You are on page 1of 5

Roundtable

Kaedahnya mudah sahaja. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 4 orang.
Sekeping kertas diedarkan pada setiap kumpulan. Setiap ahli mesti menulis satu isi yang
berkenaan dengan tajuk yang dibincangkan. Setelah selesai, kertas tersebut diedarkan kepada
ahli kedua.
Ahli kedua akan menulis isi yang kedua pula. Dan perkara ini akan diteruskan lagi oleh ahli yang
seterusnya. Hinggalah semua selesai. Kemudian setiap kumpulan perlu membentangkan hasil
kolaboratif mereka tadi sebagai perkongsian dengan kumpulan lain.

Dapatan saya, pelajar Tingkatan 1 ini memberikan respon yang baik terhadap aktiviti
pembelajaran secara kolaboratif ini. Mereka berusaha untuk mengeluarkan idea sebaik mungkin
untuk membantu kumpulan mereka menyiapkan tugasan lebih awal.
Selain itu, mereka juga bersikap lebih bertolak ansur dengan membantu rakan yang mengalami
masalah dalam memberikan idea yang menarik. Kerjasama ini membantu mereka sesama mereka
dalam memupuk persekitaran pembelajaran yang baik.

Bahagi Kumpulan
Langkah pertama adalah dengan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Dalam
pengajaran ini, saya menggunakan tajuk 'Ciri-ciri Mikroorganisma' dengan membahagikan
pelajar kepada 5 kumpulan.
Tugasan Kumpulan
Setiap kumpulan diberikan tugas dengan tajuk yang berbeza. Untuk tajuk ini, pembahagian tajuk
adalah seperti berikut:

Kumpulan 1 : Ciri-ciri Virus


Kumpulan 2 : Ciri-ciri Bakteria
Kumpulan 3 : Ciri-ciri Protozoa
Kumpulan 4 : Ciri-ciri Alga
Kumpulan 5 : Ciri-ciri Fungi
Gallery Walk
Pelajar Sedia Bahan
Lebih kurang 20 minit masa diperuntukkan kepada pelajar untuk menyediakan bahan
pembentangan mereka. Saya mengarahkan pelajar supaya membahagikan tugasan dengan baik
supaya menjimatkan masa. Mereka juga dibekalkan dengan marker, kertas mahjong, pensil
warna, krayon dan beberapa lagi bahan bantu jika nak digunakan.
Sesi Pembentangan
Selesai menyediakan bahan pembentangan, pelajar diberi masa untuk menampal kertas mahjong
mereka di sudut yang ditetapkan dalam kelas. Setiap kumpulan melakukan persediaan akhir
dengan memilih seorang daripada kalangan mereka untuk menjadi pembentang di sudut tersebut.
Maka bermulalah sesi pembentangan di sudut masing-masing. Kumpulan tadi akan bergerak ke
sudut lain mengikut pusingan jam. Pembentang yang dipilih tadi akan kekal menunggu di sudut
mereka dengan kumpulan baru. Pembentang akan menceritakan segala info yang berkaitan
dengan tajuk yang diberi.
ika ada soalan daripada tetamu, mereka akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan jawapan
yang terbaik. Setiap kumpulan hanya diperuntukkan masa lebih kurang 5 - 7 minit bagi setiap
sudut.

Saya juga memberi kebebasan kepada pelajar untuk membawa buku teks, buku nota dan bahan-
bahan lain. Jika mereka berjaya mengesan sebarang kesilapan atau tambahan yang boleh
dilakukan pada persembahan kawan mereka, mereka dibenarkan untuk menulis menggunakan
marker. Tetapi dengan syarat, menulis nama siapa yang membetulkan info tersebut.

Penutup
Selesai semua bergerak ke setiap sudut, maka tiba giliran ketua-ketua kumpulan tersebut pula
untuk bergerak ke sudut yang lain. Giliran mereka pula untuk mendengar rakan mereka
membentangkan kepada mereka.

Pelajar lain pula mengemaskini nota mereka dan melakukan semakan semula apa yang telah
dinyatakan oleh rakan-rakan mereka tadi.
Fungsi Guru Sepanjang Gallery Walk
1) Guru berfungsi sebagai perancang kepada pelaksanaan aktiviti dengan memilih topik yang
sesuai, pembahagian kumpulan dan juga menyediakan bahan yang mungkin digunakan oleh
pelajar

2) Guru berfungsi sebagai fasilitator sepanjang aktiviti berlangsung dengan memberi bimbingan
kepada pelajar dari setiap kumpulan mengenai apa yang perlu diceritakan dalam pembentangan
mereka kelak.

3) Guru berfungsi sebagai pemerhati dan pemantau bagi memastikan setiap pelajar aktif dan
belajar sepanjang tempoh pembentangan setiap kumpulan.

Pemerhatian Saya
Saya mendapati pelajar saya sangat bersemangat untuk berkolaborasi sesama mereka semasa
menjalankan aktiviti ini. Mereka juga bekerjasama dengan baik, dan teratur bagi memastikan
tugasan dapat dilaksanakan dengan sesempurna mungkin pada masa yang ditetapkan.
Mereka juga nampak lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka dan berusaha
dengan lebih bersungguh-sungguh ketika mencari maklumat. Paling penting mereka sangat aktif
semasa pembelajaran ini.
Semasa sesi pembentangan pun mereka nampak lebih santai dan selesa membentangkan tajuk
kepada rakan-rakan mereka berbanding pembentangan di depan guru. Ini adalah sesuatu yang
baik dalam menaikkan keyakinan diri pelajar untuk aktiviti pembentangan seperti ini.

Jigsaw

Latar Belakang
Kaedah jigsaw mula diperkenalkan oleh Dr Elliot Aronson pada tahun 1971 sebagai satu kaedah
yang pada asalnya bertujuan untuk mengurangkan konflik perkauman di antara pelajar di Texas,
USA. Melalui kaedah ini, Austin telah berjaya meningkatkan aspek kolaborasi dan seterusnya
mengurangkan kekangan yang menghalang pelajar untuk bekerjasama antara satu sama lain.
Strategi ini memberi peluang kepada semua pelajar untuk mempunyai aspek
kebertanggungjawaban sama rata dalam tugas yang diberikan. Oleh yang demikian, kesemua ahli
kumpulan harus memberi perhatian sewajarnya semasa sesi perbincangan. Ia secara tidak
langsung mengurangkan aspek persaingan tetapi lebih memupuk semangat kebergantungan
kerana pelajar saling bergantung dengan ahli-ahli kumpulan yang lain.

Kaedah Pelaksanaan
Langkah 1: Kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan (Home Team) yang terdiri dari 4 atau
6 murid atau dengan mana-mana jumlah pelajar yang munasabah dan setiap pelajar akan
dinomborkan.

Langkah 2: Pelajar akan seterusnya dipecahkan kepada Expert Teams mengikut nombor masing-
masing.

Langkah 3: Bahan akademik akan disajikan kepada murid dalam bentuk teks dan setiap murid
perlu mempelajari dan memahamkan maklumat berkenaan bersama-sama dengan ahli lain dalam
Expert Team masing-masing.

Langkah 4: Seterusnya, murid-murid yang berada dalam kelompok pakar (Expert Team) akan
kembali ke kumpulan asal untuk mengajar/membimbing ahli-ahli lain tentang apa yang telah
dipelajari dalam kelompok pakar.

Setelah selesai, murid-murid akan diberi peluang untuk menyatakan secara individu tentang apa
yang telah dipelajari.
faedah
Kelebihan model pembelajaran Jigsaw adalah sebagai berikut :

1. Pelajar akan lebih menguasai isi kandungan pembelajaran kerana mereka mampu untuk
mengajarkan isi kandungan pembelajaran tersebut kepada rakan-rakannya dari Home Team.

2. Memperkembang kemampuan pelajar untuk mengeluarkan idea tanpa merasa takut untuk
membuat kesalahan.

3. Pelajar lebih aktif dalam aspek komunikasi dan mengeluarkan pendapat kerana pelajar
diberikan kesempatan untuk berbincang dan menjelaskan isi kandungan pembelajaran kelompok
masing-masing.

4. Meningkat kemampuan sosial pelajar terutama dalam aspek hubungan interpersonal.

5. Pelajar akan belajar bagaimana untuk bekerjasama dalam kelompok

6. Wujud aspek kebergantungan positif dalam kalangan semua pelajar yang terlibat.

You might also like