You are on page 1of 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS DIALOG IBU BAPA TAHUN 6 SKST 2018

MASA QUE AGENDA


08.30AM Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaaan

Yang berusaha
Encik Syikh Sazli Bin Sabri
Yang Dipertua PIBG Sk Seri Tasik

Dan dif kehormat masuk ke dalam dewan


08.30 am Aluan emcee Salutasi

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua;

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.

Bismillahirrahmannirahim…

Yang Berusaha
Encik Syikh Syazli Bin Sabri

Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Tasik

Yang Berusaha

Puan Juriah Binti Jupri

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Tasik

Yang dihormati

Encik Ahmad Hadzhir Bin Abdul

Guru Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum Sk Seri


Tasik

En. Suhaimi Bin Abd Halim

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Seri Tasik


En. Mohd Niezam Bin Mohd Ali

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sk Seri Tasik

Kaunselor sekolah, Barisan Guru-guru tahun 6,


seterusnya tuan puan para ibu bapa sekalian…

Assalammualaikum WBT, salam negaraku, salam SKST


sekolah tercinta.

Alhamdulilah bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana


dengan limpah dan rahmatnya dapatlah kita berkumpul
di pagi yang mulia ini bagi menjayakan majlis dialog Ibu
Bapa Tahun 6 Sek Kebangsaan Seri Tasik tahun 2018.

09.30am Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah,

Dahan terikat tali perkasa;

Sepuluh jari kami menadah,

Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin yang dihormati,

Bagi memohon berkat Ilahi, majlis dengan hormatnya


menjemput Yang Dihormati Ustaz Muhammad Roshidi
Bin Abdul Razak untuk mengetuai bacaan doa….majlis
mempersilakan

Amin-amin ya rabbalalamin…
Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi..
09.45am Ucapan GB Hadirin yang dihormati

Bagi meneruskan aturcara, majlis dengan segala


hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Juriah Binti
Jupri Guru besar SK Seri Tasik untuk menyampaikan
kalung ucapan..dipersilakan

Terima kasih atas ucapan sebentar tadi…


10.00am Ucapan perasmian Hadirin yang budiman
Terbang di awan burung jentayu,

Di atas papan batang jerami;

Tampillah tuan kami merayu,

Bersama ucapan kata perasmi


Hadirin yang budiman,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian. Untuk


itu, majlis dengan takzimnya menjemput

Yang Berusaha
Encik Syikh Syazli Bin Sabri
Yang Dipertua PIBG Sk Seri Tasik
Bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
majlis Dialog Ibu Bapa tahun 6 Sk Seri Tasik…majlis
mempersilakan

Terima kasih diucapkan atas ucapan perasmian


sebentar tadi..
10.15 tgh Taklimat GPK 1 Hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi meneruskan atucara, majlis seterusnya menjemput


yang dihormati encik Ahmad hadzhir bin abdul guru
penolong kanan tadbir dan kurikulum untuk
menyampaikan taklimat program kecermelangan UPSR
2018.. majlis mempersilakan..

10.30 tgh Taklimat format Hadirin yang dihormati


peperiksaan
Seterusnya majlis menjemput wakil guru/ ketua panitia
matapelajaran…………………. Untuk menyampaikan
taklimat format peperiksaan.
Bahasa Malaysia : pn. Nazmeen zakirah bt mohd esa
Bahasa inggeris : datin Anisa bt Zubir Xavier
Sains : En. Muhammad b. zainal
Matematik : pn. Noor azura bt abidin@ ahmad
PAFA : en muhamad nazarudin b. che ali
Kelas NADI DBKL : En. Ahmad faez bin nordin
En Muhammad b. zainal

11.00 pagi Majlis bersurai Hadirin sekalian

Sampai lah kita ke hujung majlis, ribuan terima kasih


diucapkan kepada hadirin hadirat, para ibu bapa kerana
sudi hadir ke majlis dialog ibu bapa tahun 6 SKST 2018

Majlis juga turut merakamkan jutaan terima kasih


kepada :
YDP PIBG
Barisan pentadbir
Ketua panitia matapelajaran
Guru2 tahun 6
Ahlijawatankuasa majlis dialog ibu bapa tahun 6

Dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan
sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Sekian… wabilah..

You might also like