You are on page 1of 19

MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

1. Rajah 1 merujuk kepada sumber sejarah.

Batu Bersurat

Sumber Pertama Fail rasmi jabatan

Apakah X?
A Majalah
B Akhbar
C Diari
D Buku

2. Petikan berikut berkaitan dengan kepentingan sejarah

Mereka yang melupai sejarah pasti akan


mengulanginya
George Santayana

Apakah kepentingan sejarah yang boleh dikaitkan petikan tersebut?

A Memperkukuh semangat kenegerian


B Mengalakkan perbezaan pendapat
C Melahirkan perasaan jati diri
D Membela kepentingan peribadi

3.Apakah ciri kehidupan masyarakat purba yang ditemui di kawasan ekskavasi berikut

 Kota Tampan, Perak


 Gua Niah, Sarawak
 Tingkayu, Sabah

A Mencipta barang perhiasan


B Menggunakan peralatan batu
C Mengamalkan aktiviti pertanian
D Menjalankan kegiatan perdagangan

4.Maklumat berikut merujuk kepada lokasi petempatan masyarakat Zaman Paleolitik.

 Kota Tampan, Perak 1


 Gua Niah, Sarawak
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

Apakah aktiviti yang dijalankan di kawasan tersebut?

A. Menternak binatang
B. Memungut hasil hutan
C. Mencipta peralatan tembikar
D. Menjalankan kegiatan pertanian

5.Maklumat berikut adalah lokasi penempatan Zaman Prasejarah di Negara kita.

 Gua Cha, Kelantan


 Bukit Tengkorak, Sabah

Zaman Prasejarah manakah yang berkaiatan dengan petempatan tersebut?

A Zaman Paleolitik
B Zaman Mesolitik
C Zaman Neolitik
D Zaman Logam

6.Apakah hasil ekomoni masyarakat pedalaman yang menyumbang kepada kemajuan


kerajaan maritim?

A. Rempah-ratus
B. Hasil perikanan
C. Barang perhiasan
D. Ukiran kayu

7.Apakah kepentingan tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor?

A. Pusat keagamaan
B. Laluan pedagang
C. Sistem pengairan
D. Kota pentadbiran

8.Apakah kepentingan Gunung Jerai kepada pelabuhan Sungai Mas dan Lembah
Bujang dalam kerajaan Kedah Tua?

A. Kawasan pemerintahan
B. Penunjuk arah
C. Pusat keagamaan
D. Benteng pertahanan

2
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

9.Gambar berikut menunjukkan pokok bakau yang banyak terdapat di perairan Melaka.

Apakah kepentingannya kepada kerajaan Melaka?

A. Memperkukuhkan benteng pertahanan


B. Menjadi panduan pedagang
C. Menghalang angin monsun
D. Menjadi bahan eksport

10.Rajah berikut menerangkan faktor pembukaan Melaka oleh Parameswara pada


kurun ke 15.

Laluan perdagangan

Faktor Pembukaan Melaka Terlindung daripada angin monson

Apakah X?

A Keselamatan
B Bahan mentah
C Penduduk ramai
D Tanah subur

11. Jadual 1 merujuk kepada jawatan dan peranan seorang pembesar Melaka.

Jawatan Peranan

X Ketua hakim
Ketua turus angkatan perang

3
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

Apakah X?

A. Bendahara
B. Laksamana
C. Temenggung
D. Penghulu Bendahari

12. Apakah tugas Laksamana semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka?

A. Pemungut hasil
B. Penguasa Bandar
C. Penasihat Bendahara
D. Pengawal peribadi raja

13. Senarai berikut adalah ‘kawasan pegangan’ seorang pembesar Melaka.

Apakah jawatan pembesar tersebut?

 Sening Ujung
 Kampar

A. Shahbandar
B. Laksamana
C. Hulubalang
D. Penghulu Bendahari

14.Apakah yang terkandung dalam Hikayat Muhammad Ali Hanafiah sehingga


berjaya menaikkan semangat juang askar Melaka semasa menentang serangan
Portugis?

A. Kewibawaan pemimpin
B. Keberkesanan strategi
C. Keberanian pahlawan
D. Kesetiaan rakyat

15.Rajah berikut menunjukkan pergerakan Sultan Mahmud Shah selepas Melaka


ditawan Portugis pada tahun 1511.

Melaka Pagoh Pahang X Kampar

4
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

Apakah X?

A Riau
B Jambi
C Bentan
D Lingga

16. Jadual berikut menunjukkan peristiwa yang menyebabkan kejatuhan kerajaan


Johor.

Kurun Peristiwa
Ke-17 Perang Johor – Jambi
Ke-18 X

Apakah peristiwa X ?

A Campur tangan British


B Ancaman Majapahit
C Serangan Belanda
D Penglibatan Bugis

17.Gambar 1 menunjukkan cap mohor diraja kerajaan Melayu.

Apakah kepentingan cap mohor tersebut?

A. Memperkukuh kedaulatan pemerintah


B. Mempertingkat kekuatan pertahanan
C. Memajukan kegiatan perdagangan
D. Memantapkan perpaduan rakyat

5
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

18. Jadual menunjukkan jenis cukai yang dilaksanakan dalam kerajaan Melayu

Jenis Cukai Keterangan


Cukai kepala Cukai ke atas rakyat untuk membuat bunga emas
X Cukai di tempat-tempat tertentu di sepanjang sungai

Apakah X?

A. Cukai labuh batu


B. Cukai tanah
C. Cukai rasmi
D. Cukai senjata

19.Rajah 4 menunjukkan peranan Tuai Rumah dalam masyarakat Iban di Sarawak.

Menjaga Keselamatan

Tuai Rumah Menjamin keamanan

Apakah X ?

A. Mengendalikan hasil pertanian


B. Menguruskan kutipan cukai
C. Menetapkan tarikh pesta menuai
D. Mengetahui upacara pengebumian

20.Etnik manakah yang mengamalkan kepercayaan berikut?

 Dilarang hidup menetap


 Tidak boleh menebang pokok besar
 Berpindah setiap kali berlaku kematian

A. Iban
B. Penan
C. Melanau
D. Kedayan

21.Kumpulan etnik manakah yang berkaitan dengan maklumat di bawah?

 Mengamalkan cara hidup berpindah-randah


 Dilarang menebang pokok.

6
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

A. Murut
B. Penan
C. Bisaya
D. Kenyah

22. Senarai berikut merupakan bentuk hukuman yang diamalkan oleh masyarakat
Kadazan-dusun di Sabah.

 Babas
 Sogit
 Kepanasan

Apakah tujuan hukuman tersebut dilaksanakan ?

A. Menyemai sifat keberanian


B. Memupuk kecekalan
C. Mengeratkan hubungan
D. Menanam semangat berdikari

23.Maklumat berikut adalah upacara yang diadakan oleh kumpulan etnik di Sabah.

 Mayat dibakar di dalam tembikar


 Saudara maka memukul tiang

Kumpulan etnik manakah yang melakukan upacara tersebut?

A. Kedayan
B. Bisaya
C. Murut
D. Rungus

24.Maklumat berikut merupakan masalah yang berlaku di negeri Kedah pada


tahun 1870an.

 Ancaman Siam
 Serangan tentera Buggis
 Perebutan takhta

Apakah tindakan yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Jiwa untuk mengatasi
masalah tersebut?

7
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

A Meminta bantuan kuasa luar


B Merangka pelan perdamaian
C Memindahkan pusat pentadbiran
D Menyerang negeri-negeri terlibat

25.Senarai berikut adalah ancaman yang dihadapi oleh kerajaan Kedah pada kurun
ke-18.

 Ancaman Siam
 Ancaman Burma
 Ancaman Bugis dari Selangor

Apakah tindakan Sultan Kedah untuk mengatasi ancaman tersebut?

A Mengadakan rundingan damai


B Mendirikan kubu pertahanan
C Memohon bantuan asing
D Membentuk unit askar upahan

26.Rajah menunjukkan masalah yang dihadapi oleh pemimpin Kedah pada tahun
1770-an
X

Kedah Ancaman Siam

Serangan Bugis

Apakah X?
A Kegiatan perlanunan
B Pergaduhan kongsi gelap
C Pemberontakan dalam negeri
D Kemerosotan ekomoni

27.Dialog berikut mungkin berlaku di Larut pada pertengahan kurun ke-19.

Ngah Ibrahim : Saya memerlukan bantuan tuan untuk


menyelesaikan masalah di Larut

Kapten Spedy : Baiklah,saya akan membantu Dato’


8

Kapten Speedy : Baiklah. Saya akan membantu


Dato’.
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

Apakah masalah di Larut pada ketika itu?

A. Perebutan kawasan pertanian


B. Perebutan takhta
C. Pertelingkahan pembesar
D. Pergaduhan kongsi gelap

28.Rajah berikut merujuk kepada garis masa yang menunjukkan tindakan British untuk
menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara.

1919 Penempatan Penasihat Britsh di Terengganu

1910 Penempatan Penasihat British di Kedah,Perlis dan Kelantan

1909 Perjanjian Bangkok

Apakah faktor yang mempengaruhi tindakan tersebut?

A Memenuhi desakan sultan


B Menunaikan permintaan Siam
C Menghapuskan ancaman lanun
D Menghalang campur tangan kuasa Barat lain

29.Rajah berikut menunjukkan sumbangan Sultan Abu Bakar kepada pemodenan


negeri Johor
Menjamin keamanan

Sumbangan
Sultan Abu Bakar Memodenkan pentadbiran

Apakah X ?

A. Mengisytiharkan perlembagaan negeri


B. Memindahkan ibu negeri
C. Membuka pelabuhan antarabangsa
D. Memperkenalkan tanaman dagangan

9
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

30.Gambar menunjukkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar pemerintahan
yang telah menyumbang kepada pemodenan negeri Johor pada kurun ke-19.

Apakah sumbangan baginda?

A. Membentuk daerah baru


B. Melaksanakan Sistem Kangcu
C. Melantik penasihat Barat dalam pentadbiran
D. Memperkenalkan perlembagaan negeri

31.Apakah peranan Majlis Tertinggi yang diperkenalkan oleh Brooke di Sarawak?

A. Mengutip cukai
B. Menjaga keamanan
C. Meluluskan undang-undang
D. Mengetuai operasai ketenteraan

32.Senarai berikut merupakan pembesar tempatan yang dilantik oleh James Brooke
menyertai Majlis Tertinggi di Sarawak.

 Datu Bandar
 Datu Patanggi
 Datu Temenggung

Apakah peranan pembesar tersebut?

A. Pengawal hasil pertanian


B. Penasihat pemerintah
C. Penyelaras cukai
D. Penguasa tentera

33.Rajah berikut menunjukkan struktur pentadbiran Brooke di Sarawak


James Brooke

X Majlis Negeri Majlis Bahagian

10
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

Apakah X?

A. Majlis Daerah
B. Majlis Tertinggi
C. Majlis Penasihat
D. Majlis Kehakiman
34.Siapakah pemimpin Sabah yang menerima gelaran berikut?

Orang Kaya-Kaya

A. Ketua Hakim
B. Ketua Jabatan
C. Ketua Kampung
D. Ketua Anak Negeri

35. Siapakah yang mengetuai pentadbiran peringkat kampung di Sabah semasa


pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB)?

A Datu
B Penghulu
C Orang Tua
D Tuai Rumah

36.Perkara berikut terletak dalam bidang kuasa sebuah mahkamah diSabah


semasa pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

 Adat istiadat
 Agama Islam

Apakah mahkamah tersebut?

A. Mahkamah Syariah
B. Mahkamah Majistret
C. Mahkamah Penghulu
D. Mahkamah Anak Negeri

37.Senarai berikut merupakan usaha Syarikat Borneo Utara British (SBUB) untuk
meningkatkan pengeluaran tanaman dagangan di Sabah.

 Menbina landasan kereta api


 Memberi empat peratus dividen

Apakah tanaman dagangan yang dimaksudkan?

11
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

A. Lada hitam
B. Tembakau
C. Kelapa
D. Getah

38.Maklumat berikut menunjukkan jawatan bagi lulusan sekolah latihan anak negeri yang
ditubuhkan oleh Syarikat Borneo Utara British di Sabah.

 Ketua Anak Negeri


 Renjer
 X

Apakah X?

A Kerani
B Residen
C Pegawai Daerah
D Ketua Kampung

39.Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah Bandar di Sabah.

 Diasaskan oleh William Pryer


 Pernah diberi nama Elopura
 Memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran, pelabuhan
antarabangsa dan pusat pembalakan

Apakah bandar tersebut?

A Kudat
B Jesselton
C Sandakan
D Lahad Datu

40.Ciri berikut berkaitan dengan ekonomi dagangan di Tanah Melayu pada awal
kurun ke-10.

12
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

 Berorientasikan eksport
 Penglibatan syarikat asing
 X

Apakah ciri X ?

A. Penggunaan teknologi moden


B. Penumpuan di luar bandar
C. Penggunaan buruh sedikit
D. Pelaburan modal terhad

41.Apakah kepentingan tokoh berikut kepada penduduk Tanah Melayu?

Tokoh Negara
Jose Rizal Filipina
Soekarno Indonesia
Mahatma Ghandi India

A Melahirkan kebanggaan penduduk


B Menyemarakkan semangat kebangsaan
C Menghapuskan kesangsian antara kaum
D Membina semangat perpaduan

42.Apakah tujuan penubuhan Persatuan India Pusat pada tahun 1926 di Tanah Melayu?

A. Menyediakan pendidikan tinggi


B. Memupuk perpaduan kaum
C. Memperjuang kepentingan ahli
D. Membendung pengaruh komunis

43.Rajah menerangkan faktor kejayaan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Kelemahan tentera British Semangat perjuangan tinggi

Faktor kejayaan
tentera Jepun

X Peralatan perang lengkap

13
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

Apakah X?
A. Bilangan tentera ramai
B. Kubu pertahanan kukuh
C. Bantuan kewangan asing
D. Perancangan teliti

44.Rajah berikut menunjukkan struktur pentadbiran tentera Jepun di Sarawak dan


Sabah.

Residen

Ketua Tempatan

Apakah X?
A. Datuk Bandar
B. Pegawai Daerah
C. Gabenor Wilayah
D. Pesuruhjaya Negeri

45.Apakah tujuan Pentadbiran Tentera British (PTB) dilaksanakan di Tanah Melayu


pada September 1945?
A Menjadi asas sistem pentadbiran
B Menguatkuasakan undang-undang
C Melaksanakan pentadbiran peralihan
D Melatih pegawai perkhidmatan awam

46.Rajah berikut berkaitan dengan tujuan penubuhan Malayan Union.

Menguasai sumber ekonomi X

Tujuan
Penubuhan
Malayan Union

Menyeragamkan pentadbiran Menjimatkan perbelanjaan

14
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

Apakah X?

A. Mengawal kuasa politik orang Melayu


B. Mengawal kemasukan kaum imigran
C. Memajukan sistem perhubungan
D. membanteras ancaman komunis

47.Tokoh wanita dalam senarai berikut telah berjaya kepada bangsa dan negara kita
Malaysia.
 Zahara Abdullah
 Halimahton Majid
 Datin Puteh Mariah
Apakah jasa mereka?

A. Menggubal perlembagaan UMNO


B. Membantah perlaksanaan Malayan Union
C. Menyertai Rombongan Merdeka
D. Menentang pendudukan Jepun

48.Rajah 8 menunjukkan perjuangan UMNO.

Menyatupadukan X
orang Melayu
8.

Perjuangan UMNO
1946

Memajukan ekonomi Mewujudkan parti


orang Melayu bercorak kebangsaan

Apakah X?

A. Membanteras ancaman komunis


B. Menyekat kedatangan imigran
C. Memajukan pendidikan
D. Mempertahankan sikap kenegerian

49.Senarai berikut menunjukkan tokoh yang telah berjasa kepada negara.

 Zainal Abidin bin Ahmad


 Dato’ Panglima Bukit Gantang
 Dato’ Nik Ahmad Kamil bin Nik
Mahmud
15
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

Apakah sumbangan mereka?

A. Menyokong Parti Negara


B. Menganggotai Sistem Ahli
C. Menggubal perlembagaan UMNO
D. Mengasaskan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

50.Apakah faktor yang menyebabkan orang Melayu menolak fahaman komunis?

A. Hak istimewa
B. Ketuhanan
C. Pendidikan
D. Kemerdekaan

51.Tokoh berikut telah berjasa kepada negara kita.

 Dato’ Onn bin Jaafar


 Tun Tan Cheng Lock
 Dato’ E.E.C.Thuraisingam

Apakah jasa mereka?

A. Menyertai Rombongan Merdeka


B. Mewujudkan persefahaman antara kaum
C. Menganggotai Suruhanjaya Reid
D. Membentuk dasar kerajaan

52.Maklumat berikut berkaitan dengan manifesto sebuah parti yang bertanding dalam
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

 Merdeka dalam empat tahun


 Menamatkan darurat
 Mewajibkan pendidikan rendah
Apakah parti tersebut?

A. Parti Buruh
B. Parti Negara
C. Parti Perikatan
D. Parti Islam Se-Malaya
53.Rajah berikut menunjukkan proses ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu.

Rombingan X Pembentukan Pemasyuran


Merdeka Suruhanjaya Reid Kemerdekaan

16
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

Apakah X?

A. Perjanjian London
B. Pilihan raya umum
C. Penamatan darurat
D. Pembentukan Jemaah Menteri

54.Pada 8 Febuari 1956, Perjanjian London telah ditandatangani antara wakil


Persekutuan Tanah melayu dengan kerajaan British.

Apakah kejayaan rundingan tersebut?

A Penetapan tarikh kemerdekaan negara


B Pemiliknegraan syarikat dan pelaburan asing
C Sistem pemusatan kuasa dilaksanakan dalam pentadbiran
D Pengagihan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri

55.Rajah berikut berkaitan dengan tugas Suruhanjaya Ried.

Menentukan kuasa kerajaan Menjamin kedudukan Raja-raja


pusat dan kerajaan negeri Melayu

Tugas Suruhanjaya Ried

X Mewujudkan bangsa
Persekutuan Tanah melayu

Apakah X?

A Menamatkan darurat
B Melaksanakan pillihanraya
C Menetapkan tarikh kemerdekaan
D Menggubal perlembagaan Negara

17
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

56. Apakah kepentingan Perlembagaan Sarawak yang diisytiharkan pada tahun1941?

A. Pelaksanaan pilihan raya


B. Penyingkiran campur tangan kuasa luar
C. Pemberian kuasa pemerintahan sendiri
D. Penamatan pemerintahan beraja

57.Rajah berikut menunjukkan faktor penyerahan Sarawak oleh pentadbiran Brooke


Desakan kerajaan British

Faktor Pertikaian keluarga


Penyerahan
Sarawak
Kepada British X

Apakah X?

A. Menjamin keselamatan negeri


B. Menangani kebagkitan rakyat
C. Menghadapi masalah kewangan
D. Mengeksploitasi bahan mentah

58.Senarai berikut adalah sebab Lee Kuan Yew menyokong gagasan Malaysia.

 Mempercepatkan kemerdekaan
 Menyekat pengaruh komunis
 X

Apakah X ?

A. Meningkatkan taraf hidup rakyat


B. Menguasai sumber ekonomi
C. Memerlukan bantuan kewangan
D. Melemahkan parti berhalaun kiri

59.Apakah peranan tokoh berikut dalam mewujudkan keamanan di negara kita

Tun Abdul Rahman


Tun Adam Malik

18
MODUL g-CAKNA/SOALAN ARAS MUDAH

A. Memperkukuh kerjasama ekonomi


B. Menyatupadukan pelbagai kaum
C. Memulihkan hubungan serantau
D. Menamatkan ancaman komunis

60. Pernyataan berikut adalah petikan Fasal III, Dokumen Perjanjian Pemulihan
Hubungan Malaysia-Indonesia yang ditandatangani pada 11 Ogos 1966.

FASAL III
Kerajaan Malaysia dan kerajaan Republik Indonesia bersetuju bahawa
memandang kepada fasal2 di-atas, perbuatan2 permusohan di-antara
kedua buah negara hendak-lah di-berhentikan dari sekarang juga.

Apakah kejayaan yang dicapai melalui perjanjian tersebut ?

A. Pemasyuran kemerdekaan
B. Penamatan ancaman komunis
C. Penamatan konfrontasi
D. Pemansuhan darurat

19

You might also like