You are on page 1of 8

PROFIL PELAJAR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PENDIDIKAN ISLAM 1615


JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK

Nama Muhammad Izzul Haziq bin Mohammad Fauzi

Tarikh Lahir 26 April 1996

Tempat Lahir Perak

No. Tel 0169185840

Agama Islam

Bangsa Melayu

Alamat Lot 6973, Jalan Aru, Holiday Park, 98000 Miri Sarawak

E-mail Izzulhaziq26@gmail.com

Hobi Mengambil gambar

Latar belakang IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan


SMKA Miri
pendidikan
Sk Kpg Luak

Major Pendidikan Islam


Kursus

Elektif Bahasa Arab

ii
SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


PROFIL PELAJAR ii

SENARAI KANDUNGAN iii

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS iv

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 KONSEP, MATLAMAT DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF 1

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF 2

4.0 FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PROGRAM 3

5.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN 3

6.0 RUMUSAN 4

RUJUKAN 5

iii
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,
KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
BAHAGIAN A : TAKLIMAT KERJA KURSUS
Nama Pelajar : MUHAMMAD IZZUL HAZIQ BIN MOHAMMAD FAUZI Angka Giliran : 2015312340020
Kod : PIMK 3132 Nama Kursus : PENDIDIKAN INKLUSIF
Pensyarah : USTAZAH KHAMISIAH BINTI MOHAMED KAMAL
Saya mengaku bahawa taklimat pelaksanaan kerja kursus telah diberikan kepada saya dengan amat jelas oleh pensyarah
berkenaan.

Tarikh Taklimat :.................... Tandatangan Pelajar :………………………………..

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PENGHANTARAN & PENERIMAAN KERJA KURSUS


Tugasan Tarikh Hantar Tarikh Terima
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja (diisi oleh Pelajar) (diisi oleh Pensyarah)
saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap 1
satunya saya jelaskan sumbernya.
2
3
4
Tandatangan Pelajar :……………………………….. 5

BAHAGIAN C : PERINCIAN MAKLUM BALAS KERJA KURSUS


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan/Aspek yang boleh diperbaiki : Kekuatan/Aspek yang boleh diperbaiki :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : ............................ Tarikh : ................... Tandatangan : ............................ Tarikh : ...................


Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami.
Catatan (jika ada) :

Tandatangan :..................................... Tarikh :...................

iv
1.0 PENDAHULUAN
Pada era kemajuan teknologi dan komunikasi ini, semua kanak-kanak tanpa
mengira agama, bangsa, demografi, latar belakang dan kecacatan mempunyai hak
untuk mendapat akses kepada pendidikan termasuklah murid berkeperluan khas
(MBK). Mereka mempunyai hak yang sama rata untuk belajar dan bermain dalam
persekitaran pembelajaran tanpa halangan (Bahagian Pendidikan Khas, 2013)

2.0 KONSEP, MATLAMAT DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF


Menurut Lewis dan Doorlag (2003), pendidikan inklusif merupakan satu istilah
yang sering digunakan untuk menerangkan tentang penempatan bagi MBK di dalam
pendidikan arus perdana. Program inklusif ini amat penting bagi MBK kehadiran
mereka sering tidak diterima dan disisihkan oleh masyarakat sehingga mereka tidak
mendapat kebebasan asasi mereka termasuk dari segi pendidikan. Program
Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan satu wahana bagi menyediakan akses dan
peluang pendidikan kepada MBK (Bahagian Pendidikan Khas, 2013). Model PPI
merangkumi dua bidang iaitu bidang akademik dan bukan akademik dengan harapan,
MBK boleh mengikuti kedua-dua bidang ini bersama-sama murid arus perdana. Hal
ini selaras dengan penyataan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 2013 di bawah;
“Program Pendidikan Inklusif ertinya suatu program pendidikan bagi
murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid
berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang
sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.”

Matlamat utama PPI adalah untuk meningkatkan penyertaan dan


memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan
akademik bersama-sama murid di arus perdana (Bahagian Pendidikan Khas,
2013). Hal ini sekaligus dapat mengubah mentaliti masyarakat yang kerap
memandang rendah terhadap MBK dari segi keupayaan untuk mengikuti
sesuatu sesi pembelajaran. Dengan adanya program pendidikan inklusif ini,
MBK mampu terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti berunsur sosial dan
akademik di sekolah dan di dalam komuniti secara adil dan sama rata (Norliah
Mohd Amin, 2016).

1
Menyedari akan kepentingan peluang pendidikan yang sama rata
kepada MBK, pelbagai dasar di dalam mahupun di luar negara telah dibentuk.
Antaranya ialah Salamanca Statement and Framework for Action on Special
Needs Education (UNESCO,1994). Kenyataan yang terdapat di dalam
Salamanca tersebut mendukung prinsip Pendidikan Untuk Semua (Education
For All) yang menyokong bahawa kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai
hak mendapat pendidikan yang sama rata dengan rakan-rakan mereka dalam
Pendidikan Inklusif (Bahagian Pendidikan Khas, 2013). Beberapa dasar
antarabangsa lain yang memperjuangkan hak yang sama iaitu Dakar World
Education Forum (2000) dan Convention on the Rights of Person with
Disabilities (2006). Malahan di Malaysia, dasar yang menyokong pelaksanaan
PPI adalah seperti Akta Orang Kurang Upaya 2008, Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF


PPI di sekolah dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu inklusif penuh atau inklusif
separa. Inklusif penuh bermaksud MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama
murid arus perdana manakala inklusif separa adalah MBK belajar bersama-sama
murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti koakademik tertentu
sahaja mengikut keupayaan mereka.
Penempatan MBK di program ini perlu mengambil kira beberapa aspek
antaranya jumlah murid di dalam kelas dan kelayakan. MBK yang ditempatkan di kelas
arus perdana haruslah tidak melebih lima orang bagi setiap kelas dan mendapat
kebenaran secara bertulis daripada ibu bapa mereka. Guru yang mengajar di kelas
inklusif hendaklah diberi latihan dalam mengendalikan MBK. Menurut Mohd Hanafi et.
Al (2008) menyatakan bahawa guru-guru sanggup menerima cabaran untuk mendidik
MBK tersebut tetapi masalah utamanya ialah mereka tidak mempunyai pengalaman
dan kemahiran untuk mendidik murid-murid sedemikian. Guru pendidikan khas
memainkan peranan yang penting sebagai guru pendamping dalam membantu guru
aliran perdana dalam menjayakan PPI termasuklah dalam penyediaan Rancangan
Pengajaran Individu (RPI) yang sesuai terhadap MBK (Bahagian Pendidikan Khas,
2013).

2
4.0 FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PROGRAM
Bagi memastikan PPI berjalan dengan lancar dan berkesan, peranan
Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah (JPPKS) amatlah penting dan
berfungsi dalam merancang dan menyelaras pelaksanaan PPI, memperakui dan
meluluskan kemasukan murid ke PPI, mencadangkan kelas yang sesuai dan juga
bertindak sebagai panel rayuan. Jawatankuasa ini terdiri daripada Pengetua/Guru
Besar, guru-guru Penolong Kanan, Yang Di Pertuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(YDP PIBP), dan sehinggalah kepada wakil guru yang terlibat.
Disamping itu, prasarana yang lengkap adalah penting dalam menentukan
keberkesanan PPI di sekolah (Bahagian Pendidikan Khas, 2013). Sebagai contoh,
sekiranya MBK menggunakan kerusi roda, pihak sekolah perlu meletakkan
kedudukan kelas di aras bawah untuk memberi kemudahan kepada MBK tersebut.
Pengubahsuaian ini perlu dipertimbangkan mengikut keperluan murid. Selain aspek
fizikal prasana, pihak sekolah juga perlu memastikan peralatan khusus mengikut
keperluan MBK disediakan dan berfungsi dengan baik. Antara peralatan khusus yang
diperlukan adalah seperti mesin braille, kanta pembesar, kerusi roda, Doctor Speech,
Duxburi dan lain-lain (Bahagian Pendidikan Khas, 2013)

5.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN


Umum mengetahui bahawa dalam melaksanakan sesuatu program, Semua
pihak harus bersatu tenaga dan bekerjasama bagi memastikan kelancaran program
tersebut. Antara badan atau organisasi yang bertanggungjawab dalam PPI ini adalah
bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Bahagian Pendidikan
Khas yang bertanggungjawab merancang, menyediakan perkhidmatan sokongan dan
menilai pelaksanaan PPI. Disamping itu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) harus bekerjasama dengan pihak sekolah dalam
memantau pelaksanaan PPI serta melaksanakan kursus dan latihan untuk pentadbir
dan guru yang terlibat dengan PPI.

Kerjasama pintar antara pelbagai agensi turut memainkan peranan yang


penting dalam keberkesanan PPI. Agensi kerajaan lain seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) bahkan badan-badan bukan kerajaan seperti NASOM,
KIWANIS, MAB, MFD dan sebagainya (Bahagian Pendidikan Khas, 2013)

3
6.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, semua pihak haruslah melibatkan diri secara lebih aktif sama
ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan murid-murid
berkeperluan khas mendapat peluang kesamarataan dalam pendidikan dan
pergaulan sosial sekaligus menanam sentimen yang buruk terhadap pencapaian dan
kebolehan MBK dalam kehidupan harian mereka.

4
RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan
Khas (Vol. Edisi Percubaan). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pendidikah Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
6/2007: Garis Panduan Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Resos Program Pendidikan
Khas Intergrasi Bermasalah Penglihatan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysuia
2013-2025. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas. Kuala
Lumpur: Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Murnie Hassan. (2013). Pelaksanaan Program Inklusif bagi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran di Program Integrasi. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan.

Norliah Mohd Amin, & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
Murid Berkeperluan Khas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.
International Conference on Special Education In Southeast Asia Refion 6th Series, 29-35.

You might also like