You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROGRAM AMALAN 3K
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA SOO JIN,
SELANGOR DARUL EHSAN

1.0 RASIONAL

Memantapkan kesedaran dan betapa pentingnya amalan kebersihan, kesihatan dan


keselamatan diri sendiri dan alam sekeliling.

2.0 MATLAMAT
1. Memupuk kesedaran betapa pentingnya amalan 3K dalam kehidupan seharian.
2. Menunjukcara bagaimana penjagaan kebersihan, kesihatan dan keselamatan dalam
kehidupan seharian setiap murid.
3. Menanam semangat kecekalan hati, berkeyakinan diri, berdisiplin sambil membina
kecergasan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran untuk melahirkan
generasi wawasan.
4. Melatih dan membimbing semangat setia kawan dan bekerja dalam berkumpulan
“team work” demi membentuk masyarakat yang harmoni pada masa akan datang.
5. Untuk memupuk dasar tegas keperibadian dan “individual culture” dalam rangka
membentuk asas penghidupan di samping memupuk sikap hormat-menghormati
dan bertanggungjawab.

3.0 OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan dan peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas
menjalani aktiviti pembelajaran di luar kelas.
2. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran murid-murid Pendidikan
Khas.
3. Memberi pengalaman baru kepada murid-murid dalam aktiviti berkumpulan
4. Memupuk keyakinan murid dalam menjalankan aktiviti di luar kelas.
5. Merapatkan hubungan antara murid dengan guru dan PPM.

4.0 KUMPULAN SASARAN

1. Diwajibkan kepada semua murid Pendidikan Khas SJKC Soo Jin


2. Semua guru dan PPM Pendidikan Khas SJKC Soo Jin.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 1 November 2017 (Rabu)


Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Sekolah SJKC Soo Jin
6.0 YURAN

Tiada bayaran dikenakan.

7.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : Puan Lee Hooi Gaik


Guru Besar SJKC Soo Jin
Timb Pengerusi : Puan Lim Lay Kuan
GPK Pendidikan Khas
Naib Pengerusi : 1) Puan Tam Wei Yee
GPK Pentadbiran SJKC Soo Jin
2) Puan Ng Swee Sing
GPK Hal Ehwal Murid SJKC Soo Jin
3) Encik Tan Yoke Wah
GPK KoKurikulum SJKC Soo Jin
Setiausaha : Puan Aliaa Binti Ismail
Bendahari : Encik Zulhafizsyam bin Zulkifli

8.0 AJK PELAKSANA

Keselamatan & Disiplin : Semua guru PPKI

Aktiviti : Encik Roshaimi bin Daud

: Encik Tan Yeen Foo

: Puan Ng Gok Peng

: Encik Zulhafizsyam bin Zulkifli

Dokumentasi : Puan Aliaa binti Ismail

Peralatan : Encik Tan Yeen Foo

Makanan & Pengurusan : Puan Tan Sau Wooi


Murid Puan Norhazaliza binti Ayub
Puan Nasliza binti Mansor
9.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI CATATAN


7.30 pagi - Pendaftaran murid Puan Tan Sau Wooi

8.00 pagi - Senamerobik Encik Zulhafizsyam bin Zulkifli (Ketua)


Semua guru PPKI
8.30 pagi - Amalan Kebersihan Puan Ng Gok Peng (Ketua)
1. Aktiviti mengosok gigi Semua guru PPKI

9.30 pagi
Rehat
10.00 pagi - Amalan Kesihatan Encik Tan Yeen Foo (Ketua)
1. Aktiviti membasuh tangan dengan Semua guru PPKI
cara yang betul.

11.00 pagi - Amalan Keselamatan Encik Roshaimi bin Daud


1. Tayangan video keselamatan diri Semua guru PPKI

12.00 tgh - Aktiviti soal jawab Semua guru PPKI

12.30 tgh - Bersurai

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1. Set berus gigi dan ubat gigi 45 orang X RM 5 RM 225
Sabun basuh tangan 5 botol X RM 6 RM 30
Tisu Basah 5 pek X RM 10 RM 50
Tuala Muka 45 pcs X RM 1 RM 45

JUMLAH BESAR RM 350


11.0 PENUTUP

Dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Khas, cabaran dalam membangunkan insan,


mengimbangkan pembangunan antara domain kognitif, afektif dan psikomotor serta
mengimbangkan potensi individu dapat dicapai melalui program ini. Sehubungan dengan itu,
sokongan, dorongan, kerjasama, komitmen, pengorbanan dan sumbangan daripada pelbagai
pihak adalah sangat diperlukan khususnya untuk murid-murid pendidikan khas.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh; Disahkan Oleh;

……………………………… …………………………… …………………………


(ALIAA BINTI ISMAIL) ( LIM LAY KUAN ) ( LEE HOOI GAIK )
Setiausaha GPK Pend. Khas Guru Besar
Program Amalan 3K SJKC SOO JIN SJKC SOO JIN
PPKI SJKC SOO JIN 2017

You might also like