You are on page 1of 3

MENU

TULIS.CO
WRITTEN BY SCHUERA

APRIL 20, 2018

PERSPECTIVE – DON’T LOSE HOPE


Selalu dengar orang kata, bila kita ditimpa ujian ni kita akan lebih dekat dengan Tuhan. Dan
sebagai seorang muslim, kita percaya kesusahan yang menimpa kita adalah tanda kasih sayang
Tuhan kepada kita. Sebagai ujian untuk menentukan tahap keimanan kita.

Tapi bagaimana dengan orang yang bila dia susah dia jadi lebih jauh dari tuhan? Lagi lah dia nak
salahkan tuhan atas segala yang terjadi, sampaikan rasa hidup ni dah takde purpose dan dia rasa
dia sebenarnya tak patut dilahirkan pun atas muka bumi ni.

Sebenarnya the answer lies in the first paragraph. Betul lah tu, ujian ni sebenarnya mendekatkan
kita kepada tuhan. Bila semua benda kita buat dalam hidup ni gagal, bila semua orang yang rapat
dengan kita perlahan perlahan tinggalkan kita dan menjauh, tuhan sentiasa ada dan tak pernah
pergi. Dia sentiasa mendengar rintihan hati dan memerhati segala apa yang terjadi.

Tuhan menawarkan harapan kepada orang orang yang merasakan tiada gunanya lagi dia hidup
kat dunia ni. Bak kata Mat Lutfi dalam video dia yang boleh tahan popular jugak lah (Sebelah
Sayap), “Kalau agama tidak memberi harapan, itu bukan dari tuhan.”

Sentiasalah berharap dengan Tuhan. Jangan lah kita sekali kali berputus asa kerana tuhan itu
sentiasa ada dan tempat untuk kita bergantung harap. Biar lah orang lain nak kata ‘hm dah susah
baru nak cari tuhan’ tak usah layan sangat orang cakap macam tu, sebaliknya kita patut bersyukur
kita ingat tuhan waktu susah, kalau susah pun kita taknak dekatkan diri dengan Tuhan, tidak hairan
lah kenapa hari demi hari semua perkara menyesakkan dada dan pemikiran kita.

PIN ! 2
PENULIS

LATEST POSTS

   

Blackout Jangan degil Pukul 12 pagi.


December 28, 2015 May 9, 2016 June 1, 2016
Similar post Similar post In "Poetry/Puisi"

POSTED IN DAN LAIN-LAIN.

LEAVE A REPLY

PREVIOUS POST

NEXT POST

You might also like