You are on page 1of 14

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA Muka Surat


SENARAI KANDUNGAN i

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS 2

1.0 PERBANDINGAN HUBUNGAN ETNIK MASYARAKAT PLURALISTIK DI


ALAM MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN 3

1.1 Pengenalan 3

1.2 Ekonomi 3

1.3 Politik 4

1.4 Agama 4

2.0 MENILAI UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN DALAM MENJAMIN


KEHARMONIAN MASYARAKAT PLURALISIK DI MALAYSIA 6

2.1 Peruntukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan 7

2.2 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan 8

2.3 Kedudukan istimewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan


Sarawak 8

2.4 Pemerintahan Diraja Berperlembagaan 9

3.0 SEJAUH MANA MALAYSIA BERJAYA MENGURUS HUBUNGAN ETNIK KE


ARAH PEMBENTUKAN INTEGRASI NASIONAL 10

3.1 Pengenalan 10

3.2 Pendidikan 10

3.3 Sosial 11

3.4 Politik 11

4.0 RUJUKAN 13
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN
ABDUL RAZAK,
KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
BAHAGIAN A : TAKLIMAT KERJA KURSUS
Nama Pelajar : Angka Giliran :
Kod : Nama Kursus :
Pensyarah :
Saya mengaku bahawa taklimat pelaksanaan kerja kursus telah diberikan kepada saya dengan amat jelas oleh pensyarah
berkenaan.

Tarikh Taklimat :.................... Tandatangan Pelajar :………………………………..

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PENGHANTARAN & PENERIMAAN KERJA KURSUS


Tugasan Tarikh Hantar Tarikh Terima
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja (diisi oleh Pelajar) (diisi oleh Pensyarah)
saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap 1
satunya saya jelaskan sumbernya. 2
3
4
5

Tandatangan Pelajar :………………………………..


BAHAGIAN C : PERINCIAN MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan/Aspek yang boleh diperbaiki : Kekuatan/Aspek yang boleh diperbaiki :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : ............................ Tarikh : ................... Tandatangan : ............................ Tarikh : ...................


Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami.
Catatan (jika ada) :

2
Tandatangan :..................................... Tarikh :...................

1.0 PERBANDINGAN HUBUNGAN ETNIK MASYARAKAT PLURALISTIK DI


ALAM MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS KEMERDEKAAN

1.1 Pengenalan
Masyarakat pluralistik bermaksud kewujudan kepelbagaian bangsa dan
agama di sesuatu tempat pada satu masa secara dirancang atau dipaksa oleh pihak
tertentu yang berkepentingan. Masyarakat pluralistik di Malaysia telah dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu sebelum merdeka dan selepas merdeka. Sebelum
merdeka telah dibahagikan kepada dua, bahagian iaitu sebelum zaman penjajahan
dan selepas zaman penjajahan. Kedatangan penjajah Barat ke Tanah Melayu telah
mengubah landskap hubungan etnik di Tanah Melayu sama ada sebelum mahupun
selepas kemerdekaan. Kesan tersebut dapat dilihat dalam aspek ekonomi, politik
dan agama.

1.2 Ekonomi
Pada era penjajahan, kerajaan kolonial Inggeris telah memperkenalkan
sebuah sistem untuk memisahkan penduduk Bumiputera dan imigran. Sistem
‘Pecah dan Perintah’ yang diperkenalkan bertujuan untuk melemahkan masyarakat
bumiputera dan pada masa yang sama memisahkan mereka daripada penduduk
Bumiputera (Md Rizal, 2011) Hal ini sekaligus membina satu jurang yang amat besar
di antara kaum bumiputera dan golongan imigran seperti Cina dan India. Selepas
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, satu dasar baharu dibentuk
sebagai satu penambahbaikan agar tidak wujud jurang perbezaan yang ketara
antara kaum. ‘Dasar Ekonomi Baru’ (DEB) mula dilancarkan pada bulan Januari
1971. Selain merapatkan jurang perbezaan kaum, matlamat DEB ialah untuk
menyusun semula masyarakat supaya tidak wujud pengenalan kaum berdasarkan
ekonomi yang telah terbentuk semenjak sistem ‘Pecah dan Perintah’. Dengan
adanya DEB ini telah membentuk satu masyarakat yang bersatu dan harmoni dalam
meningkatkan ekonomi negara Malaysia.

3
1.3 Politik
Sebelum mencapai kemerdekaan, perkembangan politik di Tanah Melayu
disemarakan dengan kesedaran nasionalisme yang berasaskan kaum hasil oleh
dasar ‘pecah dan perintah’ penjajah sendiri. Pengelompokkan masyarakat mengikut
kawasan yang berbeza telah menanam bibit kesedaran nasionalisme. Hal ini
akhirnya membentuk parti-parti politik yang bertujuan bagi menjaga kebajikan kaum
masing-masing. Antara parti politik tersebut ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO), Parti Malayan Chinese Association (MCA), Malayan Indian
Congress (MIC) dan sebagainya. Selepas mencapai kemerdekaan, Pada pilihan
raya pertama bagi Tanah Melayu, tiga parti terbesar yang mewakili tiga kaum iaitu
UMNO, MCA dan MIC telah bergabung membentuk sebuah parti yang dikenali
sebagai Parti Perikatan. Pimpinan Parti Perikatan yang mengamalkan sikap bertolak
ansur dan sanggup menerima permuafakatan turut mengukuhkan kerjasama antara
kumpulan etnik yang mereka wakili. Setelah mencapai kemerdekaan, sebuah parti
telah ditubuhkan iaitu Barisan Nasional. Penubuhan Barisan Nasional merupakan
cetusan idea oleh Perdana Menteri yang kedua iaitu Tun Abdul Razak bagi
mengurangkan permainan politk dan politik perkauman agar segala usaha dan
tindakan ditumpukan untuk menggembleng tenaga ke arah perpaduan masyarakat
etnik dan pembangunan nasional.

1.4 Agama
Sebelum kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, orang Melayu mengamalkan
cara hidup Islam secara keseluruhannya termasuklah dalam pendidikan,
pemerintahan dan sosial. Namun setelah kedatangan penjajah Barat ke Tanah
Melayu, mereka telah membawa ideologi dan fahaman Barat iaitu agama Kristian
untuk disebarkan ke Tanah Melayu. Penguasaan kuasa Barat seperti British di Tanah
Melayu telah menubuhkan sekolah-sekolah vernakular yang ditadbir oleh mubaligh
Kristian. Pihak British mengembangkan agama Kristian melalui sistem pendidikan
terutama di kawasan bandar. Meskipun usaha British sedikit sebanyak tidak berjaya
mengubah akidah pegangan pelajar Muslim pada ketika itu, tetapi ia berjaya
mengkristiankan pelajar-pelajar Cina dan India yang pada asalnya beragama
Buddha dan Hindu. Secara keseluruhannya, hubungan etnik yang berbilang agama

4
di Tanah Melayu pada zaman penjajahan adalah lemah kerana tidak berlakunya
percampuran agama dalam hal-hal yang berkaitan pentadbiran. Malah, sosial
masyarakat turut dipisahkan sehingga perpaduan antara agama tidak berlaku.

Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, kerajaan memandang usaha


untuk menjaga keharmonian agama Islam begitu penting sehingga hal berkaitan
agama dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Agama Islam
sebagai agama rasmi persekutuan. Namun kebebasan beragama turut diberikan
kepada masyarakat bukan Islam di negara Malaysia untuk dianuti. Perpaduan
masyarakat yang pelbagai agama di Malaysia setelah mencapai kemerdekaan
adalah lebih harmoni di mana apabila tiba sesuatu perayaan, semua kaum tanpa
mengira bangsa dan agama sama-sama meraikannya.

5
2.0 MENILAI UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN DALAM MENJAMIN
KEHARMONIAN MASYARAKAT PLURALISIK DI MALAYSIA

Kedudukan
istimewa Orang
Melayu dan
bumiputera
Sabah dan
Sarawak

Unsur Tradisi di Peruntukan Islam


Pemerintahan dalam
Diraja dalam
Perlembagaan Perlembagaan
Berperlembagaan
Malaysia Persekutuan

Bahasa Melayu
sebagai Bahasa
Kebangsaan

Rajah 1.0 Unsur Tradisi di dalam Perlembagaan Malaysia

Secara amnya, tradisi bermakna pemindahan dan kesinambungan daripada


generasi kepada generasi yang lain. Telah menjadi kelaziman kepada mana-mana
negara yang berdaulat mempunyai unsur-unsur tradisi yang menjadi tunjang kepada
pembentukan perlembagaan dan lambang kekuatan bagi negara tersebut. Di
Malaysia secara khususnya, unsur-unsur tradisi amat penting kerana ia menjadi
faktor kepada wujudnya identiti Malaysia dan mampu memupuk persefahaman ke
arah perpaduan (Nazri, 2012). Hal ini berikutan pada laporan yang dibuat oleh
Suruhanjaya Reid sebelum kemerdekaan yang mana telah menekankan betapa
pentingnya sesuatu perlembagaan mengambil kira aspek sejarah, tradisi, ekonomi
dan sosial yang wujud pada ketika itu. Menurut Mohd Salleh Abas pada tahun 1984,
unsur-unsur tradisi di dalam Perlembagaan Malaysia meliputi kesultanan atau

6
pemerintahan beraja, agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Namun demikian, Perlembagaan
Persekutuan juga membuka ruang kepada kaum bukan Melayu untuk diterima
menjadi warganegara Persekutuan dengan diberi hak dan kedudukan yang sama
dengan penduduk pribumi.

2.1 Peruntukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan


Islam mula bertapak di Tanah Melayu semenjak kedatangan Islam di Asia
Tenggara pada abad ke 17. Meskipun Tanah Melayu telah menghadapi pelbagai siri
penjajahan kuasa Barat, namun Islam tetap utuh dan tidak mudah disingkirkan
daripada penduduk Tanah Melayu. Sistem pemerintahan sahaja yang dapat dikuasai
oleh penjajah tetapi kuasa berkaitan agama dan adat istiadat kekal di bawa kuasa
Raja-raja Melayu. Selepas kemerdekaan, Islam adalah agama rasmi persekutuan
sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Selaras dengan Perkara 3 ini, semua negeri di dalam persekutuan kecuali Sarawak
juga telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri.

Islam dalam perlembagaan adalah satu isu yang penting kerana isu ini berkait
rapat dengan kepercayaan dan pegangan majoriti penduduk Malaysia (Nazri, 2012).
Pada pandangan saya, Perlembagaan Malaysia sudah cukup teliti dalam menilai
dan memastikan unsur tradisi ini dapat menjamin keharmonian masyarakat
pluralistik di Malaysia. Sebagai contoh, di dalam perkara 11 adalah sangat jelas
bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi tidak menghalang hak bukan Islam
untuk menganut dan mengamalkan kepercayaan masing-masing di Malaysia.
Meskipun terdapat kebebasan dalam beragama, hak mengembangkan agama
tertakluk kepada peruntukan bahawa pengembangan agama-agama lain tertakluk
kepada sekatan undang-undang seperti larangan mengembangkan ajaran agama
lain selain Islam kepada penganut Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga sensitiviti
kaum dan penganut agama itu sendiri.

7
2.2 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 152 di dalam Perlembagaan
Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
Namun demikian, tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan
atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Pemimpin dahulu menyedari
bahawa perlu diwujudkan bahasa kebangsaan sebagai medium komunikasi atau
bahasa perantaraan bagi menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Bahasa Melayu juga menjadi satu lambang penyatuan dan jati diri semua
kaum di negara ini selaras dengan prinsip “Bahasa Jiwa Bangsa” (Nazri, 2012). Hal
ini terbukti dalam penggunan bahasa Melayu dalam masyarakat ketika hari-hari
perayaan. Tradisi kunjung- mengunjung antara jiran yang berbilang kaum dengan
berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Bahkan, bahasa Melayu turut digunakan
secara meluas oleh kesemua masyarakat dalam urusan jual beli dan sebagainya.
Mereka berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu iaitu bahasa yang
mudah difahami. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamad
dalam ucapan beliau pada majlis Perasmian Gerakan Cintailah Bahasa Kita pada 11
Disember 1987 di Kuala Lumpur menyatakan bahawa kecintaan terhadap bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan salah satu asas kecintaan terhadap
negara yang perlu dipupuk dan diperkembangkan dengan dijadikan amalan. Dengan
amalan itulah yang akan menjadi bukti bagi menyuburkan dan memekarkan peranan
cinta serta memberi keyakinan untuk terus mencintai bahasa kebangsaan tersebut.

2.3 Kedudukan istimewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Menurut
Milne dan Mauzy (1992), kedudukan istimewa orang Melayu terangkum dalam
empat(4) perkara iaitu tanah rizab Melayu, kuato untuk lesen dalam perniagaan,
perkhidmatan awam, biasiswa dan geran pendidikan. Mohammed Suffian Hashim
(1987) menganggap perkara 153 bukan bertujuan untuk menyekat kemajuan orang
bukan Melayu, tetapi ia dibuat bagi tujuan menjamin kemajuan kaum bumiputera.
Para pemimpin kaum bukan bumiputera telah bersetuju dengan peruntukan ini
dengan syarat-syarat kewarganegaraan yang longgar. Hak ini dipinda bagi

8
melindungi orang melayu kerana pada ketika itu orang melayu tidak menerima
kehadiran kaum India dan Cina sebagai rakyat di Tanah Melayu sehingga
menyukarkan proses kemerdekaan kerana masing-masing ingin menegakkan hak
kaum sendiri.

Sehingga kini, kita dapat melihat betapa pentingnya peruntukan sedemikian


terhadap pembangunan bangsa Melayu itu sendiri. Sekiranya peruntukan terhadap
keistimewaan kaum melayu tidak diambil berat pada ketika dahulu, nescaya kita
akan melihat kaum lain akan mendominasi ekonomi negara. Sebagai contoh negara
Singapura, dahulunya merupakan sebuah perkampungan nelayan, namun kini
menjadi sebuah negara republik yang maju. Hal ini kerana, penduduk Singapura
sekarang bukanlah majoriti merupakan penduduk asal Singapura sewaktu
kemerdekaan. Kemasukan kaum Cina yang majoritinya dari Hong Kong, Taiwan,
Macao dan Republik China sendiri atas alasan menjaga keseimbangan rakyat
republik berkenaan. Oleh yang demikian, dengan adanya peruntukan keistimewaan
orang Melayu di Malaysia dapat memastikan orang Melayu akan terus mentadbir
negara tanpa menafikan hak-hak kaum bukan Melayu.

2.4 Pemerintahan Diraja Berperlembagaan


Pemerintahan beraja memang telah sedia wujud dalam sistem pentadbiran di
negeri-negeri Melayu sejak berabad lamanya. Bagi mengekalkan identiti bangsa
Melayu itu sendiri, unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan
bagi menjamin kedaulatan raja-raja di Tanah Melayu. Sistem beraja mutlak
dimansuhkan dan digantikan oleh sistem raja berperlembagaan. Dibawah
perlembagaan, kuasa raja-raja Melayu dibataskan dan raja dikehendaki
menjalankan kuasa pemerintahan berpandukan peruntukan yang terkandung dalam
perlembagaan dan undang-undang negara (Zaid Ahmad, 2010).

Sistem pemerintahan beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat dan
raja di negara ini sambil dikukuhkan lagi dengan slogan ‘Raja dan Rakyat, berpisah
tiada’. Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke
arah perpaduan masyarakat di Malaysia. Kewujudan sistem institusi beraja amat
penting dalam masyarakat berbilang dalam memastikan kestabilan politik negara,
serta menjadi lambang perpaduan kaum di Malaysia.

9
10
3.0 Sejauh Manakah Malaysia Berjaya Mengurus Hubungan Etnik Ke Arah
Pembentukan Integrasi Nasional Sejak Negara Mencapai Kemerdekaan
Sehingga Kini

3.1 Pengenalan
Menurut Prof. Madya D. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006),
“Integrasi nasional adalah satu proses yang menyepadukan pelbagai kelompok
dalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Integrasi ini merupakan harapan
kebanyakan masyarakat, terutama sekali masyarakat majmuk di Malaysia.
Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas, merdeka dan
berdaulat amat mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya.” Dengan adanya
integrasi nasional ini, persefahaman antara kaum akan terjalin dan seterusnya
mengukuhkan perpaduan negara. Ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969, Jabatan
Perpaduan Negara yang kini dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan ditubuhkan bagi menanam kesedaran akan kepentingan identiti nasional.
Pelbagai usaha seperti Sekolah Wawasan sehinggalah Program Khidmat Negara
telah direka dan dilaksanakan untuk memupuk perpaduan dan integrasi secara lebih
menyeluruh termasuklah dari aspek pendidikan, sosial dan ekonomi.

3.2 Pendidikan
Dalam usaha untuk menyemai integrasi nasional dalam diri setiap masyarakat
di Malaysia, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah
Wawasan. Menurut Azizi Yahaya et. al (2008), konsep Sekolah Wawasan ialah
usaha melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan
menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam yang dahulunya
terasing antara satu sama lain bagi mewujudkan satu pertembungan etnik dalam
satu ruang yang sama. Hal ini kerana masih lagi wujud sekolah bersifat perkauman
yang mana dikhaskan untuk kaum Melayu, Cina dan India. Penubuhan Sekolah
Wawasan ini tidak akan menghapuskan identiti Sekolah Jenis Kebangsaan tetapi
Sekolah Wawasan adalah gabungan ketiga-tiga jenis sekolah rendah iaitu Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJK(C), dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil, SJK(T). Dengan adanya pelaksanaan Sekolah Wawasan ini

11
membuktikan keberkesanan usaha kerajaan untuk membentuk hubungan etnik
kearah integrasi nasional yang harmoni.

3.3 Sosial
Pembangunan sosial amat penting pada masa kini khususnya dalam usaha
untuk membentuk golongan masyarakat yang mempunyai identiti nasional yang
sama. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah berjaya membentuk satu ideologi
yang harus ditanam dalam diri setiap masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa
iaitu melalui pembentukan Rukun Negara. Rukun Negara diperkenalkan pada 31
Ogos 1970 setelah melihat kepada peristiwa perpecahan kaum yang terjadi pada 13
Mei 1969. Objektif Rukun Negara diperkenalkan adalah untuk mencapai perpaduan
yang lebih erat di kalangan masyarakat. Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip
Rukun negara akan dapat membantu dalam melahirkan perpaduan sosial antara
satu sama lain. Hal ini disokong oleh Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ea (2004)
yang menyatakan bahawa pembentukan Rukun Negara berupaya untuk
menyatupadukan rakyat kerana ianya dapat didefinisikan sebagai ideologi Negara
Malaysia.

3.4 Politik
Menurut Wong Khek Seng et.al (2002), Malaysia adalah sebuah kerajaan
yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Hal ini adalah hasil galakan daripada
pihak kerajaan British semasa memberi kemerdekaan setelah meneliti keperluan
kehidupan masyarakat yang pelbagai pada ketika itu. Perpaduan politik telah wujud
pada era awal kemerdekaan lagi, apabila parti-parti etnik pada ketika itu bergabung
membentuk Parti Perikatan yang kininya dikenali sebagai Barisan Nasional. Parti
Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO
mewakili Melayu, MCA mewakili Cina dan MIC mewakili India yang menjadi lambang
kepada perpaduan antara ketiga-tiga etnik terbesar di Malaysia. Terkini terdapat 13
parti etnik bernaung di bawah kepimpinan parti Barisan Nasional yang terdiri
daripada parti etnik dari Sabah dan Sarawak. Hal ini menunjukkan, dalam hal
kepimpinan juga telah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan
integrasi nasional agar ianya menjadi contoh dan ikutan oleh masyarakat Malaysia

12
sekalian. Oleh yang demikian, perjuangan parti politik hendaklah tidak melihat
kepada perjuangan dan kepentingan parti dan kaum semata-mata, tetapi mesti
disesuaikan kepada keperluan nasional yang menuntut pihak kerajaan untuk
melaksanakan sistem pemerintahan dengan adil, bijak dan berkesan.

13
4.0 RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri, K. A. (n.d.). Nilai, Amalan dan Sistem Pendidikan Masyarakat Melayu Islam Selepas
Penajajahan Barat sehingga Kini. Peradaban Arab-Islam dan Masyarakat Melayu, 35-57.

Deraman, A. A. (2000). Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hashim, W. (2011). Hubungan Etnik Di Malaysia. Kuala Lumpur: Insitut Terjemahan Negara Malaysia.

Kuntom, A. b. (2000). Perpaduan dan Integrisi Nasional . Seminar Kebangsaan Penghayatan dan
Pengukuhan Kemerdekaan Malaysia, 11-13.

Mohammad Asrol Arpidi bin Mamat, I. S. (n.d.). Impak Dasar Ekonomi Baru ke atas Peningkatan
Ekonomi Bumiputera Selepas Tragedi 13 Mei 1969. Jurnal Perspektif, 138-151.

Muslim, N. (2012). Implikasi Peruntukan Islam dan Orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
Terhadap Hubungan Etnik di Malaysia. Kemanusiaan, 19(2), 19-62.

Muslim, N. (2014). Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari
Sudut Perlembagaan. International Journal of the Malay Word and Civilisation, 121-127.

Noor Aziera Mohammad Rohana, M. F. (2017). Kepelbagaian dan Kesepaduan Etnik di Malaysia
Menurut Islam. Sains Insani, 02(02), 88-87.

Razak, M. R. (2009). Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejaran dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan. JEBAT, 90-106.

Zaid Ahmad, R. Z. (2010). Buku Teks: Hubungan Etnik di Malaysia (Edisi Kedua ed.). Kuala Lumpur:
Oxford Fajar.

14

You might also like