You are on page 1of 1

Amalan berjimat cermat amat penting dalam menghadapi krisis ekonomi

hari ini. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam


memupuk amalan berjimat cermat.

Pendahuluan :
CONTOH : Semua pihak telah sedia maklum, bahawa sejak tahun 2008
hingga 2011 merupakan tempoh getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada
suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak,
perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan telah
menimbulkan pelbagai krisis ekonomi. Hingga hari ini suasana ekonomi dunia
masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda
negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat
menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun
amaran seperti itu perlu diambil serius agar kita dapat menyediakan payung
sebelum hujan. Bagi mendepani keadaan darurat seperti itu, setiap keluarga
haruslah bijak memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat
dalam kalangan anggotanya.
Persoalannya ???

Isi-isi penting :
Isi 1 : Amalan berjimat cermat hendaklah dimulakan di rumah – menanamkan
asas berjimat cermat dalam segala perkara yang bermula dari dalam ceruk
dapur sendiri – cermat tentang urusan harian, makan minum, dan perkara-
perkara asas
Isi 2 : Ibu bapa hendaklah mendominasikan amalan hidup bersederhana –
merancang perbelanjaan mengikut kemampuan – tidak terlalu boros semata-
mata tunduk kepada kehendak nafsu (peribahasa: air perabung akan menitis
melalui cucur atap = perangai tidak baik ibu bapa ditiru oleh anak-anak)
Isi 3 : Merancang masa depan dengan mengutamakan tabiat menabung –
strategi bertindak sebelum datang sesuatu bencana (peribahasa: ingat
sementara belum kena, jimat sementara belum habis)-membua akaun bank
Isi 4 : Menyediakan pelan bertindak bajet keluarga – sistem bajet yang yang
dipatuhi – keutamaan diberikan kepada urusan-urusan yang lebih penting
dahulu (peribahasa: hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai)
Isi 5 : Bijak menggunakan fikiran dan akal daripada dikuasai nafsu – memiliki
daya pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan berasaskan minda –
keputusan tidak dibuat berdasarkan keinginan dan runtunan nafsu –
mengelakkan sikap suka berlumba-lumba (peribahasa: gajah berak besar
pelanduk pun nak berak besar juga)

Kesimpulan :
- dalam urusan berjimat cermat kita wajar berpegang kepada falsafah
bahawa, “Seseorang yang bijak menguruskan perbelanjaan tidak bergantung
kepada jumlah pendapatan seseorang itu, sebaliknya bergantung kepada
berapa banyakkah yang seseorang itu boleh menyimpan?”.

You might also like