You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN
Masyarakat pluralistik bermaksud kewujudan kepelbagaian bangsa dan agama di
sesuatu tempat pada satu masa secara dirancang atau dipaksa oleh pihak tertentu yang
berkepentingan. Masyarakat pluralistik di Malaysia telah dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu sebelum merdeka dan selepas merdeka. Sebelum merdeka telah dibahagikan kepada
dua, bahagian iaitu sebelum zaman penjajahan dan selepas zaman penjajahan.

1.1 Ekonomi
Pada era penjajahan, kerajaan kolonial Inggeris telah memperkenalkan sebuah sistem
untuk memisahkan penduduk Bumiputera dan imigran. Sistem ‘Pecah dan Perintah’ yang
diperkenalkan bertujuan untuk melemahkan masyarakat bumiputera dan pada masa yang
sama memisahkan mereka daripada penduduk Bumiputera (Md Rizal, 2011) Hal ini sekaligus
membina satu jurang yang amat besar di antara kaum bumiputera dan golongan imigran
seperti Cina dan India. Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, satu
dasar baharu dibentuk sebagai satu penambahbaikan agar tidak wujud jurang perbezaan
yang ketara antara kaum. ‘Dasar Ekonomi Baru’ (DEB) mula dilancarkan pada bulan Januari
1971. Selain merapatkan jurang perbezaan kaum, matlamat DEB ialah untuk menyusun
semula masyarakat supaya tidak wujud pengenalan kaum berdasarkan ekonomi yang telah
terbentuk semenjak sistem ‘Pecah dan Perintah’. Dengan adanya DEB ini telah membentuk
satu masyarakat yang bersatu dan harmoni dalam meningkatkan ekonomi negara Malaysia.

1.2 Politik
Sebelum mencapai kemerdekaan, perkembangan politik di Tanah Melayu
disemarakan dengan kesedaran nasionalisme yang berasaskan kaum hasil oleh dasar ‘pecah
dan perintah’ penjajah sendiri. Pengelompokkan masyarakat mengikut kawasan yang
berbeza telah menanam bibit kesedaran nasionalisme. Hal ini akhirnya membentuk parti-parti
politik yang bertujuan bagi menjaga kebajikan kaum masing-masing. Antara parti politik
tersebut ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Malayan Chinese
Association (MCA), Malayan Indian Congress (MIC) dan sebagainya. Selepas mencapai
kemerdekaan, Pada pilihan raya pertama bagi Tanah Melayu, tiga parti terbesar yang
mewakili tiga kaum iaitu UMNO, MCA dan MIC telah bergabung membentuk sebuah parti
yang dikenali sebagai Parti Perikatan. Pimpinan Parti Perikatan yang mengamalkan sikap
bertolak ansur dan sanggup menerima permuafakatan turut mengukuhkan kerjasama antara
kumpulan etnik yang mereka wakili. Setelah mencapai kemerdekaan, sebuah parti telah
ditubuhkan iaitu Barisan Nasional. Penubuhan Barisan Nasional merupakan cetusan idea
oleh Perdana Menteri yang kedua iaitu Tun Abdul Razak bagi mengurangkan permainan politk
dan politik perkauman agar segala usaha dan tindakan ditumpukan untuk menggembleng
tenaga ke arah perpaduan masyarakat etnik dan pembangunan nasional.
1.3 Agama
TUGASAN 2
2.0 Menilai unsur2 tradisi perlembagaan dalam menjamin keharmonian masyarakat
pluralisik di malaysia

Kedudukan
istimewa
Orang Melayu
dan
bumiputera
Sabah dan
Sarawak

Unsur Tradisi di
Pemerintahan dalam Agama
Diraja Perlembagaan Persekutuan
Malaysia

Bahasa
Kebangsaan

Rajah 1.0 Unsur Tradisi di dalam Perlembagaan Malaysia

Secara amnya, tradisi bermakna pemindahan dan kesinambungan daripada generasi


kepada generasi yang lain. Telah menjadi kelaziman kepada mana-mana negara yang
berdaulat mempunyai unsur-unsur tradisi yang menjadi tunjang kepada pembentukan
perlembagaan dan lambang kekuatan bagi negara tersebut. Di Malaysia secara khususnya,
unsur-unsur tradisi amat penting kerana ia menjadi faktor kepada wujudnya identiti Malaysia
dan mampu memupuk persefahaman ke arah perpaduan (Nazri, 2012). Hal ini berikutan pada
laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid sebelum kemerdekaan yang mana telah
menekankan betapa pentingnya sesuatu perlembagaan mengambil kira aspek sejarah,
tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud pada ketika itu. Menurut Mohd Salleh Abas pada tahun
1984, unsur-unsur tradisi di dalam Perlembagaan Malaysia meliputi kesultanan atau
pemerintahan beraja, agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu
dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Namun demikian, Perlembagaan Persekutuan juga
membuka ruang kepada kaum bukan Melayu untuk diterima menjadi warganegara
Persekutuan dengan diberi hak dan kedudukan yang sama dengan penduduk pribumi.

2.1 Peruntukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan


Islam mula bertapak di Tanah Melayu semenjak kedatangan Islam di Asia Tenggara
pada abad ke 17. Meskipun Tanah Melayu telah menghadapi pelbagai siri penjajahan kuasa
Barat, namun Islam tetap utuh dan tidak mudah disingkirkan daripada penduduk Tanah
Melayu. Sistem pemerintahan sahaja yang dapat dikuasai oleh penjajah tetapi kuasa
berkaitan agama dan adat istiadat kekal di bawa kuasa Raja-raja Melayu. Selepas
kemerdekaan, Islam adalah agama rasmi persekutuan sepertimana yang termaktub di dalam
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Selaras dengan Perkara 3 ini, semua negeri di dalam
persekutuan kecuali Sarawak juga telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri.

Islam dalam perlembagaan adalah satu isu yang penting kerana isu ini berkait rapat
dengan kepercayaan dan pegangan majoriti penduduk Malaysia (Nazri, 2012). Pada
pandangan saya, Perlembagaan Malaysia sudah cukup teliti dalam menilai dan memastikan
unsur tradisi ini dapat menjamin keharmonian masyarakat pluralistik di Malaysia. Sebagai
contoh, di dalam perkara 11 adalah sangat jelas bahawa kedudukan Islam sebagai agama
rasmi tidak menghalang hak bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan kepercayaan
masing-masing di Malaysia. Meskipun terdapat kebebasan dalam beragama, hak
mengembangkan agama tertakluk kepada peruntukan bahawa pengembangan agama-
agama lain tertakluk kepada sekatan undang-undang seperti larangan mengembangkan
ajaran agama lain selain Islam kepada penganut Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga
sensitiviti kaum dan penganut agama itu sendiri.

2.2 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan


Sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 152 di dalam Perlembagaan
Persekutuan menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Namun
demikian, tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau
belajar apa-apa bahasa lain. Pemimpin dahulu menyedari bahawa perlu diwujudkan bahasa
kebangsaan sebagai medium komunikasi atau bahasa perantaraan bagi menyatukan
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Bahasa Melayu juga menjadi satu lambang penyatuan dan jati diri semua kaum di
negara ini selaras dengan prinsip “Bahasa Jiwa Bangsa” (Nazri, 2012). Hal ini terbukti dalam
penggunan bahasa Melayu dalam masyarakat ketika hari-hari perayaan. Tradisi kunjung-
mengunjung antara jiran yang berbilang kaum dengan berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Bahkan, bahasa Melayu turut digunakan secara meluas oleh kesemua masyarakat dalam
urusan jual beli dan sebagainya. Mereka berkomunikasi dengan menggunakan bahasa
Melayu iaitu bahasa yang mudah difahami. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr
Mahathir Muhamad dalam ucapan beliau pada majlis Perasmian Gerakan Cintailah Bahasa
Kita pada 11 Disember 1987 di Kuala Lumpur menyatakan bahawa kecintaan terhadap
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan salah satu asas kecintaan terhadap
negara yang perlu dipupuk dan diperkembangkan dengan dijadikan amalan. Dengan amalan
itulah yang akan menjadi bukti bagi menyuburkan dan memekarkan peranan cinta serta
memberi keyakinan untuk terus mencintai bahasa kebangsaan tersebut.

2.3 Kedudukan istimewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Menurut Milne dan Mauzy
(1992), kedudukan istimewa orang Melayu terangkum dalam empat(4) perkara iaitu tanah
rizab Melayu, kuato untuk lesen dalam perniagaan, perkhidmatan awam, biasiswa dan geran
pendidikan. Mohammed Suffian Hashim (1987) menganggap perkara 153 bukan bertujuan
untuk menyekat kemajuan orang bukan Melayu, tetapi ia dibuat bagi tujuan menjamin
kemajuan kaum bumiputera. Para pemimpin kaum bukan bumiputera telah bersetuju dengan
peruntukan ini dengan syarat-syarat kewarganegaraan yang longgar. Hak ini dipinda bagi
melindungi orang melayu kerana pada ketika itu orang melayu tidak menerima kehadiran
kaum India dan Cina sebagai rakyat di Tanah Melayu sehingga menyukarkan proses
kemerdekaan kerana masing-masing ingin menegakkan hak kaum sendiri.

Sehingga kini, kita dapat melihat betapa pentingnya peruntukan sedemikian terhadap
pembangunan bangsa Melayu itu sendiri. Sekiranya peruntukan terhadap keistimewaan kaum
melayu tidak diambil berat pada ketika dahulu, nescaya kita akan melihat kaum lain akan
mendominasi ekonomi negara. Sebagai contoh negara Singapura, dahulunya merupakan
sebuah perkampungan nelayan, namun kini menjadi sebuah negara republik yang maju. Hal
ini kerana, penduduk Singapura sekarang bukanlah majoriti merupakan penduduk asal
Singapura sewaktu kemerdekaan. Kemasukan kaum Cina yang majoritinya dari Hong Kong,
Taiwan, Macao dan Republik China sendiri atas alasan menjaga keseimbangan rakyat
republik berkenaan. Oleh yang demikian, dengan adanya peruntukan keistimewaan orang
Melayu di Malaysia dapat memastikan orang Melayu akan terus mentadbir negara tanpa
menafikan hak-hak kaum bukan Melayu.
2.4 Pemerintahan Diraja Berperlembagaan
Pemerintahan beraja memang telah sedia wujud dalam sistem pentadbiran di negeri-
negeri Melayu sejak berabad lamanya. Bagi mengekalkan identiti bangsa Melayu itu sendiri,
unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kedaulatan
raja-raja di Tanah Melayu. Sistem beraja mutlak dimansuhkan dan digantikan oleh sistem raja
berperlembagaan. Dibawah perlembagaan, kuasa raja-raja Melayu dibataskan dan raja
dikehendaki menjalankan kuasa pemerintahan berpandukan peruntukan yang terkandung
dalam perlembagaan dan undang-undang negara (Zaid Ahmad, 2010). Sistem pemerintahan
beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat dan raja di negara ini sambil dikukuhkan
lagi dengan slogan ‘Raja dan Rakyat, berpisah tiada’. Ketaatan kepada raja dan negara akan
dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan masyarakat di Malaysia. Kewujudan
sistem institusi beraja amat penting dalam masyarakat berbilang dalam memastikan
kestabilan politik negara, serta menjadi lambang perpaduan kaum di Malaysia.
SOALAN 3
Menurut Prof. Madya D. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), “Integrasi
nasional adalah satu proses yang menyepadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat
melalui satu identiti bersama. Integrasi ini merupakan harapan kebanyakan masyarakat,
terutama sekali masyarakat majmuk di Malaysia. Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah
negara yang bebas, merdeka dan berdaulat amat mementingkan perpaduan di kalangan
rakyatnya.” Dengan adanya integrasi nasional ini, persefahaman antara kaum akan terjalin
dan seterusnya mengukuhkan perpaduan negara. Ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969,
Jabatan Perpaduan Negara yang kini dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
ditubuhkan bagi menanam kesedaran akan kepentingan identiti nasional. Pelbagai usaha
seperti Sekolah Wawasan sehinggalah Program Khidmat Negara telah direka dan
dilaksanakan untuk memupuk perpaduan dan integrasi secara lebih menyeluruh termasuklah
dari aspek pendidikan, sosial dan ekonomi.

PENDIDIKAN

Dalam usaha untuk menyemai integrasi nasional dalam diri setiap masyarakat di
Malaysia, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah Wawasan.
Menurut Azizi Yahaya et. al (2008), konsep Sekolah Wawasan ialah usaha melahirkan anak
bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu
sistem pendidikan yang seragam yang dahulunya terasing antara satu sama lain bagi
mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Hal ini kerana masih lagi
wujud sekolah bersifat perkauman yang mana dikhaskan untuk kaum Melayu, Cina dan India.
Penubuhan Sekolah Wawasan ini tidak akan menghapuskan identiti Sekolah Jenis
Kebangsaan tetapi Sekolah Wawasan adalah gabungan ketiga-tiga jenis sekolah rendah iaitu
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJK(C), dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil, SJK(T). Dengan adanya pelaksanaan Sekolah Wawasan ini membuktikan
keberkesanan usaha kerajaan untuk membentuk hubungan etnik kearah integrasi nasional
yang harmoni.

SOSIAL

Pembangunan sosial amat penting pada masa kini khususnya dalam usaha untuk
membentuk golongan masyarakat yang mempunyai identiti nasional yang sama. Sehubungan
dengan itu, kerajaan telah berjaya membentuk satu ideologi yang harus ditanam dalam diri
setiap masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa iaitu melalui pembentukan Rukun Negara.
Rukun Negara diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 setelah melihat kepada peristiwa
perpecahan kaum yang terjadi pada 13 Mei 1969. Objektif Rukun Negara diperkenalkan
adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat. Penerimaan
rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun negara akan dapat membantu dalam melahirkan
perpaduan sosial antara satu sama lain. Hal ini disokong oleh Yani Yahaya dan Mary Tan
Swee Ea (2004) yang menyatakan bahawa pembentukan Rukun Negara berupaya untuk
menyatupadukan rakyat kerana ianya dapat didefinisikan sebagai ideologi Negara Malaysia.

You might also like