You are on page 1of 3

SURAT PERJANJIAN KERJA

Surat Perjanjian Kerja (yang pada selanjutnya disebut sebagai Perjanjian) ini dimenterai
pada …………………………………….. dan mendapat kesepakatan daripada:

1. Nama : Hor Chung Ming


No. Kad Pengenalan :
Alamat :

Dalam hal ini yang bertindak untuk dan atas nama Klinik Ming serta pada selanjutnya
digelar sebagai PIHAK PERTAMA.

2. Nama :
No. Kad Pengenalan :
Alamat :

Dalam hal ini yang bertindak untuk dan atas nama diri sendiri serta pada selanjutnya digelar
sebagai PIHAK KEDUA.

Kedua-dua pihak mengikatkan diri dengan Surat Perjanjian Kerja yang mengandung
ketentuan-ketentuan seperti berikut:

Hal 1: Status Kedua-dua Pihak

Pihak Pertama menerima dan mempekerjakan Pihak Kedua sebagai staf Klinik Ming.
Pihak Kedua menerima dan menghormati Pihak Pertama sebagai pihak atasan Klinik Ming.

Hal 2: Ketentuan Umum dan Tatatertib

1. Pihak Pertama berkuasa penuh dalam penentuan peraturan di tempat bekerja. Pihak
Pertama juga berhak untuk menamatkan atau melanjutkan tempoh pekerjaan Pihak
Kedua.
2. Pihak Kedua bersedia menerima dan melaksanakan kewajipan yang diberikan dengan
sebaik-baiknya.
3. Pihak Kedua bersedia menerima dan mematuhi segala peraturan yang menjadi keputusan
pihak atasan.
4. Pihak Kedua bersedia menyimpan dan menjaga kerahsiaan baik dokumen ataupun
informasi Pihak Pertama dan tidak dibenarkan untuk menyebarkan dokumen atau
informasi yang diketahui secara lisan ataupun bertulis kepada pihak lain.
5. Pihak kedua perlu menjaga imej dan nama baik Klinik Ming dengan sentiasa
berkelakuan sopan dan menjaga tatatertib diri.
6. Pihak Kedua bersedia untuk berkhidmat apabila ditugaskan oleh Pihak Pertama.
7. Pihak Kedua wajar menjaga peralatan di Klinik Ming dengan sebaiknya.

Hal 3: Waktu Kerja dan Pemberian Gaji

1. Waktu kerja ditentukan oleh Pihak Pertama. Ketidakhadiran perlu dimaklumkan awal
dan disertakan dengan alasan yang munasabah serta disetujui oleh Pihak Pertama.
2. Gaji Pihak Kedua akan dikira berdasarkan jam bekerja dan kenaikan gaji akan
dipertimbangkan oleh Pihak Pertama sekiranya Pihak Kedua memenuhi kehendak Pihak
Pertama.
3. Pemohonan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Employees Provident
Fund (EPF) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau Social Security
Organisation (SOCSO) akan dilaksanakan setelah Pihak Kedua bekerja lebih daripada
sebulan dalam tempoh percubaan.

Hal 4: Pengakhiran Surat Perjanjian Kerja

1. Pihak Pertama dan Pihak Kedua sepakat untuk dapat melakukan pemutusan hubungan
bekerja dengan alasan dan keadaan sebagai berikut:

a) Pihak Kedua tidak mampu melaksanakan tugasan dengan sebaik-baiknya sesuai


dengan kehendak Pihak Pertama walaupun telah diberikan kesempatan beberapa kali.
b) Pihak Kedua tidak melaksanakan kesepakatan dalam Perjanjian ini.
c) Pihak Kedua melanggar tatatertib dan disiplin yang ditetapkan.
Maka, kedua-dua pihak yang menyetujui dan mengakuri segala ketentuan dalam perjanjian
ini wajar menandatangani Perjanjian sebagai bukti.

PIHAK PERTAMA

_________________________

(HOR CHUNG MING)


IC

PIHAK KEDUA

_________________________

( )
IC

You might also like