You are on page 1of 2

1 MALAYSIA , CINTAI NEGARA KITA

Kalau kita satukan kekuatan kita, satukan peranan dan hala tuju kita, maka,
ia akan menjadi satu kekuatan dalam proses membina sebuah negara maju
yang kita cintai.

Kata-kata yang amat bermakna daripada pemimpin nombor 1 negara,


Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak, yang merupakan nadi
pembentuk slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, panel juri penjunjung kesaksamaan,


kelompok pendidik bestari dan hadirin pendengar yang dikasihi, dekat di
hati.

salam 1 Malaysia, berbungakan kemesraan.

Arena pada hari ini, saya warnai dengan syarahan yang berjudul 1 Malaysia
, Cintai Negara Kita.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, cinta didefininasikan sebagai


perasaan yang amat sayang kepada negara, orang tua, kebebasan dan lain-
lain. Negara pula merupakan sebuah kawasan di bawah kekuasaan
kerajaan tertentu. Lalu saya simpulkan frasa 1 Malaysia, cintai negara kita
iaitu semua kaum di Malaysia menyayangi negara di bawah satu kerajaan
yang memerintah.

Hadirin-hadirat sekalian,

Bermula daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,


perancangan ke arah konsep perpaduan sebuah negara bangsa yang dinamik
telah dirangka, dan kini, konsep perpaduan terus diperhalusi oleh Perdana
Menteri yang keenam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di bawah
gagasan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Pembentukan semangat perpaduan yang utuh, menjadi tonggak
keharmonian penduduk yang berbilang kaum di Malaysia. Hari ini dapat
kita lihat dalam istilah nasional kebangsaan menyatakan bahawa hubungan
perpaduan yang erat dan harmoni antara kaum merupakan rencana
kemajuan negara. Kini, Malaysia telah menjadi contoh kepada negara-
negara lain. Oleh itu warga 1 Malaysia, cintailah negara perpaduan kita ini.

Hadirin yang dihormati,

Dulu kita di sawah. Dulu kita di ladang. Dulu kita nelayan kecil di lautan
luas. Kini, anak Malaysia sudah sampai ke angkasa lepas. Pelbagai
kemudahan pendidikan diberi keutamaan untuk rakyat 1 Malaysia. Institusi
pendidikan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan ilmu,
lahirlah anak bangsa Malaysia yang berdaya maju.

Kereta Nasional meluncur laju di jalan raya. Daripada kereta Proton Saga
hinggalah kereta Proton Iris menembusi pasaran antarabangsa. Inilah
hasilnya melalui pendidikan yang bertaraf dunia, di negara yang kita cintai.
1 Malaysia, cintailah negara kita.
Hadirin yang dikasihi,

Ekonomi negara terus berkembang di bawah pimpinan Perdana Menteri


keenam yang kita sanjungi. Unjuran indeks keluaran dalam negara kasar
melonjak kepada 5.9% pada tahun ini. Perancangan bersepadu dengan
pengistiharan Wilayah Pembangunan Iskandar melonjakkan saham negara.
Sektor pembuatan dan perladangan menjadi penyumbang utama. Oleh itu
pertumbuhan ekonomi yang mampat melebarluaskan peluang pekerjaan
kepada rakyat semua kerana, model ekonomi baru ialah kualiti pelaburan
dan rakyat bersesuaian dengan slogan pemimpin kita, Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan. Taraf hidup selesa kita nikmati bersama.
Alhamdulillah, warga 1 Malaysia, marilah sama sama cintai negara kita.

Rumusannya, ayuh warga bumi bertuah, mari melangkah seiring,


berganding bahu bersama pemimpin kita memartabatkan konsep 1
Malaysia, cintai negara kerana perpaduan masyarakat yang unggul, kerana
pendidikan yang bertaraf dunia dan kerana kemantapan ekonominya.

Kalau cemerlang, biar tiada tembok penghalang. Kalau gemilang, biar


tiada batu penghadang. Andai terbilang, biar jangan calang calang. Sekian
terima kasih.