You are on page 1of 5

Otak

Otak merupakan satu organ yang paling penting di dalam tubuh manusia. Otak
dianggarkan mempunyai berat kira-kira 1.5 kg bagi orang dewasa. Otak terletak
di dalam rongga kranium dan merupakan sebahagian sistem saraf pusat. Tisu
saraf yang berada di otak adalah lembut, berwarna kelabu dan putih dan berada
di dalam tengkorak.

Otak terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu batang otak (medula oblongata,
pons dan otak tengah), diensefalon (talamus dan hipotalamus), serebrum dan
serebelum.
Jadual 7 : Otak Depan, Otak Tengah dan Otak Belakang.

i. Batang Otak

Dipanggil sebagai batang otak kerana bentuknya seperti batang. Batang


otak terletak di bahagian bawah kranium. Jadual berikut menghuraikan
komponen-komponen dalam batang otak.

Jadual 8 : Batang otak ( Brain Stem )


Jadual : Komponen-komponen dalam Batang Otak

Medula Oblongata • Berhubung dengan korda spina.


• Mempunyai panjang kira-kira 3cm dan
dipisahkan dari pons oleh alur horizontal.
• Terbina daripada jirim putih dan
pembentukan jaringan jirim kelabu dan
putih.
• Pada bahagian posterior bawahnya
terdapat dua nukleus di setiap sisi yang
dikenali sebagai nukleus grasilis dan
kuneatus.

Pons
• Terletak di atas medula.
• Pons mengandungi jirim putih dan
nukleus.
• Nukleus saraf kranial ke 5 hingga ke 8 dan
nukleus pernafasan berada di pons.

Otak Tengah • Terletak di atas pons dan di bawah


diensefalon.
• Dua unjuran iaitu pedunkel dan serebrum
terdapat di permukaan ventralnya.
• Unjuran ini berhubung dengan serebrum
selepas lencongan ke anterolateral.
• Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan
dua di bawah terletak pada permukaan
dorsalnya.

ii. Diensefalon
- fungsi diensefalon adalah
menghubungkan otak tengah dan
dengan belahan otak kiri dan
kanan.

1) Thalamus
- Mengandungi beberapa nucleus penting yang bertindak sebagai stesen geganti untuk
utusan - utusan saraf. Berfungsi terhadap rangsangan deria,emosi, kesedaran diri dan
refleksi kompleks.

2) Hipotalamus
- Berfungsi sebagai pusat sistem saraf otonomi, mengawal emosi, mengawal imbangan
air dalam tubuh, pusat kawalan suhu badan dan menghasilkan hormon.

You might also like