You are on page 1of 7

ISL MINGGU 5

Apakah punca berlakunya disleksia?


1. Keturunan.
• Terdapat gen sedia ada dalam keluarga kanak-kanak disleksia.
• Masalah ini banyak dihidapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak
perempuan dengan nisbah 3:1 atau 2:1.
2. Pemakanan.
 Akibat daripada unsur penyedap makanan, bahan awet dan pewarna tiruan.
 Boleh mengakibatkan berlaku gangguan otak jika diambil secara berlebihan dalam
tempoh masa yang lama.
 Mengganggu reaksi imunologi kesan daripada pengambilan berlebihan bahan pencemar
atau racun yang terkandung dalam bahan makanan.
 Contoh: Salicylates, tartazine (zat pewarna makanan), monosodium glutamate (MSG)
dan sebagainya.
3. Bawaan.
 Masalah pendengaran dibawa sejak dilahirkan.
 Kanak-kanak yang sering mengalami selsema dan jangkitan kuman pada bahagian
tenggorok  mempengaruhi pendengaran dan perkembangan semasa.
 Masalah ini akan menyebabkan otak sukar menghubungkan bunyi atau suara yang
didengar dengan huruf atau kata yang dilihatnya.
 Boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan intensif terperinci daripada doktor pakar.

Apakah faktor lain yang menyebabkan disleksia?


1. Kelahiran bayi pramatang.
 Merujuk kepada kelahiran bayi yang tidak cukup bulan.
 Berisiko menghadapi masalah gangguan perkembangan seperti gangguan
otak,perkembangan psikomotor,perilaku dan kesukaran belajar membaca.
2. Penyakit samasa kanak-kanak.
• Penyakit yang dialami oleh kanak-kanak dalam tempoh masa lama dan berterusan.
• Contohnya demam panas  jika penyakit yang dialami oleh mereka bertambah kronik,
perkembangan kanak-kanak pada masa yang akan datang akan terjejas dan gangguan
dalam pembelajaran.

Rawatan untuk kanak-kanak disleksia:


1. Berjumpa dengan pakar psikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat
awal.
2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam
banyak hal tetapi tetap disayangi.
3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan
semula jadi.
4. Sentiasa bersabar melayani karenah mereka kekecewaan dengan kegagalan yang
beterusan.
5. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
6. Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana
harmoni.
7. Memberi ganjaran atau pujian contohnya bagus,pandai.
8. Guru hendaklah memberi arahan berulang-ulang kali supaya murid faham.
9. Tidak membebankan mereka dengan terlalu banyak aktiviti.
ISL MINGGU 2
Prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas
seperti:
a) Disleksia
b) ADHD
c) Austism
d) slow learners dan hearing-impaired, visually impaired, speech disorder

Prinsip Asas Perkembangan


 Perubahan dalam pertumbuhan & perkembangan  proses berterusan.
 Corak & aturan perkembangan hampir sama tetapi kadar perkembangan berbeza
 Sesetengah kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan, ada juga 18 bulan
 Perkembangan adalah hasil interaksi antara kematangan dan pembelajaran. Ia
dipengaruhi oleh faktor genetik
 Cth: duduk, berjalan, berlari
 Proses pembelajaran membantu seseorang memperkembangkan potensi dalam dirinya.
 Cth: seorang boleh berenan jika berlatih.
Kanak-kanak Keperluan Khas
 Menghadapi masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan,tingkah
laku, masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar cerdas.
Pendidikan Inklusif
 kanak-kanak keperluan khas dimasukkan ke dalam sistem pendidikan untuk kanak-
kanak biasa.
 Melibatkan tanggungjawab bersama antara guru biasa & guru pendidikan khas.
 Memberi peluang kepada kanak-kanak khas untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak
lain.
 Masalah kanak-kanak berkeperluan khas disebabkan:
a. Perkembangan prenatal yang tidak sempurna kerana penyakit
b. Kekurangan zat makanan / dadah
Disleksia
• Merupakan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan bahasa, iaitu membaca,
merangkumi mengeja, menulis dan menyebut.
• Membaca dengan perlahan, kurang tepat, lemah dalam ejaan, tulisan & campur aduk
perkataan yang berbunyi sama.
• Kurang kesedaran dan minat terhadap buku
• Masalah ini diwarisi
• 4 Kali kerap pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan perempuan
Ciri-ciri:
 Lambat bertutur
 Mengalami kesukaran sebutan / rima
 Sukar menulis nama sendiri
 Sukar mengenal bentuk / warna
 Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
 Masalah membezakan 15 dengan 51
 “was” & ‘’saw’’
 ‘b’ dengan ‘d’
Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
• Tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya,sukar
menyiapkan satu tugas, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan
• Punca masalah: kekurangan neurotransmitter yang specifik ( noreprinephrine & dopa)
• Tanda utama anak ADHD:
a) Tidak ada perhatian
b) Hiperaktif –terlalu banyak energy,selalu bergerak
c) Impulsif – bertindak tanpa berfikir
Autism
 Kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan
 Menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali air muka, gerak
isyarat/ nada suara yang berlainan.
 Lebih berminat kepada barang permainan
Contoh ketidakupayaan yang dialami oleh kanak-kanak Autisme
 Perkembangan bahasa lambat
 Suka bersendirian
 Tidak perhubungan mata ( eye contact) & sentiasa mengelak daripada memandang
orang lain
 Sensitif pada sentuhan / bunyi yang kuat
 Tidak suka bermain dengan rakan sebaya
 Melakukan pergerakan yang sama & berulang-ulang
 Sering marah, ketawa dan nangis tanpa sebab
Lembam (Slow learners )
 Perkembangan kanak-kanak agak lambat
 Bayi ini lambat senyum,lambat bertindak balas terhadap bunyi walaupun usia bayi lebih
3 bulan
 Tidak dapat mengikut pelajaran sekiranya guru menggunakan kaedah biasa
 Tidak dapat memberi tumpuan terhadap proses pengajaran & pembelajaran
Masalah pendengaran (Hearing-impaired)
 2 kategori masalah pendengaran : separa pekak &pekak
 Separa pekak penggunaan alat pendengaran membolehkan kanak-kanak menerima
pendidikan secara audio.
 Pekak menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan.
 dikategori sebagai pekak sekiranya hilang keupayaan mendengar > 70 decibel
  kehilangan keupayaan mendengar antara 20 – 60 decibel
 Terdapat kanak-kanak dikenalpasti mempunyai masalah ini selepas berumur beberapa
tahun.
Ciri-ciri masalah pendengaran
 Kesukaran mengikut arahan & salah faham kerap berlaku
 Pertuturan kanak-kanak tidak lancar
 Mempunyai masalah sebutan
 Mempunyai nada suara yang tinggi/ rendah & memusing kepala untuk mendengar
 Semasa mendengar radio/ televisyen, mereka akan meninggikan nadanya pada tahap
yang agak kuat
Masalah penglihatan (visually-impaired)
 Kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan & menganggu pembelajaran
 Kemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas/ buta
 Mereka bergantung kepada pendengaran & sentuhan.
 Kadang kala mempunyai masalah pendengaran & perkembangan psikomotor mereka
terhad.
 Pengalaman terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada perkembangan bahasa
 Biasanya akan mengerutkan mata/menutup sebelah mata untuk tujuan penglihatan
 Asyik menggosok mata tanpa sebab & menyebabkan mata merah & membengkak
 Memegang buku terlalu dekat/jauh untuk mengimbangi penglihatan mereka
Masalah pertuturan ( speech disorder)
• Dikategorikan kepada 4:
a) Masalah sebutan
b) Masalah gagap
c) Masalah suara
d) Masalah bahasa
 Kecenderungan meninggalkan suku kata/ mengubah bunyi sesuatu perkataan
 Contoh : saya  “caya”
ISL MINGGU 3
 Membentangkan dapatan kajian kes perbandingan pengaruh baka dan persekitaran
terhadap perkembangan kanak-kanak.
Perbandingan pengaruh baka dan persekitaran

baka persekitaran

Bermula dari peringkat persenyawaan Merujuk kepada luaran seseorang individu


(dalaman)

Mempengaruhi pertumbuhan tetapi Mempengaruhi kedua-keduanya sekali


tidak mempengaruhi perkembangan

Bersifat tetap Boleh berubah-ubah

Gen-gen yang diperturunkan melalui ibu Merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut
bapa kepada anak-anaknya

Lebih menonjol apabila kanak-kanak ini Lebih menonjol dalam proses perkembangan
mencapai awal dewasa

Mesti mempunyai pertalian darah Tidak semestinya mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak
dengan kanak-kanak

You might also like