You are on page 1of 5

PERATURAN PERTANDINGAN 2017

BERPASUKAN KEBANGSAAN CAMPURAN ANTARA NEGERI


BAWAH 18 TAHUN

1. PENDAHULUAN

1.1. Keseluruhan pengelolaan pertandingan ini adalah di bawah bidang


kuasa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan kerjasama ahli-ahli
BAM

2. VENUE PERTANDINGAN

2.1. Ahli yang yang dilantik untuk mengelola Kejohanan akan menentukan
venue pertandingan

3. TARIKH PERTANDINGAN

3.1. Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Badminton Malaysia akan


menentukan tarikh pertandingan dengan kerjasama Ahli yang yang
dilantik untuk mengelola Kejohanan

4. PERATURAN AM

4.1. Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan


Badminton Dunia (BWF) dan Peraturan-Peraturan yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Badminton Malaysia

5. KELAYAKAN

5.1. Status negeri yang diwakili oleh seseorang pemain tertakluk kepada
kretaria berikut:

5.1.1. Tempat pemain tersebut bersekolah


5.1.2. Tempat pemain tersebut bermastautin
5.1.3. Tempat pemain tersebut bekerja

6. PENDAFTARAN PEMAIN/PEGAWAI

6.1. Setiap pasukan boleh mendaftar bilangan peserta seperti berikut:-

Kumpulan Bawah 18 tahun


Lelaki 8 pemain
Wanita 8 pemain

__________________________
Persatuan Badminton Malaysia
Kemaskini: 17 Januari 2016 [NJIST (2) 1-5]
6.1 Setiap pasukan boleh mendaftar pegawai-pegawai seperti berikut:

 Seorang Pengurus
 3 orang Jurulatih / pengiring

6.2 Penyertaan dibenarkan hanya kepada pemain-pemain berdaftar dengan


BAM sahaja.

6.3 Pemain-pemain dari Pusat Latihan Nasional dihadkan mengambil bahagian


dalam satu (1) acara sahaja dalam setiap Tie.

6.4 Pemain Pusat Latihan Nasional dikategorikan sebagai pemain yang,

6.4.1 Telah penyertai Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan komanwel, Sukan
Olimpik, Kejohanan Dunia, Piala Sudirman, dan Piala Thomas dan
Uber
6.4.2 Telah menyertai Kejohanan Remaja Dunia, Kejohanan Remaja
Asia, Remaja Ollimpik
6.4.3 Pemain 13 tahun keatas pada 1 Januari pada tahun pertandingan
yang telah menyertai Pusat Latihan National lebih dari 1 tahun
6.4.4 Pemain Nasional yang telah keluar daripada Pusat Latihan
Nasional tidak melebihi 1 tahun.

6.5 Lain lain pemain selain yang disebut dalam 6.4 boleh mengambil
bahagian maksimum dalam DUA acara sahaja dalam setiap Tie.

7. FORMAT PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan berpasukan ini mengandungi 7 perlawanan seperti


berikut:

 2 perlawanan Perseorangan Lelaki


 2 perlawanan perseorangan wanita
 1 perlawanan beregu lelaki
 1 perlawanan beregu wanita
 1 perlawanan beregu campuran

7.2 Pertandingan ini akan dijalankan dalam 2 peringkat:

7.2.1 peringkat liga


7.2.2 peringkat Kalah keluar

7.3 Kiraan mata bagi setiap acara adalah 21 mata terbaik 3 game

7.4 Semua pemenang kumpulan akan bertanding secara liga untuk menentukan
Johan dan Naib Johan.

__________________________
Persatuan Badminton Malaysia
Kemaskini: 17 Januari 2016 [NJIST (2) 2-5]
7.5 Pasukan akan diundi masuk dalam kumpulan dan peringkat kalah keluar.

8. UNDIAN

8.1 Seeding akan ditentukan oleh keputusan tahun lepas daripada empat
tempat yang terbaik

8.2 Undian akan dibuat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum


pertandingan dimulakan oleh Jawatankuasa Pertandingan dengan
kerjasama Referi Pertandingan.

9. PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL

9.1 BAM akan melantik Referi dan Timbalan Referi.

9.2 Lain -lain pegawai akan disediakan oleh Ahli yang yang dilantik untuk
mengelola Kejohanan.

10. SISTEM PERTANDINGAN.

10.1 Di mana penyertaan terdiri daripada 12 pasukan atau lebih Pertandingan


peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam (4)
empat kumpulan “A”,“B”,“C” dan “D”.

10.1.1 Keempat-empat pasukan yang berjaya ke peringkat separuh


akhir di Kejohanan Kebangsaan berpasukan antara negeri bawah
18 tahun pada tahun lepas akan menjadi pasukan pilihan atau
“Seeded”.
10.1.2 Pasukan Johan akan dimasukkan ke dalam kumpulan A, pasukan
naib johan akan mengetuai kumpulan B, pasukan tempat ketiga
akan dimasukkan ke dalam kumpulan C, dan pasukan tempat
keempat akan dimasukkan ke dalam kumpulan D.
10.1.3 Pasukan-pasukan yang lain lain akan diundi bagi menentukan
kumpulan masing-masing.

10.1.1. Johan dan Naib Johan kumpulan “A”, “B’, “C” dan “D” layak
memasuki peringkat Suku Akhir dan Separuh akhir yang
dijalankan seperti berikut :

10.2.1.1 Johan setiap Kumpulan diletakkan sebagai Pasukan


pilihan mengikut peraturan berikut:
- Johan Kumpulan A – Tempat Pilihan pertama
- Johan Kumpulan B – Tempat Pilihan Kedua
- Johan Kumpulan C – Tempat Ketiga atau keempat
- Johan Kumpulan D – Tenpat ketiga atau keempat

__________________________
Persatuan Badminton Malaysia [NJIST (2) 3-5]
Kemaskini: 17 Januari 2016
10.2.1.2 Naib Johan setiap Kumpulan akan diundi dan
ditempatkan di tempat yang masih kosong di suku
akhir, tetapi tidak akan bersama negeri dalam
kumpulan yang sama pada pusingan pertama
sahaja pada undian suku akhir.

10.2.2. Pasukan yang menang di peringkat separuh akhir akan


bertanding bagi menentukan Johan dan Naib Johan,
sementara pasukan yang kalah akan bertanding bagi
menentukan tempat ketiga dan keempat.

10.3 Dimana penyertaan terdiri daripada lapan (8) hingga 11 pasukan


pertandingan peringkat awal akan dijalankan secara liga satu pusingan
dalam kumpulan “A” dan “B”

10.3.1 Dua pasukan yang berjaya ke peringkat akhir di Kejohanan


Kebangsaan berpasukan antara negeri bawah 18 tahun pada
tahun lepas akan menjadi pasukan pilihan atau “Seeded”.

10.3.2 Pasukan Johan akan dimasukkan ke dalam kumpulan A, dan


pasukan naib johan akan mengetuai kumpulan B.

10.3.3 Pasukan-pasukan yang lain lain akan diundi bagi menentukan


kumpulan masing-masing.

10.3.4 Johan dan Naib Johan Kumpulan “A dan “B” layak memasuki
peringkat separuh akhir yang dijalankan seperti berikut: “

Johan Kump “A” lwn Naib Johan Kump “B”


Johan Kump “B” lwn Naib Johan Kump “A”

10.3.5 Pemenang-pemenang dalam perlawanan tersebut akan


memasuki pertandingan Akhir bagi menentukan Pasukan
Johan dan Naib Johan.Pasukan yang kalah akan bermain bagi
menentukan tempat ketiga dan keempat
11. PAKAIAN

11.1 Pasukan Wajib mematuhi peraturan pakaian yang ditetapkan oleh


Jawatankuasa Pertandingan BAM (Sila rujuk Jadual Peraturan Pakaian
Pertandingan BAM)

WARNA UNTUK NAMA PEMAIN NAMA PERSATUAN / NEGERI


PAKAIAN PASUKAN DIBELAKANG BAJU DI BELAKANG BAJU
Wajib di peringkat separuh Wajib di semua
Wajib di semua peringkat
akhir dan akhir peringkat

__________________________
Persatuan Badminton Malaysia [NJIST (2) 4-5]
Kemaskini: 17 Januari 2016
12. GILIRAN PERLAWANAN

12.1 Giliran perlawanan akan ditentukan oleh referi kejohanan.

12.2 Semua perlawanan hendaklah di pertandingkan di peringkat kumpulan.

12.3 Di peringkat kalah keluar, selepas keputusan permainan telah diketahui,


perlawanan seterusnya akan dihentikan.

13. HADIAH

13.1 Hadiah-hadiah akan diberi hanya kepada pemenang-pemenang tempat


Pertama hingga tempat Keempat pada Kejohanan Peringkat Akhir.

13.2 Hadiah wang tunai bagi setiap acara adalah seperti beeikut:

13.1.1 Johan : RM 8,000


13.1.2 Naib Johan : RM 4,000
13.1.3 Ketiga : RM 2,000
13.1.4 Keempat : RM 1,000

14 DENDA

13.1 Setiap Kesalahan yang dilakukan oleh pemain atau pengurus pasukan
atau jurulatih yang berkaitan Etika kejurulatihan dan pakaian akan
dikenakan denda sebanyak RM250 bagi setaip kesalahan yang
dilakukan.

13.2 Pengurus Pasukan yang tidak menghadiri ke Mesyuarat Pengurus


Pasukan akan dikenakan denda sebannyak RM300.

15 RAYUAN.

15.1 Segala keputusan mengenai perkara kenyataan adalah tangggungjawab


pengadil dan keputusannya adalah muktamad.

15.2 Pemain-pemain hanya boleh membuat rayuan dari segi Undang Undang
Permainan sahaja.

15.3 Keputusan Referi Kehormat Kejohanan adalah muktamad

[NJIST (2) 5-5]


__________________________
Persatuan Badminton Malaysia
Kemaskini: 17 Januari 2016

You might also like