You are on page 1of 5

Apakah itu vandalisme?

 Vandalisme ialah perbuatan merosakkan atau


memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa
sebab yang sah di sisi undang-undang.
 Vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta
mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk
membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak.
 Vandalisme boleh dilakukan secara sendirian atau
berkumpulan.

Mengapa vandalisme terjadi ?

Sebab-sebabnya adalah:

 Untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit dari telefon


awam
 Untuk masuk ke sesuatu tempat, contohnya memecah
masuk ke dalam rumah
 Untuk menyatakan sesuatu idea dan kepercayaan
 Untuk membalas dendam
 Untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang
atau sesebuah organisasi
 Untuk keseronokan dan kepuasan diri
 Untuk diterima sebagai kawan dan ahli kumpulan
Mengapa remaja terlibat dalam geng ( kumpulan vandalisme)?
Remaja terlibat dalam geng (kumpulan vandalisme) kerana
pelbagai sebab seperti:

 Keseronokan
 Rasa megah / status
 Perlindungan
 Peluang untuk mencari wang dan sumber pendapatan
 Rasa diterima oleh ahli kumpulan (sense of belonging)
 Dipaksa (jarang berlaku)

Apakah ciri-ciri lain yang boleh dikaitkan dengan vandalisme?

 Remaja yang terlibat dengan vandalisme biasanya


menghadapi masalah peribadi sejak kecil dan tidak mendapat
rawatan yang sepatutnya.
 Masalah peribadi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan
tingkah laku anti sosial
 Masalah-masalah ini mungkin melibatkan aspek emosi,
mental, sosial dan fizikal.
 Contoh-contoh masalah yang boleh menjuruskan kepada
kelakuan vandalisme adalah :
o Ponteng kelas atau sekolah
o Melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu
sekolah
o Lewat bangun pagi dan pulang lewat malam
o Kemahiran sosial yang lemah
o Mencari perhatian dengan cara yang negatif
o Jarang berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-
rakan
o Tekanan perasaan dan masalah mental yang lain
o Masalah keluarga
o Masalah dalam persahabatan
o Masalah di sekolah
o Masalah dengan pihak berkuasa dan undang-undang
o Penyalahgunaan dadah

Apakah akibat buruk menjadi seorang remaja yang terlibat dalam


vandalisme?

 Remaja yang aktif melakukan vandalisme akan mudah


menjadi penjenayah apabila dewasa kelak, dan mungkin juga
akan terlibat dalam keganasan.
 Remaja yang melakukan vandalisme biasanya terlibat dalam
lain-lain salahlaku seperti gangguan seksual, pencerobohan,
kecurian dan pencemaran alam persekitaran (contohnya
pembuangan sampah sarap di tempat yang tidak sesuai).
 Remaja yang melakukan vandalisme selalunya menghadapi
masalah dengan pihak sekolah.
 Remaja yang melakukan vandalisme selalunya mendapat
laporan buruk dari pihak sekolah, keadaan ini boleh
mengurangkan peluang untuk mereka berjaya dalam hidup.
 Ini akan menimbulkan lebih banyak masalah ketika mereka
sudah dewasa kerana ianya menjuruskan mereka kepada aktiviti
jenayah mereka akan menjalani kehidupan yang kurang sihat.
 Vandalisme akan mengakibatkan kerugian besar dan
menyusahkan masyarakat terutamanya apabila kemudahan
awam (contohnya telefon awam) tidak dapat digunakan di waktu
kecemasan.
 Vandalisme terhadap harta benda dan perkhidmatan awam
mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa pada waktu
kecemasan yang kritikal
 Gangguan fizikal dan emosi boleh membawa kepada
masalah peribadi dan sosial seperti tekanan, tingkahlaku agresif
serta putus hubungan persahabatan.

Bagaimanakah seseorang itu boleh mengelakkan diri dari terlibat


dalam Vandalisme?

 Memahami bahawa vandalisme adalah satu kesalahan


jenayah.
 Tanya diri anda :
o Bagaimanakah kemusnahan harta benda boleh
membantu saya?
o Apakah kesannya pada saya setelah merosakkan harta
benda ini?
o Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan
bantuan?
o Siapa yang boleh membantu saya?
 Mengawal kemarahan yang mendorong anda untuk
melakukan vandalisme.
 Memupuk kemahiran menyelesaikan masalah secara sihat
dan wajar.
 Mencari cara yang terbaik dan sesuai dalam menyelesaikan
masalah untuk mengelakkan vandalisme.
 Meminta pertolongan dari orang lain ketika menghadapi
masalah
 Sentiasa libatkan diri dalam aktiviti sihat dan aktiviti kurang
berisiko seperti senaman, bersukan, hobi dan kerja-kerja
sukarela yang boleh membantu anda mengatasi tekanan hidup
 Jauhi rakan-rakan yang melakukan vandalisme
 Sentiasa mengawal kelakuan anda sedikit demi sedikit dan
mencatatkannya di atas kertas
 Untuk bantuan dalam hal ini, dapatkan nasihat kaunselor
atau pakar psikologi

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/

You might also like