You are on page 1of 11

TUGASAN INDIVIDU PENDIDIKAN JASMANI DAN

KESIHATAN
TAJUK: PEMAKANAN

NAMA : WONG YII HONG


KELAS: 4 ABADI
GURU MATA PENGAJARAN: CIKGU
NORHANITINI
TARIKH HANTAR: 21/8/2017
DEFINISI PEMAKANAN SEIMBANG
Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih
makanan yang hendak dimakan dengan tujuan
memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan
yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti
karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam
galian pada kadar yang betul.
KEPENTINGAN PEMAKANAN SEIMBANG
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan


untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal
manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang
manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan
sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal
manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang
menjaga aspek pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu


lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau
tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan
perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu.
Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang
akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia


perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi
cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan
sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan
memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama
aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu,
obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet
pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental


seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba
menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal
berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif
berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya.
Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih
stabil dan berdaya tahan.
PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN
TABIAT MAKANAN
1. Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu


mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus.
Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak
sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser
prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi
lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti
menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam
meningkatkan risiko kanser.

2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan


pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA)
mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan
jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis
panduan itu.

3. Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan


merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah,
sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4. Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10


hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3
hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan
merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap
penyakit jantung koronari.
5. Osteoporosis
Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada
osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau
dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6. Spina Bifida
Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-
sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum
dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami
spina bifida.

7. Cirit Birit
Cirit birit bukan penyakit tetapi gejala kepada penyakit tertentu.
Keadaan ini akan berlaku apabila pesakit selalu masuk toilet untuk
melepas tinja dan keadaan tinja mereka itu berair. Biasanya ia akan
berhenti selepas mendapat rawatan doktor.

8. Kencing Manis (Diabetes)


Ini berlaku apabila paras glukosa dalam darah meningkat dan tinggi
menyebabkan ginjal tidak berfungsi. Kegagalan ginjal akan
menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti gangguan penglihatan,
halangan salur darah ke limfa dan risiko amputasi

9. Asma
Asma ialah penyakit sitem pernafasan yang mengganggu proses
penghantaran oksigen ke sel badan... Ini berlaku kerana saluran udara
dalam paru-paru menjadi sempit, terhalang dan tersekat.

10. Obesiti (The Main Causes)


Pengumpulan lemak berlebihan dalam badan.. Masa ini, obesity
dianggap sebagai penyakit yang boleh mengganggu serta
mencederakan organ badan seterusnya menyebabkan masalah
kesihatan serius serta menghadkan kegiatan fizikal dan social.
KESAN AKIBAT KEKURANGAN ZAT MAKANAN
1- PROTEIN, akibat kekurangannya:
 kepenatan
 kulit serta rambut tidak berseri
 melemahkan sistem imun badan
 Pertumbuhan terbantut
 Penyakit Aneamia
 sembab Penyakit (Edema)
2- KARBOHIDRAT, akibat kekurangannya:
 Perasaan Letih
 Kurang Tenaga
3- VITAMIN A, akibat kekurangannya:
 Penyakit rabun malam, penyakit mata
 Kulit kasar, rambut kering
 Gigi terbantut dan juga tulang
 Telinga Pekak
 Insomia
 Letih
 Mandul
 Resdung
 Paru-paru berair
 Badan Kurus
4- VITAMIN B1 (TIAMIN), akibat kekurangannya:
 Lesu otot, lemah, letih
 Hilang selera makan
 kekurangan teruk menyebabkan penyakit beri-
beri
 Kanak-kanak menjadi bantut
 Penyakit gentian saraf (neuritis)
 Pembengkakan hati
 Pelupa, Sembelit, Edema
 Sukar bernafas / kebas kaki dan tangan
 Gugup / gangguan Penghadaman
5- VITAMIN B2 (RIBOFLAVIN)
 pecah-pecah
 kudis di sudut mulut
 penyakit gusi, lidah
 kornea menjadi kabur
6- VITAMIN B3 (NIACIN), akibat kekurangannya:
 Kulit menjadi tebal dan merah
 cirit-birit
 kemerosotan otak
 gangguan fikiran
7- VITAMIN B5 (ASID PANTOTHENIC)
 ketegangan
 penyakit alahan
 cepat beruban
8- VITAMIN B6 (PYRIDOXINE), akibat kekurangannya:
 sakit kepala
9- VITAMIN B12 (KOBALAMIN),akibat kekurangannya:
 sistem saraf terganggu
10- FOLACIN FOLIC ASID, akibat kekurangannya:
 kurang haemoglobin sel darah merah
11- BIOTIN, akibat kekurangannya:
 Penyakit kuku nipis
12- VITAMIN C,akibat kekurangannya:
 sering demam
 selsema
 skurvi
 luka dan tulang lambat sembuh
 penyakit mulut dan gusi
13- VITAMIN D, akibat kekurangannya:
 sakit sendi-sendi
 gigi rapuh dll
14- VITAMIN E, akibat kekurangannya:
 menyebabkan serangan sakit jantung, barah.
15- VITAMIN K, akibat kekurangannya:
 menyebabkan pendarahan
16- NATRIUM KLORIDE, akibat kekurangannya:
 lemah, letih lesu, kurang selera, kejang otot
17- KALSIUM, akibat kekurangannya:
 penyakit riket
 tulang lembut (osteomalacia) rosak gigi
 kemunduran tumbesaran
 sentapan otot
18- PHOSPHOROS , akibat kekurangannya:
 salah bina tulang
 kumuhan dari ungkaibina karbohidrat terkumpul
dalam tubuh
19- BESI , akibat kekurangannya:
 penyakit mamai
20- IODIN , akibat kekurangannya:
 Penyakit beguk
 gondok (goitre)
LAMPIRAN

You might also like