You are on page 1of 12

CONTOH TEKS DEBAT ALA PARLIMEN:

TEKS DEBAT ALA PARLIMEN

USUL: PEPERIKSAAN AWAM ,UPSR DAN PMR WAJAR DIMANSUHKAN.

Hujah daripada Pencadang ( Perdana Menteri)

Demi memartabatkan pendidikan negara, saya bangkit untuk memperjuangkan


nasib generasi muda Malaysia. Assalamualaikum dan salam perdebatan saya hulurkan
buat anda semua.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Selaku YAB Perdana Menteri pada hari ini, suka untuk saya menggagaskan satu
usul yang berbunyi “peperiksaan awam UPSR & PMR wajar dihapuskan.”

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkan saya terlebih dahulu Tuan Yang
Dipertua untuk memberikan definisi usul ini secara literal agar pihak pembangkang
khususnya tidak terkial-kial untuk mencari asas perjuangan kami. Menurut kamus
Dewan “ Peperiksaan awam” bermaksud, peperiksaan yang wajib diduduki oleh setiap
sekolah kerajaan di Malaysia. “UPSR” pula ialah Ujian Penilaian Menengah Rendah
yang wajib diduduki oleh semua pelajar Darjah Enam di Malaysia. “PMR” pula
bermaksud Penilaian Menengah Rendah yang wajib diduduki oleh semua pelajar
Tingkatan Tiga di Malaysia. “ Wajar Dimansuhkan” pula bermaksud, wajar dihapuskan
atau dilenyapkan. Saya juga ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan
hujah-hujah yang akan dibentangkan sebentar sahaja lagi dan seterusnya usul kami
akan diterima seisi dewan tanpa sebarang pertikaian.

Tuan Yang Dipertua, Kami meletakkan dua indikator bagi memantapkan usul kami.
Yang pertama, saya katakan ialah kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya
terletak pada kecemerlangan akademik semata-mata. Yang kedua indikator kami ialah
tugas dan tanggungjawab seseorang guru dinilai daripada kecemerlangan pelajar yang
diajar olehnya. Oleh itu, berdasarkan indikator-indikator ini secara justifikasi, saya
sepenuhnya yakin bahawa hujah yang akan kami kemukakan sebentar sahaja lagi akan
diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu daripada pihak
pembangkang.

Tuan Yang Dipertua, Sejak zaman – berzaman kita menyaksikan sistem pengajaran
dan pembelajaran di Malaysia ini masih berada di takuk yang lama kerana sepenuhnya
berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, objektif untuk menimba pengetahuan secara
menyeluruh dalam pelbagai bidang, tidak dapat kita penuhi kerana sentiasa fokus
kepada peperiksaan semata-mata. Lihat sahaja, peristiwa yang baru-baru ini di mana
salah sebuah Maktab Rendah Sains Mara di negara kita ini yang menolak puluhan
pelajar yang mendaftar disekolah itu melalui sistem ambilan melalui borang. Para
pelajar yang mendaftar itu semuanya mendapat 5A, dan ke atas, tetapi apabila
diadakan ujian susulan melibatkan keseluruhan aspek sama ada kelancaran membaca,
mengira dan sebagainya, ramai yang masih tidak lancar lagi membaca. Mengapa
perkara ini berlaku? Kerana disebabkan oleh penekanan terhadap peperiksaan semata-
mata. Adakah kita masih ingin melihat perkara ini berlaku lagi pada masa akan
datang?Sidang Dewan pastinya sudah mempunyai jawapan yang tersendiri bukan?

Di samping itu Sidang Dewan Sekalian, pemansuhan peperiksaan awam ini juga
membolehkan pelajar belajar tanpa sebarang tekanan. Hal ini kerana pelajar tidak lagi
perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga
tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya mengambil satu peperiksaan
awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya
mencecah sebelas tahun sejak dari darjah satu hinggalah tingkatan lima. Dengan ini,
beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat
dihapuskan. Sehubungan dengan itu, beban para guru di sekolah juga dapat
dikurangkan.Pemansuhan UPSR dan PMR meringankan beban guru apabila para guru
tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi
persekolahan pada setiap hari. Jelasnya, pemansuhan UPSR dan PMR mampu
mengurangkan beban pelajar dan guru.
Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang saya muliakan sekalian, Dengan
menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama membuka hati dan minda kita supaya
menerima pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan ini untuk kepentingan anak
bangsa kitasendiri. Oleh yang demikian langkah Kementerian Pelajaran di negara kita
untuk memansuhkan peperiksaan awam ini adalah wajar dan tidak perlu dipertikaikan
lagi. Oleh itu sekali lagi saya katakan bahawa peperiksaan awam, UPSR dan PMR
wajar dimansuhkan. Sekian mohon untuk terus mencadang.
Hujah Daripada Pihak Pembangkang( Ketua Pembangkang).

Salam aspresiasi dan salam satu Malaysia buat Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan di
deligasi kerajaan, rakan-rakan pembangkang dan Ahli-Ahli dewan yang dimuliakan
sekalian. Tuan Yang Dipertua Dewan, setelah dibentangkan definisi usul secara literal
oleh pihak kerajaan yang saya kira begitu menarik sekali, maklumlah diambil bulat-bulat
daripada Kamus Dewan, kami dari legasi pembangkang faham tentang usul yang
dikemukakan.

Namun , memang sudah menjadi adat di dalam arena perdebatan di mana


sudah menjadi tanggungjawab kami dalam meneliti beberapa kesilapan dan
kekurangan. Pertama pada hari ini Yang Dipertua, kami masih kurang jelas tentang
perlaksanaan pemansuhan peperiksaan awam ini. Hal ini kerana , pihak kerajaan
sebentar tadi telah mengatakan peperiksaan awam ini dimansuhkan kerana pelajar
hanya belajar berorientasikan peperiksaan semata-mata. Sekiranya tanpa peperiksaan,
bagaimana hendak menilai usaha pelajar dan guru dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran? Dan yang keduanya Yang Dipertua, mereka menyatakan bahawa
pemansuhan peperiksaan awam ini adalah untuk mengurangkan kos perbelanjaan
kerajaan. Kalau benar pemansuhan peperiksaan awam ini dapat menjimatkan kos
perbelanjaan kerajaan mengapa peperiksaan awam ini tidak dimansuhkan pada tahun
1997 dulu, ketika negara kita mengalami kemelesetan ekonomi yang sangat teruk? Di
mana kerelevenan hujah yang disampaikan oleh deligasi kerajaan? Kami harap dapat
dijawab pertanyaan ini oleh pihak kerajaan sebentar lagi.

Tuan Yang Dipertua, Adalah tidak benar bahawa pemansuhan peperiksaan


awam ini dapat meningkatkan prestasi pelajar seperti yang diperkatakan oleh pihak
kerajaan , bahkan bagi pihak kami, kami telah melihat bahawa pemansuhan UPSR dan
PMR akan menjejaskan penilaian terhadap tahap pretasi pelajar yang berasaskan
peperiksaan standart. Hal ini demikian, kerana guru disekolah kurang berupaya untuk
menyediakan soalan yang standart dan setaraf dengan UPSR mahupun PMR. Mereka
hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja
untuk menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan pretasi pelajar sebegini
seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai perkembangan
pretasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza apabila UPSR dapat menilai
keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas 3M iaitu membaca, menulisdan
mengira. Tambahan lagi, UPSR juga penting untuk menentukan tahap pencapaian
pelajar dengan tepat sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah lagi.
PMR pulajuga penting kerana ia dapat menentukan arah aliran yang bakal diambil oleh
pelajarsebelum mereka memasuki tingkatan empat dan lima di samping menilai
keupayaan pelajardalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR
dan PMR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan pretasi pelajar yang standart.

Hujah saya akan diteruskan oleh rakan pembangkang yang seterusnya, dan dengan ini
saya mengundur diri. Mohon untuk terus membangkang.
HUJAH TIMBALAN PERDANA MENTERI

Salam aspresiasi dan salam satu Malaysia buat Tuan Yang Dipertua, rakan-
rakan kerajaan, rakan-rakan pembangkang dan Ahli-Ahli dewan yang dimuliakan
sekalian.

Kita terus pergi kepada rangkuman hujah di meja pembangkang. Yang pertama,
beliau mengatakan bahawa pemansuhan UPSR dan PMR akan menjejaskan penilaian
terhadap tahap pretasi pelajar. Soalan saya, bagaimanakah prestasi pelajar boleh
terjejas sedangkan mereka mempunyai lebih masa untuk ulangkaji dan kurangnya
tekanan peperiksaan. Inilah perkara yang tidak dapat difahami oleh pembangkang pada
hari ini.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli- Ahli Dewan sekalian, Tambahan lagi, pemansuhan
UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajardalam kegiatan kokurikulum.
Pemansuhan kedua -dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar
tidak diwajibkan dan sekaligus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada
pelajar. Dengan ini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang untuk menyertai
kegiatan kokurikulum. Mereka boleh menyertaikegiatan persatuan, kelabmahupun
permainan. Pertandingan lari berganti -ganti, petanqe, bola sepak dan sebagainyaturut
menjadi pilihan utama aktiviti sukan yang juga merupakan pilihan kegemaran
parapelajar. Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke
peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa. Hal ini jauh berbeza dengan dahulu
apabila pelajar harus menghadiri kelas tambahan yang diwajibkan di kebanyakan
sekolah supaya dapat melulus peperiksaan UPSR dan PMR yang meliputi subjek -
subjek penting. Oleh itu, jelasnyabahawa pemansuhan UPSR dan PMR dapat memberi
peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi diri mereka dalam kegiatan
kokurikulum.

Tuan Yang Dipertua, Pemansuhan UPSR dan PMR ini juga akan memberi kebaikan
kepada negara dengan menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Menurut Timbalan
Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemansuhan UPSR dan PMR
bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Pemansuhan kedua-dua
peperiksaan ini menyebabkan pembayaran gaji untuk penggubalan pemeriksa soalan
peperiksaan tidak diperlukan. Hal ini membantu kerajaan menjimatkan pembayaran
emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun.
Kita sedar bahawa belanjawan negara yang mengalami defisit akan menyebabkan
kerajaan terpaksa meminjam wang dari bank-bank tempatan mahupun luar negara.
Malahan, peminjaman wang dari bank-bank yang melibatkan kadar faedah atau kadar
pertukaran asing yang tinggi mampu menggugat dan memburukkan keadaan lagi. Hal
ini akan meringankan beban negara untuk menampung semua kos perbelanjaan ini.

Kesimpulannya, saya telah membuktikan kepada anda pemansuhan upsr dan


pmr sememangnya membawa banyak kebaikan. Mohon untuk terus mencadang.
Hujah timbalan ketua pembangkang

Salam sejahtera dan salam perdebatan buat semua. Mari kita bersama-sama
meneliti dimanakah kesilapan pihak kerajaan sepanjang perdebatan ini berlangsung.

Yang pertama, beliau mengatakan bahawa pemansuhan UPSR dan PMR dapat
menggalakkan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Namun begitu, perkara
yang ingin kita capai adalah untuk membentuk generasi kelas pertama. Maka, apakah
keperluan menambah masa pelajar bagi kegiatan kokurikulum. Ini membuktikan hujah
ini tidak sesuai dalam debat hari ini yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar
dalam akademik.

Kita teruskan dengan hujah di meja pembangkang pula. Yang Dipertua, pemansuhan
UPSR dan PMR akan mengurangkan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Hal ini demikian, kerana pelajar hanya
menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas belajar selama sebelas tahun.
Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya sebelum menduduki
peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM akan memperlihatkan pola yang merosot. Hal ini jauh berbeza
apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR, pelajar akan mendapat pengalaman
peperiksaan sebenar yang pertama dalam UPSR di peringkat sekolah rendah sebelum
mengambil peperiksaan PMR dan SPM di sekolah menengah. Dengan ini, kesilapan
yang pertama boleh dibaik pulihkan pada peperiksaan kali kedua iaitu PMR. Hal ini
membolehkan pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggi untuk menduduki
peperiksaan SPM selepas melalui dua peperiksaan awam yang dianggap peringkat
percubaan untuk kecemerlangan dalam SPM. Tegasnya, pengalaman pelajar
menduduki peperiksaan itu sangat penting Yang Dipertua memandangkan mereka tidak
lepas daripada perasaan kurang yakin apabila berdepan dengan peperiksaan.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli Dewan Yang Dimuliakan sekalian, Pemansuhan UPSR
dan PMR juga menghilangkan budaya saling bersaing di sekolah rendah dan sekolah
menengah rendah. Budaya saling bersaing penting dalam kalangan pelajar sejak
dahulu lagi. Hal ini demikian, kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu
melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk memperoleh
keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan hal ini turut menjadi alternatif lain
untuk memberi dorongan kepada pelajar lain supaya mempertingkatkan pretasi
mereka.Ekorannya, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam
SPM akan meningkat. Kita sedar bahawa peperiksaan awam akan diutamakan
berbanding dengan ujian bulanan yang diadakan di sekolah masing-masing. Oleh itu,
pemansuhan UPSR dan PMR akan meninggalkan ujian bulanan sahaja untuk menilai
pretasi pelajar. Sebagai kesannya, para pelajar hilang semangat mahupun inisiatif
untuk saling bersaing antara satusama lain. Apakah pihak kerajaan sama sekali tidak
pernah terfikir bahawa persaingan itulah yang membantu kita berusaha dengan lebih
gigih? Saya kira pihak kerajaan sudah melupakan hal ini, maklumlah sibuk mencari
sebab supaya peperiksaan awam ini dapat dimansuhkan dengan segera. Oleh itu Yang
Dipertua dan Sidang dewan yang saya muliakan sekalian, berdasarkan hujah yang
telah saya kemukakan ini, sekali lagi saya katakan bahawa peperiksaan awam UPSR
dan PMR amatlah tidak wajar dimansuhkan memandangkan ia lebih banyak
memberikan implikasi negatif kepada sistem pendidikan di negara kita pada masa kini.
Mohon untuk terus membangkang.
Hujah menteri ke-3

Salam sejahtera dan salam perdebatan buat semua. Saya akan teruskan
perjuangan di meja kerajaan dengan membidas semua hujah pihak lawan.

Pertama sekali, saya ingin membidas hujah ketua pembangkang yang


mengatakan bagaimana hendak menilai usaha pelajar dan guru dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Seperti yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia iaitu pentaksiran tingkatan tiga (pt3) yang bersifat menyeluruh dimana pelajar
bukan dinilai berlandaskan fakta semata-mata. Namun, mereka dinilai dengan pelbagai
instrument seperti Tugasan Bertulis (assignment), Projek, Kajian Lapangan (field study)
atau Kajian Kes (case study). PT3 ini sebenarnya hampir sama dengan PMR, tetapi
pelaksanaanya lebih kepada penilaian menyeluruh secara sumatif iaitu sepanjang masa
pengajian. PT3 bukanlah dilaksanakan pada satu tarikh akhir, tetapi dia dijalankan
secara berperingkat dan bergantung kepada subjek yang dinilai.

Seterusnya, saya juga ingin membidas hujah timbalan ketua pembangkang yang
mempersoalkan apakah keperluan menambah masa kokurikulum. Sebelum ini
kegiatan sukan dan kokurikulum dianggap mengganggu masa pembelajaran kerana
pelajar harus bersedia menghadapi peperiksaan, tetapi apabila peperiksaan
dimansuhkan kelak pelajar akan ada lebih masa untuk fokus kepada kegiatan
kokurikulum dan sukan. Hal ini kerana, sukan dan kokurikulum berupaya menyemai,
memupuk dan menanamkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum selain
berupaya menerapkan nilai- nilai murni. Hujah timbalan ketua pembangkang yang
menyatakan kokurikulum tidak bersesuaian dengan debat ini adalah tidak tepat sama
sekali! Walhal, kokurikulum telah ditegaskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1988 untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang, harmonis, bertangungjawab, berketerampilan
dan serba boleh kepercayaan kepada tuhan. Melalui kokurikulum inilah pelajar dapat
mengembangkan potensi diri sekali gus meningkatkan prestasi akademik. Maka,
jelaslah kokurikulum juga penting untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik.
**bidas semua hujah/contoh/fakta pihak lawan**

**buat kesimpulan hujah pasukan sendiri dan buktikan yang anda lebih baik**

Mohon untuk usul deterima/ditolak seisi dewan. Assalamualaikum.


Penggulungan pihak kerajaan

Assalamulaikum dan salam sejahtera, berdirinya saya kali kedua ingin


menggulung hujah kami pihak kerajaan yang mencadangkan peperiksaan awam harus
dimansuhkan. Kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya terletak pada
kecemerlangan akademik semata-mata. Selain itu, pemansuhan PMR dan UPSR
mampu mengurangkan beban pelajar dan guru. Tambahan pula, pelajar dapat belajar
tanpa sebarang tekanan dalaman dan luaran yang membebankan pelajar untuk
menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh yang singkat. Pemansuhahn
peperiksaan dapat memberi masa lapang yang lebih banyak kepada pelajar apabila
kelas tambahan tidak diwajibkan dan tidak lagi dijadikan beban buat pelajar.
Seterusnya, ia juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan lebih-lebih keadaan
ekonomi negara pada masa kini tidaklah begitu stabil. Oleh itu, saya menegaskan
bahawasanya pemansuhan peperiksaan awam wajar dimansuhkan.

You might also like