You are on page 1of 79

PENDAHULUAN

Membaca boleh ditakrifkan sebagai perlakuan mendapatkan maklumat melalui

lambang-lambang bertulis atau bercetak. Membaca boleh juga dimaksudkan sebagai

menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan memahamkan

kandungannya. Mengajar membaca bermakna mengajar murid memindahkan tulisan

kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan

itu.

Membaca merupakan asas kepada kejayaan seseorang murid. Kemahiran membaca

bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf, membunyikan suku

kata, membatangkan suku kata seterusnya membaca perkataan dan ayat. Kemahiran

membaca merupakan salah satu fokus dalam Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia

yang perlu dikuasai oleh murid-murid prasekolah. Menguasai kemahiran membaca

bukan sekadar membantu kanak-kanak lebih berjaya menguasai tunjang-tunjang lain

tetapi juga membantu meningkatkan proses perkembangan mental, psikologikal dan

sosial dengan lebih baik. Kajian ini dijalankan bertujuan menambahbaik amalan

pengajaran pengkaji untuk membantu murid meningkatkan kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv bagi membolehkan murid-murid

menguasai kemahiran membaca yang lebih kompleks.

1
Pengkaji menggunakan pendekatan belajar melalui bermain sebagai suatu inisiatif

untuk meningkatkan kemahiran murid membatangkan suku kata terbuka kv + kv

melalui permainan ‘Dadu Berbunyi’. Permainan yang menyeronokkan dengan suku

kata yang berwarna-warni diharapkan dapat menarik minat responden untuk

meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu

Pengkaji adalah seorang guru prasekolah yang ditugaskan mengajar murid-murid

prasekolah di sebuah sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di Pulau Pinang.

Setelah masuk minggu ke tujuh sesi persekolahan, pengkaji dapati masih terdapat

beberapa orangg murid tidak dapat menguasai kemahiran membatangkan dua suku

kata mudah yang terdiri daripada pola kv + kv. Mereka kelihatan seperti

memencilkan diri dan tidak berminat apabila aktiviti membaca dijalankan.

Dalam pemerhatian pengkaji, responden ini sudah menguasai kemahiran mengenal

huruf vokal dan huruf konsonan dan boleh membunyikan suku kata tunggal kv

dengan betul. Tetapi apabila digabungkan dua suku kata kv + kv untuk membentuk

perkataan, mereka mengalami kesukaran membatangkannya dengan tepat. Mereka

sering lupa bunyi suku kata pertama semasa mahu membatang dua suku kata

tersebut. Pengkaji pernah mengguna kaedah latih tubi dengan meminta responden

mengeja dan membatangkan suku kata pertama secara berulang-ulang di ikuti

dengan suku kata kedua. Namun, apabila diminta untuk membatang dua suku kata

2
tersebut, responden masih gagal membatangkannya dengan betul. Kegagalan

kanak-kanak membatangkan suku kata mudah kv + kv ini, akan mengakibatkan

mereka sukar menguasai kemahiran membaca yang lebih sukar.

Berdasarkan pemerhatian tingkah laku murid semasa sesi aktiviti pengajaran dan

pembelajaran berlangsung, pengkaji mengesan seramai 10 orang daripada 25 orang

murid di dalam kelas, lemah dalam kemahiran membatangkan dua suku kata kv + kv.

Pengkaji merasakan kemungkinan terdapat faktor kelemahan diri pengkaji sendiri

yang menyumbang kepada isu yang dbincangkan ini. Pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang pengkaji gunakan, mungkin mungkin bersifat tradisional dan

tidak berjaya menarik dan mengekalkan minat murid untuk meningkatkan kemahiran

membatangkan suku kata kv + kv ini. Apabila pendekatan dan strategi yang pengkaji

gunakan kurang mantap maka ianya tidak mampu merangsang murid menguasai

kemahiran membatangkan suku kata. kv + kv.

Bertitik tolak daripada kesedaran ini, pengkaji telah mengambil tindakan dengan

membuat penambahbaikan amalan pengajaran pengkaji untuk membantu murid

meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv+ kv. Pengkaji perlu

memperbaiki kelemahan pada diri sendiri dengan membina bahan pengajaran dan

pembelajaran yang lebih efektif supya responden dapat menguasai kemahiran yang

diperkatakan ini.

3
Pengkaji telah menerapkan mekanisme yang dapat merangsang dan mengekalkan

minat murid untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv +

kv ini dengan bersumberkan kepada pendapat Rabven (1977) yang menyatakan

apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula

tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat

belajar dan akan melakukan apa jua yang terlintas dalam fikiran mereka.

Adalah menjadi tanggungjawab pengkaji sebagai seorang pendidik untuk melakukan

penambahbaikan dalam amalan pengajaran untuk meningkatkan kemahiran

membatangkan suku ka terbuka kv + kv di kalangan responden.

Refleksi Sorotan Literatur

Pengkaji telah memilih pendekatan belajar melalui bermain bagi meningkatkan

kemahiran murid membatangkan suku kata terbuka kv + kv kerana bermain adalah

fitarah semula jadi kanak-kanak. Permainan adalah suatu gerak kerja rangsangan

yang menggembirakan seseorang disamping dapat membantu perkembangan fizikal

dan mental individu tersebut. Justeru itu, melalui permainan Dadu Berbunyi ini dapat

merangsang kognitif kanak-kanak membatangkan suku kata yang dibaca.

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang

memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan

4
apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana

ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu

pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil

akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah

merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990)

Sigmun Freud ( 1968 ) memandang main sebagai suatu cara untuk mengurangkan

emosi kebimbangan, dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan dalam dunia

khayalan. Maka, main memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

emosi dan sosial kanak-kanak. Begitu juga dengan Jean Piaget (1962) yang

berpendapat bahawa tujuan main ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-

kanak di samping memperkukuhkan pembelajaran yang baru dijalankan dalam

suasan yang tenang.

Vygotsky (1967), “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur

otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam

pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk

meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak

dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka

dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”.

Melalui pendekatan ini juga, akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada

mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga

5
kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan

penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Neuman

dan Copple (2004) melihat hubungan bermain dengan kemahiran literasi yang

melibatkan simbol, struktur bunyi dan bahan bercetak. Kemahiran bahasa dan literasi

dapat dipupuk melalui permainan bunyi bahasa, simbol-simbol dan konsep bahan

bercetak.

Cristie dan Roskos (2009) juga berpendapat kebanyakan kanak-kanak mampu

mengenal pasti perkataan bertulis semasa mereka bermain. Pengajaran dan

pembelajaran bahasa melalui bermain jelas dapat meningkatkan kemahiran bahasa

dan literasi kanak-kanak. Menurut Caplan dan Caplan (1973), main sebagai penentu

penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi,

perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan

fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi

pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta

memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara.

Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran

yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Melalui

aktiviti bermain sesuatu permainan, kanak-kanak belajar tentang persekitaran dan

memahami isu yang berlaku di sekeliling dalam keadaan yang menggembirakan.

Apabila kanak-kanak seronok belajar sesuatu perkara, mereka terus berminat untuk

6
mengambil bahagian dalam pembelajaran, kesannya tumpuan kepada sesuatu perkara

menjadi semakin baik.

Wardle (2008) menyatakan bermain dapat merangsang fungsi-fungsi otak dan

domain pembelajaran berintegrasi antara satu sama lain secara semula jadi. Hal ini

tidak berlaku semasa pengajaran secara langsung yang dilakukan guru. Kajian

Sharifah Nor et al. (2009) yang melihat pendekatan aktiviti permainan dari segi

perkembangan kognitif mendapati kanak-kanak teruja dengan aktiviti permainan,

terlibat secara aktif, berasa seronok dan kreatif. Aktiviti bermain adalah penting

dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya bahasa. Christie dan Roskos (2009)

berpandangan terdapat hubungan aktiviti bermain dengan persekitaran permainan

dalam pemupukan kemahiran literasi.

Rudolf Steiner, pengasas Pendekatan Waldorf berpandangan pendidikan formal

tidak sesuai untuk kanak-kanak, malah kanak-kanak perlu digalakkan bermain dan

meneroka imiginasi mereka (Roopnarine & Johnson 2005). Dari aspek

perkembangan sosial, kurikulum Waldorf percaya kanak-kanak belajar kemahiran

bersosial dan berinteraksi dalam kumpulan rakan sebaya melalui bermain.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSKP) 2010 memfokuskan

pembelajaran berpusatkan kanak-kanak dan antara fokus utamanya ialah

pembelajaran melalui bermain (KPM 2010). Dalam KSPK, aktiviti belajar melalui

bermain amat digalakkan sama ada di dalam atau pun di luar bilik darjah.

7
Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan bermain bagi kanak-

kanak kerana dengan bermain, kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semulajadi

mereka di samping menyuburkan tubuh dan menguatkan otot-otot. Beliau juga

menyatakan bahawa bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi

kanak-kanak selepas penat belajar. Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap

“imaginative play” sebagai usaha kanakkanak menggunakan kebolehan fizikal dan

mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa

dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka

berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka

kreatif.

Pengkaji menetapkan pendekatan belajar melalui bermain sebagai landasan kepada

peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran membatangkan suku kata kv + kv

kerana apabila keseronokan murid dapat dipancing, mereka akan terlibat secara aktif,

serta dapat mengekalkan tumpuan pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

berlangsung sekaligus membantu mereka menguasai kemahairan yang dipelajari

secara tidak langsung.

8
FOKUS KAJIAN

Walaupun murid-murid ini telah menguasai kemahiran mengenal abjad kecil dan

abjad besar serta boleh membunyikan suku kata tunggal kv, tetapi mereka masih

lemah dalam kemahiran membatangkan terus dua suku kata kv + kv untuk

membentuk perkataan mudah. Apabila perkataan yang terdiri daripada pola kv + kv

diberikan, meraka dapat mengeja dengan betul. Tetapi apabila hendak

membatangkannya menjadi perkataan, mereka lupa bunyi suku kata yang pertama

menyebabkan mereka tidak dapat membatangkan perkataan itu dengan tepat.

Murid-murid ini juga tidak menunjukkan minat ataupun dapat mengekal minat

mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana penyelidik mendapati

mereka tidak memberi fokus apabila penyelidik sedang mengajar. Keadaan ini kalau

dibiarkan, akan membuatkan masalah ini semakin rumit yang akan membawa kepada

kesukaran untuk menguasai kemahiran membatangkan suku kata yang lebih sukar.

Penyelidik akan memberi penekanan dan fokus pada masalah ini kerana pengkaji

bimbang kegagalan penguasaan kemahiran membaca yang asas dan mudah ini di

kalangan responden akan memberi impak negetif terhadap penguasaan kemahiran

membaca yang lebih kompleks.

9
Tinjauan Masalah

Pengkaji telah melakukan pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran sepanjang bulan Februari dan Mac. Hasil daripada

pemerhatian yang dibuat, pengkaji mendapati responden sudah mengenal huruf

konsonan dan huruf vokal. Responden juga sudah boleh membunyikan suku kata

tunggal kv seperti ‘ba bi bu be be bo. Namun begitu responden masih belum

menguasai kemahiran untuk membantangkan dua suku kata kv + kv untuk

membentuk perkataan yang mempunyai maksud. Keadaan ini disebabkan responden

sering lupa bunyi suku kata awal apabila hendak membatangkan perkataan tersebut.

Kesan daripada kegagalan menguasai kemahiran ini, responden gagal menguasai

kemahiran membatangkan perkataan yang mempunyai dua suku kta kv + kv.

Ujian pra telah dijalankan kepada semua responden yang terlibat untuk mengetahui

sejauh mana mereka dapat menguasai kemahiran membatangkan dua suku kata kv +

kv. Setelah dianalisa keputusannya, pengkaji mendapati, majoriti responden gagal

menguasai kemahiran membatangkan dua suku kata kv + kv untuk membentuk

perkataan yang mempunyai maksud dengan betul.

Pengkaji juga telah melaksanakan temubual ringkas, tidak berstruktur dan separa

struktur terhadap responden yang didapati belum menguasai kemahiran yang

ditetapkan dan temubual dengan ibu atau bapa mereka.

10
Analisa Tinjauan Masalah

Hasil daripada analisa pemerhatian, temubual dan ujian pra semasa tinjauan awal

dijalankan, pengkaji dapati sepuluh orang murid prasekolah mengalami masalah

menguasai kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv menggunakan

kaedah mengeja dan membatang secara terus. Kelemahan ini telah menyebabkan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran agak terganggu kerana responden tidak dapat

membatangkan suku kata yang dimaksudkan setelah diajar oleh guru. Keadaan ini

membuatkan responden tidak mampu mempelajari atau membatangkan perkataan

yang lebih sukar.

Pengkaji juga khuatir berlaku penarikan diri dikalangan responden ini disebabkan

rasa rendah diri dan malu kerana tidak dapat membaca. Pengkaji mempunyai

keinginan memperbaiki kelemahan pengajaran bagi memasti responden menguasai

kemahiran yang ditetapkan.

Menjadi tanggungjawab pengkaji seorang guru memainkan peranan untuk

membantu responden dengan menyediakan pendekatan pembelajaran yang dapat

membantu mereka mengatasi masalah dalam kemahiran yang dimaksudkan ini.

Melalui masalah yang telah dikenalpasti, penyelidik telah mengaplikasikan

pendekatan belajar melalui bermain dalam membantu responden menguasai

kemahiran membatangkan dua suku kata terbuka kv + kv. Penyelidik telah

menjalankan kajian tindakan ini melalui permainan yang diberi nama ‘Dadu

11
Berbunyi’ untuk membantu respoden meningkatkan kemahiran membatangkan suku

kata kv + kv. Kajian ini dilakukan untuk memastikan responden dapat menguasai

salah satu kemahiran 4M iaitu membaca dengan baik. Tindakan ini perlu

dilaksanakan bagi mengelakkan responden menghadapi masalah dan kesulitan yang

berterusan dalam pembelajaran pada masa akan hadapan.

Permainan yang melibatkan penggunaan dadu sudah tidak asing lagi kepada kanak-

kanak seusia dengan murid prasekolah. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak sudah

biasa dengan permainan dam, dam ular, dam tangga dan sebagainya di mana dadu

adalah alat penting dalam permainan. Pengkaji telah menambah elemen bunyi pada

dadu tersebut supaya dapat menarik dan mengekalkan minat serta tumpuan murid

dalam aktiviti yang dijalankan disamping memberi rasa seronok kepada mereka. Hal

ini demikian adalah kerana semua kanak-kanak sangat tertarik kepada bunyi-

bunyian.

Tujuan kaedah ini dipilih adalah untuk melihat sejauh mana pendekatan belajar

melalui bermain ‘Dadu Berbunyi’ ini membantu responden dalam meningkatkan

kemahiran membatangkan suku kata kv + kn seperti yang dinyatakan oleh Friedrich

Frobel (1852), perkembangan kanak-kanak akan meningkat sekiranya aktiviti

dijalankan dalam bentuk bermain.

12
OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, responden diharap akan mencapai objektif

seperti berikut:

1. Pendekatan belajar melalui bermain ‘Dadu Berbunyi’ dapat membantu murid

menguasai kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

2. Mengekalkan minat belajar membatang suku kata terbuka kv + kv melalui

pendekatan belajar melalui bermain ‘Dadu Berbunyi’.

3. Meningkatkan prestasi membatangkan suku kata terbuka kv + kv melalui

pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’.

SOALAN KAJIAN

Persoalan kajiaan yang ingin dikaji adalah seperti berikut:

1. Adakah responden dapat meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata

terbuka kv + kv menggunakan pendekatan belajar melalui bermain permainan

‘Dadu Berbunyi’.

2. Adakah responden dapat mengekalkan minat dan focus semasa belajar

membatangkan suku kata terbuka kv + kv melalui pendekatan belajar melalui

bermain.

13
3. Adakah responden dapat meningkatkan pencapaian membatangkan suku kata

kv + kv menggunakan pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu

Berbunyi’.

Batasan Kajian

1. Dapatan kajian terbatas kepada kumpulan responden yang dikaji. Ia tidak

bertujuan untuk digeneralisasikan kepada kumpulan murid yang lain.

2. Tahap peningkatan kemahiran membatangkan suku kata yang dimaksudkan

terbatas kepada pencapaian responden dalam ujian pra dan ujian pasca yang

dijalankan oleh pengkaji terhadap responden.

Kepentingan Kajian

Berdasarkan masalah kajian dan objektif kajian di atas, perlulah kajian dibuat bagi

melihat kesan pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’

dalam membantu responden meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata kv

+ kv. Ia sekaligus dapat membantu penyelidik untuk menarik minat responden serta

mengekalkan tumpuan mereka dalam aktiviti pembelajaran yang akan membawa

kepada peningkatan prestasi dan objektif pembelajaran dapat dicapai.

14
Bermain sambil belajar akan mendatangkan keseronokan dan hiburan serta

merangsang individu mempelajari sesuatu melalui cara yang aktif. Justeru itu dalam

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia,

2003 muka surat 260 telah menghuraikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain yang

menjadi asas konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Penekanan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran kerana bermain menjadi fitrah kanak-kanak. Aktiviti

ini menggembirakan dan memberi peluang kepada kanak-kanak membuat

penerokaan dan interaksi dengan persekitaran.

Definisi Istilah

Bahagian ini akan cuba menjelaskan beberapa konsep penting atau istilah penting

berhubung dengan kajian yang dijalankan. Istilah-istilah atau konsep-konsep yang

dimaksudkan itu ialah:

Main

Main ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan

kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan

lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai

tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi

bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu.

15
Bermain

Mengikut Kamus Dewan (edisi Ketiga) pula, bermain adalah melakukan sesuatu

untuk bersenang atau bersuka.

Permainan

Permainan merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Menurut Allessi & Trollip (1991) permainan ialah suatu aktiviti yang

melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal. Permainan mampu untuk

mewujudkan suatu suasana yang dapat merangsangkan pembelajaran atau

penguasaan sesuatu kemahiran.

Belajar melalui bermain

Belajar Melalui Bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan

keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak

disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai

perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi

perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

16
Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat

perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal

dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang

diterimanya di rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu

program pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun

sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di Tahun Satu sekolah rendah

(Garis Panduan Kurikulum Prasekolah, 1998).

Ujian pra

Ujian pra ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan sebelum kajian dijalankan.

Ujian pasca

Ujian pasca ialah ujian pencapaian yang diduduki oleh semua sampel bagi kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan diakhir kajian dijalankan.

17
Minat

Menurut Mok Soon Sang (2003) seseorang murid yang mempunyai minat dan sikap

positif terhadap pembelajaran akan menumpukan perhatiaannya terhadap aktiviti

pengajaran guru.

Ujian rintis

Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada kumpulan murid yang tidak

terlibat dalam kajian untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaannya.

Murid Prasekolah.

Murid prasekolah adalah kumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada kanak-kanak

lelaki dan perempuan yang berumur di dalam lingkungan 4 + dan 5 + tahun.

18
KUMPULAN SASARAN

Kajian ini difokuskan kepada 10 daripada 25 orang murid Prasekolah Bestari 1,

Sekolah Kebangsaan Padang Tembak, Air Itam, Pulau Pinang. Responden berumur 6

tahun. Responden ini terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 4 orang murid

perempuan. Tujuh orang responden berbangsa Melayu dan tiga orang responden

berketurunan India. Keseluruhan responden bersikap seperti memencilkan diri dan

tidak memberi perhatian semasa pengkaji mengajar di dalam kelas. Dua orang

daripada enam orang responden lelaki tidak fokos dan sering mengganggu rakan lain.

Secara keseluruhannya semua responden datang dari keluarga yang mempunyai

tahap akademik yang sederhana dan masyarakat yang memberikan sepenuh

kepercayaan kepada guru untuk memastikan kemenjadian anak mereka dalam

pelajaran. Responden adalah berprestasi sederhana dalam menguasai kemahiran yang

diajar. Responden juga datang daripada keluarga taraf ekonomi yang sederhana dan

mendiami rumah pangsa di sekitar kawasan sekolah.

Namun begitu, responden ini senang diurus dan tidak banyak memberikan masalah

serta senang dikawal. Pengkaji mewakilkan responden-responden ini sebagai R1, R2,

R3, R4, R5, R6, R7, R8, R9 dan R10.

19
TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Tajuk kajian yang dipilih setelah perbincangan dengan penyelia ialah “Pendekatan

Belajar Melalui Bermain Permainan ‘Dadu Berbunyi’ (Rujuk Lampiran F) dalam

meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para

penyelidik antaranya ialah Model Kajian Tindakan yang telah dibangunkan oleh

Kemmis & MacTaggart (1988). Model tersebut menyarankan empat langkah kajian

tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut:

i. Mereflek (reflect)

ii. Merancang (plan)

iii. Bertindak (action)

iv. Memerhati (observe)

20
Rajah 1: Model reka bentuk Stephen Kemmis

Konsep kajian tindakan Kemmis adalah berasas daripada konsep Lewin tetapi

diubah suai dengan memberi perhatian khas kepada penyelidikan tindakan. Kemmis

menjelaskan kajian pendidikan adalah proses berterusan tetapi terdapat gelungan-

gelungan refleksi kendiri dan perkembangan kajian. Skema kajian termasuk

perancangan, tindakan, perhatian, refleksi dan re-perancangan sebagai asas

penyelesaian masalah sendiri.

21
Gambar rajah menunjukkan kajian tindakan dijalankan berpandukan proses berikut:

1. Guru menjalankan refleksi ke atas sesuatu isu pengajaran dan pembelajaran

yang hendak ditangani.

2. Guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang

dihadapinya.

3. Guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan dalam proses

pelaksanaannya guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Tindakan Kitaran Pertama

Prosedur Tindakan

Dadu Berbunyi

Selepas membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran lepas, penyelidik

telah menyediakan satu Rancangan Pengajaran Slot (RPS) Bahasa dan Komunikasi

Bahasa Malaysia dengan mengaplikasikan pendekatan Belajar Melalui Bermain

melalui permainan ‘Dadu Berbunyi’ ( Rujuk Lampiran F ). Sudah menjadi fitrah

semulajadi kanak-kanak gemar akan permainan. Murid-murid yang lambat

menguasai kemahiran membatangkan dua suku kata ini terdiri daripada murid yang

kurang motivasi dan tidak fous serta mendiamkan diri semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran. Justeru itu pengkaji telah mengolah satu situasi pembelajaran berbeza

daripada kebiasaaan dengan mengaplikasikan aktiviti pembelajaran melalui bermain

22
ini, diharapkan dapat memberi tarikan kepada mereka untuk belajar kerana mereka

merasakan lebih santai dan tidak mengalami tekanan untuk belajar.

Pengkaji melaksanakan aktiviti permainan ‘Dadu Berbunyi’ ( Rujuk Lampiran F )

selama 30 minit di dalam tiap-tiap satu sesi pengajaran dan pembelajaran 60 minit.

Ianya merupakan aktiviti kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang murid

dan dilakukan di dalam kelas Prasekolah Bestari 1, Sekolah Kebangsaan Padang

Tembak, Air Itam, Pulau Pinang. Aktiviti ini dijalankan pada peringkat

perkembangan pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telah mentadbirkan aktiviti ini

kepada 10 orang responden yang telah kenalpasti selama dua minggu.

Langkah-Langkah Tindakan

Aktiviti permainan ‘Dadu Berbunyi’ dijalankan selama 30 minit dalam satu sesi

pengajaran dan pembelajaran 60 minit. Aktiviti ini berlangsung pada peringkat

perkembangan pembelajaran. Semasa aktiviti ini dijalankan, responden dibahagikan

kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang responden.

Secara bergilir-gilir dalam kumpulan responden diberi satu kad suku kata kv dan

sebuah dadu berbunyi yang setiap sisinya terdapat suku kata kv yang berbeza.

Responden dikehendaki melambung dadu dan memadankan kad suku kata yang

dipegang dengan suku kata yang terpamer pada permukaan dadu. Murid

23
membatangkan suku yang digabungkan itu. Contohnya, seorang responden

memegang kad suku kata ‘ba’ dan diminta membunyikannya berulangkali.

Kemudian responden itu melambung ‘Dadu Berbunyi’, Apabila dadu mendarat,

permukaan paling atas mempamerkan suku kata ‘tu’. Responden menggabungkan

kad suku kata yang dipegang dengan suku kata pada permukaan dadu, ‘ba’ ‘tu’.

Seterusnya responden membatangkan dua suku kata kv + kv tersebut dengan kuat.

Setelah dapat memabatangkan dua suku kata tersebut, responden akan menandakan

( / ) pada carta kosa kata yang dipamerkan. Ini akan memberi pemahaman kepada

responden selain daripada dapat membatangkan suku kata tersebut perkataan itu juga

mempunyai makna tersendiri. Setiap murid akan melakukan 5 kali lambungan dadu

dan membatangkan 5 perkataan yang terdiri daripada dua suku kata terbuka kv + kv.

Jadual 1: Carta menunjukkan suku kata pada pada kad yang digabungkan dengan
suku kata pada “Dadu Berbunyi”

Suku kata pada kad pada tangan Suku kata pada sisi “Dadu Berbunyi”

tu

ju

ba ra

ta

ja

yu

Aktiviti permainan ‘Dadu Berbunyi ini’ bersifat fleksibel. Suku kata pada permukaan

dadu boleh ditukarganti bagi memperbanyakkan lagi kosa kata dari golongan

kemahiran yang sama ataupun kemahiran membatangkan dua suku kata mencabar.

24
Pengkaji menggunakan satu slot pengajaran dan pembelajaran (RPH) untuk

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Standard pembelajaran diambil

berdasarkan apa yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan.

Refleksi

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah pengkaji laksanakan untuk

tujuan rawatan, responden disediakan dengan aktiviti permainan ‘Dadu Berbunyi’

untuk membatangkan dua suku kata terbuka kv + kv. Responden telah menunjukkan

respon yang positif. Pengkaji dapat menarik minat responden untuk memberikan

tumpuan pada aktiviti pembelajaran yang berlangsung. Disamping itu dan fokus

responden dapat dikekalkan kerana terdapat elemen pertandingan sesama ahli

kumpulan dan ganjaran yang disediakan kepada responden yang berjaya dalam

aktiviti pembelajaran yang disediakan.

Aktiviti permainan membatangkan suku kata ini, memberi suntikan semangat kepada

responden untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Hal ini dapat dilihat

apabila semua responden berlumba untuk bermain, secara tidak langsung dapat

mengikis sikap memencilkan diri, tidak fokus ataupun perlakuan mengganggu rakan

lain semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. pengkaji dengan

25
bantuan pembantu membuat pemerhatian dan menanda senarai semak kemahiran

membatangkan suku kata yang dikuasai oleh responden.

Keseluruhannya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan

pendekatan belajar melaui bermain dapat mencetuskan suasana pembelajaran yang

rancak dan bermakna kepada responden. Objektif pengajaran dan pembelajaran yang

yang dirancangkan tercapai.

Cara Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengumpul data berdasarkan prosedur-prosedur

yang telah ditetapkan. Pengkaji telah menggunakan instrument-instrument seperti

berikut:

Pemerhatian

Pengkaji telah melakukan pemerhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran

sepanjang bulan Februari dan Mac ke atas murid Prasekolah Bestari 1 sekolah

Kebangsaan Padang Tembak, Pulau Pinang. Pengkaji telah merangka dan

menyediakan borang pemerhatian berhubung dengan perkara-perkara yang ingin

diperhatikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pemerhatian

pengkaji bertumpu kepada lima item menggunakan borang skala kadar untuk

26
melihatan tindak balas responden terhadap pengajaran dan pembelajaran. Semasa

pemerhatian pra, pengkaji ingin memerhatikan respon responden terhadap

pengajaran dan pembelajaran membatangkan dua suku kata terbuka kv + kv

menggunakan kaedah konvensional iaitu mengeja dan langsung membatang. (Rujuk

Lampiran A)

Pengkaji juga melakukan pemerhatian ke atas responden dengan memberikan fokus

yang sama iaitu tindakbalas terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran semasa

rawatan dilaksanakan terhadap responden. Semasa pemerhatian pasca ini, pengkaji

ingin memerhatikan sejauh mana pendekatan belajar melalui bermain permainan

‘Dadu Berbunyi’ dapat membantu responden meningkatkan kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv. (Rujuk Lampiran B)

Temu bual

Menurut Walker & Burnhill (1988) pengumpulan data melalui temubual boleh

dilaksanakan dalam pelbagai kajian tinjauan Pengkaji telah melaksanakan temubual

bersama responden semasa sesi rawatan dijalankan. Temu bual dijalankan oleh

pengkaji bagi mendapat maklumbalas responden terhadap sesi rawatan yang pengkaji

jalankan.

Pengkaji telah bertanya kepada responden beberapa soalan melalui temubual

berstruktur dan separa struktur.. Temu bual yang dijalankan ini sangat bergantung

27
kepada kepetahan responden untuk meluahkan perasaan mereka, apa yang mereka

alami semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kebolehan

responden terhadap mengekspresi idea dan kebolehan meluahkan apa yang dirasa

oleh mereka ataupun perasaan terhadap tindakan yang pengkaji laksanakan.

Temubual ini juga terbuka kepada perkara-perkara yang tidak diduga. Temubual ini

diditadbirkan kepada responden lelaki dan perempuan untuk melihat kemungkinan

terdapat perbezaan pendapat disebabkan perbezaan gender.

Ujian Pra dan Ujian Pasca

Pengkaji telah melaksanakan ujian pra dan ujian pasca kepada responden untuk

melihat sejauh manakah keberkesanan pendekatan belajar melalui bermain

permainan ‘Dadu Berbunyi’ dapat meningkaktan penguasaan responden terhadap

kemahiran membatangkan dua suku kata terbuka kv + kv. Semasa ujian pra

dijalankan, pengkaji meminta responden membatangkan dua suku kata terbuka kv +

kv tanpa mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain. Pengkaji telah

mentadbir ujian pra kepada kumpulan sasaran sebelum pelaksanaan tindakan

penambahbaikan dijalankan. Responden mengambil ujian ini pada waktu pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas. Ujian ini mengandungi 20 perkataan yang terdiri

daripada suku kata kv + kv yang perlu dibatangkan oleh responden.

28
Jadual 2: Ujian Pra dan Pasca.

Bil Suku kata awal Suku kata akhir Tandakan ( / )

1. ba ju

2. bi ji

3. bo la

4. bu ku

5. da da

6. da du

7. du ri

8. ka ki

9. ku da

10. ka yu

11. ma ta

12. me ja

13. to pi

14. ko pi

15. ce ri

16. su du

17. gu la

18. gu li

19. su su

20. sa wi

JUMLAH

29
Setelah responden melalui sesi rawatan, pengkaji telah mentadbirkan ujian pasca

terhadap responden. Untuk ujian pasca, pengkaji menggunakan soalan ujian yang

sama setelah selesai pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan belajar

melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’ ( Rujuk Lampiran F ).

Ujian Pasca dijalankan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana

responden dapat meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv

setelah pengkaji melakukakan penambahbaikan amalan pengajaran dalam sesi

rawatan.. Ujian pasca ini ditadbirkan selepas tamat dua minggu pengkaji

melaksanakan tindakan penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Responden menunjukkan peningkatan yang amat menggalakkan.

Ujian pra dan ujian pasca ini juga telah ditadbirkan kepada sekumpulan murid kelas

Prasekolah Bestari 2 yang tidak terlibat dengan kajian yang pengkaji jalankan yang

dikenali sebagai ujian rintis. Ujian rintis ialah satu ujian yang diberikan kepada

kumpulan murid yang tidak terlibat dalam kajian untuk menguji kesahan dan

kebolehpercayaannya.

30
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA KITARAN PERTAMA

Antara statistik yang digunakan oleh pengkaji ialah dengan menggunakan bilangan,

pengiraan peratus, jadual serta graf untuk menunjukkan hasil analisis. Bahagian ini

juga mengandungi data-data yang diperoleh hasil daripada kajian ke atas sepuluh

orang responden kajian.

Data-data dianalisis supaya dapat mencari dan menjawab kehendak soalan yang

diajukan oleh pengkaji iaitu berkenaan dengan pendekatan belajar melalui bermain

permainan ‘Dadu Berbunyi’ dapat menarik minat dan meningkatkan kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv. Penganalisaan data dibuat melalui analisis

statistic menggunakan perbandingan data yang direkodkan dalam jadual. Data-data

mentah yang diperoleh dianalisis untuk mendapatkan peratusan dan skor purata. Hal

ini bertujuan untuk membuktikan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain

permainan ‘Dadu Berbunyi, dapat meningkatkan minat dan penguasaan responden

dalam kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

31
Pendekatan Belajar Melalui bermain Permainan ‘Dadu Berbunyi’ menarik

minat responden menguasai kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv +

kv.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan , pengkaji telah membuat analisis

data yang peroleh berkenaan dengan minat responden terhadap proses pengajaran

dan pembelajaran membatangkan suku kata terbuka kv + kv semasa sesi

pembelajaran secara konvensional dan sesi pembelajaran rawatan dilakukan.

Keputusan yang diperolehi daripada instrument pemerhatian pra dengan penggunaan

borang skala kadar menunjukkan pelbagai reaksi responden semasa aktiviti

pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pengkaji menggunakan kaedah

pemerhatian berstruktur dan dibantu oleh seorang rakan kolaborasi iaitu seorang guru

membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa pelaksanaan aktiviti

dijalankan. Guru pembantu membantu pengkaji mentadbir senarai semak yang

disediakan. Pengkaji menyediakan 5 item skala kadar dan kesahan skala kadar ini

ditentukan oleh pakar yang dirujuk dan triangulasi antara kaedah. melalui

pemerhatian pasca pula, kesemua responden telah menunjukkan peningkatan skor

purata yang memberangsangkan.

Berikut adalah hasil analisis yang dibuat oleh pengkaji berdasarkan data terkumpul

yang diperoleh menerusi borang pemerhatian skala kadar. Pemerhatian telah

dijalankan pada sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum dan semasa sesi rawatan

dilaksanakan. Berikut merupakan hasil analisis pemerhatian pengkaji terhadap

respon dan minat responden terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

telah dilaksanakan.

32
Jadual 3: Rubrik Pemarkahan Borang Skala Kadar

Pemarkahan

skor huraian

1 Kurang berminat

2 Berminat

3 Sangat berminat

33
Pemerhatian Pra

Jadual 4: Skala Kadar Pemerhatian Pra Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran


Konvensional

Bil Item Skor

1 2 3

1. Memberi respon semasa guru mengajar. 8 2 0

2. Penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan 8 2 0

pembelajaran.

3. Tumpuan ketika guru memberikan arahan 7 3 0

pembelajaran.

4. Keseronokan yang ditunjukkan semasa aktiviti 8 2 0

pengajaran dan pembelajaran.

5. Berminat untuk membatangkan suku kata yang 9 1 0

diberikan oleh guru.

JUMLAH 40 10 0

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa

responden mendapat purata skor markah 1.20 yang membawa kepada skala kurang

berminat. Sebanyak lima item telah dinilai melalui pemerhatian yang dibuat. Hasil

dapatan melalui pemerhatian pra ini, kesemua sepuluh orang responden

menunjukkan kurang berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran

34
membatangkan suku kata terbuka kv + kv yang pengkaji laksanakan secara

konvensional. Secara puratanya, kesemua responden hanya mendapat skor pada skala

1 iaitu kurang berminat.

Justeru itu, pengkaji menggunakan item skala kadar yang sama bagi membuat

pemerhatian pasca semasa sesi rawatan dijalankan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Pemerhatian telah pengkaji lakukan bagi melihat perubahan sebelum

rawatan dan selepas rawatan dijalankan terhadap responden.

35
Pemerhatian Pasca

Jadual 5: Skala Kadar Pemerhatian Pasca Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran


Sesi Rawatan

Bil Item Skor

1 2 3

1. Memberi respon semasa guru mengajar. 0 4 6

2. Penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan 0 2 8

pembelajaran.

3. Tumpuan ketika guru memberikan arahan 0 3 7

pembelajaran.

4. Keseronokan yang ditunjukkan semasa aktiviti 1 2 7

pengajaran dan pembelajaran.

5. Berminat untuk membatangkan suku kata yang 0 3 7

diberikan oleh guru.

JUMLAH 1 14 35

Hasil daripada pemerhatian pasca yang pengkaji laksanakan, secara keseluruhannya

responden menunjukkan respon yang sangat berminat apabila memperoleh jumlah

skor purata 2.70 markah semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran

menggunakan pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’.

36
Enam orang responden telah mendapat skor sangat berminat dan empat orang

responden lagi mendapat skor berminat dari aspek memberi respon semasa guru

mengajar.

Item yang kedua iaitu penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran,

memaparkan data dua orang responden telah mendapat skor berminat manakala

lapan orang responden telah mendapat skor sangat berminat. Bagi item ketiga pula,

tiga orang responden mendapat skor berminat dalam memberi tumpuan semasa guru

memberi arahan untuk melakukan aktiviti dan tujuh orang responden menunjukkan

kesungguhan untuk menjalankan aktiviti yang disediakan.

Item keempat pula memaparkan keseronokan yang dipamerkan oleh responden

semasa melakukan akativiti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Seramai

tujuh orang responden menunjukkan mereka seronok melakukan aktiviti tersebut

dengan mendapat skor sangat berminat. Manakala dua orang responden mendapat

skor berminat. Masih terdapat seorang responden yang tidak menunjukkan

keseronokan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesi rawatan kali

kedua ini.

Item terakhir iaitu berminat untuk membatangkan suku kata yang diberikan oleh

guru. Melalui aktiviti rawatan kali kedua ini, pengkaji mendapati tiga orang

responden berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan sementara

37
tujuh orang responden menunjukkan komitmen yang tinggi dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran mendapat skor sangat berminat.

Responden berminat belajar membatangkan suku kata terbuka kv + kv

menggunakan pendekatan belajar melalui bermain permainan “dadu

Berbunyi’.

Tembual

Pengkaji telah mengadakan temubual bersama responden selepas selesai

melaksanakan sesi rawatan kali pertama dan kali kedua untuk mendapat respon

mereka terhadap sama ada berminat atau tidak belajar membatangkan suku kata

terbuka dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu

Berbunyi’.

38
Transkrip temubual selepas pemerhatian pasca

Jadual 6: Transkrip temubual bersama responden selepas aktiviti pengajaran dan


pembelajaran sesi rawatan

Respon

Pengkaji : Kamu suka tak belajar sebut (membatangkan) suku kata guna

‘Dadu Berbunyi’?

R1 : Suka, sambil main sebutkan bunyi sekali.

R2 : Suka, seronok ada bunyi.

R3 : Saya suka, saya mudah ingat cikgu.

R4 : Suka cikgu, seronok main lambung dadu sambil belajar.

R5 : Suka. Saya boleh sebut perkataan terus cikgu.

R6 : Saya suka. Tak bosan.

R7 : Suka. Seronok.

R8 : Suka. Guna buku tak seronok.

R9 : Suka cikgu. Saya cepat ingat.

R10 Saya suka. Saya seronok main dan baca.

Berdasarkan Jadual 6, kesemua sepuluh orang responden menyatakan rasa suka dan

berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan belajar

melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’. Kesemua responden telah menyatakan

bahawa mereka suka belajar membatangkan suku kata terbuka kv + kv kerana

pengkaji telah menggunakan permainan dadu yang mempunyai bunyi apabila

dilambung semasa aktiviti pembelajaran.

R1 telah menyatakan bahawa dia suka belajar membatangkan suku kata terbuka kv +

kv menggunakan dadu berbunyi kerana boleh membatangkan suku kata dan bermain

39
secara serentak. R2, R3 dan R4 juga menyatakan mereka suka dan seronok belajar

menggunakan dadu berbunyi kerana bahan pembelajaran yang disediakan

mengeluarkan bunyi, mudah untuk mengingat bunyi suku kata dan seronok bermain

sambil belajar.

Manakala R5, R6 dan R7 menyatakan mereka suka belajar membatangkan suku kata

terbuka kv + kv menggunakan pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu

Berbunyi’ kerana mereka boleh membatangkan suku kata yang terpamer secara terus

tanpa perlu mengeja, tidak bosan dan menyeronokkan. Begitu juga dengan

pernyataan yang dibuat oleh R8, R9 dan R10. Mereka suka dengan aktiviti yang

dijalankan kerana tidak seronok belajar guna buku, lebih mudah ingat untuk

membatangkan suku kata guna bahan yang disediakan dan aktiviti pembelajaran

main sambil baca menimbulkan keseronokan.

Kesimpulannya, melalui hasil temubual ini pengkaji dapat rumuskan bahawa

kesemua responden telah menyatakan bahawa mereka suka pengajaran dan

pembelajaran yang pengkaji laksanakan dengan menggunakan pendekatan belajar

melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’. Mereka juga lebih mudah

membatangkan suku kata terbuka kv + kv melalui aktiviti bermain berbanding

penggunaan buku bacaan.

40
Pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’ membantu

dalam meningkatkan prestasi responden.

Untuk mengkaji sama ada pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu

Berbunyi’ dapat meningkat pencapaian penguasaan prestasi responden terhadap

kemahiran yang ditetapkan, pengkaji telah menyediakan lembaran kerja suku kata

yang mengandungi 20 kosa kata yang terdiri daripada suku kata terbuka kv + kv.

Pengkaji telah menyediakan soalan yang sama untuk tujuan ujian pra dan pasca.

Lembaran kerja ujian pra dan ujian pasca rujuk Lampiran D.

Jadual 7: Analisis Keputusan skor Ujian Pra.

Ujian Pra
Responden Jumlah skor diperolehi Peratus
/20 %
R1 3 15
R2 4 20
R3 2 10
R4 3 15
R5 4 20
R6 2 10
R7 2 10
R8 8 40
R9 3 15
R10 4 20

41
Berdasarkan jadual keputusan skor markah ujian pra yang telah pengkaji jalankan,

didapati tiada seorangpun responden yang berjaya mencapai keputusan 100% dalam

membatangkan 20 kosa kata yang terdiri daripada suku kata terbuka kv + kv.

Kesemua responden tidak berjaya mencapai 50% ke atas. R8 memperoleh jumlah

skor yang paling tinggi iaitu 40% yang membawa maksud beliau berjaya

membatangkan 8 kosa kata terbuku kv + kv. Manakala R3, R6 dan R7 memperoleh

peratusan paling kurang iaitu 10% di mana hanya berjaya membatangkan 2 kosa

kata yang terdiri daripada suku kata terbuka kv + kv.

R1, R4 dan R9 memperoleh jumlah 3 skor berjaya membatangkan suku kata terbuka

kv + kv dengan betul. Selebihnya R2, R5 dan R10 hanya berjaya memperoleh jumlah

4 skor betul yang membawa kepada pencapaian 20%. Melalui ujian pra yang telah

pengkaji tadbirkan kepada responden setelah pengkaji menajalankan sesi pengajaran

dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah mengeja dan membaca secara

konvensional menunjukkan bahawa kesemua responden gagal mendapat jumlah

peratus skor melebihi 40%.

Pengkaji telah mentadbirkan ujian pasca dengan menggunakan soalan yang sama

bagi melihat perbezaan pencapaian responden setelah pengkaji melaksana aktiviti

pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui bermain

permainan ‘Dadu Berbunyi’.

42
Jadual 8: Analisis Keputusan Skor Ujian Pasca.

Ujian Pasca

Responden Jumlah skor diperolehi Peratus

/20 %

R1 16 80

R2 20 100

R3 10 50

R4 16 80

R5 20 100

R6 12 60

R7 10 50

R8 20 100

R9 16 80

R10 20 100

Ujian pasca ditadbirkan pada minggu kedua setelah selesai pengkaji melaksanakan

sesi rawatan ke atas responden dengan mengaplikasikan pengajaran dan

pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu

Berbunyi’. Responden menunjukkan peningkatan yang amat menggalakkan kesemua

responden dapat dilihat mencapai 50% ke atas.

Tiga orang responden iaitu R2,R5 dan R8 berjaya membatangkan kesemua 20 kosa

kata yang terdiri daripada suku kata terbuka kv + kv yang membawa kepada

43
keputusan 100%. Responden-responden lain seperti R1, R4 dan R9 juga

menunjukkan peningkatan prestasi dengan memperoleh jumlah 16 skor

rmembatangkan suku kata kv + kv dengan betul yang membawa kepada pencapaian

80%. R6 memperoleh keputusan 60% yang telah berjaya membatangkan 12

daripada 20 kosa kata kv + kv. Sementara R3 dan R7 juga memperlihatakan

perubahan apabila mencapai keputusan 50% berbanding pencapai ujian pra.

Pendekatan belajar melalui bermain permaianan ‘Dadu Berbunyi’ dapat

meningkatkan penguasaan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv di

kalangan responden. Kesemua responden menunujukkan perubahan positif dalam

pencapaian masing-masing. Bagi membuktikan peningkatan penguasaan kesemua

responden, pengkaji telah membuat analisis pencapaian responden bagi kedua-dua

ujian pra dan ujian pasca. Berikut merupakan anlisis perbezaan merkah dan peratus

yang telah diperolehi kesemua responden.

44
Jadual 9: Analisis Perbezaan Pencapaian Responden dalam Ujuan Pra dan Ujian
Pasca

Responden Ujian Pra Peratus Ujian Pasca Peratus Peratus

/20 (%) /20 (%) Peningkatan

R1 3 15 16 80 65

R2 4 20 20 100 80

R3 2 10 10 50 40

R4 3 15 16 80 65

R5 4 20 20 100 80

R6 2 10 12 60 50

R7 2 10 10 50 40

R8 8 40 20 100 60

R9 3 15 16 80 65

R10 4 20 20 100 80

45
Peratus
100
90
80
70
60
50
Ujian Pra
40
30 Ujian Pasca
20
10 Responden
0
R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10

Rajah 2: Graf Bar Menunjukkan Perbandingan Penguasaan Responden Dalam Ujian


Pra Dan Ujian Pasca.

Berdasarkan analisis yang pengkaji telah lakukan bagi ujian pra dan ujian pasca,

didapati bahawa R2, R5 dan R10 telah menunjukkan peningkatan pencapaian yang

paling tinngi iaitu sebanyak 80%. Semasa ujian pra, ketiga - tiga responden ini hanya

memperolehi 20% sahaja. Namun setelah pengkaji melaksanakan sesi rawatan, ujian

yang sama telah pengkaji berikan semasa ujian pasca ketiga - tiga responden berjaya

mencapai 100%. Tiga orang responden iaitu R1, R4 dan R9 turut menunjukkan

peningkatan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 65%. Mereka hanya mencapai

15% semasa ujian pra dan melonjak sehingga 80% semasa ujian pasca. Manakala R8

meningkat daripada 40% semasa ujian pra kepada 100% untuk ujian pasca yang

menunjukkan peningkatan sebanyak 60%.

46
R6 menunjukkan peningkatan peratus sebanyak 50% dari 10% pencapaian semasa

ujian pra kepada 60% pada ujian pasca. Begitu juga dengan R3 dan R7, mereka tetap

mengalami peningkatan peratus pencapaian walaupun agak rendah berbanding

responden yang lain. Kedua-dua responden ini memperoleh 50% semasa ujian pasca

berbanding 10% semasa ujian pra yang menunjukkan peningkatan sebanyak 40%.

Berdasarkan analisis yang telah pengkaji lakukan, keseluruhannya, kesemua

responden menunjukkan peningkatan peratus dan berjaya meningkatkan jumlah skor

markah bagi ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan. Justeru itu, melalui peratusan

ujian pra dan ujian pasca yang menunjukkan peningkatan yang sangat

memberansangkan membuktikan bahawa pendekatan belajar melalui bermain

permainan “Dadu Barbunyi’ dapat meningkatkan penguasaan responden dalam

membatangkan suku kata terbuka kv + kv.

47
DAPATAN KAJIAN/ REFLEKSI KITARAN PERTAMA.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, pengkaji telah mengumpul, menganalisis

dan menginterpretasi data daripada pemerhatian, temubual dan ujian pra dan ujian

pasca yang telah dilaksanakan dan pengkaji mendapati bahawa pendekatan belajar

melalui bermain dengan permainan ‘Dadu Berbunyi’ yang pengkaji bangunkan ini

merupakan satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat responden dalam

meningkatkan pengusaan kemahiran membatangkan suku kata kv + kv dengan betul.

100% responden menyatakan suka belajar melalui permainan ‘Dadu Berbunyi’

semasa ditemubual selepas pengajaran dan pembelajaran sesi rawatan dijalanlan.

Hasil kajian ini juga telah menunjukkan perkembangan responden dalam

membatangkan dua suku kata terbuka kv + kv menjadi lebih mudah dan menarik.

Responden telah dapat membatangkan suku kata kv + kv dengan membunyikan suku

kata pertama dan suku kata kedua secara terus tanpa perlu mengeja terlebih dahulu.

Kesemua responden dapat dilihat mencapai 50% ke atas dalam ujian pasca yang

dijalankan.

48
Kajian tindakan ini juga memberi kesedaran kepada pengkaji, agar lebih kreatif pada

masa hadapan untuk membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti ini,

agar sentiasa dapat memberi sesuatu kelainan kepada murid dalam menguasai sesutu

kemahiran selaras dengan kemampuan dan kehendak mereka disamping dapat

meningkatkan pemahaman dan penguasaan kemahiran yang perlu dikuasai mereka.

Berdasarkan kajian-kajian lepas dan penulisan yang berkaitan, keberkesanan

pendekatan belajar melauli bermain dalam menguasai kemahiran bacaan dapat

meningkatkan minat, memupuk nilai-nilai murni serta menunjukkan peningkatan

dalam kemahiran bacaan. Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2010) dalam kajian

menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-

kanak adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain

adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak.

Daripada dapatan kajian, pengkaji berpendapat bahawa tindakan yang dilaksanakan

dalam kajian ini telah berjaya mempertingkatkan kemahiran responden dalam

mengusai kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv. Pengkaji dapati

bahawa responden yang dahulunya lemah dalam kemahiran membatangkan suku

kata kv + kv kini telah menunjukkan perubahan yang ketara hasil daripada aktiviti

yang dijalankan.

Responden juga menunjukkan keseronokan untuk belajar bersama-sama rakan

sebaya yang lain kerana mereka telah berjaya menghindarkan rasa rendah diri

disebabkan kelemahan yang mereka alami. Penguasaan responden terhadap

kemahiran ini bukan sahaja membolehkan mereka membatangkan kosa kata yang

49
terdiri daripada suku kata kv + kv malah mereka turut mencabar diri membatangkan

suku kata yang lebih sukar. Dapatan kajian ini, memberi satu kesimpulan kepada

pengkaji bahawa semua murid mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya diberi

perhatian, tumpuan dan bimbingan yang betul dengan pendekatan mesra murid

dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan mereka.

Namun begitu, terdapat dua orang responden yang masih belum mencapai tahap

penguasaan kemahiran yang tekal. Hal ini dibuktikan daripada analisis ujian pra dan

pasca walaupun tahap peratusan peningkatan yang diperoleh oleh dua responden ini

menunjukan peningkatan namun hanya mencatat 40% sahaja, paling rendah

dibandingkan dengan responden yang lain. Kedua dua responden ini masih boleh

dibantu untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka membatangkan suku kata secara

lebih tekal.

50
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan berkaitan dengan penambahbaikan

amalan pengajaran dan pembelajaran dengan memilih pendekatan belajar melalui

bermain sebagai usaha membantu meningkatkan tahap penguasaan responden dalam

kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv dengan betul. Memandangkan

kajian tindakan ini pengkaji jalankan pada awal tahun, adalah sangat penting agar

responden tidak ketinggalan dalam menguasai kemahiran membatangkan suku kata

terbuka kv + kv dengan baik supaya semua responden tidak tersekat untuk

menguasai kemahiran membatangkan suku kata yang lebih sukar seterusnya

kemahiran bacaan yang sempurna.

Kajian tindakan yang dijalankan ini, dapat membantu pengkaji mengetahui amalan

sendiri sama ada berkesan atau tidak dalam membantu responden menguasai sesuatu

kemahiran yang ditetapkan. Melalui kajian tindakan yang telah dijalankan ini, satu

kaedah pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan. Hasil daripada tindakan

yang dijalankan ini, pengkaji dapati bahawa peningkatan penguasan kemahiran

membatangkan suku kata kv + kv di kalangan responden sangat

51
memberangsangkan. Walaupun dua orang responden yang masih belum mencapai

tahap penguasaan kemahiran yang tekal, namun kedua-duanya menunjukan

peningkatan prestasi yang baik Kedua - dua responden ini masih boleh dibantu

untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka membatangkan suku kata secara lebih

tekal.

Justeru itu, pengkaji berhasrat melanjutkan kajian ini ke kitaran yang kedua dengan

menumpukan kepada fokus kajian yang sama. Pengkaji percaya tindakan yang

dilaksanakan dalam kajian ini boleh ditambahbaik dengan memperincikan lagi

langkah-langkah perlaksanaan aktiviti dan mempelbagaikan cara perlaksanaan

aktiviti agar ianya lebih memberikan keseronokan kepada responden serta memberi

kesan pemahaman dan ingatan yang kekal terhadap responden.

Pengalaman melaksanakan kajian tindakan pada gelungan yang pertama ini,

memberi kesedaran kepada pengkaji supaya dapat mempelbagai dan memperincikan

lagi cara pengumpulan data. Pengkaji mungkin boleh memantapkan lagi teknik

menganalisis data agar dapatan kajian mempunyai kesahan yang tinggi pada

gelungan yang kedua.

52
TINDAKAN KITARAN KEDUA

Berdasarkan kajian kitaran pertama, pengkaji mendapati masih terdapat dua orang

responden yang belum mencapai tahap penguasan kemahiran membatangkan suku

kata terbuka kv + kv secara tekal. Hal ini mungkin didorong oleh beberapa faktor

antaranya responden mudah lupa dan daya tumpuan pada aktiviti pembelajaran yang

singkat. Pengkaji telah membuat penambahbaikan dalam amalan pengajaran dan

pembelajaran supaya kedua-dua responden ini dapat meningkatkan penguasaan

kemahiran kepada tahap yang lebih meyakinkan.

Pengkaji masih lagi mengekalkan fokus dan objektif kajian yang sama yang

digunapakai pada kajian kitaran pertama untuk diaplikasikan pada kajian kitaran

kedua ini. Pengkaji juga masih menggunakan pendekatan yang sama iaitu belajar

melalui bermain permainan’ Dadu Berbunyi’.

53
PROSEDUR TINDAKAN

Pengkaji membuat penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan

melaksanakan aktiviti rawatan dalam dua sesi pengajaran dan pembelajaran selama

dua minggu. Tindakan ini bagi membantu responden yang menghadapai masalah

mudah lupa dan tumpuan yang singkat dalam aktiviti pembelajaran. Untuk tujuan itu,

pengkaji telah membuat inovasi dalam aktiviti permainan ‘Dadu Berbunyi’ supaya

aktivitinya menjadi lebih menarik dan berkesan dalam mengekalkan ingatan serta

tumpuan responden terhadap apa yang dipelajari. Semasa kajian kitaran pertama,

pengkaji hanya mengguna satu dadu saja, tapi untuk aktiviti kitaran kedua, dua dadu

digunakan bagi mencantum dua suku kata terbuka kv + kv. Responden dikehendaki

melambung dua dadu serentak, apabila dadu itu mendarat, responden perlu

membatangkan suku kata yang terpamer pada permukaan dadu. Ganjaran berbentuk

hadiah disediakan bagi meningkatkan persaingan dan motivasi kepada responden.

54
Jadual 10: Pelaksanaan Kajian Kitaran Kedua

Minggu ketiga Aktiviti yang dijalankan

Isnin i. Aktiviti penganjaran dan pembelajaran

menggunakan pendekatan belajar melalui bermain

permainan ‘Dadu Berbunyi 2’.

ii. Pemerhatian dan temubual dijalankan.

Minggu keempat

Khamis i. Aktiviti penganjaran dan pembelajaran

menggunakan pendekatan belajar melalui bermain

permainan ‘Dadu Berbunyi 2’.

ii. Ujian pasca 2 dijalankan kepada responden.

Jadual 10 menunjukkan pelaksanaan kajian kitaran kedua pada minggu ketig dan

keempat. Pada minggu ketiga, pengkaji melaksanakan sesi rawatan pada hari Isnin

selama 30 minit. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung pengkaji

telah membuat pemerhatian terhadap respon responden seterusnya melaksanakan

temubual dengan responden sebaik tamat waktu pengajaran dan pembelajaran.

Pada minggu keempat, responden telah mengikuti sesi rawatan selama 30 minit pada

hari Khamis. Pendekatan yang sama digunakan, tetapi kosa kata baru diperkenalkan

untuk meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv di

55
kalangan responden. Pada hari yang sama, responden menduduki ujian pasca 2. Item

ujian pasca 2 adalah sama dengan item ujian pasca pertama bagi mendapatkan

dapatan kajian. Sesi rawatan kepada dua orang responden ini, memberikan satu

saingan kepada mereka kerana pengkaji telah mewujudkan suatu suasana

pembelajaran yang saling cabar-mencabar. Pengkaji memberikan peneguhan dan

ganajaran bagi memastikan responden dapat menajamkan ingatan serta mengekalkan

tumpuan pada apa yang dipelajari.

56
CARA MENGUMPUL DATA

Bagi melaksanakan kajian kitaran kedua ini, pengkaji masih menggunakan kaedah

dan instrument pengumpulan data yang sama iaitu pemerhatian, temubual dan ujian

pasca.

Pemerhatian

Pengkaji melakukan pemerhatian pasca 2 ke atas responden semasa aktiviti

pengajaran dan pembelajaran berlangsung untuk mendpatkan maklumat berkaitan

dalam proses pengumpulan data. Pemerhatian dijalankan berdasarkan minat dan

tumpuan responden terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan pelaksanaan

pendekatan belajar yang diaplikasikan ke atas responden. Data yang diperoleh

berdasarkan pemerhatian dicatat dalam borang pemerhatian.

Temubual

57
Pengkaji telah menjalankan temubual ke atas responden untuk mendapatkan respon

terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Temubual

perlu dibuat supaya maklumat yang diperoleh boleh dikumpul selain mendapat

triangulasi sumber. Temubual yang dilaksanakan berbentuk temubual tidak

berstruktur dan separuh struktur bagi memberi peluang kepada pengkaji untuk

meneroka secara mendalaam data yang ingin dikumpul dan bergantung kepada

kepetahan responden melontarkan idea ataupun jawapan mereka.

Ujian pasca

Pengkaji telah mentadbirkan ujian pasca 2 setelah responden mengikut sesi rawatan

kitaran kedua. Ujian pasca 2 ini bertujuan untuk menilai pendekatan belajar melalui

bermain permainan ‘Dadu Berbunyi 2 ’ yang telah diinovasikan daripada aktiviti

rawatan kitaran pertama. Borang ini menggunakan borang yang sama yang

digunakan dalam ujian pasca pertama untuk membuat perbandingan keputusan

pelaksanaan tindakan yang dijalankan disamping menilai tahap peningkatan

penguasaan kemahiran responden.

58
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Analisis dan interpretasi data bagi dapatan ppersoalan kajian kiataran kedua

Pendekatan Belajar Melalui bermain Permainan ‘Dadu Berbunyi 2’ menarik

minat responden menguasai kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv +

kv.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan , pengkaji telah membuat analisis

data yang peroleh berkenaan dengan minat responden terhadap proses pengajaran

dan pembelajaran membatangkan suku kata terbuka kv + kv semasa sesi

pembelajaran secara sesi pembelajaran rawatan dilakukan. Pengkaji menyediakan 5

item skala kadar yang sama dengan kajian kitaran pertama. Pemerhatian pasca 2 ini ,

kedua-dua responden telah menunjukkan peningkatan skor purata 3.00.

59
Berikut merupakan hasil analisis pemerhatian pengkaji terhadap respon dan minat

responden terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan

belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi 2’ yang telah dilaksanakan.

10.1.2 Pemerhatian Pasca 2

Jadual 11: Skala Kadar Pemerhatia Pasca 2 Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran

Bil Item Skor

1 2 3

1. Memberi respon semasa guru mengajar. 0 0 2

2. Penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan 0 0 2

pembelajaran.

3. Tumpuan ketika guru memberikan arahan 0 0 2

pembelajaran.

4. Keseronokan yang ditunjukkan semasa aktiviti 0 0 2

pengajaran dan pembelajaran.

5. Berminat untuk membatangkan suku kata yang 0 0 2

diberikan oleh guru.

JUMLAH 0 0 10

60
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa

responden mendapat purata skor markah 3.00 yang membawa kepada skala sangat

berminat. Hasil dapatan melalui pemerhatian pasca 2 ini, kesemua dua orang

responden menunjukkan sangat berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv yang pengkaji laksanakan dengan

pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi 2’. Pendekatan

Belajar Melalui bermain Permainan ‘Dadu Berbunyi 2’ berjaya menarik minat

responden menguasai kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv

disamping dapat mengekal tumpuan responden terhadap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan.

Responden berminat belajar membatangkan suku kata terbuka kv + kv

menggunakan pendekatan belajar melalui bermain permainan “dadu Berbunyi

2’.

Tembual

Pengkaji telah mengadakan temubual bersama responden selepas selesai

melaksanakan sesi rawatan kajiankitaran kedua untuk mendapat respon mereka

terhadap sama ada berminat atau tidak belajar membatangkan suku kata terbuka

dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu

Berbunyi’.

61
Transkrip temubual selepas pemerhatian pasca

Jadual 12: Transkrip temubual bersama responden selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sesi rawatan kitaran kedua.

Respon

Pengkaji : Kamu suka tak belajar sebut (membatangkan) suku kata guna

‘Dadu Berbunyi’?

R2 : Suka, guna dua dadu lebih seronok.

R7 : Suka, lebih senang nak sebut.

Berdasarkan Jadual 12, dua orang responden ini menyatakan rasa suka dan berminat

terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan belajar melalui

bermain permainan ‘Dadu Berbunyi 2’. Kesemua responden telah menyatakan

bahawa mereka suka belajar membatangkan suku kata terbuka kv + kv kerana

pengkaji telah menggunakan dua dadu yang mempunyai bunyi apabila dilambung

semasa aktiviti pembelajaran.

R3 telah menyatakan bahawa dia lebih suka belajar membatangkan suku kata terbuka

kv + kv menggunakan dua dadu berbunyi kerana boleh membatangkan suku kata dan

bermain secara serentak. Bunyi yang dikeluarkan oleh dua dadu lebih seronok dan

62
dapat menarik perhatian serta tumpuannya untuk membatangkan dua suku kata kv +

kv menjadi suku kata yang bermakna.

Manakala R7 menyatakan dia suka belajar membatangkan suku kata terbuka kv + kv

menggunakan pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi 2’

kerana dia boleh membatangkan suku kata yang terpamer dari dua permukaan dadu

secara terus tanpa perlu mengeja. R7 juga menyatakan bahawa permainan itu tidak

bosan malah dia rasa seronok dan tidak jemu.

Kesimpulannya, melalui hasil temubual ini pengkaji dapat rumuskan bahawa

kesemua responden telah menyatakan bahawa mereka suka pengajaran dan

pembelajaran yang pengkaji laksanakan dengan menggunakan pendekatan belajar

melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi 2’. Mereka juga lebih mudah

membatangkan suku kata terbuka kv + kv melalui aktiviti bermain berbanding

penggunaan buku bacaan.

Pendekatan belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’ membantu

dalam meningkatkan prestasi responden.

Pengkaji telah melaksanakan ujian pasca 2 untuk mengkaji sama ada pendekatan

belajar melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi 2’ dapat meningkat pencapaian

penguasaan prestasi dua orang responden ini terhadap kemahiran yang ditetapkan.

63
pengkaji telah menyediakan lembaran kerja suku kata yang mengandungi 20 kosa

kata yang terdiri daripada suku kata terbuka kv + kv yang sama dengan ujian pra dan

ujian pasca pertama.

Jadual 13: Analisis Perbezaan Pencapaian Responden dalam Ujuan Pasca 1 dan
Ujian Pasca 2.
Responden Ujian Pasca Peratus Ujian Pasca Peratus Peratus

pertama (%) 2 (%) Peningkatan

/20 /20 %

R3 10 50 20 100 50

R7 10 50 20 100 50

Berdasarkan jadual keputusan skor markah ujian pasca 2 yang telah pengkaji

jalankan, didapati kedua-dua responden menunjukkan peningkatan dalam

penguasaan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv. Keadaan ini

dibuktikan dengan peningkatan prestasi R3 daripada 50% kepada 100%. R7 tujuh

juga memperlihatka peningkatan prestasi apabila dia juga mencapai 100%.

Kesimpulannya, inovasi kepada perlaksanaan aktiviti main melalui belajar dalam

kajian kitaran kedua ini membuktikan bahawa ketiga-tiga persoalan kajian terjawab.

Kedua-dua responden dapat meningkatkan miant dan tumpuan terhadap apa yang

dipelajarai seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam kemahiran


64
membatangkan suku kara terbuka kv + kv sebagai persediaan kepada pemguasaan

kemahiran membaca yang lebih kompleks.

DAPATAN KAJIAN KITARAN KEDUA

Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan, pengkaji mendapati bahawa

penambahbaikan terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran yang telah pengkaji

lakukan dalam kajian kitaran kedua ini telah memberi kesan peningkatan penguasaan

responden terhadap kemahiran yang dibincangkan ini. Pengkaji telah membuat

inovasi pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah belajar

melalui bermain permainan ‘Dadu Berbunyi’ yang mempunyai kesinambungan

daripada aktiviti pada kitaran pertama. Dengan penambahbaikan aktiviti bermain,

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik seterusnya

dapat membuatkan responden menumpukan perhatian serta berminat untuk

mempelajari kemahiran yang mahu diterapkan.

Kejayaan kitaran kedua dalam meningkatkan kemahiran responden membatangkan

suku kata terbuka kv + kv membuktikan bahawa setiap murid itu mempunayi

peluang untuk berjaya dan pengkaji sebagai seseorang pendidik perlu sentiasa

65
kreatif, kritis dan inovatif dalam mempelbagaikan pendekatan,teknik dan kaedah

pengajaran dan pembelajaran supaya setiap murid dapat ditingkatkan potensinya

secara maksima.

Setiap responden adalah individu yang berbeza dan terdiri daripada kumpulan

pelbagai kebolehan seperti yang dinyatakan oleh Papalia (2001), manusia berbaza

dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenaga personaliti dan emosi.

Faktor persekitaran pula, seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga,

sekitar sekolah dan di rumah, komuniti masyarakat. Slavin (1997), mengaitkan

perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran.Beliau mengatakan

kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif,

etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.

Melalui kajian tindakan ini, dapat dikenalpasti bahawa pendekatan yang digunapakai

oleh pengkaji dalam membantu responden meningkatkan penguasaan kemahiran

membatangkan suku kata terbuka kv + kv menunjukkan kejayaan seperti yang

diharapkan. Daripada analisis data yang diperolehi membuktikan objektif kajian ini

tercapai.

66
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengkaji telah menjalankan kajian penyelidikan berkaitan dengan penambahbaikan

amalan pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan pendekatan belajar

melalui bermain bagi membantu responden menguasai kemahiran membatangkan

suku kata terbuka kv + kv supaya semua responden tidak tercicir dalam menguasai

kemahiran membaca. Pendekatan belajar melalui bermain telah terbukti

menunjukkan keberkesanannya meningkatkan kemahiran responden kerana main itu

adalah dunia kanak-kanak, dan kehidupan mereka memang tidak dapat dipisahkan

daripada bermain. Namun begitu, kecerdasan pelbagai yang dimiliki oleh setiap

murid ataupun responden menuntut guru atau pengkaji tidak hanya tertumpu kepada

satu pendekatan sahaja.

Untuk kajian yang seterusnya, pengkaji merasakan perlu ada pendekatan pengajaran

yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian responden dan merangka

satu strategi yang membantu mereka mengingat kembali maklumat yang dipelajari

67
supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan serta penguasaan

responden terhadap sesuatu kemahiran mencapai tahap paling maksimum.

Pada masa akan datang, pengkaji mungkin melaksanakan kajian tindakan terhadap

sekumpulan responden untuk menguji tahap penguasaan sesuatu kemahiran atau

penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan

beberapa pendekatan atau teknik dalam bentuk stesen. Disamping itu, pengkaji juga

mungkin akan menambah bilangan responden supaya dapatan daripada kajian yang

dibuat mendapat kebolehpercayaan yang lebih tinggi terhadap kaedaha atau

pendekatan yang diaplikasikan. Kaedah pengumpulan data dan instrument

pengumpulan yang digunakan juga boleh ditambahbaik dengan mempelbagaikannya

bagi mendapatkan keberkesanan yang lebih menyeluruh serta kebolehpercayaan

yang tinggi.

68
13.0 BIBLIOGRAFI

Cosby S. Rogers and Janet K. Sawyer, (1834). Play in the lives of Children, National
Association for the Education of Young Childern. Connecticut Avenue.

Fatimah Othman, (2009). Jurnal Pendidikan Prasekolah. Perlaksanaan Dan


Keberkesanan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Kemahiran Asas
Membaca Di Kelas Prasekolah, 1 – 48.

Fauziah Md Jaafar, (2010). Jurnal Pendidikan. Kepentingan Aktiviti Bermain Dalam


Pendidikan Prasekolah, 1 – 8.

JulianiAbdullah, (2010), Bacalah Sayang, Kuala Lumpur : Kreatif Kembara Sdn.


Bhd.

Juriah Long, (1992), Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysi : Kuala Lumpur:


Fajar Bakti.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan. Kualan Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

69
Marohaini Yusoff, (1999), Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, (2000). Tatabahasa Dewan Jilid
2, Perkataan, Fajar Bakti Sdn., Bhd.

Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah, (2003) Panduan Pendidikan Prasekolah,
Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Piaget, J. (1962). Play, dreams, and imitation in childhood, New York: Norton.

Rozumah Baharudin dan Salma Ishak, (1985). Panduan Aktiviti Prasekolah.

Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Saayah bte Abu, (2005). Pelaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain di Tadika-
tadika Kawasan Melaka Tengah, Melaka. Maktab Perguruan Islam, Bangi,
Selangor.

Sharida Sharudin, (2001), Bacalah Sayang, Kuala Lumpur: Associated Educational


Distributor (M) Sdn. Bhd.

Sinclair, A. & Papandropoulou, I.B, (1984). Learning To Read and Skilled reading:
Allyn & Bacon.

Sylva, K, Bruner, J. S., & Genova, P.(1976). The role of Playain the Problem 3 -5
years old. In J. Bruner, A. Jolly, & K. Sylva.

Yahya Othman, (2004), Mengajar Membaca: Teori dan Aplikasi. Panduan


Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, Pahang: PTS Publication

70
& Distributor Sdn. Bhd.

14.0 LAMPIRAN

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Muka Surat

A Rubrik Pemarkahan Borang Skala Kadar 68


B Skala Kadar Pemerhatian Semasa Pengajaran Dan 69
Pembelajaran
C Soalan Temubual bersama responden selepas aktiviti 70

pengajaran dan pembelajaran sesi rawatan

D Ujian Pra dan Pasca. 71

E Rancangan pengajaran slot 72

F Permainan Dadu Berbunyi 74

71
Lampiaran A
Rubrik Pemarkahan Borang Skala Kadar

Pemarkahan

skor huraian

1 Kurang berminat

2 Berminat

3 Sangat berminat

72
LAMPIRAN B
Skala Kadar Pemerhatian Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran

Bil Item Skor

1 2 3

1. Memberi respon semasa guru mengajar.

2. Penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran.

3. Tumpuan ketika guru memberikan arahan

pembelajaran.

4. Keseronokan yang ditunjukkan semasa aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

5. Berminat untuk membatangkan suku kata yang

diberikan oleh guru.

JUMLAH

73
LAMPIRAN C

Temubual bersama responden selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesi

rawatan

Respon

Pengkaji Kamu suka tak belajar sebut (membatangkan) suku kata guna ‘Dadu

Berbunyi’?

R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

74
LAMPIRAN D

Ujian Pra dan Pasca.

Suku Kata kv + kv Skor/catatan

baju biji bola

buku dada dadu

duri kaki kuda

kayu mata meja

topi kopi ceri

sudu gula guli

75
susu sawi

LAMPIRAN E

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

KELAS : PRASEKOLAH BESTARI 1

TARIKH : 28 MAC 2012

MASA : 60 MINIT

BIL MURID : 10 ORANG

TUNJANG : KOMUNIKASI: BAHASA MALAYSIA

STANDARD KANDUNGAN : (BM 3.4) Membina dan membaca suku


kata.

STANDARD PEMBELAJARAN : (BM 3.4.3) Membina dan membunyikan

76
suku kata hasil gabungan huruf

konsonan dan huruf vocal (Contoh: ba)

OBJEKTIF PELAJARAN : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran

murid dapat:

i. Membunyikan suku kata terbuka

kv.

ii. Membatangkan suku kata

terbuka kv + kv dengan betul.

PENGETAHUAN SEDIA ADA : murid telah kenal huruf vakal dan huruf

konsonan.

PENERAPAN NILAI : Sabar, patuh arahan, berani, bersyukur

BAHAN BANTU MENGAJAR : Kad suku kata, dadu berbunyi, carta kosa kata

kv + kv

FOKUS KECERDASAN PELBAGAI: Bahasa, muzik, naturalis

Aktiviti

Set induksi (5 minit)

Menyanyi lagu bunyi huruf vokal ( Melodi lagu Pak Mamat Ada Kebun)

Langkah 1 ( 10 minit )

Guru mempamerkan kad suku kata tunggal. Murid diminta membunyikan suku kata
tunggal kv yang ditunjukkan oleh guru secara kelas, kumpulan dan individu.

Langkah 2 (10 minit )

Murid diminta membunyikan suku kata terbuka kv + kv dengan teknik ejaan terus
berdasarkan kad kosa kata yang dipamerkan.

77
Langkah 3 (30 minit)

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan setiap kumpulan 5 orang. Setiap murid
dalam kumpulan secara bergilir-gilir bermain permainan membatangkan suku kata
melalui permainan ‘Dadu Berbunyi’. Murid akan menggabungkan suku kata pada
kad yang dipegang dengan suku kata yang terpamer pada dadu seterusnya
membatangkan suku kata tersebut untuk membentuk kosa kata yang mempunayi
maksud. Murid yang berjaya membatangkan sekurang-kurangnya 4 kosa kata akan
diber ganjaran.

Penutup ( 5 minit )

Murid diminta memadankan dua suku kata yang dipamerkan pada carta dan
membatangkannya untuk membentuk kosa kata. ( 5 kosa kata kv + kv )

LAMPIRAN F

Foto aktiviti Permainan Dadu Berbunyi

78
79

You might also like