You are on page 1of 5

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR

UWS 10202

HUBUNGAN ETNIK

SEKSYEN 4

SEM 1 16/17

TUGASAN INDIVIDU

NAMA PENSYARAH : DR KHAIROL ANUAR BIN KAMRI

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HAFIZ BIN JAMALUDDIN

KAD MATRIK : DF150052


Aktiviti 1: Refleksi Diri

MUHAMMAD HAFIZ BIN JAMALUDDIN


DF150052
DR KHAIROL ANUAR BIN KAMRI
UTHM

Malaysia merupakan salah satu negara yang unik di dunia ini kerana percampuran pelbagai etnik seperti
Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan lain lagi. Percampuran pelbagai etnik mewujudkan pelbagai budaya,
adat, pakaian, dan mengikut etnik masing-masing. Pengalaman saya hidup dalam pelbagai etnik ialah
percampuran budaya etnik. Musim perayaan etnik-etnik seperti Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun baru Cina dan
lain lagi, bukan sahaja etnik tertentu sahaja yang dijemput malahan etnik-etnik lain juga dijemput. Saya dan
keluarga tidak melepaskan peluang untuk merasai perayaan etnik lain. Dengan aktiviti seperti ini, saya dapat
mengenal makanan, pemakaian, pergaulan sesuatu etnik. Saya juga menjemput etnik lain untuk menghadiri
rumah terbuka yang diadakan di rumah supaya etnik lain juga boleh merasai makanan, budaya etnik Melayu.
Perkongsian budaya dan etnik ini akan mewujudkan perpaduan antara etnik dan juga menguatkan perpaduan
yang telah diwujudkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Hussein Onn. Tanpa perjuangan beliau negara tidak
akan mencapai kemerdekaan yang kita rasai selama ini. Generasi akan datang perlu dibentuk untuk
menghormati sesama individu, masyarakat dan negara supaya kemerdekaan ini dapat dikekalkan.
Aktivti 2: Kuiz
Aktiviti 4: Perbincangan

MUHAMMAD HAFIZ BIN JAMALUDDIN


DF150052
SEKSYEN 4
DR KHAIROL ANUAR BIN KAMRI
UTHM

Perpaduan dalam kepelbagai mengikut pendapat saya ialah etnik yang pelbagai dapat
disatukan di dalam sesuatu negara. Manakala kesepaduan sosial ialah aktiviti sosial yang dapat
menyatupadukan pelbagai etnik.
Perpaduan dalam kepelbagaian ialah proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap angota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama sert memiliki
perasaan cinta dan bangga kepada tanah air. Perpaduan dalam kepelbagaian dapat diklasifikasikan
kepada dua bahagian iaitu psikologi sosial dan antropologi sosiologi. Psikologi sosial ini
merupakan kesepaduan antara etnik melalui aktiviti sosial seperti pergaulan, percampuran antara
etnik. Aktiviti antara sosial dapat mewujudkan perpaduan buktinya dapat kita lihat pada masa
sekarang dengan pencampuran antara etnik dalam sesuatu kumpulan seperti kumpulan di dalam
kelas, berkongsi meja makan dan lain lagi. Antropologi sosiologi ini ialah pengetahuan
kemasyarakatan yang tersusun dari hasil pemikiran ilmiah dan dapat dikawal secara kritis oleh
orang lain. Pembatasan antara masyarakat mungkin melibatkan upacara keagamaan dan pantang
larang. Sesuatu etnik mempraktis agama masing-masing yang menjadi pegangan individu untuk
tidak melakukan perkara yang dilarang agama.

Kesepaduan sosial ialah fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadapat
perpaduan. Kesepaduan sosial yang dinikmati sekarang merupakan proses yang panjang dan
berterusan sejak wujudnya interaksi antara pelbagai etnik. Jalinan hubungan sosial secara
berterusan terbina dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia merntas etnik, agama, budaya
dan bahasa menerusi interaksi sesama etnik. Interaksi dan hubungan antara masyarakat di negara
ini melengkapi dan saling bergantungan dalam jalinan rantaian.

Kesepakatan antara etnik dapat dicapat melalui pelbagai cara dan kaedah. Pihak yang
berwajib perlu terlibat dalam menyediakan pemikiran masyarkat ke arah Transformasi Negara
2050. Namun, pelbagai aktiviti diwujudkan jika tanpa penglibatan individu, kesepakatan sukar
dicapai. Perpaduan ini dapat dicapai dengan kerjasama seluruh individu untuk memacu negara dan
generasi akan datang.

You might also like