You are on page 1of 8

Pembelajaran Abad Ke-21:

Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah

Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak
diperkatakan dan banyak bahan- bahan penulisan yang mengulas mengenai
pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini
dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran
dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan
akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti
“chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya
memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran
yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu
menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi
pendidikan. Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring
perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guru- guru perlu bersedia
menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan
berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi
keperluan murid

Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam


pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara
rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun
2015. Justeru ANJAKAN keluaran kali ini akan membincangkan pembelajaran abad
ke-21 serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar
dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi
pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras
keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan
Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran dan


pembelajaran abad ke-21:

Kemahiran pembelajaran dan inovasi


Kemahiran maklumat, media dan teknologi
Kemahiran hidup dan kerjaya
Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21 :

Komunikasi
Pemikiran Kritis
Kolaborasi
Kreativiti

Elemen-elemen yang terkandung dalam pembelajaran abad ke-21 :

Kreativiti dan inovasi


Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri
Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
Berinisiatif dan mempunyai haluan diri
Komunikasi dan kolaborasi
Kemahiran sosial dan antara budaya
Literasi maklumat
Produktiviti dan akautabiliti
Literasi teknologi, maklumat dan komunikasi
Kepimpinan dan tanggungjawab

Cabaran Pendidikan Abad Ke-21

Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang


menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah
atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah
bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta
maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan
berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran
ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan
kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan
semasa dan akan datang

Ciri-Ciri Murid Yang Diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 :

Berupaya membuat hubungkait


Bijak menyoal
Yakin berkomunikasi
Dahagakan ilmu
Mengambil risiko
Ingin tahu
Menjana idea
Fkesibel
Tidak berputus ada
Mendengar dan membuat refleksi
Berkemahiran kritis
Menguasai kemahiran literasi
Berani mencuba
Mampu berfikir sendiri
Berinisiatif'
Mampu bekerja dengan orang
Membuat perubahan
Berintegriti
Mampu bekerja dengan orang
Sumber : Anjakan Bil 4 2015

Pendidikan kelas abad ke-21


Nik Nor Ahmarizam Nik Ahmad
12 Mac 2015
PAPARAN berita yang bertajuk “Saya bosan dengan cara cikgu mengajar” yang
disiarkan dalam akhbar ini pada 9 Mac 2014 begitu menyentuh hati nurani para
pendidik yang begitu banyak menabur bakti dalam dunia keguruan. Pembaca setia
akhbar itu yang semestinya ibu bapa murid terbabit mungkin turut sama berasa
terkilan. Yang jelasnya, fokus utama ialah pengajaran guru yang tidak menarik
menyebabkan murid tersebut tekad ponteng sekolah.

Kalau itulah yang menjadi penyebabnya maka guru Bahasa Melayu dan guru-guru
mata pelajaran lain perlu mencari pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik
pengajaran baharu agar murid pascamerdeka kini suka akan guru sekali gus
pengajaran guru.

Sehubungan itu, baru-baru ini, penulis berkesempatan hadiri Seminar Pendidikan


Kelas Abad ke-21 anjuran salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu kota.
Antara peserta termasuklah guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu, selain pensyarah daripada pelbagai institusi pendidikan tempatan. Apa yang
mengagumkan penulis juga ialah beberapa pensyarah asing yang fasih berbahasa
Melayu dari institusi pengajian tinggi awam turut menjayakan seminar ini.

Menurut salah seorang pembentang kertas kerja dalam seminar mantik itu,
pendidikan yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah
diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara seperti Amerika Syarikat dan England
sejak tahun 1970-an lagi. Hal ini menggambarkan pendidikan Barat begitu
mengambil berat tentang kurikulum ke arah pemikiran global dan kemenjadian
murid mereka pada abad ke-21 kelak.

Di Malaysia, pengajaran guru yang bertunjangkan Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan
penanda aras keberkesanan pendidikan kelas abad ke-21 yang diuar-uarkan oleh
Kementerian Pendidikan pada tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi
pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Sebagai guru Bahasa Melayu yang berwibawa, pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu pada abad ke-21 ini memerlukan pengorbanan dan keprihatinan guru yang
tidak sedikit. Pelajar pada alaf baharu ini tidak gemar dikongkong pergerakan
mereka di dalam kelas.

Dalam hal ini, amalan pengajaran konvensional melalui cara 'chalk and talk' tidak
relevan lagi. Murid-murid mudah berasa bosan apabila pengajaran sehala oleh guru
yang tidak memberikan peluang kepada murid untuk menyuarakan pendapat
mereka. Pengajaran yang pasif tanpa berbantukan teknologi maklumat tentulah
membosankan murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ada murid yang
terlebih celik komputer hingga dapat pula mereka membantu guru dalam dunia
pengkomputeran.

Selain itu, penggunaan komputer dan 'smart board' seharusnya dimanfaatkan


sepenuhnya oleh para guru untuk menarik minat murid-murid selain susun atur
kerusi meja murid yang bercirikan kelas abad ke-21 yang boleh diubah suai setiap
minggu.

Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang bersumberkan internet amat
disukai oleh murid. Guru yang kreatif dan inovatif pula akan berperanan sebagai
pemudah cara ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran guru yang berbantukan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp atau
Instagram perlu diperluas selain penggunaan mel elektronik atau Google Chrome
secara komprehensif. Murid-murid perlu digalakkan melayari internet untuk mencari
maklumat terbaharu tentang sesuatu topik pengajaran semasa.

Seterusnya, aktiviti kumpulan sewajarnya diamalkan setiap masa meskipun guru


Bahasa Melayu atau guru Geografi telah diamanahkan mengajar murid yang akan
menduduki peperiksaan awam baik UPSR, PT3, SPM atau STPM. Dengan kata lain,
pengajaran guru yang memberi muridnya peluang untuk kolaboratif antara satu
sama lain sememangnya dinanti-nantikan oleh murid pascamerdeka ini.

Kesimpulannya, pendidikan kelas abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama,


iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan
atau kurikulum. Penyampaian guru Bahasa Melayu secara aktif, komunikatif dan
kolaboratif sememangnya menjadi impian setiap pelajar pada arus perdana ini
kerana rangkuman tiga komponen inilah yang merupakan faktor penentu
peningkatan peratusan kehadiran pelajar di sekolah setiap hari. Bahasa Sendi
Tamadun Bangsa.

* Ruangan ini dikelolakan oleh DBP Wilayah Timur


* Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili
pandangan Sinar Harian Online.
sinar harian

You might also like