You are on page 1of 7

Pemanasan Global(peningkatan suhu dunia)

PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL?

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon


dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil. Perubahan penggunaan tanah
menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijaulebih
hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak.

1. Perindustrian

Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan


global. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak, gas dan arang batu bagi
menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau
terutamanya gas karbon dioksida.

2. Penjanaan Tenaga Elektrik

Penghasilan tenaga elektrik di pusat-puat penjanaan tenaga elektrik yang


menggunakan bahan api fosil juga telah menyebabkan pelepasan gas karbon
dioksida yang mendadak. Keseluruhan negara di dunia termasuk Malaysia
menggunakan bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elektrik.

Malaysia menggunakan hampir 80% penjanaan tenaga elektrik melalui


pembakaran bahan api fosil dan 20% melalui penjanaan hidro elektrik.

3. Pengangkutan

Penggunaan kenderaan bermotor yang menggunakan minyak petrol sebagai


bahan untuk menggerakkan enjin banyak membebaskan gas karbon dioksida.

KESAN PEMANASAN GLOBAL?


Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan
penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion
penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak
terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan
pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.

1.Peningkatan Paras Laut

*Suhu tinggi yang berterusan akan mencairkan bongkah-bongkah ais di Barat


Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut.

*Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan
kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam
bekalan air bersih.

2. Ancaman Hidupan Laut

*Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan


tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang.

3. Perubahan Habitat

*Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan
menyebabkan hidupan dibumi akan berpindah ke habitat atau lokasi baru.

4. Gangguan Cuaca

*Keadaan suhu yang tidak konsisten akan membawa kemusnahan pada muka
bumi. Perubahan suhuini menyebabkan bentuk taburan hujan akan merubah
sama ada menyebabkan banjir atau kemarau.

5. Tersebar Penyakit
*Penyakit yang mengancam kesihatan manusia seperti malaria dan denggi.Selain
itu, katarak mata dan kanser kulit akan mudah berlaku jika pendedahan terlalu
lama pada suhu yang tinggi.

LANGKAH PENCEGAHAN PEMANASAN GLOBAL

Salah satu langkah pencegahan pemanasan global yang diamalkan oleh dunia
ialah menghadkan pembebasan karbon dioksida dengan mengantikan bahan api
fosil kepada sumber tenaga alternatif.

Tenaga alternatif seperti tenaga boleh baharu (TBB) iaitu tenaga solar, biomass,
hidro dan biogas sebagai salah satu alternatif dalam mengurangkan pembebasan
karbon dioksida.

Di sini SEDA (Sustainable energy development authority) Malaysia memainkan


peranan penting untuk merealisasikan tahap kelestarian pengeluaran dan
perluaskan pengunaan tenaga boleh baharu (renewable energy) sebagai sumber
alternatif akan datang di Malaysia. Ianya dilaksanakan melalui Sistem FiTuntuk
membolehkan elektrik yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu oleh
industri atau individu dijual kepada syarikat utiliti kuasa(contoh: TNB, SESB & NUR)
pada kadar harga yang ditetapkan dalam tempoh tertentu.

Setiap dari kita berperanan untuk berganding bahu memberi bantuan dalam
meringankan isu pemanasan global ini dengan melakukan kitar semula,
menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan, gunakan tenaga
elektrik dengan berhemah serta menyokong pelaksanaan tenaga boleh baharu
(TBB) lebih menyeluruh di Malaysia.
Keganasan
Keganasan bererti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman,
pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada
sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi
politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa
sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Kesan – kesan

1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan.


Ø pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan.
Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan
penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan
keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan
bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan.
Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.

2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan.


Ø sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di
Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani
melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka
keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk.
Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi
dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia
(WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh.
Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.

3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.


Ø perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh
pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar
negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda
pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan
berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke
luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada
pelancongan teruk terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal
ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar
atau terpaksa gulung tikar.

4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.


Ø mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh
askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk
terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika
tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan
kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan
kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang
kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada
hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan
seseorang.

Langkah – langkah/cara mengatasi

1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi


keganasan.
Ø pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan.
Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa
tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka
yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman
berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk
membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh,
Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang
membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana
pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan
dan keamanan negara dapat dikekalkan.

2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan.


Ø pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut
sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak
ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan
cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau
melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat
mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini
hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan
ekonomi negara.

3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan.


Ø semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang
ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu
bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-
negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis
dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang
kumpulan pengganas.

Faktor – faktor

1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri.


Ø perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap
manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa
kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau
kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan
yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan
seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau
jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih
besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya
memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah
tamadun.

2. Sikap tamak yang menguasai diri.


Ø Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk
menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang
ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu.
Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut
demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan
kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan
antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan
daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.

3. Lambang kemegahan.
Ø Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada
seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan
kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk
sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang
memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan
mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11
September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah
dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.

You might also like