You are on page 1of 2

Refleksi

Saya telah menerima beberapa tugasan bagi kursus geometri. Pertamanya


ialah penghasilan teselasi dengan menggunakan Geometer Skatchpad (GSP).
Tugasan yang kedua ialah membentuk pepejal dan hiaskan berdasarkan kegunaan
yang dicadangkan dalam kehidupan seharian dan ketiga ialah mereka cipta produk
berunsurkan seni dengan teknik-teknik lipatan dalam kejuteraan kertas serta
mempamerkan hasil ciptaan secara berkumpulan. Tugasan yang ketiga ini adalah
secara berkumpulan dan saya telah memilih Leong, Teo dan Chua sebagai ahli
kumpulan saya bagi tugasan ini. Saya berasa bersyukur kerana dalam proses
menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu baru telah saya perolehi. Walaubagaimanapun,
saya juga menghadapi pelbagai masalah dan halangan demi menyiapkan tugasan ini.
Namun dengan ketekunan dan kesabaran kami, kami berjaya menyiapkan tugasan ini
dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah kami.
Semasa melaksanakan tugasan yang pertama, saya telah belajar untuk
menghasilkan teselasi yang berasaskan translasi dan putaran dengan menggunakan
GSP. Selepas mencari pelbagai rujukan dari buku dan internet, saya mengambil
keputusan untuk menghasilkan sebuah teselasi yang berbentuk hantu Halloween.
Tugasan yang kedua ialah menghasilkan pepejal yang dapat dimuatkan dalam kotak
A4, saya telah memilih bentuk truncated icosahedron iaitu bentuk bagi bola sepak.
Pada mulanya, saya berazam untuk mereka satu lampu disco, tetapi saya tidak dapat
mencari bahan-bahan yang dapat menghasilkan kesan bersinar dan saya telah
menukar idea saya kepada bola sepak yang berwarna-warni.
Tugasan yang ketiga ialah menghasilkan sebuah buku pop-up. kami
berbincang untuk memilih topik yang ingin digunakan dalam buku pop-up. Kami telah
mencari maklumat dari laman sesawang dan buku-buku rujukan untuk mendapat idea
tentang penghasilan buku pop-up tersebut. Akhirnya, kami bersetuju untuk
menghasilkan satu buku pop-up yang bertajuk “$100” dengan mengajar topik operasi
wang. Kami telah belajar beberapa teknik pop-up semasa menghasilkan buku ini.
Kami mencatat nota tentang langkah-langkah, bahan-bahan yang diperlukan untuk
menyiapkan buku pop-up ini supaya proses penghasilan pop-up ini dapat dijalankan
dengan lancar. . Selepas membeli bahan-bahan yang diperlukan, kami bermula
proses penghasilan buku pop-up tersebut. Saya berpendapat kelemahan kami ialah
penggunaan kertas yang sebagai latar belakang terlalu nipis, selain itu, pop-up yang
kami hasilkan perlu dibuka dengan sendiri dan menyebabkan buku pop-up kami
kurang menarik minat. Proses yang saya berasa tercabar ialah semasa kami melipat
dan memotong kertas-kertas untuk menghasilkan pop-up. Hal ini kerana sekiranya
kami membuat langkah yang salah, maka pop-up kami tidak dapat terhasil.
Selanjutnya, semangat kerja berkumpulan sejak dari awal dan tanggungjawab
setiap orang telah menjadikan tugasan ini dapat disiapkan dan meninggalkan
kenangan yang dapat merapatkan lagi hubungan antara kami. Selain kerjasama dari
ahli kumpulan saya, bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah, Pn Tan dan rakan-
rakan amat dihargai. Dengan adanya tugasan ini, selajar berupaya untuk
meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi yang diamalkan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai kesimpulan, saya berasa amat bangga kerana dapat
menghasilkan buku pop-up dan tugasa-tugasan yang lain. Saya akan
menambahbaikan kelemahan-kelemahan saya den meneruskan kekuatan saya.

You might also like