditulis sebagai “……berbanding dengan jumlah……”. Contoh lain seperti “……yakin semua pihak……” yang perlu ditulis sebagai
“……yakin bahawa semua pihak……”.
5.0 Aspek pemerenganan
Ucapan disampaikan mengikut struktur ucapan yang ditetapkan. Setiap ucapan harus didahului ada pendahuluan diikuti isi ucapan dan
penutup. Namun pengucapan haruslah ada rujukan terhadap hadirin seperti tuan puan, siding hadirin dan sebagainya. Teks ucapan ini
memenuhi kehendak dalam aspek pemerengan. Teks ucapan ini terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Contohnya, teks
ucapan ini dimulakan dengan salutasi dan seterusnya penerangan tujuan majlis tersebut. Selepas itu, konsep dan kepentingan Akrab Siswa
diterangkan. Setelah para hadirin memahami frasa “Akrab Siswa”, ucapan diteruskan dengan menerangkan 3 isi penting tentang peranan
Akrab Siswa. Sebelum mengakhiri ucapan, harapan dan galakan telah memberi kepada pelajar dan Pegawai Psikologi yang menerima tauliah.
Akhirnya, teks ucapan ini diakhiri dengan ucapan merasmikan majlis tersebut dan juga ucapan terima kasih. Ucapan-ucapan seperti “Tuan
Puan yang dikasihi sekalian”, “Hadirin sekalian” dan “Para Graduan dan Jurulatih Akrab Siswa yang diraikan” telah digunakan untuk
menyambung perenggan-perenggan tersebut. Oleh itu, teks ucapan ini adalah memenuhi aspek pemerenganan.

Pendahuluan dengan rasa kesyukuran

You might also like