You are on page 1of 18

SEKOLAH MENENGAH CONVENT

IPOH

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN


TINGKATAN 1
2009

NAMA CALON: SALMAH BT SALLEH

TINGKATAN: 1 ORKID

GURU PENILAI: PN AISHAH

TANDATANGAN: _____________

TARIKH: 3 SEPTEMBER 2009

0
1
2. ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1. Skema Pemarkahan 1
2. Isi Kandungan 2
3 .Tajuk Kajian 3
4. Objektif Kajian 4
5. Penghargaan 5
6. Pendahuluan 6
7. Kawasan Kajian 7
8. Kaedah Kajian 8
9. Hasil Kajian 9-12
10. Rumusan 13
11. Lampiran 14
12. Rujukan 15-16

TAJUK: PENGARUH CUACA DAN IKLIM


TERHADAP KEGIATAN EKONOMI
2
KAWASAN KAJIAN TAMAN IPOH
TIMUR, IPOH

4: OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif – objektif berikut:-

3
I. Mengenalpasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan Taman
Ipoh Timur.

II. Memerhati dan mengkaji cuaca dan iklim serta pengaruhnya terhadap kegiatan
ekonomi di Taman Ipoh Timur.

III. Mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan kegiatan penduduk di kawasan


kajian

IV. Mengkaji langkah – langkah mengatasinya

5: PENGHARGAAN

4
Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru subejek geografi
saya kerana telah memberikan tunjuk ajar dan sumber rujukan yang amat diperlukan
untuk menyiapkan folio ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga
saya atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan selama saya menyiapkan folio
ini.

Disamping itu, terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan – rakan sekelas saya
kerana telah berkongsi idea dan pengetahuan bersama saya.

6: PENDAHULUAN

5
6.1 Nama saya Salmah bt Salleh. Saya seorang pelajar tingkatan 1 Orkid di Sekolah
Menengah Main Convent, Ipoh. Sebagai memenuhi kehendak subjek geografi, saya perlu
menyiapkan satu Kajian Geografi Tempatan (KGT) yang bertajuk “Cuaca dan Iklim
dalam aspek Kegiatan Ekonomi.” Saya telah memilih kawasan perumahan Taman Ipoh
Timur untuk menjalankan kajian saya.

6.2 Saya telah memilih kawasan ini kerana terletak di tempat saya tinggal . Selain itu,
saya telah tinggal di kawasan ini lebih daripada 12 tahun .Ini memudahkan saya
menyiapkan folio ini.

6.3 Saya telah mengambil masa selama 3 minggu untuk mengumpul maklumat dan
gambar untuk menyiapkan folio ini.

7: KAWASAN KAJIAN

6
7.1 Latar Belakang Kawasan Kajian
Saya telah memilih Taman Ipoh Timur sebagai kawasan kajian. Taman Ipoh
Timur terletak lebih kurang 10 km daripada bandaraya Ipoh. Sebelum dibangunkan
Taman Ipoh Timur merupakan kawasan perlombongan bijih timah. Kawasan ini mula
dibangunkan dan dimajukan pada tahun 1970an. Taman Ipoh Timur merupakan kawasan
perumahan kos sederhana rendah dan kos sederhana tinggi. Terdapat rumah pangsa,
kondominium, apartment, rumah teres dan rumah banglo di kawasan ini. Segala
kemudahan awam dan infrasturuktur disediakan dan dijaga rapi . Hasil daripada
pencarian saya di internet, sehingga akhir Disember tahun 2008, Taman Ipoh Timur
didiami lebih kurang hampir 10,000 orang penduduk.

7.2 Lokasi Kawasan Kajian


Taman Ipoh Timur mempuyai keluasan seluas 50 km persegi. Taman Ipoh Timur
terletak berhampiran dengan kawasan yang lain seperti Taman Perak, Taman Kemuncak
dan Bercham.

7.3 Jarak Dari Bandar


Taman Ipoh Timur terletak lebih kurang 10 km daripada Pusat Bandar Ipoh.
Penduduk di kawasan ini dapat ke Pusat Bandar dengan menggunakan kenderaan awam
seperti teksi ataupun bas.Terdapat beberapa jalan lain yang menghubungi Taman Ipoh
Timur dengan pusat bandaraya Ipoh.

7.4 Jenis Petempatan


Taman Ipoh Timur didiami oleh penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum
seperti Melayu, Cina dan India. Majoriti masyarkat terdiri daripada bangsa Cina diikuti
oleh bangsa India dan Melayu. Pola petempatan di Taman Ipoh Timur ialah pola berpusat
dimana rumah – rumah dan deretan kedai dibina rapat. Ini menyebabkan kawasan ini
padat dengan bangunan – bangunan.

8: KAEDAH KAJIAN

7
8.1 Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah:-
a) Pemerhatian
b) Internet
c) Temubual

8.2Pemerhatian
Saya telah meluangkan banyak masa memerhati ciri – ciri cuaca dan iklim di
kawasan Taman Ipoh Timur dan ktiviti–aktiviti ekonomi yang dijalankan.

8.3 Internet
Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak lagi maklumat
tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui pemerhatian ataupun melalui
keadah temubual. Antara maklumat yang berguna saya perolehi adalah jumlah penduduk
dan keluasan kawasan kajian dan gambar-gambar serta peta yang telah dimuatturunkan.

8.4Temubual
Saya telah bertemubual bersama beberapa orang jiran saya mengenai kegiatan
ekonomi di kawasan ini. Jiran- jiran saya yang di temubual itu telah menduduki Taman
Ipoh Timur selama lebih daripada 20 tahun.

9: HASIL KAJIAN

8
9.1 Ciri – Ciri cuaca dan Iklim
Taman Ipoh Timur yang terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia
menteBHGkan ia menerima iklim Khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
Kedudukan Taman Ipoh Timur menerima pancaran matahari sepanjang tahun dengan
purata enam jam sehari. Kawasan ini juga berkeadaan lembab sepanjang tahun. Cuaca
sedemikina amat sesuai untuk aktiviti pertanian, perniagaan dan perkhiddmatan.

9.2 Pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan ekonomi


Cuaca dan iklim di Taman Ipoh Timur yang panas dan lembabmenyebabkan
penduduk di Taman Ipoh Timur terlibat di dalam aktiviti pertanian, perniagaan dan
perkhidmatan.

9.2.1 Pertanian
Iklim dan cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun merupakan factor yang
mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan Taman Ipoh Timur. Di antara jenis
pertanian yang dijalankan ialah tanaman sayur- sayuran dan buah-buahan. Sayur-sayuran
jenis kekacang, cili, sawi, terung dan terung merupakan beberapa jenis tanaman yang di
tanam di kawasan ini.

9.2.2 Perniagaan
Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Taman Ipoh Timur telah
menggalakkan aktiviti – aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan – usahawan yang
membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan ialah kedai makan, butik, kedai
runcit dan servis seperti kedai gunting rambut, dobi pakaian dan bengkel. Oleh itu, ramai
penduduk disini menjalankan aktiviti perniagaan. Bekalan hasil tanaman juga mudah
diperolehi dari kebun-kebun yang berhampiran.

9.2.3.Perkhidmatan

9
Selain itu, penduduk di Taman Ipoh Timur terlibat di dalam bidang perkhidmatan
kerana di kawasan Taman Ipoh Timur terdapat beberapa sekolah menengah, sekolah
rendah dan tadika. Oleh itu, ramai penduduk di sini terlibat dalam bidang pendidikan dan
menjadi tenaga pengajar di tempat – tempat tersebut.
PERNIAGAAN DAN

JENIS PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DI


PERHIDMATAN

TAMAN IPOH TIMUR

70
60
JENIS

50
Pelabgai Barangan
40
Pelbagai Perkhidmatan
30
Makanan
20
10
0
Graf 1
JUMLAH KEDAI

10
9.3 Masalah

9.3.1.Pencemaran
Pencemaran berlaku apabila bahan-bahan yang kotor dan berbahaya kepada
kesihatan dilepaskan ke alam sekitar. Di Taman Ipoh Timur aktiviti pertanian telah
menyebabkan pencemaran udara dan air. Udara tercemar kerana asap dari pembakaran
sisa tanaman dilepaskan ke udara.Bahan kimia daripada penggunaan baja kimia yang
digunakan oleh penduduk juga telah menyebabkan pencemaran..

9.3.2.Penipisan Lapisan Ozon


Kegiatan ekonomi di Taman Ipoh Timur seperti pertanian yang menggunakan
bahan kimia akan bertindak balas dengan ozon dan menyebabkan penipisan lapisan ozon.

9.3.3.Hujan Asid
Kejadian hujan asid mempunyai kaitan rapat dengan pelepasan asap dari mesin-
mesin pertanian dan kenderaan.Asap ini mengandungi gas-gas seperti karbon dioksida,
sulfur dioksida dan nitrogen dioksida. Di Taman Ipoh Timur, kebun-kebun banyak
melepaskan asap dan dapat menyumbang dalam pembentukan hujan asid.

9.4 Langkah-langkah Penyelesaian masalah

9.4.1.Kempen
Penduduk Taman Ipoh Timur diingatkan tentang kepentingan menjaga alam
sekitar melalui kempen. Mereka digalakkan supaya lebih berwaspada tentang kesan-
kesan amalan mereka terhadap alam sekitar.

11
9.4.2.Penguatkuasaan Undang-undang
Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi
alam sekitar. Undang-undang bertujuan mengawal semua pihak supaya tidak melakukan
perkara-perkara yang dapat menyebabkan pencemaran. Antara akta yang penting ialah
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang merupakan perundangan yang menyeluruh tentang
alam sekitar termasuk pertanian di Taman Ipoh Timur.

9.4.3.Pendidikan
Pendidikan alam sekitar penting bagi mewujudkan kesedaran kepada penduduk
Taman Ipoh Timur tentang memelihara alam sekitar, kesedaran ini diwujudkan melalui
pendidikan diperingkat sekolah rendah (Kajian Tempatan) dan sekolah menengah
(Geografi dan Sains)

9.4.4.Penyelidikan
Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) ialah aktiviti menghasilkan teknologi yang
baru atau lebih baik. Melalui P&P pelbagai kaedah pengeluaran dicipta yang tidak
mencemerkan alam sekitar. Teknik ini dikenali sebagai teknologi mesra alam dan harus
diamalkan oleh semua yang terlibat.

12
10. RUMUSAN

Melalui kajian Geografi yang telah saya buat, saya dapat mengetahui apakah
jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya. Jenis-jenis kegiatan ekonomi di
tempat kita harus diketahui kerana ini dapat memupuk sifat menghayati dan merasai
kepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankan terhadap pembangunan negara.

Selain itu,kita juga dapat mengetahui apakah sumbangan kegiatan ekonomi di


tempat kita terhadap negara kita yang tercinta. Dengan ini, unsur patriotisme seperti cinta
akan tanah air dan berbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempat terhadap
pembangunan negara dapat dicapai.

Saya juga dapat mengetahui bahawa terdapat pelbagai kesan yang didapati
daripada kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Contoh kesannya ialah seperti
pencemaran air dan udara. Dengan melihat kesan kegiatan ekonomi terhadap alam
sekitar, sifat bertanggungjawab dapat dicungkil dan ditanam dalam jiwa penduduk. Ini
dapat dilihat apabila penduduk bersama-sama mengurangkan kesan-kesan tersebut.
.
Akhir sekali, kita akan dapat mengenalpasti apakah langkah-langkah yang telah
dan harus diambil untuk mengurangkan kesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut . Apabila
penduduk melihat langkah-langkah yang telah diambil, mereka akan turut mengikuti
langkah-langkah tersebut. Unsur patriotisme seperti bertindak wajar dan timbul rasa cinta
akan tanah air dapat dilihat apabila penduduk mengikuti langkah-langkah tersebut.

Saya berasa bangga dengan kegiatan ekonomi di tempat saya.. Saya berharap agar
kawasan yang saya duduki ini akan terus berkembang dengan lebih pesat dan akan terus
menyumbang kepada perkembangan di negara kita.

13
12. RUJUKAN

1. Buku Teks Geografi Tingkatan 1, KBSM

2. Buku Rujukan Geografi PMR, Ulang Kaji Total Tingkatan 1,2,3


Terbitan: Sasbadi Sdn. Bhd.
Tahun: Cetakan 2008

3. Laman Web: www.scribd.com


www.tutor.com.my
www.kualalumpur – hotels – classify.com
google earth

14
15
Gambar Aktiviti Penanaman

16
Gambar Aktiviti Perniagaan

17

You might also like