You are on page 1of 6

Sinopsis Pulau Kidjang

27 Disember 1973, merupakan tragedi paling ngeri dan besar dalam sejarah
kapal karam di Sarawak. Kapal pengangkut penumpang dan kargo M.V. Pulau Kidjang
karam di Perairan Tanjung Jerijeh, muara Sungai Rajang telah mengorbankan 121
nyawa.

M.V. Pulau Kidjang merupakan sebuah kapal pengangkutan utama di Sarawak selain
M.V. Rajah Mas yang berulang-alik dari Kuching-Sarikei-Sibu pada ketika itu. M.V
Pulau Kidjang yang dibeli pada harga RM320,000 ini dibeli dari Indonesia. Kapal ini
telah berkhidmat untuk penduduk Sarawak selama 8 tahun sebelum tenggelam di dasar
muara Sungai Rejang.

Semasa kejadian, M.V. Pulau Kidjang tersebut membawa penumpang yang


kebanyakannya dalam perjalanan pulang ke Sibu selepas bercuti sempena perayaan
Krismas. Kapal tersebut bertolak dari Kuching pada 26 Disember, jam 6.30 petang,
lewat 30 minit daripada yang dijadualkan. Hanya 41 mayat yang ditemui daripada 159
orang penumpang manakala selebihnya berkubur di dasar Sungai Rejang manakala 38
orang yang terselamat termasuk 18 orang kelasi. Kebanyakkan mangsa mati akibat
terperangkap di dalam kapal. Ada yang hilang dibaham ombak ganas musim tengkujuh
kerana terjun ke laut tanpa jaket keselamatan. Beberapa orang penumpang yang
terdampar di pantai Kampung Gerigat diselamatkan oleh anak kapal M.V. Hornbill yang
dalam perjalanan dari pekan Selalang.

Peristiwa ini hangat diperkatakan oleh media juga meniti dari bibir ke bibir
masyarakat setempat. Tambahan ianya meninggalkan kesan kepada penduduk Sarikei
apabila kebanyakkan penduduk di sana tidak memakan ikan selama berbulan-bulan
disebabkan terbayang mayat-mayat mangsa yang dimakan hidupan laut. Ada kes di
mana penduduk menemui cincin, jam tangan, butang baju, serta jari di dalam perut ikan
yang ditangkap.

Disediakan Oleh Ajak Abdullah


Hakcipta Terpelihara 2015 1
Wassap 01132317465/hp 0173321435
Cadangan Konsep Cerita Pulau Kidjang & Watak

Seorang wartawan cuba mencungkil kisah di sebalik kejadian tragedi pulau Kidjang.
Kisah ini berlaku dalam waktu era sekarang dan semasa kejadian iaitu sehari sebelum
kapal karam dan selepas. Menyelitkan kisah 2 buah keluarga, seorang wartawan
berbangsa Inggeris , anak kapal Pulau Kidjang yang mempunyai agenda tersendiri
serta ragam segelintir penumpang.

Wartawan Vanguard – Mr. Bill Swann Beliau adalah wartawan membuat liputan
mengenai kejadian kapal karam Pulau Kidjang.

Kisah bermula semasa wartawan berjumpa Bill Swann di kediaman beliau di England
untuk ditemuramah menceritakan pengalaman semasa membuat liputan mengenai
tragedi kapal karam Pulau Kidjang.

Berikut cadangan dialog Bill Swann semasa perjumpaan dengan wartawan:-

Story M.V Pulau Kidjang is the most bewildering scoop during my career as a journalist.
I was a Journalist and Photographer at The Vanguard Singapore when it happened.

Apparently it was my last assignment before I moved to England in 1974.

I for will never forget the story for the rest for my life. Never see a sea of rotten cadavers
like that since Nam. Only this time it was a war against nature.

Setelah selesai bercerita wartawan perasan gambar perempuan asia, foreshadow, Last
frame masuk anak Mr . Lim yang sudah berusia bersama cucunya yang comel. Rupa-
rupanya Bill Swann telah mengambil anak Mr. Lim sebagai anak angkat.

Cadangan Watak: Pelakon Antarabangsa, Caucasian

Keluarga Razak, berbangsa Melayu Sarawak. Sekeluarga yang terdiri dari 5 orang
dalam perjalanan pulang setelah bercuti di Kuching. Keempat-empat anak Keluarga
Razak menemui ajal. Seorang daripadanya terperangkap di dalam kapal gagal

Disediakan Oleh Ajak Abdullah


Hakcipta Terpelihara 2015 2
Wassap 01132317465/hp 0173321435
diselamatkan kerana air kian memenuhi kapal dan suasana yang amat kecoh manakala
tiga lagi lemas akibat dipukul ombak.

Cadangan Watak: Pelakon dari Sarawak

Keluarga Encik Lim, berbangsa cina, mempunyai seorang anak perempuan dan isteri
yang baru mengandung 3 bulan. Isterinya ingin memberitahu suami semasa belayar
tetapi tidak kesampaian Cuma anak perempuannya yang tahu ibunya mengandung
setelah mereka bersepakat. Malangnya ayah dan ibu beliau lemas semasa kapal
karam. Hanya anak perempuan Encik Lim sahaja yang terselamat. Ayahnya berjanji
untuk menemaninya ke sekolah setiap hari setelah perusahaannya maju. Sebelum ini
tidak mampu berbuat demikian kerana terlalu sibuk dengan usaha perniagaan.

Cadangan Watak: Crystal Lee, Pelakon Hong Kong sebagai ayah, Dato Michele
Yeoh sebagai ibu.

Watak nahkoda kapal- Seorang yang bertanggungjawap dan kurang persefahaman


dengan watak antagonis. Beliau terselamat dalam kejadian namun tidak memaafkan
dirinya kerana merasakan diri beliau bersalah. Pengalaman beliau diceritakan kembali
oleh isteri.

Cadangan Pelakon: Aaron Aziz,

Isteri Aaaron Aziz – Pelakon dari Sarawak

Watak Antagonist – Seorang yang degil dan mementingkan keuntungan. Mendapat


komisen dari barangan kargo. Menyebabkan muatan yang berlebihan. Saat-saat akhir
memberi laluan kepada dua buah kenderaan berat untuk dimuatkan meskipun sudah
melebihi had.

Beliau juga memberi helah agar kapal meneruskan perjalanan meskipun telah
menerima surat menyatakan Kapal M.V Kidjang tidak layak untuk belayar.

Cadangan Watak: Pelakon dari Indonesia

Watak esentrik dalam kapal. Beliau bekerja sebagai tukang masak berbangsa Iban.
Disediakan Oleh Ajak Abdullah
Hakcipta Terpelihara 2015 3
Wassap 01132317465/hp 0173321435
Watak budak yang menjengkelkan,Watak komedi sering menggangu watak protagonist,
namun akhirnya beliau juga turut menemui ajal. Kematian yang agak dramatik dan
menyentuh perasaan.

Antara yang berlaku sebelum kapal berlayar.

Seorang penumpang membatalkan hasrat bila melihat banyak tikus meninggalkan


kapal.

Muatan berlebihan. 2 buah kenderaan berat tetap dimuatkan di buritan kapal pada saat-
saat akhir setelah watak antogonis diberi rasuah.

Operasi Menyelamat

Wartawan Vanguard dari Singapura, Bill Swann tiba sehari setelah kapal karam di
Tanjung Jerijeh semasa usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan. Beliau
terserempak dengan anak Mr. Lim yang masih mencari ibu dan bapanya.

Disediakan Oleh Ajak Abdullah


Hakcipta Terpelihara 2015 4
Wassap 01132317465/hp 0173321435
Visual Arkib Tragedi Pulau Kidjang

Disediakan Oleh Ajak Abdullah


Hakcipta Terpelihara 2015 5
Wassap 01132317465/hp 0173321435
MENGAPA TRAGEDI PULAU KIDJANG

Jika bertanya kepada masyarakat terutamanya golongan belia dewasa ini, pasti
ramai yang tidak mengenali tragedi Pulau Kidjang berbanding kisah Titanic. M.V Pulau
Kidjang adalah satu-satunya tragedi bencana maritime terburuk di dalam sejarah di
Malaysia khususnya Sarawak. Setelah lebih 40 tahun bersemadinya bangkai kapal
Pulau Kidjang di Sungai Rejang saban tahun mangsa yang terselamat memperingati
akan bencana yang meninggalkan kesan trauma sehingga kini. Agaknya apakah dosa
mereka yang maut menjadi mangsa terutamanya golongan kanak-kanak dan wanita
yang lemah.

Sejak akhir-akhir ini dengan ledakan dunia teknologi mewujudkan ruang forum
dan juga blog yang menarik minat pengkaji sejarah dan segelintir kelompok individu
seperti pelajar membuat tesis untuk menyingkap kembali kisah silam dan mengetahui
dengan lanjut apakah sebenarnya yang berlaku pada tarikh 27hb. Disember 1973 itu.
Perbualan di dunia hujung jari yang kian rancak turut mendapat perhatian mereka yang
terselamat atau pernah terlibat seperti dalam operasi menyelamat semasa berlakunya
kemalangan yang meragut jiwa itu lalu memberi maklumbalas mereka.

Renteten dari itu adalah menjadi satu kemaslahatan untuk mendokumentasikan


peristiwa ini dalam bentuk filem agar masyarakat kini dan generasi seterusnya akan
memperingati di samping mendapat maklumat yang lebih jelas dan sahih mengenai
kejadian ini. Kami juga turut menemui mangsa yang terselamat dan pernah menjadi
tajuk utama media cetak pada ketika itu. Kini berusia hampir 50 tahun dan menetap di
Kuching beliau cuma berumur 10 tahun semasa kejadian.Hazemi Endon mendapat
jolokan ‘The Small Boy’ oleh media kerana beliau satu-satunya kanak-kanak yang
terselamat. Berbeza pula dengan datuknya yang kurang bernasib baik kerana telah
menemui ajal bersama 120 orang mangsa yang lain. Pada 2011 akhbar tempatan cina
telah mengabadikan rencana khas dengan menyediakan ruang kepada mangsa yang
terselamat untuk menceritakan dan berkongsi pengalaman ngeri mereka.

Disediakan Oleh Ajak Abdullah


Hakcipta Terpelihara 2015 6
Wassap 01132317465/hp 0173321435

You might also like