You are on page 1of 3

UCAPAN ALU-ALUAN

PENGERUSI NEKMAT SEMPENA


MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NEKMAT 2013

Yang Berbahagia saudara/I pengacara majlis

Yang Berhormat Dato’Sri Ismail Sabri bin Yaakob


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Yang Berhormat Dato’ Tajuddin bin Abdul Rahman


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Yang Berbahagia Dato’ Mohd Hashim bin Abdullah


Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Yang Berhormat Dato’ Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim


Pengerusi LKIM

Yang Hormat Dato’ Haji Mohad Khazin bin Hamzah


Ketua Pengarah LKIM

Yang Berbahagia Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood


Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia

Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Ketua-Ketua


Jabatan, Dif-Dif Kehormat

Agensi-Agensi Kerajaan, Pegawai-Pegawai LKIM, wakil-wakil syarikat korporat

Ahli Lembaga Pengarah NEKMAT, Pengerusi-Pengerusi Persatuan Nelayan


Negeri dan Kawasan, Para Perwakilan, Tuan-Tuan dan hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian

Asslamualaikum W.B.T dan salam sejahtera

1
Alhamdulilah, dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan Izin
NYA kita diberi kesempatan untuk berkumpul kesekian kalinya dalam Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NEKMAT bagi tahun 2013. Sama-
samalah kita berdoa agar pertemuan kita pada kali ini sentiasa diberkati dan
mendapat perlindungan dari NYA.

Di kesempatan awal ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan


ribuan terima kasih dan selamat datang kepada Yang Berhormat Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di atas kesudian
untuk hadir serta merasmikan Mesyuarat Agung NEKMAT pada tahun ini,
seterusnya tidak lupa juga kepada Yang Berhormat Datuk Tajuddin Abdul
Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berhormat
dan Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Dif-Dif Kehormat, Ketua Ketua Jabatan,
Pegawai-Pegawai LKIM, Pengerusi PNN dan PNK, pemimpin masyarakat
nelayan, para perwakilan serta hadirin sekalian.

Yang Berhormat Datuk, Hadirin yang dihormati


Mesyuarat Agung Tahunan NEKMAT pada tahun ini ada sedikit kelainannya,
biasanya kita berhimpun di Kuala Lumpur tetapi pada tahun ini kita mengubah
angin dengan berkumpul di Johor. Selaku Pengerusi NEKMAT saya
mengucapkan selamat datang ke Negeri Johor kepada semua perwakilan yang
hadir.

Yang Berhormat Datuk, Hadirin yang dihormati


Kami warga nelayan ingi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak
Kerajaan Malaysia, khususnya kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani di atas bantuan yang diberikan kepada masyarakat nelayan di
seluruh negara. Kami amat berharap agar bantuan seperti elaun sara hidup
nelayan, insentif tangkapan dan diesel bersubsidi kepada nelayan dapat

2
diteruskan lagi memandangkan golongan nelayan amat memerlukan lagi
bantuan tersebut.

Yang Berhormat Datuk, Hadirin yang dihormati


Untuk makluman semua hadirin semua, pada hari ini juga akan diadakan
penyampaian Anugerah kepada anak-anak nelayan yang cemerlang dari segi
akademik seramai 20 orang serta penyerahan sumbangan kepada Yayasan
Nelayan Malaysia (YANEM) yang ditubuhkan oleh NEKMAT dalam menbantu hal
ehwal sosial masyarakat nelayan. Saya dimaklumkan sebanyak 6 penyumbang
utama bagi tabung YANEM pada tahun ini yang mana sumbangan terbesar
adalah daripada LKIM yang mana wang tersebut adalah hasil daripada kutipan
caj.

Yang Berhormat Datuk, Hadirin yang dihormati


Akhir kata, saya berharap agar semua Persatuan Nelayan dapat meningkatkan
prestasi dan imej masing-masing agar Persatuan Nelayan lebih dikenali dengan
fokusnya untuk membantu masyarakat nelayan. Persatuan Nelayan juga perlu
meyakinkan ahli-ahlinya untuk manambahkan saham mereka dalam Persatuan
Nelayan yang mana akan memudahkan pengurusan Persatuan Nelayan
tersebut.

Diharap saudara saudari akan terus bersama Persatuan Nelayan dalam usaha
kita mencorakkan sektor perikanan ke arah yang lebih moden dan berdaya
saing. Dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri
Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kerana sudi ke
majlis ini dan merasmikan Mesyuarat Agung NEKMAT kali ke 28 ini.

Sekian, terima kasih.

You might also like