You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBAANG,

96200 DARO, SARAWAK.

TAJUK PROJEK:

CADANGAN PEMBINAAN DEWAN


SERBAGUNA TERBUKA SK KG. TEBAANG
DARO, SARAWAK

TARIKH: 26 JULAI 2017

TEMPAT: SK KG. TEBAANG

0
1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

SK Kg. Tebaang, Daro, Sarawak merupakan sekolah luar bandar. SK Kg.


Tebaang kini menerima pertambahan murid yang semakin ramai sejak tahun
2014. Sejak dibuka pada tahun 1958 hinggalah jumlah murid yang mendaftar
masuk ke sekolah ini sentiasa meningkat dengan pesat dan bertambah dari
setahun ke setahun dengan enrolmen pelajar pada tahun 2017 iaitu melebihi
200 orang. Pembangunan dan kemajuan pesat di daerah Daro menyaksikan
pertambahan jumlah penduduk dan aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti
menyeluruh warga SK Tebaang.

PROFIL SEKOLAH

Nama : SK Tebaang
Alamat : Kampung Tebaang, 96200 Daro
Tarikh ditubuhkan : 1 Januari 1958
Kod : YBE 6405
Kategori :B
Dun : N 43 Daro
Majlis Bandaran : Daerah Matu-Daro
Laman Web ; http://sktebaang.blogspot.com
E-mail : sktebaang@gmail.com
Luas kawasan : 9 ekar
Peringkat : Rendah
Bahasa : Bahasa Melanau dan Bahasa Melayu
Pengantar

Kawasan perhimpunan yang sedia ada tidak berbumbung. Tumpuan murid


tidak selesa dalam cuaca yang panas dan pelaksanaan aktiviti terganggu
atau tidak dapat dijalankan apabila berlaku hujan. Penyediaan persekitaran
yang kondusif adalah tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh
sesebuah institusi pendidikan.

Dalam perjumpaan yang lalu, PIBG SK Tebaang telah memberi cadangan


bagi pembinaan sebuah dewan terbuka di tapak perhimpunan. Tetapi pihak
kami tidak mempunyai sumber kewangan untuk pembinaan dewan tersebut.
Jesteru itu, kami menyediakan kertas kerja ini untuk mencari dana bagi projek
pembinaan dewan tersebut.

1
2.0 MATLAMAT

Pembinaan dewan terbuka ini dirancang bertujuan untuk menyediakan


infrastruktur yang kondusif dan sesuai bagi menjalankan aktiviti di sekolah. Ini
adalah untuk kegunaan semua warga sekolah dan penduduk kampung
Tebaang.

Pembinaan bumbung bagi dewan serbaguna juga dilihat sebagai satu inisiatif
bagi menyediakan kemudahan pembelajaran yang sesuai dan selesa kepada
murid semasa menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran serta
kokurikulum. Memandangkan keadaan padang sekolah yang seringkali becak
dan berair semasa air pasang. Dengan adanya dewan serbaguna terbuka ini,
maka keselamatan murid juga lebih terjamin dan pelbagai aktiviti boleh
dilaksanakan.

Kami telah mengadakan perbincangan bersama dan bersetuju untuk


membina dewan terbuka di tapak perhimpunan dan gelanggang serbaguna
seperti gambar dibawah.

2
3.0 OBJEKTIF

Pada akhir aktiviti Pembinaan Dewan Serbaguna, objektif yang dapat dicapai
ialah:

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai


institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.
2.2 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu
antara murid, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam
melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua
pihak dalam program pembangunan dan penambahbaikan
persekitaran sekolah.
2.3 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu
bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta
menghargai kemudahan yang telah disediakan.

3.0 KOMPONEN PROJEK

Komponen dewan besar serbaguna yang dicadangkan terdiri daripada pentas


utama dan gelanggang serbaguna

5.0 ANGGARAN KOS PROJEK

SPESIFIKASI UMUM
Ukuran tapak ialah Panjang 50 Meter x Lebar 23 meter persegi.

1. Tiang Besi / Kerangka (ketinggian 20 kaki)


2. Bumbung ‘Metal Deck’ / Kerangka Besi
3. Lampu 40 unit
4. Kipas angin 20 unit
5. Lantai simen

Anggaran perbelanjaan bagi aktiviti membina dewan serbaguna terbuka


adalah dianggarkan RM 100,000.00 dan keatas.

6.0 TEMPAT

Tapak perhimpunan SK Tebaang Daro. Plan dewan serbaguna


terbuka (Lampiran 1).
3
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : En. Hassan bin Norden
Pengerusi : Encik Yusri bin Solhi (YDP PIBG)
Naib Pengerusi : Pn. Hajijah binti Yasin (NYDP PIBG)
: En. Serudin bin Mahiden (PK 1)
: Pn. Saudah binti Dor (PK HEM)
: En. Mustapha bin Hasim (PK KO)
Setiausaha : Cik Nuraini binti Mohamad Nasir
En. Nurden Hj Kiprawi
P. Setiausaha : Cik Siti Aishah Nabihah binti Mokhtar
Bendahari : Cik Manisah binti Solhi

JAWATANKUASA KERJA
Encik Mohamad bin Boseman (Ketua ranting PBB KG Tebaang)
Encik Draman bin Lebak (KK KG Tebaang Hilir)
Encik Jaafar bin Rasdi (KK KG Tebaang Hulu)
Encik Solhi bin Salleh (Ketua Bapa PBB KG Tebaang)
Puan Saerah binti Rini (Ketua Wanita PBB KG Tebaang)
Encik Liman bin Sahjuan (Ketua Pemuda PBB KG Tebaang)
Encik Mustapha bin Hasim (PK Kokurikulum)

11.0 PENUTUP

Sehubungan dengan itu juga, kami bercadang jika projek pembinaan dewan
serbaguna ini berjaya dilaksanakan kami ingin menamakan dewan tersebut
sebagai “Dewan YB Shafiee Ahmad”. Ini sebagai tanda penghargaan kami
atas sumbangan yang YB bakal berikan. Semoga segala sumbangan,
kebaikan dan jasa baik semua pihak yang sama menjayakan program ini
diberkati dan dirahmati.

4
Disediakan oleh, Disokong oleh,

___________________ ______________________

( Nuraini Binti Mohamad Nasir )


(Yusri bin Solhi)
Setiausaha,
YDP PIBG,
Sekolah Kebangsaan Tebaang.
Sekolah Kebangsaan Tebaang.

Diluluskan oleh,

________________________

( Hasan Bin Norden)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Tebaang.

You might also like