You are on page 1of 21

ermainan blok walaupun tidak secanggih permainan-permainan lain yang diiklankan di TV, tetapi sangat

sesuai untuk dijadikan alat bagi merangsang perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan. Blok yang
didatangkan dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna dapat dimanipulasikan oleh kanak-kanak dan
ibubapa bagi merangsang minda dan pembelajaran dari usia anak seawal peringkat bayi hingga ke tahap
persekolahan. Permainan yang juga begitu fleksibel ini membantu mengembangkan daya imiginasi
kanak-kanak apabila mereka dengan mudah dapat mempelbagaikan cara-cara bermain. Mereka bukan
setakat belajar membina, malah kanak-kanak akan memahami konsep keseimbangan, konsep
matematik, belajar mencipta sesuatu, belajar menyelesaikan masalah dan sebagainya.

Harga permainan blok bergantung kepada kualiti dan kuantiti. Semakin tinggi kualiti dan kuantiti,
semakin mahal harganya namun ia berbaloi untuk dibeli memandangkan permainan ini tahan lama,
boleh digunakan dari seorang anak ke seorang anak asalkan kita menjaganya dengan baik agar unit-unit
bloknya tidak hilang. Bagi keluarga yang kurang berkemampuan, terdapat blok yang agak murah
harganya.

Bagaimana Blok Membantu Merangsang Perkembangan Kanak-Kanak

Perkembangan Sosial

Permainan blok mendorong kanak-kanak berkawan dan bekerjasama di dalam sesuatu kumpulan.
Mungkin permainan blok ini merupakan pengalaman pertama kepada kanak-kanak yang masih kecil
barmainan dalam kumpulan sedangkan bagi kanak-kanak yang lebih besar, ia mendidik mereka
bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Perkembangan Fizikal

Permainan blok membantu perkembangan fizikal apabila kanak-kanak mengambil, menyusun dan
memadankan blok untuk membina sesuatu. Mereka membina kekuatan pada jari dan tangan serta
menambah daya koordinasi antara mata dan tangan.

Perkembangan Minda
Permainan blok membantu kanak-kanak belajar pelbagai konsep matematik seperti campur, tolak,
darab dan bahagi bagi kanak-kanak pra sekolah. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, mereka akan
mempelajari perbendaharaan kata seperti, warna, saiz, bentuk dan kedudukan. Bagi kanak-kanak
sekolah pula, mereka mempelajari konsep gravity, keseimbangan geometry dan sebagainya.

Perkembangan Kreatif

Permainan blok menyediakan peluang bagi kanak-kanak untuk membina sesuatu mengikut daya
imaginasi masing-masing. Kanak-kanak akan mendapat kepuasan dengan hasil ciptaan mereka. Bagi
menambah daya kereatif ini ibubapa hendaklah selalu bertanya dan meminta anak-anak menerangkan
atau menceritakan tentang ciptaan mereka.

Permainan Blok Mengikut Tahap Umur

Peringkat Bayi

Untuk bayi yang berumur di bawah 5 bulan (belum boleh duduk), blok yang paling sesuai ialah blok yang
besar, berwarna hitam dan putih dan diperbuat dari bahan yang agak ringan seperti plastik. Ibubapa
boleh tunjukkan blok ini kepada bayi untuk merangsang penglihatan. Sesetengah blok mempunyai bunyi
bila digoncang. Ini sesuai untuk merangsang pendengaran.

Apabila bayi berumur 7 - 8 bulan, sediakan blok yang berwarna terang, Ketika ini, ibubapa sudah boleh
mempelbagaikan aktiviti. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan bayi malah boleh
mengembangkan kosa kata bayi apabila ibubapa menerangkan aktiviti yang dilakukan seperti menyebut
pelbagai warna blok, bentuk, saiz, gambar-gambar yang terdapat pada blok, nombor dan sebagainya.
Apa yang penting ialah menggunakan permainan ini untuk menerangkan pelbagai perkara kepada bayi,

Selain dari itu, blok boleh digunakan untuk merangsang perkembangan fizikal. Letakkan blok yang
berwarna-warni jauh sedikit dari bayi dan biarkan bayi merangkak untuk mendapatkan blok-blok
tersebut. Ibubapa jugak boleh membina sesuatu dari blog dan membiarkan bayi meruntuhkan binaan
tersebut atau membantu bayi membalingkan blok tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti itu sebenarnya
membina kekuatan pada otot-otot dan fizikal bayi.
Peringkat toddler

Kanak-kanak yang berusia di antara 12 – 15 bulan biasanya lebih menggemari blok yang lembut ( sama
seperti bayi). Apabila berusia dalam lingkungan 15 bulan ke atas, ibubapa digalakkan memberi blok yang
diperbuat daripada kayu dan mempunyai nombor/huruf/gambar dipermukaannya. Blok kayu adalah
lebih baik daripada blok plastik kerana ia lebih berat dan mempunyai permukaan yang rata serta tahan
lebih lama. Ini memudahkan kanak-kanak membina sesuatu daripada blok tersebut. Ibubapa perlu
mempelbagaikan bentuk dan warna blok tetapi pada peringkat ini adalah lebih baik memilih saiz yang
agak besar kerana kanak-kanak pada tahap ini belum boleh mengendalikan blok yang bersaiz kecil. Di
antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan dengan blok ini ialah:-

- mengenalkan nombor/huruf/gambar. Perkenalkan satu atau dua huruf/nombor/gambar/ pada satu


masa

- mengangkut dan memunggah blok dengan truck mainan

- menyusun blok kemudian menggolekkan bola untuk meruntuhkan susunan blok tersebut

Peringkat Pra Sekolah

Kanak-kanak pra sekolah telah mampu mengendalikan blok-blok yang lebih kecil. Pada tahap ini, kanak-
kanak pra sekolah mempu membina sesuatu yang bermakna daripada blok tersebut seperti membina
masjid, hospital, rumah dan sebagainya. Ibubapa perlu menyimpan blok di tempat yang mudah dicapai
oleh kanak-kanak. Selain dari blok, ibubaoa digalakkan menyediakan permainan-permainan lain seperti
kereta mainan, binatang mainan dan sebagainya untuk digunakan oleh kanak-kanak ketika mereka
bermain blok. Semua ini akan meningkatkan daya imaginasi dan creativity mereka.

Peringkat Kanak-kanak Sekolah

Pada tahap kanak-kanak sekolah pula, mereka telah mampu membina sesuatu yang lebih canggih dan
kompleks daripada blok. Ibubapa perlu menyediakan blok yang lebih banyak dari segi kuantiti dengan
pelbagai bentuk, saiz dan warna agar imaginasi dan kreativiti mereka untuk membina sesuatu yang lebih
rumit tidak terbantut.

Sebagai kesimpulan, permainan blok merupakan satu permainan yang baik untuk perkembangan kanak-
kanak di semua peringkat dan tahap umur dari bayi hingga ke peringkat kanak-kanak sekolah.
Permainan blok banyak membantu perkembangan kanak-kanak secara holistik asal saja ibubapa
mengambil bahagian, memahami serta membeli peluang dan galakan kepada anak-anak mereka.
Tajuk 4

SOSIODRAMA

4.1 Sinopsis

Topik ini membincangkan tentang definisi permainan sosial, permainan sosio

dramatik dan drama kreatif.

4.2 Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui definisi permainan sosial dan permainan sosio dramatik.

2. Mengenal pasti tujuan permainan sosial dan permainan sosio dramatik.

4.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Organization Chart

4.4 Lakonan dan drama kreatif

Lakonan dan drama kreatif merupakan salah satu teknik dan alat bantu pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Lakonan dan “main peranan” ialah permainan di mana kanak-kanak bermain sebagai ibu,
bapa, kakak, abang, adik, doktor, polis, pelakon dan lain-lain dalam sesuatu peristiwa yang sesuai.
Kanak-kanak perlu bertutur atau melakonkan watak-watak berkenaan dalam satu situasi atau setting.
Teknik main peranan bertujuan untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan, menarik minat kanak-
kanak serta untuk membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Teknik main
peranan ini sering digunakan oleh guru dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

Tujuan teknik lakonan dan drama kreatif adalah untuk melatih kanak-kanak :

i) memperkembangkan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan

intonasi); dan

ii) bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, badan dan lain-lain)

dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Pendekatan dan aktiviti ini mampu mendorong kanak-kanak untuk menghubungkan perasaan mereka
dengan komponen yang dipelajari. Kanak-kanak juga bebas meluahkan emosi, membuat penemuan,
memberi dan berkongsi sesuatu.

4.4.1 Permainan sosial

Kanak-kanak dan main ibarat irama dan lagu. Kanak-kanak belajar melalui main kerana main adalah cara
paling asas untuk kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya. Main dapat menimbulkan
perasaan gembira kepada kanak-kanak. Permainan menggalakkan interaksi positif. Aktiviti bermain
mampu menyatukan kanak-kanak yang mempunyai pengalaman dan bakat atau potensi yang pelbagai.

Tujuan bermain di kalangan kanak-kanak adalah untuk membolehkan mereka:

(a) mempelajari peranan-peranan individu dewasa;


(b) menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta untuk mengurangkan

ketegangan dan menerima maklumat yang dapat membantu perkembangan.

Main sosial ialah situasi di mana kanak-kanak bermain

bersama dalam kumpulan atau dalam lingkungan kawasan

permainan secara sendirian atau berinteraksi dengan bahan.

Mengikut Parten (1932) terdapat enam jenis main sosial di kalangan kanak

kanak, antaranya ialah:

(i) Main “unoccupied” iaitu kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapapun

dan juga sebarang permainan. Mereka hanya berdiri atau duduk tanpa membuat sesuatu.

(ii) Main “solitary” (bersendirian) iaitu suatu permainan di mana kanak-kanak bermain seorang diri
tanpa menghiraukan rakan-rakan dan keadaan sekeliling.

(iii) Main “onlooker” (pemerhati) iaitu kanak-kanak memerhati dan melihat rakan-rakan bermain.
Mereka memberikan fokus kepada permainan kanak-kanak lain.

(iv) Main “parallel” iaitu kanak-kanak bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang
sama dengan rakan-rakan mereka.
(v) Main “associative” iaitu kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satu sama lain dengan bertanya
atau meminjam peralatan atau bahan, tetapi mereka tidak bermain bersama-sama.

(vi) Main “cooperative” iaitu kanak-kanak terlibat secara aktif sebagai satu kumpulan bermain bersama.
Permainan koperatif adalah hasil daripada organisasi guru.

Hampir semua kanak-kanak prasekolah bermain dengan rakan sebaya mereka. Namun, tahap
penyertaan sosial mereka adalah berbeza-beza. Mildred Parten (1932) menggariskan peringkat-
peringkat penyertaan sosial (permainan sosial) yang mana hampir kesemua kanak-kanak melaluinya
semasa berada dalam prasekolah. Jadual 4.1 menunjukkan peringkat-peringkat tersebut.

Jadual 4.1: Peringkat-peringkat Penyertaan Sosial Parten

Peringkat

Huraian

Tingkah laku – lapang

“unoccupied”

Tingkah laku - Pemerhati

“onlooker”
Main “parallel”

Main assosiatif

“associative”

Main koperatif

“cooperative”

Menunjukkan minat yang kurang terhadap

barang mainan, orang dan aktiviti yang

berlangsung berhampiran;

Menunjukkan minat terhadap rakan sebaya

dan memerhati aktiviti dengan teliti. Tetapi

mereka tidak menjalinkan hubungan sosial;

Menyertai aktiviti berhampiran rakan sebaya


yang lain, tetapi jarang bercakap atau

berinteraksi;

Bermain mengikut tema permainan individu

tetapi berinteraksi dengan kerap, bercakap

dengan rakan sebaya dan berkongsi bahan; dan

Menggunakan permainan yang dikongsi

dengan rakan sebaya; merancang, berunding

dan membezakan peranan dalam menuju

matlamat berkongsi.

Ringkasnya, menjalin perhubungan dengan orang lain, mempelajari bagaimana hidup dalam sempadan
jangkaan masyarakat dan menaksir kedudukan dalam sesuatu kumpulan merupakan tugas-tugas utama
dalam masa awal kanak-kanak.

Ia juga mencerminkan aspek-aspek perkembangan sosial kanak-kanak. Sejauh mana kanak-kanak dapat
menangkap, mentafsir dan bertindak balas terhadap pelbagai situasi sosial ialah ukuran kebolehan sosial
mereka. Justeru, guru dan ibu bapa boleh membantu kanak-kanak dalam memperoleh kemahiran sosial
dan juga berkawan.
Permainan sosio dramatik dan permainan fantasi adalah sebahagian daripada drama kreatif. Permainan
sosio dramatik juga dikatakan sebagai permainan dramatik. Permainan sosio dramatik adalah sejenis
drama yang dicipta.permainan sosio dramatik juga dikenali role playing.

Apa yang jelas, main sosio dramatik merujuk kepada permainan di mana kanak-kanak bermain sebagai
ibu, bapa, doktor, polis, penjahat dan sebagainya.Manakala main fantasi biasanya lebih merujuk kepada
cerita-cerita dongeng dan cerita-cerita kepahlawanan. Dalam permainan sosio dramatik, kanak-kanak
biasanya memberi peluang kepada rakan-rakan sebaya mereka untuk melakonkan pelbagai watak.
Permainan ini melibatkan peristiwa semasa yang benar dan realistik. Manakala permainan fantasi
melibatkan perkara yang tidak realistik dan fantasi. Dalam permainan sosio dramatik, tiada skrip
diberikan. Kanak-kanak akan diberikan dengan satu situasi yang telah diterangkan kepada mereka dan
mereka perlu menunjukkan tindak balas terhadap situasi tersebut dengan menganggap situasi itu adalah
benar-benar berlaku.

Kanak-kanak yang bermain sosio dramatik memerlukan kemahiran berunding atau berbincang apabila
mereka berhubung kerana ia dapat membantu kanak-kanak memahami konsep, peranan dan pekerjaan
yang sesuai untuk mereka. Peranan permainan sosio dramatik dalam pembelajaran kanak-kanak adalah
untuk memberi mereka:

Menganalisa sesuatu situasi;

Memilih alternatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah;

Menghadapi situasi-situasi tertentu; dan

Memahami tentang orang lain;

Melahirkan emosi; dan

Kemahiran berinteraksi dan mencipta.

Cara melaksanakan permainan sosio dramatik:


· Mengemukakan sesuatu masalah - guru akan bertanya kepada kanak-kanak apakah kegiatan yang ingin
mereka lakukan. Setiap kanak-kanak boleh mencadangkan misalnya, cadangan untuk bermain doktor-
doktor,main jual-beli, main masak-masak dan sebagainya;

· Melakonkan masalah - setelah kanak-kanak berunding dan menentukan mainan yang mereka pilih,
kanak-kanak akan memainkan peranan watak-watak yang terlibat dalam situasi yang dipilih; dan

· Membincangkan hasil aktiviti drama - setelah lakonan selesai, perbincangan diadakan dengan kanak-
kanak yang berada dalam kelas tersebut.

Permainan sosio dramatik ini biasanya dijalankan di pusat permainan. Pusat permainan sosio dramatik
biasanya dilengkapkan dengan prop atau persekitaran yang menyerupai keadaan sebenar sesuatu
pekerjaan yang menjadi minat kanak-kanak. Pusat permainan dramatik ini sentiasa perlu dikemaskinikan
sesuai dengan minat kanak-kanak.

4.4.3 Drama Kreatif

Drama kreatif adalah suatu proses spontan yang bertujuan untuk

menyampaikan mesej, emosi atau cerita dengan menggunakan

teknik-teknik drama.

Frasa “drama kreatif” ini memberikan makna yang berbeza-beza bagi setiap program dan sekolah.
Definisi dan panduan melaksanakan drama kreatif bergantung kepada matlamat program dan umur
kanak-kanak. Namun, kita akan mendapati bahawa perkataan-perkataan seperti berlakon, imaginasi dan
main sering disebut-sebut dalam mentafsirkan makna drama kreatif.

Drama kreatif merupakan medium bagi kanak-kanak untuk


meluahkan atau memperlihatkan diri mereka sendiri iaitu melalui

pergerakan, bahasa badan, bahasa (verbal) dan nonverbal

Teknik drama membentuk keadaan di mana kanak-kanak belajar dengan cara berinteraksi di antara satu
sama lain. Kanak-kanak bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi, berkongsi sesuatu
dan sebagainya. Melalui medium drama kreatif ini, kanak-kanak akan dapat berkomunikasi secara total.

... is concerned with the world of letÊs pretend; it asks the learner to project himself imaginatively into
another situation, outside the classroom, or into the skin and personal of another person”.

(Susan Holder, 1981)

Kaedah dan teknik drama kreatif di dalam bilik darjah bukan hanya mengajar kanak-kanak tentang
kemahiran bersosial, tetapi juga sikap terhadap masyarakat sekeliling. Kemahiran-kemahiran ini penting
dalam proses membentuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental dan emosi kanak-kanak
dalam menghadapi masa akan datang. Selain itu, drama kreatif juga menggalakkan kanak-kanak
berimaginasi dan bertindak secara spontan melalui aksi mereka. Bahan-bahan yang digunakan dalam
drama kreatif boleh merangsang imaginasi dan ekspresi diri mereka. Drama kreatif boleh dibahagikan
kepada empat kategori yang sama pentingnya iaitu:

i. Permainan dramatik

ii. Drama berpandu

iii. Boneka

iv. Sosio drama


“...... the use of drama as a teaching tool is not new, historically, both

drama and theatre have long been recognised as potent means of

education and indoctrinations”.

(Mc Caslin, 1984)

Drama kreatif dalam pendidikan awal kanak-kanak membolehkan kanak-kanak :

berlakon, beraksi, main peranan, mereka cipta, berimaginasi serta bersifat

fleksibel; dan

memberi tumpuan dan dalam masa yang sama meningkatkan keupayaan

berbahasa.

Rajah 4.1 menunjukkan kemahiran-kemahiran yang boleh dipupuk semasa

kanak-kanak melakukan atau memerhati aktiviti drama kreatif.

Rajah 4.1: Kemahiran-kemahiran yang boleh di pupuk semasa melakukan dan


memerhatikan drama kreatif

“ ...drama (kreatif) merupakan satu aktiviti yang memberi peluang kepada murid-murid belajar secara
bermain. Sesungguhnya belajar sambil bermain adalah satu konsep dalam alam pendidikan yang dapat
menggalakkan murid cenderung untuk belajar kerana pembelajaran menjadi menarik dan penuh bererti”

(Azman Wan Chik, 1981)

Bermain drama, bagi kanak-kanak bermakna, bermain dalam keadaan sebenar dengan tumpuan
perhatian pada perincian, masa dan tempat. Kanak-kanak akan berpuas hati dan yakin pada diri apabila
dapat melakukan dan mencapai kemahiran menerusi daya usaha sendiri. Guru pendidikan awal kanak-
kanak perlu memupuk nilai-nilai sosial yang sesuai dengan umur dan peringkat kefahaman yang pelbagai
supaya kanak-kanak dapat berinteraksi dan bersosial dengan orang lain.

Cuba baca bahan-bahan mengenai drama kreatif.

LATIHAN 1:

LATIHAN : Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru prasekolah untuk memupuk
kemahiran sosio drama kepada kanak-kanak prasekolah.

Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam folder anda.
LATIHAN 2:

Apakah yang dimaksudkan dengan

(a) sosio drama

(b) main peranan

(c) drama kreatif

(d) drama berpandu

Buatlah satu contoh aktiviti dengan kanak-kanak bagi dan sediakan

laporan. Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan

dalam folder anda.

Tajuk 5

SENI BONEKA

5.1 Sinopsis
Unit ini akan membincangkan secara mendalam apa yang dikatakan dengan seni boneka atau puppetry
dan bagaimana penggunaan boneka ini dapat disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak prasekolah.

5.2 Hasil Pembelajaran

1. Mentakrifkan definisi boneka

2. Menghuraikan jenis-jenis boneka yang boleh digunakan dalam pengajaran

dan pembelajaran di prasekolah.

5.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Organization Chart

5.4 Definisi Boneka

Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa yang perlu ada pada
sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-olah “hidup”. Boneka juga mempunyai
sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan watak-watak riang, sedih, marah dan lain-lain.

Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang
disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan
mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasanan yang lebih menyeronokkan dan
seterusnya memotivasikan pelajar.
Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk
haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu. Ketika boneka dimainkan
atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang
dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak.

5.5 Jenis-jenis Boneka

Terdapat pelbagai jenis boneka. Ini ditunjukkan dalam Rajah 5.1

Rajah 5.1: Jenis-jenis boneka

(a) Boneka Jari

Boneka jari atau lebih dikenali dengan finger puppets, merupakan boneka yang dimainkan oleh kanak-
kanak secara sendiri. Ia dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari dan
memainkan watak tersebut dengan cara dan gaya jari mereka.

Boneka tersebut boleh dibuat dari kertas yang dilukiskan wataknya, kecil bersaiz jari kanak-kanak,
diwarnakan dan kemudian digam keliling bentuk watak tersebut kecuali bahagian untuk dimasukkan jari;
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Boneka jari, menyeronokkan, pelbagai watak boleh dimainkan serentak.

(b) Boneka Tangan

Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal digunakan oleh
kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan pergelangan tangan mereka ke
dalam watak yang dilukis atau dibentuk (sila lihat Rajah 5.3).
Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stokin, sarung
tangan, beg kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak seperti kucing, tikus dan
sebagainya, boleh digunakan bekas telor, bekas dadih dan lain-lain supaya menarik.

Boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka, pergerakan mereka lebih bebas.

Rajah 5.3: Boneka tangan

(c) Boneka berbatang

Boneka berbatang atau stick puppets adalah sejenis boneka yang mudah digunakan oleh kanak-kanak.
Kepala watak-watak seperti tikus, gajah dan lain-lain akan dilekatkan pada hujung batang aiskrim atau
pada lidi sate dan kemudian bahagian badan watak turut dilekatkan pada bahagian bawah kepala
tersebut. Ini ditunjukkan di dalam Rajah 5.4.

Kanak-kanak lebih gemar menggunakan boneka jenis ini kerana tangan mereka bebas dan mereka hanya
perlu menghayun kayu pemegang mengikut sesuatu pergerakkan dan lebih fleksibel.

Rajah 5.4: Boneka berbatang

(d) Boneka tali

Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza dari segi saiz dan rupa bentuk. Ia lebih kompleks
kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikat dengan tali dan bagi tujuan pergerakkan. Bahagian
kaki dan tangan watak juga akan dibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan tali (sila lihat
Rajah 5.5).

Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang,
lompat dan mengelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa atau pun tali tangsi yang lebih
elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Boneka bertali, turut digunakan walaupun perlu
kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar masuk sesuatu watak.

Rajah 5.5: Boneka tali

(e) Shadow Pupppets

Shadow puppets, telah lama digunakan untuk persembahan bercerita, diikuti dengan nyanyian dan
tarian. Ia memerlukan ruang yang khas seperti skrin, watak-watak pula boleh menggunakan samada
boneka jari, tangan ataupun boneka yang menggunakan pemegang kayu (sila lihat Rajah 7.6).

Ia boleh juga berbentuk drama dan memerlukan lebih dari seorang kanak-kanak untuk memainkan
peranannya. Watak-watak yang dibentukkan juga perlu menarik seperti bentuk yang boleh digerak-
gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan tutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow puppet,
memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan pergerakkan watak-watak dalam sesuatu cerita.

Rajah 5.6: Shadow puppets

scan0021

Terdapat pelbagai jenis boneka sama ada jenis kaku atau boleh

bergerak. Bincangkan secara ringkas jenis-jenis boneka yang anda ketahui.

You might also like