You are on page 1of 2

Dalam bentuk forum kecil buat perbincangan tentang peranan dan implikasi kepelbagaian

sosiobudaya terhadap murid dan guru.

Fei Yee : Selamat pagi, Chun Keat.

Chun Keat : Selamat pagi, Fei Yee.

Fei Yee :Kita telah mendapat gambaran latar budaya yang terdapat di Malaysia dalam
dua bab yang terdahulu. Kepelbagaian latar belakang ini menghasilkan latar
budaya dan pembawaan yang berbeza dalam kalangan pelajar. Pada pendapat
anda, apakah implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid?

Chun Keat : Antara implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid ialah terdapat pelajar
yang terdiri daripada pelbagai kelas sosial. Pelajar yang tergolong dalam kelas
sosial rendah mungkin mengahadapi masalah berkaiatan dengan pembiayaan,
kemudahan belajar, kurang kelengkapan untuk belajar dan ssebagainya
manakala pelajar daripada golongan sosioekonomi sederhana dan tinggi kurang
menghadapi masalah seperti pelajar golongan tinggi. Hal ini membuktikan
bahawa setiap pelajar tidak akan menghadapi masalah yang sama berbanding
dengan tahap kelas sosial seseorang pelajar itu. Implikasi yang seterusnya ialah
kecerdasan dan kemahiran kemahiran. Hal ini demikian kerana terdapat pelajar
yang berbagai kecerdasan dalam kelas di mana murid yang pandai hanya
bergaul dengan murid yang pandai sahaja dan rakan lemah diabaikan. Murid
perlulah belajar bekerja seebagai satu pasukan untuk membantu rakan yang
lemah. Apakah yang kamu tentang implikasi kepelbagaian budaya terhadap guru?

Fei Yee :Budaya merupakan faktor pengaruh yang paling berkesan ke atas
perkembangan individu. Berdasarkan pendapat saya, salah satu implikasi
kepelbagaian sosiobudaya kepada guru ialah penerimaan dan layanan adil. Guru
haruslah menggunakan maklumat latar belakang keluarga pelajar untuk
memahami tingkah laku dan luahan perasaan mereka yang dipengaruhi oleh
persekitaran. Apabila memahami situasi pelajar, dapatlah guru merancang
pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil terhadap pelajar
daripada kelompok ini. Selain itu, strategi pembelajaran koperatif juga
merupakan salah satu implikasinya. Pembelajaran yang berkesan bagi
sekumpulan pelajar tidak semestinya berkesan bagi kumpulan lain. Melalui
struktur pembelajaran koperatif, pelajar dalam kumpulan heterogenous dapat
berkongsi pengetahuan dan pengalaman, belajar bersama-sama, saling
menghormati dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Apakah
yang kamu ketahui tentang peranan kepelbagaian sosiobudaya terhadap murid?

You might also like