You are on page 1of 8

Tajuk : Amali 1-Mengkaji Awan dan Cuaca

Pengenalan:

Rajah 1. Proses pembentukan awan

Awan merupakan titisan air yang sangat halus berdiameter 0.02 mm-0.06 mm serta
terapung di udara. Udara mengandungi wap air. Apabila wap air ini meluap menjadi titisan
air maka awan akan terbentuk. Awan terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat
beku yang menyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera. Troposfera adalah tempat
berlakunya pembentukan awan pada bahagian bawah atmosfera. Hampir keseluruhan awan
terbentuk di bahagian tersebut.

Apabila wap air ini meluap menjadi titisan air maka awan akan terbentuk. Pelwapan
ini boleh berlaku dengan dua cara. Yang pertama, udara panas mengandungi lebih banyak
wap air kerana air lebih cepat menyejat. Justeru, udara panas yang sarat dengan air ini akan
naik tinggi sehingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah. Wap itu akan
mencair dan terbentuklah awan iaitu molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.
Yang kedua, suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara
semakin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air. Hal ini menyumbang kepada
pembentukan awan.

Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar
dan awan itu akan menjadi semakin berat dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya
ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan
turunlah hujan. Tetapi jikan titik-titik itu bertemu dengan udara panas, titik-titik itu akan
mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan awan selalu berubah-ubah
bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah
juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan.

Rajah 2. Contoh jenis-jenis awan di troposfera

Jenis-jenis awan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan


awan tinggi, kumpulan awan pertegahan dan kumpulan awan rendah. Bagi kelompok awan
peringkat tinggi, jenis awan ini terletak pada ketinggian yang beragam. Di kawasan tropis,
awan tersebut terletak pada ketinggian 6-18 km, di kawasan iklim sedang awan tersebut
terletak pada ketinggian 5-13 km, sedangkan pada kawasan kutub terletak di 3-8 km.
Contoh awan peringkat tinggi termasuklah Awan Sirus, Awan Sirokumulus dan Awan
Sirostratus. Awan Sirus kelihatan halus, berstruktur seperti serat dan juga bentuknya mirip
seperti bulu burung. Awan tersebut tidak menimbulkan hujan. Awan Sirostratus pula
berbentuk seperti kelembu putih yang halus serta rata menutup seluruh langit sehingga
tampak sangat cerah. Awan ini akan menimbulkan hallo(lingkaran yang bulat) yang
menyelimuti matahari serta bulan yang biasanya terjadi pada musim kemarau. Manakala
bentuk Awan Sirokumulus seperti terputus-putus dan juga penuh dengan kristal es sehingga
bentuknya itu seperti sekelompok domba serta juga sering menimbulkan bayangan.

Bagi kelompok awan peringkat pertengahan, di kawasan tropis awan tersebut


terletak pada ketinggian 2-8 km, di kawasan iklim sedang terletak pada ketinggian 2-7 km,
sedangkan di kawasan kutub terletak pada ketinggian 2-4 km. Contoh awan peringkat
pertengahan termasuklah Awan Altokumulus dan Altrostratus. Bagi Awan Altokumulus,
awan ini kecil-kecil, namun tetapi jumlahnya banyak dan bentuknya seperti bola yang agak
tebal. Awan Altostratus pula berwarna kekelabuan dan juga meliputi hampir keseluruhan
langit. Awan ini akan menghasilkan hujan jika cukup tebal. Awan Altostratus terbentuk pada
waktu senja dan malam hari serta menghilang jika matahari terbit di awal pagi.

Awan peringkat rendah pula terletak di ketinggian kurang dari 3 kilometer. Contoh
awan peringkat rendah termsuklah Awan Stratokumulus, Stratus, Nimbostratus, Kumulus
dan Kumulonimbus. Awan Stratokumulus merupakan awan yang berbentuk bola dan
memiliki lapisan tipis yang sering menutupi langit sehingga tampak seperti gelombang lautan.
Awan ini merupakan jenis yang tidak menimbulkan hujan. Awan Stratus ialah awan yang
terpecah-pecah dan tipis, dapat berbentuk lembaran atau lapisan. Awan NimboStratus
merupakan awan yang bentuknya tidak menentu, tepinya compang-camping tak beraturan
dan berwarna putih kegelapan serta penyebarannya cukup luas. Awan ini menimbulkan
hujan gerimis.

Tujuan :

Untuk mengkaji hubungan dengan jenis awan dengan cuacanya.

Prosedur Amali:

1. Sebelum pemerhatian awan dilakukan, maklumat yang berkaitan dengan awan telah

didapatkan melalui rujukan buku-buku teks, internet serta bahan rujukan lain dan

dikumpulkan sebagai rujukan amali.

2. Lokasi yang sesuai telah dipilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap jenis-jenis awan

yang terbentuk.
3. Gambar pemerhatian awan diambil menggunakan kamera.

4. Pemerhatian awan direkodkan. Rekod pemerhatian termasuklah perubahan cuaca pada

hari tersebut samada hujan atau tidak.

5. Data yang dikumpulkan dianalisis dan ditafsirkan.

6. Semua pemerhatian telah dicatatkan dalam satu jadual.

Pemerhatian:

Bil. Gambar Awan Data dan maklumat


Jenis: Awan Peringkat Pertengahan
Nama : Altokumulus
Cuaca: cerah
Keadaan awan:
Memiliki bentuk mirip dengan awan
1. Sirokumulus, akan tetapi bulatan
awan altokumulus lebih luas,
berupa awan yang berbentuk
bulatan atau bergulung-gulung
seperti bola-bola kapas yang
menyebar teratur.

Jenis: Awan rendah


Nama awan: Kumulus
Cuaca: Cerah
Keadaan awan:
Bentuknya bergumpal-gumpal.
2. Kumulus dapat sendiri atau
berkumpul dalam satu kelompok
Jenis: Awan Pertengahan
Nama : Nimbostratus
Cuaca: Mendung
Keadaan awan:
3. Awannya tebal, bentuk tidak
beraturan serta memiliki warna
putih menuju abu-abu gelap. Awan
Nimbrostratus merupakan awan
yang dapat menghasilkan hujan.

Jenis : Awan Tinggi


Nama : Sirus
Cuaca : Cerah
Keadaan awan: Awan ini halus,
struktur berserat, tampak seperti
4. bulu ayam, sering tersusun sebagai
pita yang melengkung, berwarna
putih, tidak menimbulkan hujan.

Perbincangan:

Berdasarkan hasil pemerhatian, saya mengetahui bahawa awan Altokumulus


tergolong dalam kumpulan awan pertengahan. Kumpulan awan pertengahan berada pada
ketinggian 2000 hingga 5000 meter. Awan Altokumulus berwarna kelabu atau putih dilihat
pada waktu senja. Awan ini kecil-kecil, tapi jumlahnya banyak. Cuaca pada masa itu cerah
dan panas.

Awan Kumulus merupakan kumpulan awan rendah yang menegak. . Kumpulan awan
rendah berada pada ketinggian kurang daripada 2000 meter. Awan ini merupakan awan
yang tebal dan tumpat. Awan kumulus ini merupakan awan yang berkepul-kepul warna putih
kapas. Awan ini menggambarkan keadaan cuaca yang cerah dan baik.
Awan Nimbostratus merupakan awan peringkat rendah. Awan Nimbostratus
merupakan awan yang bentuknya tidak menentu, tepinya compang-camping tak beraturan
dan berwarna putih kegelapan serta penyebarannya cukup luas. Awan ini menimbulkan
hujan gerimis. Awan tumpat, tebal dan rendah.

Awan Sirus tergolong kepada kumpulan awan peringkat tinggi. Kumpulan awan
tinggi adalah awan yang berada pada ketinggian yang melebihi 6000 m. Awan Sirus halus
dan berstruktur seperti serat dan bentuknya mirip bulu burung. Awan ini terdiri daripada
halbor air yang terjadi disebabkan suhu terlalu dingin pada atmosfer. Awan ini tidak
menimbulkan hujan dan cuacanya cerah.

. Awan sangat penting untuk sistem atmosfera bumi. Awan yang pelbagai bentuk dan
jenis yang boleh kita perhatikan dilangit saban hari amat berguna dalam mengatur
keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar infra-merah bumi. Awan juga
membolehkan kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya, awan Kumulus
dapat menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera. Tambahan pula,
awan dapat membantu mengagihkan semula haba tambahan dari Khatulistiwa ke kawasan
kutub. Awan juga diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dimana ianya amat penting
dalam kitaran hidrologi.

Berdasarkan amali ini, saya dapat mengenal pasti kepentingannya dalam kehidupan
seharian. Melalui perubahan bentuk dan jenis awan, manusia dapat meramal keadaan
cuaca sehingga dalam tempoh seminggu akan datang. Apabila pihak berkenaan dapat
membuat ramalan cuaca, mereka akan bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat
kepada orang ramai. Melalui maklumat yang disampaikan, manusia dapat merancang aktiviti
kehidupan seharian agar faktor cuaca tidak menjadi penghalang untuk meneruskan aktiviti.
Ramalan cuaca bukan sahaja penting kepada masyarakat di sesebuah tempat, tetapi juga
memberi kemudahan kepada sektor penerbangan, industri cari gali, perkapalan, ketenteraan
termasuk marin dan tentera udara. Tambahan lagi, dengan ramalan cuaca, pihak berwajib
dapat mengeluarkan amaran berjaga-jaga lebih awal kepada masyarakat sekiranya bencana
alam seperti banjir kilat dijangka akan berlaku.

Di samping itu, perubahan bentuk dan jenis awan dapat membantu para nelayan
untuk meramalkan kesesuaian cuaca pada hari itu untuk ke laut. Ini akan dapat
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan juga dapat membantu dari sudut
ekonomi nelayan dengan membantu mereka untuk mendapat hasil tangkapan yang lumayan
kerana ianya juga sedikit sebanyak bergantung kepada cahaya.
Awan juga memberi kesan kepada iklim dan pada masa yang sama, iklim juga
memberi impak kepada awan. Hubungan ini mewujudkan satu sistem tindak balas iklim
yang rumit, di mana awan mengubah radiasi dan keseimbangan air bumi. Kehadiran awan
boleh menyejukkan permukaan bumi dengan memantulkan cahaya matahari yang masuk ke
permukaan bumi. Dengan ini, sinaran matahari yang mengenai permukaan bumi akan
berkurangan dan ini dapat menurunkan suhu persekitaran

Secara keseluruhannya, hasil yang diperoleh daripada pemerhatian ini telah


menunjukkan pembentukan awan merupakan antara faktor yang mempengaruhi cuaca
selain daripada suhu, kelembapan, hujan, angin dan sebagainya.

Kesimpulan:

Hipotesis diterima. Bentuk dan jenis awan mempengaruhi cuaca persekitaran. Pembentukan
awan dan pengenalpastian jenis awan merupakan salah satu faktor utama yang diambil kira
untuk membuat ramalan cuaca.
Rujukan

Lutgens,F.K.,Tarbuck,E.J. (2005). Foundations of Earth Science 4th Edition. New Jersey:


Pearson Prentice Hill.

Seed, M.A. (2007). Foundation of Astronomy 9th Edition.Belmont:Thomson.

Broadfoot, J.B (2004). Weather and Climate. Brisbane:QUT.

Pengertian dan Jenis-jenis Awan. (n.d.). Diperoleh dari


http://www.softilmu.com/2013/07/pengertian-dan-macam-macam-awan.html

Anonymous. (2016). 10 Jenis Jenis Awan. Diperoleh dari


http://www.markijar.com/2016/08/10-jenis-jenis-awan-lengkap-pengertian.html

Pengertian Awan dan Jenis-jenis Awan. (n.d.). Diperoleh dari


http://www.gurupendidikan.com/pengertian-awan-dan-jenis-jenis-awan/

You might also like