You are on page 1of 9

Sedimentologi

STAG2003
Sedimentologi

Sekitaran sedimen

Sistem Sungai

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

SISTEM SUNGAI Sedimentologi

Sungai ialah agen pengangkutan yang utama, yang membawa sedimen dari daratan
ke pantai lautan ataupun ke tasik, di mana sedimen tadi akan diendapkan atau terus
diangkut ke pelantar benua dan lembangan laut dalam.
Tidak semua sedimen yang dihasilkan oleh preses luluhawa di daratan ini diangkut
ke laut atau tasik, tetapi sebahagian daripadanya akan terendap di daratan di bawah
pengaruh proses sungai itu sendiri.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


SISTEM SUNGAI Sedimentologi

Jujukan tebal bewarna merah yang terdiri dari selang lapis konglomerat, pasir, dan
syal yang tidak mempunyai fosil lautan adalah banyak terdapat di permukaan bumi,
dan dipercayai berasal dari alluvium sungai.
Endapan sungai moden tidaklah bewarna merah seperti mana yang terdapat pada
endapan kuno. Pewarnaan merah adalah disebabkan oleh pertukaran mineral silikat
besi detrital (detrital iron silicate minerals) yang berlaku selepas pengendapan.
Alluvium ini biasanya berasal dari putaran pertama (first-cycle origin), yang kaya
dengan silikat ferromagnesium detrital.
Tidak semua alluvium bertukar menjadi merah. Di kawasan dataran banjir misalnya,
oksid besi (iron oxide) dan hidroksid stabil dalam keadaan kering dan beroksigen,
dan boleh menghasilkan warna merah.
Di persekitaran palong yang tepu (saturated channel environment), oksid besi dan
hidroksid menjadi tidak stabil, terutama dalam keadaan penurunan (reducing), dan
akhirnya oksid ini dikeluarkan (removed) dalam bentuk larutan.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi
Fluvial Channel Patterns

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi
Fluvial Channel Patterns

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi
Fluvial Channel Patterns

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi
Fluvial Channel Patterns

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

SISTEM SUNGAI Sedimentologi

Sistem sungai telah dikaji dengan terperinci oleh ahli-ahli geologi dan geomorfologi.
Palong mempunyai bentuk yang berbagai-bagai, bergantung kepada peringkat aliran
sungai.
Pola atau bentuk palong ini dikawal oleh beberapa faktur termasuk beban sedimen
yang diangkut dan ciri-cirinya, jumlah dan sifat luahan (air/discharge) dan juga
kecerunan sungai.
Berasaskan kepada morfologi aliran atau sungai tersebut, sistem sungai boleh
dibahagikan kepada empat jenis;
1) sungai lurus
2) sungai sinuous
3) sungai berburai
4) sungai berliku
5) sungai anastomosing

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


SISTEM SUNGAI Sedimentologi

Pola alur yang utama ialah sungai lurus, sungai berliku dan sungai berburai.
Terdapat sejenis sungai yang terletak di perantaraan di antara sungai lurus dan
sungai berliku, iaitu sungai sinuous.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

SISTEM SUNGAI Sedimentologi

Sungai anastomosing pula adalah dianggap sebagai jenis khas kepada sungai
berburai, yang mana pulau-pulau yang membahagikan alur adalah tetap dan tidak
bergerak. Sungai lurus jarang dijumpai dan jika adapun cuma untuk jarak yang dekat
sahaja.
Sungai berburai dengan sungai anastomosing berasaskan kepada kestabilan beting
atau pulau-pulau yang memisahkan alur.

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


SISTEM SUNGAI Sedimentologi

Indek kelikuan (sinuisity index- SI)telah ditakrifkan dengan berbagai-bagai cara


seperti di bawah;
panjang talweg (talweg length)
SI = ________________________ (Leopold & Wolman, 1957)
panjang lembah (valley length)

panjang alur (length of channel)


SI = ________________________________________ (Brice, 1964)
panjang paksi berliku (length of meander belt axit)

Bruce (1964) menggunakan indek kelikuan untuk memisahkan sungai lurus daripada
sungai sinuous dan sungai berliku.

SI Jenis sungai
< 1.0 sungai lurus
1.05-1.5 sungai sinuous
> 1.5 sungai berliku

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

SISTEM SUNGAI Sedimentologi

Pengelasan sungai di atas adalah bergantung kepada darjah kelikuan sungai itu
sendiri. Dua faktur yang utama yang dapat mengawal darjat kelikuan sungai ialah
kecerunan sungai dan luahan (discharge).
Leopold dan Wolman (1957) mendapati bahawa terdapat satu formula yang boleh
mengaitkan kecerunan dan luahan, iaitu;
s = 0.06Qb-0.44
s = kecerunan
Qb= luahan
Sungai berliku terbentuk di kawasan yang bercerun rendah. Tetapi di kawasan yang
sama boleh terdapat sungai berburai jika luahannya (discharge) banyak atau beban
dasar yang diangkut bertambah.
Sungai yang mempunyai beban sedimen yang sedikit biasanya berbentuk sungai
lurus, jika beban sedimen sederhana, sungai sinuous yang terbentuk dan jika beban
sedimen banyak, yang terbentuk ialah sungai berburai (Morisawa, 1985).

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

Sedimentologi

Kamal roslan mohamed Geologi UKM


Sedimentologi

Sekian ….

Kamal roslan mohamed Geologi UKM

You might also like