You are on page 1of 1

Latihan Jurupulih P erubatan Fisio terapi

Jantina: Lelaki dan Perempuan

Tempoh Latihan: 3 tahun

Biasiswa Semasa Latihan: RM835.57 sebulan

Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Latihan:
i. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, Selangor

Syarat Latihan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Umur:
a. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh
tutup permohonan.
b. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan
Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak
melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
iii. Kelayakan:
a. Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
iv. Keutamaan:
a. Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan
Matematik;
b. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh
menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

You might also like