You are on page 1of 6

2.

0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik
kejadian.Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa.
Secara realiti danhakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan
cara hidup dengan melaluiproses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat
perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa.
Perkembangan berlaku daripada peringkatpermulaan percambahan sel sehingga akhir
hayat organisma.Menurut Shaffer (1999) dalam Azlia Abu Bakar (2005). merupakan satu
prosesperubahan yang berlaku secara kompleks. Menurut beliau, perubahan secara
kuantitatif adalahperubahan yang dapat diukur secara konkrit seperti pertambahan saiz,
tinggi dan berat.Perubahan ini adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan
dengan ukuran pada satuperingkat ke satu peringkat yang lain.Santrock (2008) dalam
Haliza Hamzah, & Joy N. Samuel. (2011). mentafsirkanperkembangan sebagai
perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yangbermula daripada
peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.Menurut Crow dan Crow (1980) dalam
Mohd. Sharani Ahmad. (2005), perkembangan

merupakan perubahan secara ‘kualitatif’

serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segipemikiran, rohani, moral dan
sosial.Menurut Karl E. Garrison pula dalam Azlia Abu Bakar. (2005), perkembangan
terhasildaripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran. Semuaperkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah
laku ataupun sahsiah,adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat
sejagat.Selain itu, Paul Eggan danDon Kauchak dalam Mohd. Sharani Ahmad (2005)
pula berpendapat perkembangan adalahperubahan yang berurutan dan kekal dalam diri
seseorang hasil daripada pembelajaran,pengalaman dan kematangan.Secara
ringkasnya, Mok Soon Sang (2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialahperubahan
kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifatbaru
yang berlainan daripada peringkat lebih awal.

3.0 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Menurut Mok Soon Sang(2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua arah iaitudari
atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Misalnya, perkembangan dari arah kepala ke
kaki(cephalocaudal), iaitu mengikut struktur dan fungsi (kepala dahulu sebelum badan
dan kaki)dan dari arah tengah ke tepi (proximodistal), iaitu dari tengah menghala ke tepi
anggota badan(tangan bergerak dahulu sebelum jari tangan bergerak).Menurut Haliza
Hamzah dan Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat limaprinsip
perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan berlaku
mengikutaturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan
bantuan, kemudianmerangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan.
Proses perkembanganbayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang
lahir awal, mungkin akan lambatdalam beberapa aspek. Perkembangan juga bermula
daripada konkrit kepada abstrakterutamanya dalam perkembangan kognitif dan
bahasa.Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur
daripadakeadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi boleh
menggenggamobjek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
Pertumbuhan berlaku denganotot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-
otot halus.Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan
adalah satuproses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan dan
perkembangankanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati.
Dalam prosesperkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia
ada. Pada setiapperingkat, kanak-kanak akan mendapat kemahiran yang tertentu.
Kemahiran yang ada padanyasekarang juga merupakan asas untuk mencapai
kemahiran-kemahiran baru kelak.Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan
perkembangan adalah hampir samatetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk
setiap individu. Sebagai contoh,sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10
bulan manakala ada yang hanya bolehberjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan
perkembangan emosi dan sosial kanak- kanaktersebut. Perkara ini adalah salah satu
faktor yang membawa kepada perbezaan antaramanusia seperti yang kita dapat lihat di
dalam sebuah bilik darjah.
4

Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah perkembangan adalah hasil interaksi


diantara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang
sediaada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian
berlari. Iadipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada
latihan, prosespeniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.Selain itu, mereka
menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu seseorangindividu
memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembanganotot
dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi
diahanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.

4.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada


limaaspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini
pula adalahberasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka
dan faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di
dunia ini yangmempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor
baka(nature) dan faktor persekitaran(nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan
kadar perkembangan seseorangindividu.Pengaruh genetik atau baka keatas
pertumbuhan dan perkembangan manusia inisebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor
Mendel (1822-1889) dalam Mohd. Sharani Ahmad(2005). Menurut Haliza Hamzah, Joy
N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), baka merujukkepada ciri-ciri biologi, atau gen-
gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak- anakmereka. Thomas J.
Bouchard, Jr. dalam Haliza Hamzah & Joy N. Samuel (2011) jugamengatakan bahawa
baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, dikalangan ahli
dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dankawalan
emosi.Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan
manusiadan akan memberikan sifat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh menguasai
penyuburanfizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan
mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-
ahli psikologi Galton (1865),Gardner (1983) dan Robert Sternberg (1980an) dalam Haliza
Hamzah, & Joy N. Samuel.(2011). setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan
intelek yang berbeza.Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua
orang individumempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka
dan persekitaranadalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan kadar
perkembangan manusia.Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara
langsung. Sebagai contoh,individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan
berasa malu untuk bersosialdengan orang lain kerana banyak aktiviti yang boleh
dilakukannya adalah terbatas. Saiz badanakan menentukan sama ada individu sesuai
melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehanmelakukan suatu aktiviti akan
meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal inimenyebabkan individu tersebut
akan diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnyameningkatkan harga dirinya sekaligus
akan membentuk sahsiah sihat.Contoh seterusnya ialah individu yang berasal daripada
keturunan yang berpenyakit.Individu tersebut besar kemungkinan akan mewarisi
penyakit, seperti lelah dan kencing manismelalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut sukar
menyertai aktiviti sosial dan menyebabkanperkembangan sosialnya terganggu. Justeru,
hubungan kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Kemudian,
dia akan merasa sedih dan sunyi. Impaknya, prosesperkembangan sahsiahnya menjadi
tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas.Faktor kedua yang
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran.Faktor ini merujuk
kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Initermasuklah
pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir
merangkumipemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu,
usia dan keadaanemosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh
cara pemakanan, sosioekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan, sekolah,
masyarakat, tempat ibadat, mediadan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan
mempengaruhi perkembangan seseorangmanusia.Teori Ekologi Bronfenbrenner
(1979,1989) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel(2011), menjelaskan bahawa
perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistemekologi iaitu mikrosistem,
mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut
6

Bronfenbrenner, kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan


kanak-kanak.Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak
lebih banyakmenghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran
itu. Sebagai contohhubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan ibu
bapa, guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan peranan
yang tidak kurang penting didalam perkembangan kanak-kanak.Mesosistem pula
merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Halini bermaksud
satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain.Misalnya
keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikap atau tingkah-laku disekolah
dan sebaliknya. Mengikut Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan
galakanuntuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan
prestasi yang lebihbaik daripada kanak-kanak yang kekurangan peluang.Ekosistem
merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara
langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberikesan
kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya sekolah dengan pasar raya. Kaedahpengurusan,
kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli
belahsecara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak
tersebut.Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma,
nilaidan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat,
peranan jantinadititikberatkan . Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang
lebih dominan dimanamereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang
penting.Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh
masa.Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-
permainankomputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu kala yang
lebih gemar bermain di persekitaran rumahSecara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini
adalah saling berinteraksi antara satusama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi
perkembangan individu, maka setiap individumemang tidak dapat dinafikan mempunyai
tahap perkembangan yang berbeza-beza.

http://www.academia.edu/4936674/2.0_KONSEP_PERKEMBANGAN_KANAK-KANAK

You might also like