You are on page 1of 15

撰写个案研究的格式

建议书与报告书的书写主要分成 4 个部分:封面、开页、正文、附录。

表 1:

个案研究建议书 个案研究报告书

封面 封面

开页部分 开页部分

目录 标题页

统计表——表次 导师签名页

统计表——图次 研究者认证

缩写列表 献辞

附录表 鸣谢

摘要

目录

统计表——表次

统计表——图次

缩略语记录表

词汇表

正文部分 正文部分

题目 题目

第一章 : 前言 第一章 : 前言

1.1 简介 1.1 简介

1.2 问题的提出 1.2 问题的提出

1.3 目的、目标、研究课题 1.3 目的、目标、研究课题

1.4 研究理念框架 1.4 研究理念框架

1.5 研究的范围与局限 1.5 研究的范围与局限


个案研究建议书 个案研究报告书

1.6 研究的意义 1.6 研究的意义

1.7 操作性定义 1.7 操作性定义

1.8 小结 1.8 小结

第二章: 文献探讨 第二章: 文献探讨

2.1 个案简介 2.1 个案简介

2.2 研究理论 2.2 研究理论

2.3 前人研究成果 2.3 前人研究成果

2.4 研究焦点 2.4 研究焦点

第三章: 研究方法 第三章: 研究方法

3.1 研究设计 3.1 研究设计

3.2 研究样本选取 3.2 研究样本选取

3.3 研究工具 3.3 研究工具

3.4 研究程序 3.4 研究程序

3.5 研究的效度与信度 3.5 研究的效度与信度

3.6 资料的收集 3.6 资料的收集

3.7 资料的分析 3.7 资料的分析

参考资料 BAB 4.0 研究结果与讨论

BAB 5.0 结论、建议、案例意义

5.1 结论

5.2 建议

5.3 案例意义
个案研究建议书 个案研究报告书

参考资料

附录 附录

附录 A: 批准信件 附录 A: 批准信件

附录 B: 甘特图 附录 B: 研究工具

附录 C: 研究工具 附录 C: 其他

个案研究计划书书写指导

封面

封面须包含下列内容:

题目(国文:大写,字型 Arial 14 ,粗黑;华文:简体字,字型宋体 16,粗黑)

学员姓名(华、国)

学位名称

入学年份

指导讲师

学院名称

呈交年份

*参阅附录 A

开页

共分五个部分。页数以罗马数字书写,包含下列各项目:

1. 目录

新的一页开始,包含两个组成部分:题目与页数。

2. 统计表——表次
所有计划书中的表次都列在此。Antara maklumat yang disenaraikan ialah
nombor jadual, nama jadual, dan muka surat jadual.

Senarai Rajah

Semua rajah yang terdapat dalam kertas cadangan disenaraikan dalam halaman ini. Antara
maklumat yang disenaraikan ialah nombor rajah, nama rajah, dan muka surat rajah.

Senarai Singkatan

Halaman ini menyenaraikan semua singkatan dan nama penuh yang digunakan
dalam penulisan. Bahagian ini, mengandungi tiga komponen iaitu singkatan,
huraian dan muka surat.

Senarai Lampiran

Halaman ini menyenaraikan semua bahan berkaitan kajian yang dilampirkan dalam kertas
cadangan. Lazimnya, bahan yang dilampirkan terdiri daripada carta gantt, soal selidik, soalan
temu bual, jawapan bertulis murid, gambar atau persekitaran kelas, dan sebagainya.

Teks

Penulisan teks dilangkau 1.5 menggunakan font Arial 12. Kandungan dalam teks
merangkumi perkara-perkara berikut:

TAJUK

Tajuk tidak melebihi 15 patah perkataan. Tajuk kajian kes menggambarkan


persoalan dan isu yang akan dikaji berdasarkan pengalaman, menguji teori,
memperkembangkan kajian sebelum ini dalam konteks yang berbeza, atau isu semasa yang
boleh dijadikan kajian. Tajuk ini memberi fokus kepada sesuatu isu yang mendalam dan
terperinci bagi situasi, kejadian, program, atau fenomena tertentu. Ia juga merupakan
deskripsi yang banyak dan mantap tentang fenomena yang dikaji. Kes yang dikaji dapat
menjelas dan membantu kefahaman pembaca tentang sesuatu fenomena. Contoh tajuk:
o Peranan Guru Disiplin Dalam Mengatasi Gejala Ponteng Sekolah: Kajian Kes di Sebuah
Sekolah Rendah. o Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS): Satu Kajian Kes

BAB 1.0: PENDAHULUAN

Bab 1.0 mengandungi lapan subtajuk seperti berikut:

1.1 PENGENALAN

Menghuraikan latar belakang kes yang dipilih dengan memberi gambaran menyeluruh
tentang senario kes, topik utama/bidang kajian dengan jelas, tepat dan menarik beserta
sumber rujukan, dengan gaya penulisan akademik. Mengandungi maklumat (fakta) tentang
organisasi yang dikaji dan juga tentang persekitarannya. Semua maklumat yang diperlukan
untuk membuat analisis perlu dimasukkan dalam pengenalan. Penulisan disokong secara
ringkas dengan maklumat dari tinjauan literatur yang sesuai dengan kajian yang dijalankan.

Contoh: Peranan Guru Disiplin Dalam Mengatasi Gejala Ponteng Sekolah: Pengkaji
boleh memberi huraian tentang latar belakang gejala ponteng ini – f aktor dan peranan
guru dalam menangani gejala ini di sekolah.

Kajian Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Pengkaji


boleh menghuraikan tentang latar belakang pelaksanaan PBS di sekolah, pendedahan PBS
kepada guru dan kesediaan guru dalam melaksanakannya di sekolah.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pernyataan masalah diperjelaskan dengan sokongan literatur yang terkini dan sesuai dengan
senario semasa mengenai isu/ masalah yang ingin dikaji, kelemahan/ masalah/ kekangan
yang dihadapi atau jurang maklumat yang perlu diselidiki. Ia menjelaskan dengan tepat dan
menyakinkan kepentingan menyelesai/ mengkaji isu dan bagaimana dapat diselesaikan/
dikaji/

7
dijelaskan melalui penyelidikan yang dijalankan. Penyataan masalah menyatakan dengan
jelas dan terperinci sasaran/ populasi kajian serta persoalan utama kajian. Soalan kajian
dijawab melalui reka bentuk kajian yang dipillih. Seterusnya, penyataan masalah penyelidikan
kajian kes boleh menghuraikan pengalaman sebenar diri sendiri seperti membincangkan
secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan berasaskan pengalaman diri sendiri. Ia
membincangkan secara terperinci jurang antara nilai dan/ atau kepercayaan yang dipegang
dengan amalan yang dilaksanakan. Ia juga menyatakan justifikasi/ andaian/ harapan
terhadap kajian yang dicadangkan.

1.3 TUJUAN, OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

Tujuan utama kajian kes diterangkan dengan jelas dan terperinci. Tujuan perlu mengandungi
maklumat berhubung subjek/ masalah/ situasi/ isu yang dikaji, skop kajian, lokasi dan peserta
kajian. Kajian kes menjawab soalan “bila”, “bagaimana” dan “mengapa”.

Contoh Tujuan Kajian

o Kajian peranan guru dalam menangani gejala ponteng dalam kalangan murid sekolah
rendah ini dijalankan untuk melihat sejauhmana guru berperanan dalam menangani gejala
ponteng di sekolah - kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi gejala ponteng dan peranan guru dalam menangani gejala ini di sekolah.

Objektif merupakan pernyataan khusus yang jelas, mampu dicapai.. Objektif yang baik
menggunakan perkataan perlakuan. Ciri-ciri penulisan objektif kajian dan soalan kajian yang
baik mempunyai ciri-ciri:

relevan, boleh dicapai, jelas, logikal, boleh diukur/ nilai dan sesuai dengan kaedah
kajian. mengambarkan penerokaan ke arah memahami gejala dan peranan pihak
tertentu dalam bentuk deskriptif (kualitatif).

Contoh Objektif Kajian:


mengenal pasti punca-punca ponteng mengenal pasti cara mengatasi masalah
ponteng kelas pelajar mengenal pasti peranan guru dalam mengatasi masalah ponteng
kelas pelajar.

Soalan kajian ditulis dalam bentuk yang jelas, berfokus, selari serta dapat menjawab objektif
kajian. Soalan kajian mestilah relevan dengan objektif kajian. Soalan ialah perincian kepada
pernyataan masalah kajian. Soalan kajian dianggap sebagai inti pati (sebab utama) pemilihan
kaedah metadologi penyelidikan. Dalam kata lain, jawapan kepada masalah penyelidikan
kajian kes sangat bergantung kepada subjek yang disebut dalam soalan kajian. Secara lebih
jelas, soalan kes ialah pindahan bentuk objektif penyelidikan kepada ayat soalan.

Contoh Soalan Kajian:

o Apakah di antara punca ponteng kelas pelajar? o Sejauh manakah tahap kecenderungan
ponteng kelas pelajar berdasarkan faktor berikut: - Faktor diri (minat) - Faktor Guru

- Faktor rakan sebaya - Faktor keluarga - Faktor Persekitaran

o Apakah strategi-strategi yang digunakan oleh guru disiplin bagi mengurangkan masalah
ponteng kelas dalam kalangan pelajar?

1.4 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka konseptual kajian merupakan penghuraian terhadap model penyelidikan kajian kes.
Kerangka konseptual dapat memperincikan bahan atau sistem yang digunakan sebagai
bahan kes, menghuraikan proses menggunakan bahan yang dihasilkan, contohnya dalam
menangani isu murid dan amalan guru. Selain itu, kerangka tesebut dapat memperihalkan
teori atau prinsip yang menjadi asas kepada kajian kes supaya lebih jelas dan membolehkan
membuat perkaitan dengan ulasan literatur yang relevan.

1.5 SKOP KAJIAN DAN BATASAN KAJIAN

Skop kajian menggambarkan ruang lingkup kajian secara umum berkaitan isu, persepsi,
amalan, interaksi, fenomena yang dikaji, lokasi, masa, dan peserta kajian. Batasan kajian
menggambarkan had kajian yang dilaksanakan secara terperinci. Batasan kajian meliputi
kemungkinan wujudnya kelemahan kajian yang di luar kawalan seperti melibatkan
metodologi kajian contohnya pemilihan peserta kajian, bilangan peserta dan faktor luaran
kepada peserta kajian. Batasan kajian juga termasuk tempoh kajian, limitasi tempat dan
sebagainya.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Memperincikan mengapa kajian perlu dijalankan dan sumbangan dapatan kajian yang akan
dilaksanakan terhadap bidang yang dikaji seperti menjelaskan kepentingan kajian terhadap
pendidikan dan sosial.

1.7 DEFINISI OPERASIONAL

Merupakan definisi khusus bagi istilah-istilah penting dalam kajian. Definisi operasi memberi
pengertian yang tepat, jelas dan mencukupi bagi memberi kefahaman yang mendalam
terhadap istilah yang digunakan dalam kajian kes yang dilaksanakan.

1.8 RUMUSAN

Dapatan kajian yang telah dilaporkan dalam bab terdahulu, akan di rumuskan di bab ini.
Perbincangan dalam bab ini termasuk kesimpulan dapatan kajian, implikasinya, dan
cadangan kajian lanjutan.

BAB 2.0 TINJAUAN LITERATUR

Perbincangan hasil analisis pembacaan yang menunjukkan kefahaman yang mendalam


tentang bidang yang dikaji. Ia mengenai konsep-konsep/ prinsip-prinsip penting serta
teori-teori yang berkaitan. Mengenal pasti isu melalui tinjauan literatur. Menghuraikan
masalah yang dikaji secara terperinci, menyatakan justifikasi dan harapan terhadap kajian
yang dicadangkan. Melalui

tinjauan literatur, permasalahan dapat dikaitkan dengan jelas dan menyakinkan tentang
kepentingan isu/ masalah yang dikaji.
2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN

Menghuraikan dan membincangkan subjek kajian secara terperinci berdasarkan tinjauan


literatur. Memberi pengenalan awal kepada aspek penting dalam konteks kajian yang ingin
dijalankan.

2.2 TEORI-TEORI/MODEL KAJIAN

Bahagian ini memerihalkan secara jelas teori-teori atau model-model yang relevan dan
menjadi asas dalam mendasari kajian/ skop kajian. Teori-teori atau model-model
diperihalkan secara jelas dan komprehensif.

2.3 DAPATAN KAJIAN LALU

Dapatan kajian lalu tidak melebihi 10 tahun yang relevan dengan bidang kajian dan dianalisis,
disintesis dengan sangat jelas, tepat, padat, kritis dan meyakinkan. Rumusan dibincangkan
dengan jelas, padat, kritis dan meyakinkan berdasarkan pelbagai sumber ilmiah yang sahih
dan relevan. Maklumat dalam tinjauan literatur disintesis dan dirumuskan berdasarkan
pelbagai sumber ilmiah yang sahih dan relevan.

2.4 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian kes dibincangkan dengan jelas, padat, kritikal dan menyakinkan. Rumusan
tinjauan literatur berdasarkan pelbagai sumber ilmiah yang sahih dan sangat relevan dan
jumlah yang mencukupi. Ia merupakan penyelidikan tentang proses atau sesuatu perkara/
peristiwa yang ingin diberitahu/ laporan/ selidik. Oleh kerana itu ia bersifat holistik kerana
kepelbagaian pengumpulan data.

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan cara, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mereka
bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat mencapai objektif dan matlamat
kajian. Metodologi menggariskan perjalanan kajian secara sistematik melalui metodologi,
proses dan strategi yang teratur bagi mendapakan bukti yang sahih melalui kaedah-kaedah
tertentu. Bagi penyelidikan kajian kes, saiz sampel adalah kecil, dipilih secara bertujuan dan
tidak berasaskan kebarangkalian.
3.1. REKA BENTUK KAJIAN

Kajian kes dijalankan secara kualitatif iaitu pemerhatian dan/ atau catatan temubual dan reka
bentuk kajian berupaya menjawab soalan kajian sepenuhnya. Huraian prosedur kajian kes
perlu terperinci, tepat dan jelas. Ia bersifat fleksibel dan boleh diubahsuai mengikut keadaan.
Alat kajian adalah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen.

10

3.2 PERSAMPELAN

Melibatkan cara pemilihan subjek kajian dilakukan perlu dijelaskan dengan terperinci
khususnya daripada aspek subjek kajian. Ciri sampel kajian yang memenuhi kehendak
objektif kajian kes yang dilakukan.Justifikasi pemilihan persampelan dinyatakan secara logik
dan terperinci. Pemilihan sampel kajian kes adalah untuk menjawab persoalan kajian dalam
kajian kes dan bukan untuk membuat generalisasi tetapi untuk memahami dan
menyelesaikan kes yang dihadapi

3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Penyelidik adalah instrument utama dalam memperoleh data. Penyelidik perlu berada dalam
situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.
Instrumen dijelaskan dengan tepat dan terperinci serta memenuhi ciri-ciri instrumen yang
baik bersesuaian dengan kaedah kajian kes. Selalunya penyelidik adalah instrumen utama
mengumpul data.

3.4. PROSEDUR KAJIAN

Menghuraikan langkah-langkah yang terlibat dalam melaksanakan kajian kes dan bagaimana
kajian dijalankan. Prosedur pelaksanaan menepati dan sejajar dengan reka bentuk kajian kes
yang dipilih dan dijelaskan dengan lengkap. Dari segi pengutipan data, penyelidikan kajian
kes banyak menggunakan kaedah interaksi, bersemuka dengan subjek kajian dan
pendekatan induktif untuk menjana jawapan kepada soalan kajian.
3.5 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Kesahan dan kebolehpercayaan instrument kajaian dibincang dengan jelas. Prosedur


mendapatkan keshan dan kebolehpercayaan adalah jelas,betul dan menepati reka bentuk
kajaian kes. Prosedur bagaimana kesahan dan kebolehpercayaan dilaksanakan dan
dijelaskan dengan terperinci. Ia juga berfokus kepada rekabentuk dan prosedur untuk
memastikan kesahan keputusan dapat diperoleh.

3.6 PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data sesuai dengan objektif dan soalan kajian dijelaskan dengan
terperinci, termasuk Jadual Pelaksanaan Kajian (Carta Gantt) dan Jadual Anggaran Kos Kajian.
Data berbentuk perkataan yang dikumpul melalui temubual atau direkod dalam bentuk
gambar atau video.

3.8 PENGANALISISAN DATA

Cara analisis data sesuai dengan objektif, dan dihuraikan dengan jelas. Cara menganalisis
data adalah subjektif kerana instrument yang digunakan adalah penyelidik itu sendiri.
Penyelidik perlu menilai dan mentafsir data yang diperoleh.

RUJUKAN

Menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 rujukan daripada pelbagai sumber merangkumi


jurnal, buku dan sumber dalam talian yang boleh dipercayai. Rujukan kajian lepas tidak
melebihi 10 tahun dan penulisan rujukan adalah konsisten dengan gaya rujukan American
Psychological Association (APA) terkini.

11

LAMPIRAN

Lampiran perlu bersesuaian dengan kajian yang dijalankan dan disusun secara sistematik
seperti contoh:

LAMPIRAN A: SURAT KEBENARAN


LAMPIRAN B: INSTRUMEN KAJIAN

Nota: Lampiran seterusnya mengikut kesesuaian dan keperluan kajian yang dijalankan.
Semua sesi transkrip yang dijalankan dengan klien perlu dilampirkan.
附录 A 计划书封面范例

封面的排序范例
5 cm

KAJIAN KES PENGAJARAN PELAJAR LEMAH

后进生教学个案研究计划书

9 cm

LIEW PEE LIAN

刘苾连

9 cm

PISMP Pendidikan Bahasa Cina

Ambilan Jun 2015


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN HUSSEIN ONN

1 cm

2018

5 cm

You might also like