You are on page 1of 1

Laporan akhir.

1.Konsep petempatan

Pusat Kajian Petempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah


mendefinisikan petempatan sebagai suatu kawasan tempat berlangsungnya aktiviti manusia
secara berorganisasi. Menurut Dixiaodis, petempatan ialah suatu yang meliputi pusat dengan
tempat kediaman, penghuni dan kawasan sekitar di mana penghuninya berinteraksi dalam
tempoh masa yang agak panjang, jika tidak berkekalan.

Petempatan berubah dari masa ke semasa dan ia berkembang dari sebuah kediaman kecil di
suatu kawasan terpencil hingga menjadi sebuah megalopolis. Ia mempunyai satu sistem
tersendiri dari segi taburan, susunan, aturan, organisasi ruang, fungsi dan juga kegiatan
ekonomi. Ia tidak hanya berlandaskan kepada sebuah negara sahaja malah dunia sebagai satu
sistem yang amat kompleks di mana ia boleh dilihat dalam skala terkecil iaitu sebuah bilik di
sebuah unit kediaman dengan satu penghuninya dan berkembang lalu bertukar menjadi
kampung, pekan, bandar, daerah, negeri, negara dan dunia akhirnya.

Petempatan merupakan satu kombinasi yang bersepadu dengan pelbagai unsur seperti manusia
fizikal, manusia ekonomi dan juga manusia sosial. Ia juga meliputi segala proses aktiviti manusia
seperti tinggal di sesuatu tempat, bekerja, belajar, mendapatkan perkhidmatan kesihatan,
budaya atau berekreasi di samping struktur fizikal sistem yang membantu kehidupan.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi kedua, petempatan bermaksud
kawasan yang ditempati atau untuk menempatkan sekumpulan orang.

Menurut buku teks tingkatan dua, petempatan merujuk kepada tempat manusia tinggal
dan berinteraksi antara satu dengan yang lain melalui pelbagai aktiviti. Aktiviti-
aktiviti tersebut adalah sepertipertanian, perikanan, perlombongan, pembalakan, perindustrian,
perniagaan dan perkhidmatan Petempatan di bandar lebih lengkap dengan pelbagai prasarana
dan perkhidmatanberbanding petempatan di luar bandar.

Faktor-faktor yang membezakan kedua-dua jenis petempatan ini adalah(a) saiz


penduduk(b) kepadatan penduduk(c) fungsinya yang meliputi jenis kegiatan ekonomi dan
aktiviti sosial yang dijalankan. Petempatan bandar pula mempunyai jumlah penduduk yang
melebihi 10 000 orangserta mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Agihan mengikut mukim pula menunjukkan kepadatan tertinggi di Mukim
Mentakab iaitu 337 orang/km persegi

Mentakab adalah sebuah Bandar dengan jumlah penduduk melebihi 10,ooo orang.
Terdapat banyak kawasan petempatan di sekitar Bandar Mentakab seperti Taman KSM,Taman
Bukit Bendera, Taman Kerayong .

You might also like