You are on page 1of 1

Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka

1. Pengenalan
 Membina sebuah negara dan bangsa yang merdeka ;dan berdaulat adalah sukar.
 British telah memberikan latihan untuk mentadbir negara.
 kepada penduduk tempatan supaya mampu berkerajaan sendiri.
 Latihan dijalankan oleh pihak British beberapa tahun sebelum negara mencapai
kemerdekaan.
 Usaha tersebut membolehkan negara mencapai kemerdekaan rasmi pada 31 Ogos
1957 tanpa pertumpahan darah.

2. Sistem Ahli dan cirri-ciri Sistem Ahli


 Sistem Ahli merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain.
 Untuk menerajui pentadbiran Tanah Melayu.
 Idea penubuhannya dicadangkan oleh Dato Onn Jaafar.
 dalam perbincangannya dengan Sir Henry Gurney di Kuala Lumpur.
 Sir Henry Gurney mencadangkan supaya model negara Kenya dan Rhodesia Utara
dilaksanakan di Tanah Melayu.
 Cadangan ini adalah selaras dengan hasrat British.
 untuk menjalankan dasar dekolonialisasi
 Pihak British berpendapat Sistem Ahli akan mengurangkan tekanan daripada pihak
Parti Komunis Malaya.
 Pada bulan Februari 1950, Sistem Ahli telah dibincangkan.
 Sebelum ini dikenali sebagai Durbar.
 Pada bulan Julai 1950, satu rundingan telah diadakan di King’s House,Kuala Lumpur.
 antara Pihak British dengan wakil penduduk Tanah Melayu.
 Sir Henry Gurney telah menjemput Dato Onn Jaafar (Yang Dipertuan UMNO)
 Dato Hamzah Abdullah (Menteri Besar Selangor)
 Raja Uda/Dato Nik Ahmad Kamil (wakil UMNO dan orang Melayu)
 Dato EEC Thuraisingam (Wakil orang India)
 Encik Yong Shook Lin/Dr Lee Tiang Keng(wakil orang Cina
 Mereka bersetuju dengan pendekatan Sistem Ahli.

Ciri-ciri
 Sistem Ahli dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955.
 iaitu sebelum pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dijalankan pada
bulan Julai 1955.
 Satu sistem kabinet bayangan.
 Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British .
 dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
 Sistem Ahli terdiri daripada Sembilan orang anggota
 iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu (tiga orang Melayu,seorang Cina dan
seorang India)
 dan empat orang pegawai British.
 Ahli-ahlinya diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

You might also like