You are on page 1of 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TTDI JAYA Kod Sekolah: BEA 8637

1. Nama Guru SYAWAL ANIZAM B MOHD ARSHAD

2. Judul MENGURUS KANAK-KANAK YANG 3. Bidang: PENDIDIKAN


SUSAH BELAJAR
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Buku ini membicarakan beberapa perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Dalam buku ini juga ianya meneroka mengenai topic pembelajaran serta berkenanaan
masalah-masalah yang menghalang proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, buku ini juga
membincangkan cara menangani masalah pembelajaran serta meneroka kehendak-kehendak yang
perlu dimiliki oleh kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Secara keseluruhannya, buku ini
memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh guru-guru terutama guru pendidikan khas. Pelbagai
ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi daripada buku ini kerana banyak tip-tip yang relevan bagi
menangani masalah kanak-kanak seperti kanak-kanak disleksia,lemah keseluruhan pembelajaran,
lambat mengingat semula, sukar mengikut arahan, lemah kemahiran kognitif dan sebagainya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui pembacaan daripada buku ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
pelbagai masalah pembelajaran yang dihidapi oleh kanak-kanak. Selain itu juga, saya dapat
mengetahui tip-tip yang sesuai yang boleh di amalkan bagi menghadapi kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aplikasi dalam p&p yang boleh diguna pakai melalui pembacaan saya daripada buku ini ialah saya
dapat mengetahui cara-cara untuk menangani masalah kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TTDI JAYA Kod Sekolah: BEA 8637

1. Nama Guru SYAWAL ANIZAM B MOHD ARSHAD

2. Judul SINERGI DALAM PENGURUSAN 3. Bidang: PENDIDIKAN


SEKOLAH
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Buku ini mengandungi panduan praktis dalam mewujudkan pasukan pengurus sekolah
cemerlang. Buku ini juga menceritakan tentang peranan sekolah sebagai institusi social yang
penting pada Negara. Ia menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja berkemahiran, separa
mahir dan staf biasa. Bukan itu sahaja, kandungan buku ini juga banyak membincangkan peranan
pegetua, pentadbiran, guru-guru, pelajar, kakitangan sokongan, dan ibu bapa sebagai satu
pasukan dalam mewujudkan sekolah cemerlang. Buku yang bertajuk sinergi dalam pengurusan
sekolah ini juga menyentuh dengan lebih mendalam mengenai tajuk-tajuk utama seperti pengetua
sebagai peneraju kecemerlangan, pasukan mengurus kecemerlangan,guru pendukung
kecemerlangan, pelajar sebagai penunjuk aras kecemerlangan, dan ibu bapa sebagai rakan
kongsi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Nilai pengetahuan yang saya perolehi melalui buku ini ialah mengenai peranan seorang guru
dalam mewujudkan sekolah yang cemerlang. Namun nilai yang paling saya sukai dalam buku ini
ialah nilai kerja secara berpasukan dalam sekolah bagi membentuk satu pasukan yang efisien
dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing. Selain itu,buku yang bertajuk sinergi
dalam pengurusan sekolah ini juga banyak memberikan pengetahuan baharu dalam pengurusan
sekolah sama ada sebagai pengetua,pentadbiran,guru-guru,kakitangan sokongan, ibu bapa dan
pelajar.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang skop peranan guru yang sangat penting
dalam organisasi skolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah SMK TTDI JAYA Kod Sekolah: BEA 8637

1. Nama Guru
SYAWAL ANIZAM B MOHD ARSHAD
2. Judul 3. Bidang: Pengurusan
7 Rahsia Kecemerlangan Akademik
4. Tarikh Pembentangan TIADA 5. Masa:
TIADA
6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini membincangkan kaedah dan strategi yang perlu diketahui oleh setiap murid. Penulis
telah melaksanakan kajian ke atas 54 pelajar yang berjaya dalam akademik dengan prestasi
cemerlang. Tujuh rahsia kecemerlangan akademik yang dimaksudkan penulis ialah 1.
Pemantapan kerohanian, 2. Penggunaan perpustakaan, 3. Pembaca berkesan, 4. Nota lengkap,
5. Persiapan peperiksaan, 6. Kumpulan berkesan, dan 7. Motivasi. Guru selaku ibu bapa murid
amat penting untuk membantu para pelajar dalam mencapai matlamat tersebut.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Guru dapat mengetahui teknik berkesan untuk membantu murid untuk mengurus masa
belajar.
2. Guru didedahkan penggunaan pelbagai sumber samada perpustakaan dan juga bilik
khas untuk membimbing murid cemerlang dalam akademik secara berkumpulan.
Selain itu, dapat dikongsikan di sini bahawa komitmen secara keseluruhan perlu diberikan bagi
mengisi setiap strategi dan teknik yang dilakukan. Persediaan kerohanian merupakan antara
perkara penting yang patut diberikan perhatian.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1. Guru dikongsikan cara dan panduan untuk dikongsikan bersama murid cara mengambil
nota.
(menghasilkan nota yang lengkap dan berkesan merupakan salah satu rahsia dan kaedah
untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan).
2. Guru dapat bantu murid untuk mewujudkan kaedah belajar berbincang dalam
berkumpulan dengan menggunakan teknik yang dikongsikan dalam buku ini. (Murid
dapat mengadakan aktiviti ini di tempat yang sesuai seperti perpustakaan, bilik bacaan,
wakaf bacaan dan bilik kelas).
Buku ini juga dapat dimanfaatkan secara bersama para ibu bapa untuk sama-sama membantu
anak mereka belajar cara belajar. Banyak ulasan dan kata nasihat dari buku ini dapat dijadikan
semangat. Sekian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

You might also like